teknik pencegahan kebakaran

Upload: hamizan-jailani

Post on 04-Apr-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 teknik pencegahan kebakaran

    1/10

    PENCEGAH KEBAKARAN

    1.0 Faktor-Faktor Yang Mesti Ada Bagi MewujudkanKebakaran

    Api adalah sumber tenaga yang sangat diperlukan oleh manusiadalam kehidupan harian. Malangnya api itu mestilah dikawal atau di

    awasi, jika tidak, ia boleh merupakan salah satu punca kebakaranatau malapetaka kepada manusia.

    Kebakaran boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu:-

    (a)Letupan (reaksi yang pantas)

    (b)Api biasa

    (c)Kebakaran secara meresap

    Ketiga-tiga jenis kebakaran ini boleh berlaku dimana-mana sahajadan terpulang kepada keadaan dan sifat bahan yang terlibat.Factor-faktor yang mesti ada pada permulaan satu-satu kebakaranialah:

    (a)Haba (heat)

    (b)Oksigen (oxygen) dan

    (c) Bahan-bahan (fuel) yang boleh terbakar

    Ketiadaan salah satu ketiga-tiga bahan tersebut di atas, akanmenjauhkan kejadian kebakaran. Pengertian mengenai campuranketiga-tiga bahan ini adalah penting bagi diketahui bagi mencegahkebakaran daripada berlaku dan menerangkan prinsip-prinsip untuk

    memadam satu-satu kebakaran. Prinsip utama bagi mencegahkebakaran ialah jangan membenarkan ketiga-tiga bahan tersebutdi atas, iaitu adanya haba yang sesuai, oksigen dan bahan yangboleh terbakar berada bersama-sama pada satu ketika.

    2.0 Kelas Kebakaran

    Kebakaran-kebakarn ini semua boleh diketogorikan kepada empatkelas iaitu:-

    (i) Kelas A Kebakaran benda-benda pepejal yang bisanyaberasal daripada

    (component) karbon. Api jenis ini menghasilkanbara yang banyak.

    Papan, kertas, kain, pokok-pokok kering dankarpet adalah contoh-

    contoh bahan di dalam katogori ini.

  • 7/29/2019 teknik pencegahan kebakaran

    2/10

    (ii) Kelas B Api kelas ini ialah api cecair seperti minyak petrol,diesel, cat,

    alcohol, karbon sulfite dan sebagainya.

    Api kelas ini boleh dipadamkan secaramenyelimut dengan air

    sabun yang halus atau menggunakan buih atau

    debu kering.

    (iii) Kelas C Api ini adalah api gas atau gas cecair yang bolehterbakar.

    Misalnya, gas-gas yang dipadatkan kedalamtabung atau silinder

    seperti gas petrol(L.P.G), methane, butane,hydrogen, ammonia dan

    sebagainya.

    Buih dan debu kering boleh digunakan untukmengawal api yang

    melibatkan penumpahan cecair gas yang kecil,Semburan

    digunakan untu menyejukkan tabung gas itu.

    (iv) Kelas D Api yang melibatkan logam-logam sepertimagnesium, sodium dan

    potassium. Penggunaan air untuk memadamsetengah api kelas D

    ini tidak berkesan malah boleh mendatangkanbahaya tindakbalas.

    Sebenarnya sebelum ada pemadam api yangbenar-benar sesuai

    untuk memadam api logam. Debu timah,powdered graphite,

    habuk soda, habuk simen kering dan alat

    pemadam jenis debu yangdiberinama Tannery eutectic chloride atau pasir

    kering dianggap

    boleh digunakan untuk memadam api kelas D ini.

    (v)Kelas E - Percikan api dari punca elektrik

  • 7/29/2019 teknik pencegahan kebakaran

    3/10

    3.0 Alat-alat Pemadam Api (Fire Extinguishers )

    1. Air/Soda Acid Memadam Api Kelas A

    2. Buih (Foam) Memadam Api Kelas B

    3. CO2 Memadam Api Kelas F

    4. Debu Kering (Dry Poweder)Memadam Api Kelas A, B and C

    4.0 Sistem Mencegah Kebakaran Yang Ada Di Dalam Bangunan

    Pemasangan alat mencegah kebakaran di dalam bangunan bolehdibahagikan kepada tiga kumpulan:-

    (i) Alat pasangan tetap

    (ii) Alat pasangan tidak tetap

    (iii) Alat-alat lain untuk isyarat-isyarat, pengesan asap, haba danmenyelamat

    Pemasangan alat-alat ini adalah tertakluk kepada undang-undangatau peraturan atau berpandukan kepada code of practice danspesifikasi. Ini bererti alat-alat yang dipasangkan itu hendaklahdiluluskan terlebih dahulu supaya alat-alat itu dapat memberiperkhidmatan atau tindakan yang berkesan dan tidakmembahayakan penggunanya.

    4.1 Jenis Alat-alat Pasangan Tetap:

    Alat pasangan tetap ini dimaksudkan alat yang di pasangkan

    dengan tetap pada bangunan-bangunan. Pemasangan alat-alat itu tidak boleh di ubah-ubah seperti yang dilakukankepada alat pemadam api jenis buih, debu kering dansebagainya.

    Jenis alat-alat pasangan tetap adalah seperti berikut:-

    (i) Sistem pancur kering (Dry powder)

    (ii) Sistem pancur basah (wet riser)

    (iii) Alat bantu mula gelung hos (hose reel)

    (iv) Sistem sembur sprinkler (sprinklers system)

    (v) Alat pasangan tetap

    (vi) Penggera kebakaran untuk mengesan haba (heatdetectors)

    (vii) Penggera kebakaran untuk mengesan asap (smokedetectors)

    (viii) Lampu-lampu insyarat kecemasan (emergency lighting)

  • 7/29/2019 teknik pencegahan kebakaran

    4/10

    (ix) Tanda pintu keluar (exit signs)

    (x) Lif bomba (fireman lift)

    (xi) Sistem pengawalan asap bagi tangga (stairwellpressurization system)

    (xii) Sistem pengawalan asap bagi lobi (lobby pressurizationsystem)

    (xiii) Telefon bomba (fireman intercommunication)

    (xiv) Alat-alat pembesar suara (public address system)

    4.2 Pancur kering

    Pancur kering adalah sejenis paip yang dipasangkan turusmenegak dari tingkat bawh ke tingkat atas satu-satubangunan tinggi. Biasa bangunan tinggi yang lebih daripada60 kaki (5 tingkat) dan tidak lebih daripada 100 kaki adalahhendak dipasang dengan sistem pancur kering. Saiz paip

    adalah 4 inci garis pusat bagi tnggi tidak melebihi 75 kaki dan6 inci garispusat bangunan. Tingginya tidak melebihi 75 kaki(kurang daripada 100 kaki). Paip itu biasanya dipasang padabahagian tangga atau kaki lima digunakan oleh ahli bomba.Sistem ini mempunyai bahagian-bahagian berikut:-

    (a)Injab untuk menerima air (breeching inlet valve)yang dipasangkan dibawah tingkat bangunan danbiasanya mempunyai dua muncung (bagi paip 4")yang dilengkapkan dengan injap jenis non return(two-way breeching inlet). Saiz tiap-tiap muncung

    itu ialah 2 inci garis pusat. Bagi paip yang 6 incigaris pusatnya, muncung inlet ialah empat.Pemasangan muncung ini dilengkapkan denagnsejenis peti yang ditanda dengan perkataan Injapmasuk Pancur Kering atau dry riser inlet.

    (b)Injap untuk membuang air (drain valve ) yang jugadipasangkan bersama-sama di dalam peti ituadalah untuk mengeluarkan air dari paip sistem itusetelah sistem itu digunakan.

    (c) Paip sistem itu dipasangkan menegak dari tingkat

    atas sekali. Tiap-tiap tingkat bangunan paip ini dilengkapkan dengan injap untuk air keluar (landingvalve) dimana hos bomba disambungkan. Dihujungpaip itu dipasangkan pada satu injap angin.

    (d)Injap air keluar (landing valve) yang dipasangkanlebih kurang 3 kaki tinggi dari paras muaka lantai ditiap-tiap tingkat bangunan ialah untukmenyambungkan hos bomba (2" canvas hose).

  • 7/29/2019 teknik pencegahan kebakaran

    5/10

    (e)Injap udara (air release valve). Injap ini ialah untukmembuangkan angin apabila sistem itu digunakantanpa injap pengaliran air di dalam paip akanterganggu.

    Cara-cara Menggunakan Sistem Pancur Kering.

    Sistem ini dapat membekalkan air daripada pam itu biasanyamenyedut air daripada pili bomba yang ada berdekatan di situ. Air itudi alirkan melalui hos muncung air masuk (inlet valve) lalu air ituditolakkan oleh kuasa pam dalam paip itu. Angin dalam sistem itu akankeluar melalui injap angin tetapi injap ini akan tertutup apabial airsampai ke injap.

    Ujian Haiderostatik

    Paip-paip pancur basah hendaklah diuji dengan tekanan 200 psigselama dua jam.

    Pemasangan.

    Pancur kering mesti di dirikan setingkat demi setingkat supaya dapatmemberi perlindungan semasa pembinaan. Bagi bangunan yangmelebihi 100 kaki tingginya, pancur kering hendaklah di pasangapabila bangunan sampai ke tinggi melebihi 60 kaki.

    4.3 Pancur Basah (Wet Riser)Sistem pancur basah ini ialah sejenis paip yang dipasangkan lurusmenegak seperti pancur kering juga, tetapi paipnya biasanya 6 inciadalah sentiasa berisi air yang mempunyai tekanan. Sistem inisentiasa dipasangkan kapada bangunan yang lebih daripada 100 kakitinggi.

    Bekalan air bagi sistem pancur basah biasanya dengan mengunakanpam-pam dan tangki air sebesar 10,000 gallon. Tekanan bagi injab airkeluar tertinggi sekali ialah 4 bar (60 psi) dan aliran sebanyak 1500dm/min (300IGPM), sebanyak 2 pam digunakan, satu merupakanstandby. Pam-pam tersebut biasanya satu pam elektrik dan satu paminjin diesel. Dua pam elektrik boleh digunakan sekiranya terdapatbekalan kuasa standby generator bagi bangunan.

    Injap air keluar (landing valve) bagi sistem pancur basah ialah jenisPressure Reducing. Injap-injap ini dipasangkan dengan injab butterflyyang boleh diubah supaya dapat mengawal tekanan di hos bomba(canvas hose) tidak melebihi 100 psig. Biasanya injap air dikeluardikawal tidak melebihi 75 psi. injap ini disambungkan kepada satu paip

  • 7/29/2019 teknik pencegahan kebakaran

    6/10

    4" garis pusat yang disambungkan balik ke tangki air. Paip ini adalahpaip air kembali ke tangki.

    4.4 Alat Bantu Mula Gelong Hos (Hose Reel First Aid System)

    Sistem gelong hos terdiri daripada satu dram keluli dimana satu tiubgetah bersaiz atau 1 inci dililitkan. Getah ini keras, panjangnya ialahkurang 100 kaki dan dihujungnya dipasangkan nozel (nozzle).

    Sistem ini mendapat bekalan air dari satu set pam dan tangki airminima 2000 gallon, 2400 gallon (biasanya) maksima 3200 gallon.Kadangkala bekalan air didapati dari sistem pancur basah denganmengunakan valve pengurangan tekanan(pressure reducing valve).Paip system ini biasanya sebesar 2" dan tekanan digelung tertinggisekali ialah 30 psig dan aliran 5 igpm. Gelung hos dipasangkan padatiap-tiap tingkat dan digunakan oleh penghuni-penghuni bangunan.Drum dipasangkan 3 kaki dari paras lantai.

    4.5 Sistem Semburan Automatik (Sprinkler system)

    Sistem paip ini mempunyai satu paip air pembekal, satu kumpulaninjap-injap, saluran paip-paip air pembahgi (distribution pipe) dankepala-kepala sprinkler. Kepala sprinkler ini ialah dimana tempat airakan menyembur, adalah dipasang pada saluran-saluran paippembahagi.

    Fungsi-fungsi Sistem Sprinkler Adalah Seperti Berikut:-

    1. Mengesan api.

    2. Mempunyai loceng isyarat.

    3. Bertindak dengan sendirinya untuk memadamkankebakaran sebelum api itu membesar.

    4. Mencegah perebakan api.

    Pamasangan sistem ini adalah berpandukan kepada piawaian samaada yang diterbitkan oleh British, Amerika atau lain-lain negara.Kebiasaan digunakan kod-kod amali yang ditentukan oleh LossPrevention Council (LPC), England atau pun kapada peraturan yangdikeluarkan oleh Notional Fire Protection Associate (NFPA). Peraturan-

    peraturan yang dibuat oleh badan ini berubah sedikit dari masa kesemasa di mana perlu supaya mendapat taraf yang lebih cekapmengikut peralihan masa.

    Kepala Sprinkler

    Kepala sprinkler ini dipasangkan dengan jarak yang tertentu diantarasatu dengan yang lain, berdasarkan kepada jenis-jenis bahaya yangada pada lantai yang dilindunginya.

  • 7/29/2019 teknik pencegahan kebakaran

    7/10

    Kepala sprinkler adalah dua jenis:-

    1. jenis logam yang mudah cair (fusible link).

    2. sejenis bulb (mentol) yang berisi dengan sejenis cecairyang mudah mengembang (quartzoid bulb).

    Kegunaan kepala sprinkler ialah untuk menahan tekanan air yang adapada paip-paip itu. Apabila ianya kena kapada haba, mengikut suhu

    darjah yang ditentukan. Logam atau mentol itu akan putus atau pecahdan membuatkan air menyebur keluar untuk memberi perlindunagankepada lantai dibawahnya. Kepala sprinkler jenis logam mudahberkarat dan dengan ini kepala jenis mentol menjadi lebih terkenal.Tiap-tiap kepala sprinkler ini di berikan warna tertentu bagimenandakan peringkat-peringtkat suhu tiap-tiap satu akan bertindak.Warna-warnanya ialah:-

    Kepala Sprinkler Jenis Logam Suhu Bertindak

    Tiada warna 68-74C

    Putih 93-100C

    Biru 141C

    Kuninig 182C

    Merah 227C

    Warna Kepada Sprinkler Jenis Mentol

    (quartzoid Bulb) Suhu Bertindak

    Oren 57CMerah 68C

    Kuning 79C

    Hijau 73C

    Biru 141C

    Menine (Mauve) 182C

    Hitam 204-260C

    Bekalan Air

    Sistem ini hendaklah mendapatkan bekalan air daripada salah asatupunca atau kombinasi daripada punca-punca berikut:-

    1. Saluran air JKR (Town Main)

    2. Dari tangki air yang dipasang khas di tempat yang tinggi(elevated) iaitu denagn menggunakan kuasa gravity.

  • 7/29/2019 teknik pencegahan kebakaran

    8/10

    3. Tangki khas yang dikenakan tekanan (pressure tank)

    4. Pam khas yang bertindak secara automatik.

    5. Kolam khas yang dibina ditempat tinggi.

    Kuantiti-kuantiti air, kuasa pam, besar saluran-saluran paip, kesangeseran hendaklah dihitung dengan teliti supaya menentukan sistemini benar-benar memberi tindakbalas semasa kebakaran.

    Pemasangan sprinkler ini bergantung kepada jenis-jenis bahaya yangada pada satu-satu tempat dan jenis-jenis bahaya boleh dibahagikankepada tiga katagori:

    a) Sistem bagi bahaya-bahaya sederhana (extra light hazard) seperti hotel, hospital, muzium, sekolah dan pusat pengajian,penjara dan sebagainya. Tiap-tiap kepala sprinkler memberiperlindungan seluas 21 m dan jarak antara tiap satu kepalasprinkler ialah tidak melebihi 4.6 m.

    b) Sistem bagi bahaya-bahaya biasa (ordinary hazard) seperti dibangunan perusahaan. Bahaya biasa dibahgikan kepada empatkumpulan iaitu:-

    Kumpulan I - Bahaya biasa taraf ringan seperti restoran,kilang simen, kilang

    gelas, kilang ais.

    Kumpulan II - Bahaya biasa taraf sederhana seperti bengkelinjin kapal terbang,

    perusahaan dobi, kilang teh, kerja-kerja

    kejuruteraan, kilangbiskut, garaj membaiki kereta dan sebagainya.

    Kumpulan III - Bahaya biasa taraf tinggi biasanya kilang kasut,kilang kain,

    kilang plastik dan sebagainya.

    Kumpulan IV - Bahaya dalam kumpulan ini seperti studio filemdan televisen,

    kilang mancis, kilang penapis minyak.

    Tiap-tiap kepala sprinkler memberi perlindungan 12 m dan jarakantara tiap-tiap satu kepala sprinkler ialah tidak melebihi 4 m.

    c) Sistem bagi bahaya tinggi (Extra High Hazard) seperti kilangbunga api tempat tambunan bahan-bahan yang berlapis-lapis,bahaya-bahaya didalam katagori ini boleh dibahagikan kepadadua jenis iaitu:-

  • 7/29/2019 teknik pencegahan kebakaran

    9/10

    (i) Tempat perusahaan

    (ii) Tempat-tempat dimana bahan-bahan ditimbunkandenagn secara berlapis-lapis.

  • 7/29/2019 teknik pencegahan kebakaran

    10/10

    1. GELUNG HOS ( HOSE REEL)

    - Sistem manual untuk pertolongan awal.

    - Bagi api yang kecil, mencegah dari merebak.

    - Sistem paip bersama dua pam.

    2. PANCUR KERING (DRY RISER)

    - Untuk bangunan 60 100

    - Paip lurus menegak dengan injap (landing valve) pada tiap-tiap tingkat.

    - Injab menerima air (inlet breeching valve) pada tingkatbawah untuk bomba.

    3. SISTEM PANCUR BASAH ( WET RISER)

    - Untuk bangunan tinggi > 1001

    - Serupa dengan pancur kering tetapi mempunyai dua pamdan tangki air yang khas.

    4. SISTEM SEMBURAN (SPRINKLER)

    - Lebih mahal tapi automatik

    - Bagi bangunan tinggi di mana bahaya api lebih ketara

    - Actirated 60-90C, biasa 70C

    5. CARBON DIOXIDE (CO2)

    - untuk menjaga peralatan yang mahal seperticomputer/pencawang letrik dimana bahaya api dari puncakuasa elektrik.