teknik membina jadual data

7
Teknik Membina Jadual Data Jadual ialah penyusunan semula data dan maklumat statistik secara teratur dan sistematik. Jadual lazimnya terbahagi kepada dua jenis, iaitu: (a) jadual mudah; dan (b) jadual kompleks. Jadual mudah ini hanya terdiri daripada tiga aspek, iaitu perkara, tahun, dan jumlah.

Upload: pa3stpm

Post on 14-Jun-2015

989 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

Teknik membina jadual data bagi kemahiran menukar teks linear kepada teks bukan linear

TRANSCRIPT

Page 1: Teknik membina jadual data

Teknik Membina Jadual Data

Jadual ialah penyusunan semula data dan maklumat statistik secara teratur dan

sistematik.

Jadual lazimnya terbahagi kepada dua jenis, iaitu: (a) jadual mudah; dan(b) jadual kompleks.

Jadual mudah ini hanya terdiri daripada tiga aspek, iaitu perkara, tahun, dan jumlah.

Page 2: Teknik membina jadual data

Contoh jadual mudah

Malaysia: Bilangan Pekerja Asing Mengikut Sektor bagiTahun 2000 - 2003

Sektor 2000 2001 2002 2003

Pertanian 264.9 284.1 197.6 169.5

Perlombongan

1.9 2.1 t.m. t.m.

Pembinaan 78.3 99.0 165.2 269.1

Pembuatan 119.4 213.0 300.5 355.4

Perkhidmatan

206.7 265.6 298.4 319.6

Jumlah 671.2 863.7 961.7 994.6

(Sumber : Jabatan Perangkaan dan Jabatan Imigresen, 2004)

t.m. – tiada maklumat

Page 3: Teknik membina jadual data

Contoh jadual kompleks

Malaysia: Kes Ragut yang Telah Diselesaikan dan Tangkapan yang Dibuat bagi Tahun 2003 dan 2004

Negeri2003 2004

Jumlah Selesai Tangkapan Jumlah Selesai Tangkapan

Perlis 12 4 3 10 5 3

Kedah 274 132 16 332 175 95

Pulau Pinang 56 20 12 38 9 6

Perak 155 97 23 167 153 55

Selangor 507 201 95 687 140 31

Kuala Lumpur 254 127 48 256 19 9

Negeri Sembilan 98 34 14 98 43 11

Melaka 38 23 16 48 7 2

Johor 237 133 47 263 71 21

Pahang 28 12 11 34 19 13

Terengganu 47 20 12 52 26 22

Kelantan 56 32 30 58 34 29

Sabah 151 101 48 153 79 32

Sarawak 67 37 26 91 22 18

Jumlah 1980 973 380 2287 802 347

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Polis Diraja Malaysia,Bukit Aman,2005)

Page 4: Teknik membina jadual data

Ciri-ciri jadual yang lengkap dan baik adalah:

(a) tulis tajuk yang ringkas dan tepat yang terdiri daripada tempat, perkara, dan tempoh masa.

(b) tajuk ditulis pada bahagian atas ja dual dan disetkan di tengah-tengah menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan kata nama dan huruf kecil bagi kata hubung dan kata sendi nama. (c) lukiskan ruang-ruang yang sesuai ba gi setiap pemboleh ubah.

(d) berikan tajuk kecil bagi setiap pemboleh ubah pada setiap ruang dengan jelas. (e) nyatakan sumber di bahagian bawah sebelah kanan jadual

Page 5: Teknik membina jadual data

Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan satu jadual untuk menunjukkan penggunaan akhir tenaga komersial mengikut sektor bagi tahun-tahun yang dinyatakan dan kadar pertumbuhan purata tahunan bagi RMK-7 dan RMK-8.

Penggunaan pelbagai jenis tenaga komersial terus meningkat dan menjadi nadi penggerak pembangunan ekonomi negara, selaras dengan perkembangan ekonomi Malaysia yang semakin pesat. Permintaan tenaga komersial di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) (2001-2005) berjumlah 1682.6 petajoule (pi) dengan kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 6.5%, manakala permintaan tenaga komersial di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7) (1996-2000) berjumlah 1209.7 pj dengan kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 8.7%.

Sektor pengangkutan merupakan sektor yang paling banyak menggunakan tenaga komersial. Pada tahun 2000, penggunaan tenaga komersialnya meningkat menjadi 490.0 pj, jika dibandingkan dengan 326.5 pj pada tahun 1995. Keperluan tenaga komersial sektor ini kemudian meningkat kepada 682.7 pj pada tahun 2005. Kadar pertumbuhan purata tahunan menurun sebanyak 1.8% di bawah RMK-8, manakala kadar pertumbuhan purata tahunan di bawah RMK-7 ialah 7.8%.

Terdapat peningkatan penggunaan tenaga komersial yang jelas dalam sektor pembuatan berikutan perkembangan sektor perindustrian yang semakin pesat. Keadaan ini dapat dilihat apabila keperluan tenaga komersial sektor ini naik sebanyak 63.4% kepada 488.7 pj pada tahun 2000 berbanding dengan keperluan tenaga komersial pada tahun 1995 sebanyak 299.1 pj, manakala keperluan tenaga komersial dalam sektor ini meningkat sebanyak 199.6 pj pada tahun 2005. Namun, kadar pertumbuhan purata tahunan bagi sektor ini merosot sebanyak 3.5% di bawah RMK-8 berbanding dengan 10.3% di bawah RMK-7.

Dalam sektor pertanian dan perhutanan, permintaan tenaga komersial terus meningkat daripada 63.4 pj pada tahun 2000 kepada 79.1 pj pada tahun 2005, walaupun pada tahun 1995 penggunaan tenaga komersialnya ialah 52.6 pj. Kadar pertumbuhan purata tahunan meningkat kepada 4.1% di bawah RMK-8 berbanding dengan 3.8% di bawah RMK-7.

Permintaan tenaga komersial dalam sektor perlombongan dan kuari turut meningkat apabila 34.1 pj digunakan pada tahun 1995, dan meningkat sebanyak 16.1 pj pada tahun 2000. Kadar pertumbuhan purata tahunan bagi sektor ini terus meningkat sebanyak 0.7% di bawah RMK-8 berbanding dengan 7.8% di bawah RMK-7.

Dalam sektor perdagangan pula, terdapat peningkatan permintaan tenaga komersial pada tahun 2000 sebanyak 18.6 pj kepada 53.3 pj berbanding dengan lima tahun sebelumnya. Pada tahun 2005, permintaan tenaga komersial dalam sektor ini terus meningkat kepada 76.4 pj. Kadar pertumbuhan purata tahunan ialah 8.9% di bawah RMK-7 dan merosot kepada 7.1 % di bawah RMK-8.

Seterusnya, sejajar dengan pertambahan bilangan penduduk dan rumah kediaman, sektor kediaman turut memerlukan tenaga komersial yang berjumlah 51.5 pj pada tahun 1995, dan kemudian meningkat sebanyak 12.6 pj pada tahun 2000. Permintaan tenaga komersial dalam sektor ini terus meningkat sebanyak 25.9% menjadi 80.7 pj pada tahun 2005. Bagi sektor ini, kadar pertumbuhan purata tahunan di bawah RMK-7 ialah 4.2% dan meningkat sedikit kepada 4.3% di bawah RMK-8.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan RMK-7 dan RMK-B)

Page 6: Teknik membina jadual data

Tip Jawapan(a) Soalan ini menghendaki calon

menyediakan satu jadual untuk menunjukkan penggunaan akhir tenaga komersial mengikut sektor bagi tahun tahun 1995, 2000 dan 2005.

 (b) Calon harus menyediakan baris dan lajur yang mewakili sektor, tahun dan kadar pertumbuhan purata tahunan bagi penggunaan tenaga komersial di bawah RMK-7 dan RMK-8.

(c) Jadual perlu menunjukkan:  (i) penggunaan akhir tenaga

komersial dalam unit petajoule (pj) bagi enam sektor, iaitu sektor pengangkutan, pembuatan, pertanian dan perhutanan, perlombongan dan kuari, perdagangan, dan kediaman.

 (ii) tahun-tahun yang dinyatakan, iaitu 1995, 2000 dan 2005. (

iii) kadar pertumbuhan purata tahunan dalam unit peratusan (%) di bawah RMK-7 dan RMK 8.

Contoh pengiraan (sebahagian):   Penggunaan akhir tenaga

komersial bagi tahun 2000 Pembuatan 299.1 + 189.6

= 488.7pj Perlombongan dan kuari 34.1

+ 16.1 = 50.2 pj Perdagangan 34.7 + 18.6 =

53.3 pj Kediaman 51.5 + 12.6 =

64.1 pj Kadar pertumbuhan purata

tahunan di bawah RMK-8 Pengangkutan 7.8 - 1.8 =

6.0% Pembuatan 10.3 - 3.5 =

6.8% Perlombongan dan kuari 7.8 +

0.7 = 8.5%  

Page 7: Teknik membina jadual data

Malaysia: Penggunaan Akhir Tenaga Komersial mengikut Sektor bagi Tahun-tahun 1995, 2000 dan 2005 serta Kadar Pertumbuhan Purata Tahunan bagi RMK-7 dan RMK-8

Sektor Penggunaan akhir tenaga komersial (pj) Kadar pertumbuhan purata tahunan (%)

1995 2000 2005 RMK-7 RMK-8

Pengangkutan 326.5 490.0 682.7 7.8 6.0

Pembuatan 299.1 488.7 688.3 10.3 6.8

Pertanian dan perhutanan

52.6 63.4 79.1 3.8 4.1

Perlombongan dan kuari

34.1 50.2 75.4 7.8 8.5

Perdagangan 34.7 53.3 76.4 8.9 7.1

Kediaman 51.5 64.1 80.7 4.2 4.3

Jumlah 798.5 1209.7 1682.6 8.7 6.5

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan RMK-7 dan RMK-8