teknologi purba dunia

72
TEKNOLOGI DAN PERADABAN TEKNOLOGI PURBA ASIA Prof. Ir. Dr.Hj. Wan Ramli Wan Daud Prof. Dr. Hj. Kamarudin Mohd. Yusof Fakulti Kejuruteraan http://pkukmweb.ukm.my/~drkmy/sejarah/index.html

Upload: mohd-adib

Post on 10-Jul-2015

5.408 views

Category:

Business


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI DAN PERADABANTEKNOLOGI PURBA ASIA

Prof. Ir. Dr.Hj. Wan Ramli Wan DaudProf. Dr. Hj. Kamarudin Mohd. YusofFakulti Kejuruteraanhttp://pkukmweb.ukm.my/~drkmy/sejarah/index.html

Page 2: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAIndia

• Bandar-bandar Harappa dan Mohenjo Daro di Lembah Indus dibina pada 2500 – 1900 SEB di atas pelantar bata lempung besar yang melindungi penghuninya daripada banjir

• Jalan raya disusun mengikut sistem grid Timur-Barat & Utara-Selatan• Rumah dua tingkat daripada bata lempung atau bata terbakar

mempunyai bilik mandi yg dibekalkan air dari perigi berdekatan dan disambung kepada sistem saloran pembentungan seluruh bandar

• Bagi agama Hindu dan Buddha, manusia sentiasa sengsara dan menderita di dunia, dan hanya melalui dharma iaitu amalan baik, manusia menjadi lebih mulia dan akhirnya bebas daripada derita apabila mencapai moksa/nirvana

• Sistem kasta yang mengekalkan martabat mengikut pekerjaan asal nenek moyang menyebabkan perkembangan teknologi perlahan kerana tukang berada dalam kasta terbawah & tidak terkenal

• Teknologi besi waja atau keluli amat maju di India sejak 300 SEB • Besi waja dihasilkan dengan membakar susunan berselang lapis

kayu dan bijih besi dalam relau/mangkuk pijar lempung

Page 3: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAINDIA

Rumah mandi di Mahenjo-daroRumah mandi di Mahenjo-daro

Page 4: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAIndia

• Bangunan di India diperbuat daripada kayu seperti kuil Hindu sebelum abad ke-3 SEB dan istana Maharaja Chandragupta Maurya di Pataliputra (Patna) selepas itu mengikut struktur tiang dan palang

• Agama Buddha yang disebar ke seluruh India oleh Maharaja Asoka Maurya pada abad ke-3 SEB menghasilkan 3 bangunan : biara yg terdiri daripada pondok-pondok zikir, kuil berkubah batu yg digelar stupa untuk menyimpan relik Buddha dan di Sri Lanka dan kuil gua

• Kuil gua terdiri drpd dewan penyembahan panjang dengan tiang di kedua-dua sisinya dan sebuah stupa kecil di hujung

• Pembina India tidak tahu tentang gerbang Rom tetapi membina gerbang batu palsu yang sebenarnya palang di atas tiang yang diukir seperti gerbang kayu palsu dalam rumah tradisional India

• Pada abad ke-2 SEB, kuil batu Hindu dan kuil gua yg terdiri drpd pintu masuk, serambi, dewan (nabdapa), bilik suci (garbagriha) yg mengandungi berhala dan menara shikkara seperti gunung Meru dibina setelah agama Hindu bangun semula

• Di selatan India (Tamil) pula kuil Hindu mepunyai empat pintu berbentuk segi-tiga yang digelar gopuram

Page 5: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAINDIA

Stupa di ShangchiStupa di Shangchi

Page 6: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAINDIA

Pintu masuk kuil gua Buddha di AjantaPintu masuk kuil gua Buddha di Ajanta

Page 7: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAINDIA

Kuil Hindu Tirupati VenkateswaraKuil Hindu Tirupati Venkateswara

Page 8: Teknologi Purba Dunia

SAINS PURBAIndia • Matematik India bermula sejak 800 SEB dengan sulvasutra atau

matematik tali yang digunakan untuk mengukur kuil Agama Hindu yang memerlukan penentuan sudut tepat dengan menggunakan segi-tiga tepat tali dengan nisbah sisi 3:4:5

• Pada zaman Maharaja Asoka, ada 2 sistem angka India : angka Brahmi & angka Kharosti, dan tiada angka sifar.

• Angka sifar hanya muncul dlm manuskrip matematik India Gwalior pada 876 EB dan kemunculannya dalam matematik Islam pada 873 EB

• Angka sifar ditemui oleh kedua-dua tamadun secara berasingan• Tokoh Matematik India antara abad ke-6 --10 EB ialah Aryabhata,

Varamahira, Brahmagupta, Mahavira dan Bashkara yg masing-masing mengarang Arybhatiya, Pancasiddhanta, & Brahmasiddhanta

• Perubatan India yg digelar Ayur Veda menyatakan bahawa badan manusia terdiri drpd api, angin, air, tanah dan ruang serta kesihatan ialah imbangan antara api, agin, hempedu dan lendir

• Ubat-ubatan drpd tumbuh-tumbuhan digunakan secara meluas

Page 9: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAChina• 2 falsafah/agama Cina : Taoisme dan Kongfusiusme• Taosime peloporan Lao Tze & huraian Cuang Tzu - harmoni alam

sebagai gabungan 2 daya alam yin & yang atau ti (bumi) & ti’en langit)• Kongfusiusme pula menekankan ketaatan kepada ibu bapa, etika dan

budi bahasa• Perkataan gong digunakan untuk pertukangan mekanikal• Jurutera/tukang digelar jiang yg juga bermakna sesiku tukang kayu

kerana pertukangan kayu adalah bidang kejuruteraan tertinggi Cina• Walaupun terdapat sistem kelas dalam masyarakat Cina, jurutera

tekemuka Cina berasal drpd pelbagai lapisan rakyat : pegawai tinggi kerajaan, rakyat biasa, separa hamba, hamba dan pegawai rendah

– Zhanh Heng (pencipta sismoskop) & Guo Shoujing (pembina Terusan Tonghui) - Ahli Nujum Diraja

– Ding Huan (pencipta kipas) dan Yu Hao (pembina pagoda) - rakyat biasa– Xindu Fang (pencipta klepsidra/kipas) - separa hamba– Geng Xun (pencipta sfera alam) - hamba– Li Jieh (ahli seni bina) - Timbalan Pengarah Bangunan & Pembinaan

Page 10: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBA Cina

• Penciptaan relau bagi pembakaran tembikar hingga ke 1500°C pada 5000 SEB menjadikan Cina handal dalam pembikinan tembikar

• Roda telah dicipta di Cina sejak 1500 SEB pada zaman Dinasti Shang• Bangunan Cina diperbuat drpd berbagai bahan binaan seperti tapak

drpd batu, struktur atas tanah drpd kayu, bumbung genting & batu bata• Bumbung melengkung yg cengkung ke langit utk menghalang hantu

masuk rumah disokong oleh tiang & palang & bukan kasau & kekuda• Jambatan gantung drpd gentian buluh atau rantai besi waja & jambatan

julur kayu dengan tiang batu• Pada 220 SEB Cin Syih Huang Ti mula membina Tembuk Besar Cina

merentas lembah & puncak bukit sepanjang 3000 km, setinggi 10 m dan lebar 8 m drpd tanah dan bata

• Tembok ini menghalang kemasukan tentera berkuda nomad & askar nomad berjalan kaki yg berjaya masuk mudah dikalahkan

• Ketinggian teknologi & seni Cina pada zaman itu ditunjukkan pada ratusan tentera batu terakota saiz penuh lengkap dengan senjata, kuda & kereta kuda yang dijumpai hampir dgn makam Syih Huan Ti di Ziyan

• Terusan Besar, Yun Lo, dari Tientsin ke Hangchow sepanjang 3000 km & lebar 40 m dibina mulai 300 SEB dan siap 1,000 tahun kemudian

Page 11: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBACINA

Tembok Besar ChinaTembok Besar China

Page 12: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBA Cina

• Teknologi besi diimpot dari India/Iran pada 700 SEB & diperbaiki sehingga mencapai tahap yg tinggi dengan penciptaan peniup angin baru yg lebih cekap dan penggunaan relau tembikar

• Penciptaan kertas oleh seorang pegawai istana, Tsai Lun, mencipta kertas daripada kulit kayu, gentian, kain perca dan jaring pada 100 EB merupakan sumbangan teknologi Cina yg terpenting

• Satu lagi ciptaan Cina penting ialah percetakan yg bermula pada 500 SEB dgn percetakan blok atas kertas yg dilakukan dgn menyapu dakwat ke atas blok yg diukir muka surat, meletakkan kertas di atasnya & menyapu belakang kertas ini hingga rata

• Teknologi percetakan dengan taip boleh gerak dicipta oleh Bi Sheng pada abad ke-11 SEB dengan setiap askara Cina mempunyai taip berasingan dan muka surat dibina dengan menyusun taip-taip ini yang boleh dibuka semula untuk membina muka surat lain

• Satu lagi ciptaan Cina penting ialah ubat bedil daripada campuran belerang, arang dan mesiu (saltpetre) utk tujuan keagamaan & senjata api masih belum diciptakan

• Seorang jeneral bernama Zhuge Liang mencipta kereta sorong pada abad ke-3 EB utk menghantar bekalan ke perbatasan tanpa menggunakan kuda yg amat diperlukan utk tentera berkuda

Page 13: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBACINA

Taip boleh gerakTaip boleh gerak

Page 14: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBACINA

Muka depan buku pertama dicetak di atas kertasMuka depan buku pertama dicetak di atas kertasThe Diamond SutraThe Diamond Sutra

Page 15: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBACINA

Kereta sorong CinaKereta sorong Cina

Page 16: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBACina• Teknologi jam air Helenistik sampai ke Cina pada abad ke-7 EB dan

sumbangan penting Cina ialah penciptaan pendetik (escapement) untuk mengawal perjalanan jam dengan jitu pada 600 EB oleh Su Song yg juga membina menara jam berkuasa air di Kai Feng, ibu kota Dinasti Song

• Roda air mula digunakan untuk kilang beras dan peniup relau besi sejak abad pertama SEB.

• Walaupun magnet asli digunakan untuk Fung Sui oleh tukang tilik Cina, tetapi pelaut Arab & Parsi yg mencipta kompas magnet kerana walaupun terdapat kereta yg sentiasa menunjuk ke selatan di Cina tetapi pengekalan arah bukan disebabkan magnet tetapi mekanisme bergear yg bijak

• Tamadun Cina juga telah mencipta cekak & stirup kuda • Kemudi bontot yg dicipta oleh pembina kapal Cina kini telah

menggantikan semua kemudi birai kapal seluruh Dunia • Mesin penggulung benang sutera Cina yg dicipata pada abad pertama

SEB menarik beberapa utas benang melekit dari beberapa kepompong utk membentuk benang sutera

Page 17: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBACINA

Model menara jam air Su Song di KaifengModel menara jam air Su Song di Kaifeng

Page 18: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBACINA

Pendetik jam Su SongPendetik jam Su Song

Page 19: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBACINA

Kemudi bontotKemudi bontot

Page 20: Teknologi Purba Dunia

SAINS PURBACina

• Seperti juga tamadun purba lain matematik Cina awal melibatkan pengukuran saiz tanah, pengiraan cukai, pengiraan isi padu, penyelesaian persamaan linear & pembinaan sudut tepat dalam karya matematik Cina tertua, Cou pei Suan king (1200 SEB) & yg teragung, Ciu cang Suan syu (250 SEB) oleh Liu Hui

• Pada 1200 EB matematik Cina berlaku diperbaharui oleh karya Cin Ciu Syau berjudul Syu syu Ciu cang yg membincangkan masalah aljabar tanpa penggunaan simbol

• Ciu Syih Chien menghasilkan segi-tiga Pascal untuk menjana nombor-nombor binomial dalam bukunya Syu yuan yu-cieu pada 1303 EB, iaitu 360 tahun lebih awal drpd Pascal

• Dalam bidang astronomi, ahli nujum Cina menghasilkan peta bintang berasaskan cerapan dari 613 SEB hingga 940 EB termasuk cerapan komet dan ledakan bintang

• Astronomi Cina meningkat lagi dengan penggunaan ilmu dan teknik ahli astronomi Islam

• Optik Cina merupakan optik pantulan dan bukan optik biasan seperti optik biasan yg dipelopori oleh ibn al-Haitham dlm tamadun Islam

Page 21: Teknologi Purba Dunia

SAINS PURBACina• Sains al-kimia yg dikenali dgn nama Arabnya ini antara lain

berasal dari Cina yg dipengaruhi oleh Taoisme• Mengikut al-kimia Cina, semua benda terjadi drpd gabungan

yin & yang & sekiranya kandungan yin & yang boleh diubah maka bahan murah (plumbum) boleh ditukar kpd bahan mahal (emas) dengan bantuan batu failasuf lien tan, wait tan & cin tan

• Perubatan Cina pula berasaskan taburan yin & yang dalam tubuh manusia iaitu orang sihat yin & yangnya seimbang

• Ubat-ubatan terdiri drpd galian, herba, & anggota haiwan• Akupunktur digunakan utk memulihkan taburan yin & yang

dalam tubuh manusia• Terdapat 3 teori alam Cina

– Kai ti’en : bumi leper yg ditutup oleh langit mangkuk terbalik– Hun ti’en : bumi sfera – Xuan yeh : angkasa raya kosong yg luas; bumi, planet dan bintang

terapung bebas dipegang oleh angin kencang

Page 22: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAISLAM

• Tamadun Islamic mewarisi teknologi Yunani, Rom, Cina & India– Gerbang & kubah Rom – Alat pengankut air Yunani Helenistik– Jentera perang Yunani Helenistik & Rom– Kertas dan ubat bedil Cina

• Jurutera dan ahli teknologi Islam memperbaiki teknologi itu dan menyumbang ciptaan asli kepada Dunia

• Masjid Umaiyyah di Damsyik mempunyai gerbang Rom• Gerbang & kubah yg mencirikan masjid berasal dari Rom• Menara masjid di Asia Barat masih menunjukkan pengaruh

Hermetik dalam bentuk segi-empat perdunya, bentuk oktagon tengah dan bentuk bulat di puncak

• Astrolab Hellenistik disempurnakan oleh ahli astronomi Islam dengan menggunakan pengetahuan trigonometri yg luas

Page 23: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAISLAM

Astrolab : Komputer Analog untuk Mengira Astrolab : Komputer Analog untuk Mengira Perjalanan Bintang dan PlanetPerjalanan Bintang dan Planet

Page 24: Teknologi Purba Dunia

FAKTOR INOVASI DALAM TAMADUN ISLAM

• Kesatuan agama dan budaya– Mengurangkan peperangan saudara & menimbulkan suasana aman bagi

masa yg panjang bagi menggalakkan pertukaran teknologi & daya cipta – Alat pengangkut air Hellenistik dan kincir angin Iran sampai ke Sepanyol

• Kehormatan terhadap ilmu & orang berilmu mendorong jurutera & ahli teknologi islam mencari dan mencipta ilmu teknologi

– Kompas dicipta oleh orang Islam yg tertarik kepada magnet asli yg digunakan dalam ilmu Feng Hsui

– Layar Lateen kapal Arab ditiru pertama oleh kapal dari Venice& kemudian oleh kapal lain di lautan Mediterranean

– Kapal Melayu atau Jong merupakan kapal yg mempunyai 2 atau 3 tiang layar dengan dinding duaan berjahit , berlunas, dua linggi depan & belakang dan kemudi bingkai

– Al-Jazari memperbaiki Syaduf Helenestik dengan menggunakan gear terpotong dan engkol untuk menukar gerakan putaran haiwan kepada gerakan salingan syaduf

– Al-Jazari mencipta sistem kawalan suap balik dalam jam air– Banu Musa mencipta turbin air yg lebih cekap drpd roda air Hellenestik

Page 25: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAISLAM

Kincir Angin Ufuk dari IranKincir Angin Ufuk dari Iran

Page 26: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAISLAM

Kompas dari ShamKompas dari Sham

Page 27: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAISLAM

Sebuah Mesin Hiburan al-JazariSebuah Mesin Hiburan al-Jazari

Page 28: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAISLAM

Sebuah Mesin Pengangkut Air al-Jazari yg MeningkatkanSebuah Mesin Pengangkut Air al-Jazari yg MeningkatkanSyadufSyaduf dgn Sistem Gear dgn Sistem Gear SaqiyaSaqiya dan Gear Terpotong dan Gear Terpotong

Page 29: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAISLAM

Sebuah Mesin Pengangkut Air al-JazariSebuah Mesin Pengangkut Air al-Jazariyang Menunjukkan Penggunaan Pertama Engkolyang Menunjukkan Penggunaan Pertama Engkol

untuk Menukar Gerakan Putaran kepada untuk Menukar Gerakan Putaran kepada Gerakan SalinganGerakan Salingan

Page 30: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAISLAM

Sebuah Jam Air al-JazariSebuah Jam Air al-Jazariyang Menunjukkan Penggunaan Pertama Sistemyang Menunjukkan Penggunaan Pertama Sistem

Kawalan Suap BalikKawalan Suap Balik

Page 31: Teknologi Purba Dunia

Teknologi Purba Islam

• Sebuah Robot Mainan Bermuzik

Page 32: Teknologi Purba Dunia

FAKTOR INOVASI DALAM TAMADUN ISLAM

• Dasar pemindahan Ilmu– PengAraban dan penterjemahan kepada bahasa Arab semua ilmu yg

diketahui oleh sarkjana bukan Islam– Jurutera dan ahli teknologi Islam mempelajari, menulis dan mencipta

teknologi dalam bahasa Arab sepenuhnya– Contoh buku al-Jazari tentang mesin, manuskrpi al-Rammah tentang

ubat bedil & buku-buku tentang al-kimiya yg banyak

• Kebebasan akademik– Kebebasan akademik pada sarjana bukan Islam seperti keluarga

Bekh Tishu di Jundisyapur yg bebas mengamalkan perubatan– Kengganan Imam Malik pergi mengajar Khalifah menunjukkan

keutamaan ilmu mengatasi kehendak politik– Apabila tamadun Islam bertambah maju, kaya dan kuat, kebebasan

akademik digugat oleh Khalifah & Sultan yg ingin memaksa Islam yg betul di segi politiknya ke atas orang Islam seperti penghukuman Imam Ahmad oleh Khalifah al-Ma’mun kerana tidak setuju dgn pendapatnya tentang status al-Quran

Page 33: Teknologi Purba Dunia

FAKTOR INOVASI DALAM TAMADUN ISLAM

• Peranan bahasa Arab– Bahasa Arab menjadi bahasa harian & bahasa ilmu berbandung dgn

bahasa Yunani yg hanya menjadi bahasa ilmu & seni dan bahasa Latin yg menjadi bahasa pentadbiran sahaja sebelum Zaman Pertengahan

– Kepetahan semula jadi bahasa Arab dalam perbezaan semantik amat bagus untuk penciptaan istilah sains & teknologi yg tepat

– Bahasa Arab mengandungi nilai, welteschaung atau paradigma Islami• Faham materialisme Democritos dibuang manakala falsafah Plato &

Aristotle diterima dan menjadi salah satu sekolah falsafah Islam yang penting, masyaiyyun

• Sains hermetik al-kimiya dari Iskandariah dikembangkan oleh al-Kindi, Jabir bin Haiyyan & al-Razi menjadi sebuah sains Islam yg juga melahirkan sains kimia moden

• Penyuling yg dicipta oleh pengamal Islam al-kimiya membolehkan penghasilan minyak athar yg dikemudian dipindahkan ke Peran cis oleh penyuling Arab yg dibawa ke sana

• Pemikiran Al-kimiya mempengaruhi pandai keris or pandai besi Melayu yg jelas dlm pengetahuan merkea tentang logam Kharsani (Khorassani)

Page 34: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAISLAM

Penyuling Stim untuk Menghasilkan Air MawarPenyuling Stim untuk Menghasilkan Air Mawardalam dalam Kitab Kimiya al-’Itr wa al-Tas’idat Kitab Kimiya al-’Itr wa al-Tas’idat Karya al-Kindi Karya al-Kindi

Abad ke-9 EBAbad ke-9 EB

Page 35: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAISLAM

Penyuling Stim untuk Menghasilkan Air MawarPenyuling Stim untuk Menghasilkan Air Mawardalam dalam Kitab nukhbat al-dahrKitab nukhbat al-dahr Karya al-Dimasyki Karya al-Dimasyki

Abad ke-14 EBAbad ke-14 EB

Page 36: Teknologi Purba Dunia

FAKTOR INOVASI DALAM TAMADUN ISLAM

• Pembinaan tempat penyimpanan ilmu– Khizanat-al-Hikmah Harun al-Rashid– Bait al-Hikmah al-Ma’Mun– Daral-Hikmah & al-Azhar Fatimiyyah

• Pembinaan balai cerap astronomi – Nasiruddin al-Tusi di Maraghah– Ulugh Beg di Samarqand – Taqi al-din di Istanbul

• Naungan kerajaan ahli sains & teknologis– Al-Jazari dan Banu Musa dinaungi oleh Sultan-Sultan mereka– Ahli sains dan teknologi Islam mendedikasi karya mereka kepada Sultan

Mmereka contohnya al-Qanun al-Mas’udi karya al-Biruni didedikasi kepada Sultan Mas’ud Ghazni dari Afghanistan

– Para Sultan juga menganjurkan ahli sains & teknoogis Islam melakukan kajian sains untuk kepentingan negara

Page 37: Teknologi Purba Dunia

FAKTOR INOVASI DALAM TAMADUN ISLAM

• Pembentukan industri negara– Industri pengisaran gandum dengan menggunakan

kincir tukul timbul yg dijalankan oleh kuasa air – Industri senjata

• Mewarisi ballista Rom (manjaniq)• Senjata pertama kali dicipta bukan oleh Cina akan tetapi

oleh orang Islam contohnya Ibn Khaldunmelaporkan bahawa meriam (madafi’) digunakan oleh Sultan al-Muwahhid Abu Yusuf pada abad 13 EB

• Bom qidr drpd ubat bedil & nafta dan roket• Keluli Damascus di dalam pedang Damascene adalah

jauh lebih bagus drpd pedang besi tempa tentera Salib

Page 38: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAISLAM

Meriam Islam abad ke-15 EBMeriam Islam abad ke-15 EB

Page 39: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAISLAM

Manuskrip Pembuatan Meriam dari MaghribManuskrip Pembuatan Meriam dari Maghribabad ke-13 EBabad ke-13 EB

Page 40: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAISLAM

Tentera Islam dgn Senjata Api termasuk Tentera Islam dgn Senjata Api termasuk Beberapa Roket pada abad ke-14 EBBeberapa Roket pada abad ke-14 EB

Page 41: Teknologi Purba Dunia

SAINS PURBAISLAM

• Sumber sains Islam pada peringkat awal ialah sains Yunani, Hindu, Parsi dan Cina. Terjemahan berlaku pada 2 peringkat: zaman Umayyah & Abbasiyah

• Pada zaman Umayyah, beberapa karya Yunani Helenestik diterjemahkan kpd bahasa Arab,

– ilmu al-kimia terjemahan Khalid bin Muawiyyah– ilmu perubatan Yunani terjemahan Masawayh

• Pada zaman Abbasiyyahlah kegiatan penterjemahan ini giat dilakukan di Bayt al-Hikmah oleh antara lain Hunayn b. Ishak dan Thabit b Qurrah (Yunani), al-Fazari (Sanskrit) dan al-Tamimi (Pahlavi)

• Kebanyakan ilmu dalam bahasa Yunani, Sanskrit, Pahlavi (parsi) dan Cina (melalui karya dalam Sanskrit & Pahlavi) telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab menjelang abad ke-9EB

Page 42: Teknologi Purba Dunia

SAINS PURBA ISLAM

• Terdapat tiga teori kesebaban yg penting dalam Sains Islam• Teori kesebaban Falsafah Masyaiyyun (Ibn Sina) yg

menyatakan bahawa sesuatu terjadi dengan rantai sebab yg berakhir dgn Penyebab Pertama (Tuhan)

• Teori kesebaban Ilmu Kalam (al-’Asha’ari, al-Biruni) pula menafikan kewujudan sebarang hubungan antara peristiwa dan menyatakan masa dan jirim terbahagi kpd juzuk (atom) yg tidak berhubungan antara satu sama lain (al-juz’ al-lazi la yatajaza’) dan setiap peristiwa disebabkan oleh Tuhan semata-mata

• Teori kesebaban sufi yang menyatakan segala peristiwa merupakan manifesatsi sifat-sifat Allah (tajalliyah)

• Kesemua teori kesebaban ini memasukkan Tuhan manakala kesebaban dalam sains moden hanya tertumpu kpd sebab-sebab fizikal dan sekiranya tidak diketahui sebabnya maka peristiwa itu dikatakan berlaku secara spontan

Page 43: Teknologi Purba Dunia

SAINS PURBAISLAM

• Sumbangan utama sains Islam kpd Dunia ialah sistem nombor Arab yg membolehkan matematik berkembang dgn pesat

• Sistem nombor ini berasal dari India akan tetapi telah diubah secara besar-besaran hingga dikenali sebagai nombor Islam

• Terdapat 2 jenis angka Islam : angka gharibiyah dan angka hindiyah. Bentuk angka pertama dipakai hingga sekarang

• al-Khwarizmi dalam kitab al-jam’ wa al-tafriq bi hisab al-hind (a. ke-9 EB) telah memperkenalkan sistem ini dan terjemahan bukunya lebih drpd 3 abad kemudian dlm bahasa Latin yg mempopularkan penggunaan sistem nombor ini di Eropah

• Angka sifar merupakan sumbangan terpenting yg kemudian diterjemahkan kpd zephirium dlm Latin dan berubah menjadi zenero, cenero, zephiro & akhirnya zero dlm bahasa Inggeris

• Manuskrip sanskrit yg mengandungi angka sifar diterbitkan kemudian drpd kitab al-Khwarizmi lagi

Page 44: Teknologi Purba Dunia

SAINS PURBAISLAM

• Sumbangan kedua sains Islam ialah aljabar atau algebra• al-Khwarizmi sekali lagi mengarang buku Kitab al-jabr wa al-

muqabalah yg darinyalah nama aljabar/algebra diambil• al-jabr bermakna mengembalikan keseimbangan persamaan

dgn menambah sesuatu yg diambil drpd sebelah lain dan al-muqabalah bermakna memudahkan persamaan

• Penyelesaian persamaan quadratik (al-Khwarizmi), dan kubik (Omar Khayyam) dilakukan secara geometri

• Penggunaan simbol utk mewakili yg tidak diketahui dimulakan oleh al-Qaldasi pada abad ke-15 EB dgn huruf syim utk x

• Satu lagi sumbangan Islam ialah trigonometri yg menggunakan separuh perentas & Yunani menggunakan perentas penuh

• Perkataan sine/sinus merupakan terjemahan perkataan jaib bermakna lipatan perut yg merupakan salah bacaan perkataan jibb yg digunakan dlm trigonometri Islam

Page 45: Teknologi Purba Dunia

SAINS PURBAISLAM• al-Battani (abad ke-9/10 EB) menemui hubungan sudut dalam

trigonometri sfera melalui rumus kosinusnya• al-Buzjani (ke-10 EB) pula menemui hubungan sinus hasil

tambah sudut, sinus separuh sudut, dan hukum sinus untuk sfera

• Habash al-Hasib (ke-EB)menemui tangen (zill atau bayang) dan menggunakannya untuk menentukan tinggi matahari

• al-Khwarizmi telah menterjemahkan kitab astronomi India Siddantha sebagai kitab zij al-sindhind

• Beliau diikuti oleh al-Faragani yg mengkritik kitab zij ini• al-Battani muncul sebagai ahli astronomi Islam teragung dgn

karyanya Kitab zij yg dirujuk oleh ahli sains Eropah hingga ke zaman Galileo

• Pada abad ke-11 EB , timbul ramai ahli astronomi Islam spt al-Biruni (mengarang Kitab al-Qanun al-Mas’udi), al-Zarqali & Ibn Yunus

Page 46: Teknologi Purba Dunia

SAINS PURBAISLAM

• Model alam yg diterima oleh ahli astronomi Islam ialah model Ptolemy (Batlamus) iaitu bumi di pusat alam dan sfera bumi dikellilingi oleh lapan sfera “langit” yg di atasnya terletak planet dan bintang iaitu sfera bulan, Kejora, Utarid, Matahari, Marikh, Musytari, Zahrah dan bintang-bintang tetap

• Meskipun demikian, berdasarkan cerapan mereka, ahli astronomi Islam mengkritik model ini

– al-Tusi mencadangkan model gandingan Tusi utk edaran planet– al-Biruni mencadangkan edaran planet berbentuk ellips

• Banyak istilah astronomi moden menunjukkan asal-usul Islamnya seperti almanac drpd al-munakahah, azimuth drpd al-sumut, alidade drpd al-idaah, nadir drpd nazir & zenith drpd al-samt dan nama bintang seperti Acrab drpd ‘aqrab, Algedi drpd al-jadi, Altair (al-ta’ir), Deneb (dhanab) dan Pherhad drpd farqad.

Page 47: Teknologi Purba Dunia

SAINS PURBAISLAM

• Al-kimia dikatakan berasal drpd beberapa sumber: chemiya drpd Yunani, kim drpd sebutan orang Kwantung lien kim syok yg merujuk kpd penukaran timah kpd emas

• Al-kimia ialah penjernihan, peningkatan martabat & penulenan sama ada benda fizikal atau ruhani

• Mengikut Jabir b. Haiyyan (a. ke-8/9 EB), semua benda terdiri drpd 2 bahan asas belerang & raksa yg terbentuk drpd gabungan 4 unsur air, angin, udara & tanah & 4 sifat kering, lembap, sejuk & panas (banding dgn Yin dan Yang & 5 unsur air, api, logam, kayu & tanah dlm alkimia Cina)

• Penukaran benda dilakukan dgn mengubah taburan kandungan belerang & raksa dengan bantuan batu failasuf al-iksir (banding dgn cintan dalam alkimia Cina)

• Timah dinaikkan martabat & dijernihkan kpd emas dan nafs ammarah yg rendah dinaikkan martabat kpd nafs mutmainnah melalui proses tazkiah yg diungkapkan oleh al-kimia

Page 48: Teknologi Purba Dunia

SAINS PURBA ISLAM• Sumbangan penting ahli al-kimia Islam ialah penciptaan

penyuling yg membolehkannya menemui berbagai sebatian baru seperti naftah, alkohol (al-kuhl), minyak atar, alkali (al-qali) dan asid galian

• Al-Razi dan Ibn Sina juga merupakan tabib dan mereka telah menggunakan kepakaran al-kimianya untuk menghasilkan ubat-ubatan dan menerokai ilmu kimia perubatan atau iatrokimia

• Ilmu perubatan Islam berasal drpd perubatan Yunani yg masuk melalui para doktor dari Jundisabur seperti keluarga Bekhtishu dan keluarga Masawayh pada zaman Abbasiyyah

• Al-Razi (Rhazes) merupakan ahli perubatan Islam penting yg mengkaji berbagai-bagai penyakit seperti campak, & cacar tulen & mengarang Kitab al-hawi, Kitab al-mansur, Kitab al-asrar

• Ibn Sina (Avicenna) juga merupakan ahli perubtan Islam agung yang mengarang Kitab al-Qanun fi al-tibb yg digunakan hingga ke-abad ke-18 EB di Eropah

Page 49: Teknologi Purba Dunia

SAINS PURBAISLAM

Gerhana Bulan oleh al-BiruniGerhana Bulan oleh al-Biruni

Page 50: Teknologi Purba Dunia

SAINS PURBAISLAM

Taqi al-din dan Para Ahli Nujum sedang Taqi al-din dan Para Ahli Nujum sedang Bertugas di IstambulBertugas di Istambul

Page 51: Teknologi Purba Dunia

SAINS PURBAISLAM

Beberapa Orang Pelajar Astronomi bersamaBeberapa Orang Pelajar Astronomi bersamaGuru MerekaGuru Mereka

Page 52: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAMELAYU

• Ahli teknologi Melayu dikenali sebagai tukang; atau pandai yg dikhaskan untuk tukang besi atau pembuat keris yg dikatakan mempunyai ilmu mistik

• Pandai keris mengetahui besi Kharsani dan besi ini merupakan logam yg diketahui oleh ahli al-kimia Islam yang juga bergelar hakim bermakna bijak bistari

• Bukti sejarah menyatakan keris hanya timbul pada zaman Islam dan besar kemungkinan teknologi pembuatannya datang dari tanah Besar Islam berdasarkan peristilahan pandai dan hakim itu, dan cara membuatnya dengan menempa beberapa lapis besi seperti pedang Damsyik

• Tukang Melayu percaya setiap benda yg dibuatnya mempunyai tertibnya sendiri yg menentukan prestasinya. Penertiban mengikut kitaran 4 akan tetapi 2,5,6,7,& 8 juga digunakan untuk pembuatan artefak tertentu

Page 53: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAMELAYU

• Candi di Lembah Bujang Kedah (abad 1 EB), mengikut reka bentuk kuil Hindu selepas abad ke-2 SEB : serambi, dewan mandapa (kedua-dua drpd kayu) dan bilik suci yg ditutupi oleh Shikkara (mungkin drpd batu) seperti di India

• Candi Hindu Siva di Java mengikut reka bentuk yg sama • Candi Buddha Borobodur yg dibina pada abad ke-8 EB oleh

Sri Vijaya diperbuat drpd batu, pintunya terdiri drpd tiang dan palang, dan candi ini terdiri drpd banyak stupa kecil yg berakhir dgn Stupa terbesar di puncaknya

• Rumah Melayu diperbuat drpd kayu & bumbung asal rumah Melayu ialah bumbung lipat kajang yg berbentuk mengikut suku-kaum iaitu berbentuk tanduk di Minangkabau dan perahu di Batak

• Bentuk bumbung dipengaruhi oleh budaya luar seperti bumbung berpeleh dari Siam, bumbung berperabung lima dari India dan bumbung limas dari Belanda

Page 54: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAMELAYU

Candi Batu Pahat di Lembah BujangCandi Batu Pahat di Lembah Bujang

Page 55: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAMELAYU

Candi di Pulau Java Abad ke-8 EBCandi di Pulau Java Abad ke-8 EB

Page 56: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAMELAYU

Stupa Buddha Borobodur yang dibina oleh Stupa Buddha Borobodur yang dibina oleh Sri Vijaya Abad ke-8 MSri Vijaya Abad ke-8 M

Page 57: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAMELAYU

Patung Buddha mengikut bentuk AmaravatiPatung Buddha mengikut bentuk Amaravatiyg dijumpai di Sulawesiyg dijumpai di Sulawesi

Page 58: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAMELAYU

• Masjid Melayu asli tidak mempunyai sebarang gerbang atau kubah contohnya Masjid Kampung Laut Kelantan & Masjid Agung Demak Java

• Ruang solat yg luas disediakan dengan menggunakan bumbung cangkup tiga lapis yg semakin luas ke bawah

• Rupa bentuk bumbung ini mirip gunung Meru di kuil Hindu & ini menjadi faktor dakwah untuk menarik penganut Hindu ke Masjid utk memeluk Islam dengan mudah

• Pendapat lain yg mengatakan bentuk bumbung ini adalah pengaruh orang Islam dari Cina masih belum dapat dibuktikan dgn jelas

• Bentuk bumbung masjid Melayu berubah dengan kedatangan arkitek-arkitek British dari India pada zaman penjajahan British yg mereka- bentuk masjid-masjid besar Melayu mengikut bentuk Moghul India

Page 59: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAMELAYU

• Jong merupakan kapal besar Melayu yg diketahui dibina sejak abad pertama hingga abad ke-15 EB, akan tetapi kapal ini dipercayai dicipta jauh lebih awal

• Pada gendang gangsa tinggalan zaman gangsa (sebelum 2,000 EB) di Nusantara, terdapat ukiran kapal primitif yg menunjukkan kemudi birai, dan dinding berjahit

• Bangkai jong dijumpai di Pontian, Kuan Luk Pat, Thailand, Butuan, Filipina & Zaytun dekat Hong Kong

• Ukiran di Borobudur menunjukkan Jong mempunyai lunas, dua linggi tinggi, dinding terjahit berlapis, dua kemudi birai, dua tiang layar, layar segiempat serta layar linggi depan dan pengapung

• Panjang Jong antara 50 - 80 m dan merupakan kapal terbesar yg merentas lautan di Nusantara

Page 60: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAMELAYU

Ukiran Batu di Borobodur yang MenunjukkanUkiran Batu di Borobodur yang MenunjukkanJong Melayu-Sri Vijaya Abad ke-8 MJong Melayu-Sri Vijaya Abad ke-8 M

Page 61: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAMELAYU

Ukiran Batu di Borobodur yang MenunjukkanUkiran Batu di Borobodur yang MenunjukkanJong Melayu-Sri Vijaya Abad ke-8 MJong Melayu-Sri Vijaya Abad ke-8 M

Page 62: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAMELAYU

Ukiran di atas Gendang Gangsa MenunjukkanUkiran di atas Gendang Gangsa MenunjukkanBentuk Bot/Kapal Melayu pada Zaman GangsaBentuk Bot/Kapal Melayu pada Zaman Gangsa

Page 63: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAMELAYU

• Catatan Cina abad ke-8 EB menunjukkan jong dari Kun Lun (Nusantara) memuatkan lebih drpd 1000 orang dan muatan seberat 200 hingga 1000 ton

• Kapal sebesar ini hanya boleh diselenggarakan oleh kuasa laut yg besar seperti dua kerajaan Melayu, Sri Vijaya dan Melaka dan digunakan untuk berperang

• Dengan tertakluknya Melaka, jong juga turut hilang• Muzeum Negeri Terengganu mempamerkan dua buah

perahu besar Terengganu (awal abad ke-20) yg menunjukkan penyerapan ciri-ciri Barat/luar seperti layar cucur (jib), layar gap, kemudi bontot, dan penggunaan paku

• Seorang warga Perancis yg diselamatkan drpd kapal karam hampir 100 thn lalu mengajar tukang bot Terengganu memasukkan ciri-ciri ini

Page 64: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAMELAYU

Kapal MelayuKapal Melayu

Page 65: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAMELAYU

Masjid Agung DemakMasjid Agung Demak

Page 66: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAMELAYU

Masjid MelayuMasjid Melayu

Page 67: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAMELAYU

• Padi yg berasal dari Semenanjung Malaysia ditanam di sini sejak zaman purba lagi iaitu sejak revolusi pertanian

– Sampel padi tertua ditemui di Thailand – Model tenggala kecil di Lembah Bujang– Padi merupakan salah satu perkataan Melayu Asli

• Dua jenis tenggala; Tenggala Perlis/Siam &Tenggala Cina• Pelombongan juga dijalankan sejak Zaman purba apabila

semenanjung Malaysia dikenali sebagai the Golden Chersonese oleh Ptolemy; emas, perak & timah dihasilkan

• Keris dibuat oleh pandai keris dgn menempa beberapa lapis besi seperti cara menempa pedang Damsyik & menghasilkan ukiran “pamur” seperti ukiran “firind” yg terdapat di atas pedang tersebut

• Bukti sejarah menunjukkan keris hanya dipakai pada abad ke-14 EB iaitu pada zaman Islam

Page 68: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAMELAYU

Roda Air di Kuala Pilah pada 1923Roda Air di Kuala Pilah pada 1923

Page 69: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAMELAYU

Keris MelayuKeris Melayu

Page 70: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAMELAYU

• Pandai keris mengetahui besi kharsani yg dikenali dalam al-kimia di Asia Barat

• Ahli al-kimia digelar hakim yg bermakna bijak bestari dan istilah pandai merupakan peMelayuan hakim

• Berdasarkan ini, ada kemungkinan teknologi pembuatan keris datang drpd Asia Barat

• Teknologi senjata api juga diimpot dari Asia Barat• Tome Pires, ahli sejarah Portugis, mendapati 3000 laras

meriam gangsa di dalam kota Melaka dan hairan bagaimana Portugis boleh menang

• Meriam dicipta oleh orang Islam dan besar kemungkinan teknologi ini diimpot dari Asia Barat

• Meriam Melayu digelar lela dan rentaka dan bentuknya sama seperti bentuk meriam kecil Islam

Page 71: Teknologi Purba Dunia

TEKNOLOGI PURBAMELAYU

• Istinggar (musket) juga berasal dari sana kerana cara membuatnya dengan mengimpal lilitan sekeping besi sama dengan cara pembuatan istinggar Turki dan tak sama dengan cara membuat istinggar di Barat dengan mengimpal kepingan besi lurus di sekeliling lubang

• Teknologi gangsa menggunakan teknik lilin lesap• Penghembus angin utk rakmo (relau) digelar musang• Tuangan tembaga dikemaskan dgn pelarik bindu kaki• Teknologi emas & perak juga dikembangkan sejak purba kala lagi• Perak lebur dituang ke dalam acuan kayu & dihiasi melalui titingan• Penenun digelar kek di Kelantan & Terengganu dari Asia Barat• Benang digantih dgn memintal kapas& menariknya melalui lubang

utk membuat benang • Benang lungsin diregang dgn menggunakan anian, karap digunakan

untuk memisahkan benang lungsin selang-seli untuk memasukkan benang karap dengan menggunakan anak torak

Page 72: Teknologi Purba Dunia

SAINS PURBAMELAYU

• Tidak ada catatan tentang sains Melayu asal• Dengan Penghinduan pada abad pertama EB, sains dari

India dikembangkan di Kedah dan Palembang• I Tsing mencatatkan kira-kira 1,000 sarjana melakukan

kajian di Palembang ketika beliau sampai di sana untuk mempelajari Sanskrit pada abad ke-7 EB

• Dengan pemelukan Islam, sains Islam dikembangkan di sini terutama al-kimia (pandai keris?), perubatan dan astronomi (falak)

• Ahli sains Melayu terakhir yg diketahui mengajar al-kimia dan perubatan ialah Sheikh Wan Ahmad al-Fatani pada hujung abad ke-19 M dan cetakan akhir buku tibbnya pada tahun 50-an ada tersimpan di perpustakaan DBP