teks asean rumah sukan

2
RUMAH KASTURI Kontinjen yang sedang berarak masuk ialah Kontinjen Rumah Kasturi. Kontinjen ini diketuai oleh Saudara Mohd. Fazdli bin Mahmud Jamili. Moto Rumah Kasturi ialah ‘Harapan Semangat Juang’! Moto ini menggambarkan harapan yang terus segar dengan semangat yang membara dalam menempuh arus perjuangan. Menepati tema ASEAN bagi sukan tahunan kali ke-51 ini, Rumah Kasturi memilih negara Singapura sebagai identiti kontinjen. Nama Singapura berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu Simhapura yang bermaksud Kota Singa. Negara Singapura menjadikan kepala singa sebagai lambang identiti negaranya kerana kepala singa merupakan simbolik keberanian, kekuatan, keupayaan dan kecemerlangan dalam menghadapi segala cabaran. Dengan ini, kontinjen Rumah Kasturi memilih ‘singa’ sebagai maskot kontinjennya yang menggambarkan simbolik daripada negara Singapura. Negara Singapura merupakan antara negara terkecil dalam ASEAN dengan keluasan 718.3 kilometer persegi. Namun, negara ini terkenal dengan kuasa besar ekonomi sehingga menjadi sebuah negara kosmopolitan dan mashyur di seantero dunia. Dipenuhi bangunan pencakar langit, sektor pelancongan yang mantap, pengangkutan awam yang canggih, kebersihan Taman Bandar Raya yang unggul, juga sektor industri seni yang menjulang bakat rakyatnya... Andakah anda kenal dengan Taufik Batisah?...

Upload: norlianti-adali

Post on 09-Aug-2015

46 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: teks asean rumah sukan

RUMAH KASTURI

Kontinjen yang sedang berarak masuk ialah Kontinjen Rumah Kasturi. Kontinjen ini diketuai oleh Saudara Mohd. Fazdli bin Mahmud Jamili.

Moto Rumah Kasturi ialah ‘Harapan Semangat Juang’!

Moto ini menggambarkan harapan yang terus segar dengan semangat yang membara dalam menempuh arus perjuangan.

Menepati tema ASEAN bagi sukan tahunan kali ke-51 ini, Rumah Kasturi memilih negara Singapura sebagai identiti kontinjen.

Nama Singapura berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘Simhapura’ yang bermaksud Kota Singa.

Negara Singapura menjadikan kepala singa sebagai lambang identiti negaranya kerana kepala singa merupakan simbolik keberanian, kekuatan, keupayaan dan kecemerlangan dalam menghadapi segala cabaran.

Dengan ini, kontinjen Rumah Kasturi memilih ‘singa’ sebagai maskot kontinjennya yang menggambarkan simbolik daripada negara Singapura.

Negara Singapura merupakan antara negara terkecil dalam ASEAN dengan keluasan 718.3 kilometer persegi. Namun, negara ini terkenal dengan kuasa besar ekonomi sehingga menjadi sebuah negara kosmopolitan dan mashyur di seantero dunia.

Dipenuhi bangunan pencakar langit, sektor pelancongan yang mantap, pengangkutan awam yang canggih, kebersihan Taman Bandar Raya yang unggul, juga sektor industri seni yang menjulang bakat rakyatnya...

Page 2: teks asean rumah sukan

Andakah anda kenal dengan Taufik Batisah?...

TEKS PELAJAR: RUMAH KASTURI

Assalamualaikum wbt...

Moto Rumah Kami ialah ‘Harapan Semangat Juang’!

Moto ini menggambarkan harapan yang terus segar dengan semangat yang membara dalam menempuh arus perjuangan.

Menepati tema ASEAN bagi sukan tahunan kali ini, rumah kami memilih negara Singapura sebagai identiti Kasturi.

Maskot kami ialah singa yang menjadi lambang simbolik terhadap negara yang kami wakili. Negara Singapura menjadikan kepala singa sebagai lambang identiti negaranya kerana kepala singa merupakan simbolik keberanian, kekuatan, keupayaan dan kecemerlangan dalam menghadapi segala cabaran.

Negara Singapura dipimpin oleh seorang Presiden (Dr. Tony Tan Keng Yam) dan majoriti penduduknya ialah Cina, Melayu dan India. Bandar-bandar utama di Singapura ialah Jurong, Geylang dan Serangoon. Mata wang Singapura ialah Dolar Singapura (SGD). Selain itu, tempat-tempat pelancongan yang terkenal di Singapura ialah Pulau Sentosa, Universal Studio Singapura, Taman Botanik, Taman Burung Jurong dan lain-lain lagi.

Sekian, terima kasih...