teknologi sukan

Upload: cappuccino

Post on 03-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 TEKNOLOGI SUKAN

    1/11

    TEKNOLOGI SUKAN

    PERALATANPAKAIAN

    PERUBATAN

  • 7/29/2019 TEKNOLOGI SUKAN

    2/11

    Dibangunkan dengan teknologi sukan berketepatan tinggi, pendakap X-tremus

    memenuhi keperluan setiap atlet dengan perlindungan dan daya prestasi ke tahap

    maksimum.Pendakap atau pelapik sukan terbaru LP itu adalah keperluan setiap

    atlet khususnya bagi mereka yang terlibat di dalam sukan-sukan pantas seperti

    bola tampar, bola keranjang, bola sepak dan sukan beraket.Berbeza dengan

    barisan produk LP yang sedia ada, siri lebih eksklusif ini dipertingkatkan dengan

    jahitan (kait) tiga dimensi (3D) untuk membolehkan pergerakan yang lebih

    fleksibel.Kehebatan X-tremus datang dari binaan kompleks yang memanfaatkantiga teknologi terbaru iaitu pita kuasa ajaib, struktur kontur stabil dan binaan lebih

  • 7/29/2019 TEKNOLOGI SUKAN

    3/11

    Produk siri teratas keluaran jenama antarabangsa itu kini boleh didapati

    untuk kegunaan pada empat lipatan utama iaitu pergelangan tangan, siku,lutut dan buku lali. Selain cengkaman yang dipertingkatkan melalui jahitan

    3D, balutan elastik X-tremus berupaya menyerap dan melepaskan semula

    tenaga setiap kali pergerakan sendi dilakukan. Kelebihan yang

    memberikan atlet lebih prestasi.Bagi pendakap lutut X-tremus, pelapik

    berbentuk donut bukan sahaja bertindak sebagai pelindung kecederaan

    bahkan menstabilkan kedudukan tempurung lutut. Ia merupakan konsep

    rawatan yang diperlukan oleh semua atlet.

    Rekaan 3D pada pendakap buku lali pula diberi perlindungan silikon yang

    menghasilkan fungsi urutan sepanjang masa. Selain itu, jahitan berkualiti

    pada permukaan memberi lebih kekemasan otot, sekali gus mengemaskan

    setiap pergerakan.Penggunaan bahan seperti neoprene, coolprene yang

    tidak memerangkap peluh manakala teknologi Coolmax berupaya

    menyelesaikan masalah pemerangkapan haba.Secara umumnya,

    pemakaian X-tremus membantu meningkatkan beberapa kapasiti atlet

    seperti melompat lebih tinggi, bergerak lebih laju dan mendapatkan

    postur lebih stabil. Empat pendakap X-tremus didatangkan di dalampelbagai saiz dari S hingga XXL

  • 7/29/2019 TEKNOLOGI SUKAN

    4/11

    SPEEDO LZR RACER SWIMSUIT

    NASA dan Institut Teknologi Australia telah menggunakan

    teknologi elastin nilon dan bahan polyurethane mampumembantu membentuk tubuh badan seseorang perenang

    berada dalam keadaan posisi hidrodinamik selain membantu

    memudahkan kemasukan oksigen ke dalam otot. Ia juga

    mempunyai ultrasonik yang telah dikimpal bagi mengelakkan

    material daripada kendur.

  • 7/29/2019 TEKNOLOGI SUKAN

    5/11

    NIKE AEROGRAPHICS JERSEY

    Syarikat Nike telah mencipta jersi Aerografik untuk pasukan

    USA dengan meletakkan grafik ke atas material jersi tersebut

    yang membolehkan peredaran angin ke seluruh badan dan

    mengurangkan berat sebanyak 31%. Dengan meningkatkan

    peredaran angin dan mengurangkan perpeluhan, jersi

    aerografik ini mampu mengurangkan atlet dari membuang

    tenaga untuk menyejukkan badan. Lompatan atlit juga dapat

    ditingkatkan hasil pengurangan berat material jersi tersebut.

  • 7/29/2019 TEKNOLOGI SUKAN

    6/11

    ADIDAS LONE STAR SHOES

    Adidas telah mencipta kasut Lone Star setelah bekerjasama dengan pelari

    pecut 400 meter, Jeremy Wariner. Pelari pecut kebiasaanya menang dan

    kalah disebabkan oleh selekoh. Setelah pihak Adidas menganalisis teknikJeremy dengan melihat video dan melihat tekanan yang diperlukan untuk

    memecut, Adidas melihat kaki kiri Jeremy digunakan untuk menstabilkan

    badan beliau semasa memecut manakala kaki kanan memberikan kuasa

    untuk Jeremy berlari. Daripada maklumat tersebut, Adidas mencipta

    kasut asimetrik yang direka khas untuk kekuatan kedua belah kaki.

  • 7/29/2019 TEKNOLOGI SUKAN

    7/11

    DOPPLER LIDAR

    Doppler Lidar merupakan sistem radar yang digunakan

    ketika berlayar. ia berfungsi untuk menjangka cuaca yangkebiasaannya digunakan di televisyen. Ia mempunyai laser

    yang menentukan masa dan kelajuan arah angin selain

    penunjuk arah ketika sedang berlayar di laut yang luas.

  • 7/29/2019 TEKNOLOGI SUKAN

    8/11

    MIZUNO FRENZY 120 RB500

    CARBON-FIBER BAT

    Kebiasaanya pemukul bola lisut menggunakan bahan-bahandaripada besi, namun pada tahun ini, ciptaan MIzuno

    menggunakan karbon-fiber yang memberikan pukulan yang

    lebih ringan dan tepat dengan menggunakan empat material

    teknologi yang dipanggil AX4.

  • 7/29/2019 TEKNOLOGI SUKAN

    9/11

    MORINI CM 162 EL AIR PISTOL

    Ciptaan baru CM 162 EL dari Swiss telah menggantikan cara

    tradisional penggunaan pistol dengan menukar ianya denganmenggunakan kuasa bateri dan kawalan tembakan dari

    mikrocip. Dua bateri AAA boleh digunakan dan ia mampu

    menghasilkan 15,000 tembakan selain butang LED berwarna

    merah disediakan bagi menunjukkan kondisi bateri.

  • 7/29/2019 TEKNOLOGI SUKAN

    10/11

    NIKE IPPEAS RIDING BOOTS

    Nike telah mencipta sebuah kasut bagi penunggang kuda yang

    mempunyai zip yang panjang bagi memudahkan untuk kasut

    ditanggalkan. Nike juga telah menambah lelasan getah yang tinggi dibahagian tepi but lantas membolehkan penunggang kuda berada dalam

    keadaan stabil ketika melakukan lompatan. akhir sekali, Nike telah

    menggantikan ladam di bahagian tapaknya dengan menggunakan

    material dari titanium yang boleh diubah ketinggiannya.

  • 7/29/2019 TEKNOLOGI SUKAN

    11/11

    NIKE PRECOOL VEST

    Nike sekali lagi telah mencipta sebuah ves yang mempunyai

    pek ais yang sama seperti penyejuk minuman yang diletakkanbagi menyejukkan air. Atlet yang memakai ves ini mampu

    mengurangkan suhu panas dan tubuh badan tidak akan

    membazirkan tenaga untuk menyejukkan badan.