teknik susun umpan dan ikatan

Upload: mohamad-shuhmy-shuib

Post on 30-May-2018

270 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Teknik Susun Umpan Dan Ikatan

    1/10

    Teknik susun umpan

    TEKNIK memasang umpan juga penting untuk menarik perhatian ikan. Ini kerana caramenyusun serta meletakkan umpan turut diambil kira supaya mangsa lebih cepatmemakan umpan.

    Menghimpunkan jumlah umpan yang banyak terutama cacing pada mata kail antarateknik yang boleh digunakan ketika memancing air tawar untuk memikat penghunisungai ataupun tasik. Cacing adalah antara umpan paling berkesan untuk kebanyakanikan air tawar. Ia mungkin digunakan seekor atau beberapa ekor sekali gus sepertigambar rajah berikut.

    Cara pintal umpan

    CARA memasukkan umpan pada mata kail ada kalanya memainkan peranan untukmemastikan umpan tidak mudah terlucut dibawa arus ataupun tidak mudah terkeluarapabila diragut mangsa.

    Oleh itu, cara memasukkan umpan juga perlu dilakukan dengan teknik yang sesuaitermasuk memintal seperti bahagian sotong yang dipotong ataupun cacing, ruat,perumpun sarang ataupun ulat lundu.

    1

  • 8/14/2019 Teknik Susun Umpan Dan Ikatan

    2/10

    Simpulan untuk umpan lembut

    Penggunaan isi ikan ada kalanya menyukarkan kerana ia mudah terburai terutama

    ketika dibaling ataupun dibawa arus. Oleh itu, simpulan yang sesuai diperlukan bagimengelakkan umpan habis begitu saja.

    1 - Ambil isi ikan yang biasa digunakan tetapi perlu dibuang kulit bagi membolehkanbaunya menjadi tarikan untuk menjinakkan mangsa dan kemudian masukkan mata kailke isi ikan berkenaan.

    2 - Kemudian lilit tali tangsi yang nipis pada hampir keseluruhan umpan tadi.

    3 - Putus tali terakhir melilit umpan tadi tetapi jangan sesekali membuat sebarangsimpulan.

    2

  • 8/14/2019 Teknik Susun Umpan Dan Ikatan

    3/10

    Simpulan Bulatan Tuna

    SIMPULAN ini sesuai digunakan untukmengikat umpan sama ada hirisansotong ataupun keratan ikan dalamkeadaan air yang berarus tidak kira dilaut ataupun sungai.

    1. Umpan yang dipotong dimasukkanmenerusi mata kail namun kaedah iniada keburukan sekiranya menggunakanumpan yang lembut kerana iaberkemungkinan akan dimakan ikan yangtidak dikehendaki ataupun bersaiz lebih

    kecil.

    2. Bagaimanapun, umpan akan lebih selamat jika dimasukkan menerusi tali pancingterutama pada tahap air yang lebih dalam.

    3. Kemudian lipat umpan dan sekali lagi masukkan mata kail menerusinya untukmemastikan keberkesanan mata kail.

    4. Bahagian lebihan umpan mampu menjadi daya penarik apabila ia bergerak dibawaarus.

    5. Sekali lagi masukkan mata kail menerusi bahagian terakhir untuk memastikan matakail terkeluar dari umpan.

    6. Ambil sepotong lagi umpan dan lipat kemudian masukkan menerusi mata kail.

    7. Tolak bahagian umpan yang terlipat untuk memastikan mata terkeluar danmengenakan mangsa dengan baik.

    3

  • 8/14/2019 Teknik Susun Umpan Dan Ikatan

    4/10

    SimpulanTurle

    SIMPULAN ini sesuaidigunakan untukmengikat tali pancinglayang (fly fishing) bagimemastikan ikatankemas.

    1. Mulakan ikatandengan mengikat umpan fly dengan tali pancing di bahagian pangkal mata kail dan lilitbeberapa kali.

    2. Kemudian masukkan bahagian hujung tali ke dalam lubang mata kalil ke arah talipancing utama.

    3. Buat satu gelung pada tali utama dan lilit pada tepi gelung.

    4. Ulang lilitan sama pada gegelung tadi.

    5. Kemudian simpulkan gegelung tadi tanpa menarik dengan kuat.

    6. Ikat bahagian hujung tali pancing dan matikan ikatan pada lubang mata kail.

    SIMPULAN ini sesuai digunakan untuk mengikat tali

    pancing layang (fly fishing) bagi memastikan ikatan kemas.

    4

  • 8/14/2019 Teknik Susun Umpan Dan Ikatan

    5/10

    Ikatan Lefty'sLoop

    SIMPULAN ini sesuai untukpancing layang kerana ia akanmemudahkan pergerakanmata kail. Ia mudah untukdilakukan malah tidak mudahputus ataupun terlucut.

    1. Masukkan tali ke lubangmata kail dan lakukan gegelung pada perambut dan masukkan hujung tali ke dalamgegelung.

    2. Lilit sebahagian daripada perambut antara tiga hingga lima lilitan.

    3. Tarik tali dari bahagianatas untukmemperkemaskan ikatanserta menjamin kekuatanikatan.

    Simpulan

    DuncansLoop

    Peter Hayes,mencadangkan simpulanDuncans Loop untukmemudahkan ikatanketika memancing cara layangan.

    ADAKALANYA jenis tali pancing yang sama boleh mengelirukan terutama untukmembezakan manakala ia lebih merumitkan apabila membabitkan memancing layang.

    Peter Hayes, mencadangkan simpulan Duncans Loop untuk memudahkan ikatan ketikamemancing cara layangan.

    1. Masukkan tali pancing utama pada lubang mata kail dan buat satu gegelung.

    2. Ambil bahagian hujung tali pancing dan kemudian masukkan ke dalam gegelung danlilit pada tali utama.

    SIMPULAN ini sesuai untuk pancing layang kerana ia

    akan memudahkan pergerakan mata kail.

    Peter Hayes, mencadangkan simpulan Duncans Loopuntuk memudahkan ikatan ketika pancing layang (fly

    fishing) dilakukan.

    5

  • 8/14/2019 Teknik Susun Umpan Dan Ikatan

    6/10

    3. Ulang lilitan sehingga empat atau lima kali.

    4. Matikan simpulan dengan mengambil bahagian hujung dan dimasukkan dalamgegelung.

    5. Kemudian kemaskan ikatanmengikut saiz yang diperlukan.

    Simpulan Wind OnDacron Leader

    SIMPULAN ini sesuai untukmengikat tali yang bersaiz lebihtebal atau menyambung dua tali.

    Caranya:

    1. Tajamkan bahagian depan talipancing yang bersaiz besar tetapi

    jangan melakukannya sehingga terlalu tajam.

    2. Licinkan bahagian yang kesat dengan menggunakan kertas pasir.

    3. Masukkan bahagian yang tajam ke dalam salur dacron.

    4. Rapikan saluran dacron supaya ia melekat dengan baik.

    5. Kemudian potong bahagian dacron yang berlebihan.

    6. Gunakan tali pancing yang bersaiz lebih licin serta lilitkan pada hujung dacron.

    7. Lakukan lilitan dengan kemas serta lilitkan beberapa kali di bahagian hujung dacron.

    8. Simpulkan ikatan itu dengan kemas supaya ia tidak mudah terlucut.

    9. Ikatkan simpulan dengan ketat serta gunakan gam yang sesuai untuk menutupdacron.

    SIMPULAN ini sesuai untuk mengikat tali yang

    bersaiz lebih tebal atau menyambung dua tali.

    6

  • 8/14/2019 Teknik Susun Umpan Dan Ikatan

    7/10

    Ikatan ShockTippet &Leader Knot

    SIMPULAN ini terbuktibegitu kukuh untukmenyambung dua talipancing mono utamayang memiliki ketebalanberbeza denganperambut tanpa terleraisiap dengan seutas tiub.

    1. Buat satu gelungutama dengan beberapa

    lilitan didalamnya.

    2. Kemudian bentukkangelung tali menjadi angka8.

    3. Masukkan perambut yang agak tebal di bahagian gelung angka 8 di tengah lilitan.

    4. Ketatkan dua sambungan di bahagian tengah angka 8.

    5. Masukkan tiub, lilitkan beberapa di bahagian tengah hingga ke atas.

    6. Kemudian tarik dan ketatkan sambungan tadi ke arah berlawanan untukmengukuhkan ikatan.

    7. Kemaskan lilitan dengan mengetatkan lilitan sambil masukan tali mono atau taliperambut ke dalam tiub.

    8. Tarik keluar tiub yang di bawah lilitan.

    9. Tindihkan dua ikatan tadi dengan kemas tanpa menariknya terlalu ketat.

    10. Kemaskan sambungan dengan memotong lebihan tali di hujung bahagian.

    Simpulan Slim Beauty

    SIMPULAN ini terbukti begitu kukuh untuk menyambung

    dua tali pancing mono utama yang memiliki ketebalan

    berbeza dengan perambut tanpa terlerai siap dengan seutastiub.

    7

  • 8/14/2019 Teknik Susun Umpan Dan Ikatan

    8/10

    SIMPULAN ini lazimnyadigunakan untukmenyambung tali pancingmono utama yang memilikiketebalan berbeza.

    1. Buat satu gelung utamadiikuti gelung beselangdaripada tali yang lebihnipis.

    2. Kemudian bentukkangelung tali menjadi angka 8.

    3. Masukkan perambut yang agak tebal di bahagian gelung angka 8 di tengah lilitan.

    4. Lakukan lilitan empat kali atau lebih keatas tali perambut yang akan disambung.

    5. Kemaskan lilitankedua-dua tali mono yangakan disambung.

    6. Kemudian tarik danketatkan sambungan tadike arah berlawanan untukmengukuhkan ikatan.

    Simpulan

    Blood KnotSIMPULAN ini sesuaiuntuk digunakanmenyambung dua talipancing mono yangmemiliki ketebalan berbeza.

    1. Lakukan satu gelung bertindih dengan menggunkan tali yang lebih nipis dankemudian lilit pada tali yang lebih tebal.

    2. Lilit tali yang lebih tebal dengan tali yang lebih nipis

    3. Masukkan bahagian hujung tali yang tebal ke bahagian tengah lilitan selepasmelakukan empat hingga lima lilitan.

    4. Lakukan sekali lagi lilitan hingga enam lilitan dan masukkan bahagian tengah denganmenggunakan tali yang lebih nipis.

    SIMPULAN ini lazimnya digunakan untuk

    menyambung tali pancing mono utama yang memiliki

    ketebalan berbeza.

    SIMPULAN ini sesuai untuk digunakan menyambung dua

    tali pancing mono yang memiliki ketebalan berbeza.

    8

  • 8/14/2019 Teknik Susun Umpan Dan Ikatan

    9/10

  • 8/14/2019 Teknik Susun Umpan Dan Ikatan

    10/10

    SIMPULAN ini sesuaiuntuk menyambungdua tali dan mampumemikul beban yangberat serta tidakmudah terlucut.

    1. Lilitkan dua jenis talipancing yang berbeza.

    2. Lilit sehingga empatlilitan dan kemudianbuat lilitan yang samasecara menyongsang.

    3. Ulang untuk membuat lilitan sehingga empat lilitan dan sulam di bahagian tengah.

    4. Ulang lilitan yang sama.

    5. Sulam ikatan di bahagian tengah dan tarik.

    6. Tarik kedua-dua bahagian dari arah berlainan untuk memperkemaskan ikatan.

    10