teknik belajar kereta n moto.docx

7
Etika Berpakaian Semasa Kursus, Belajar dan Ujian Posted on May 21, 2012 | 2 Comments Para pelajar Azhan LP diwajibkan mengikuti etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ. JPJ telah mengeluarkan surat pekeliling supaya semua calon hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak berunsur negatif semasa mengikuti kursus, ujian undang-undang berkomputer, belajar dan semasa ujian JPJ. Oleh itu, para pelajar Azhan LP hendaklah mengikuti cara pemakaian tersebut dibawah: Lelaki: 1. Memakai t-shirt berkolar atau kemeja. T-shirt berkolar bulat dan yang mempunyai motif negatif adalah tidak dibenarkan. 2. Memakai seluar panjang. 3. Memakai kasut bertutup penuh. Tidak dibenarkan memakai selipar 4. Berambut pendek dan kemas (Tidak panjang) 5. Aksesori seperti topi, subang, cermin mata hitam tidak dibenarkan . Perempuan: 1. Baju kurung, kemeja atau t-shirt berlengan panjang bagi wanita bertudung dan t-shirt berkolar atau kemeja bagi wanita yang tidak bertudung. 2. Bagi wanita jika tidak bertudung, rambut hendaklah disikat rapi dan terurus. 3. Seluar panjang atau skirt labuh bawah lutut. 4. Kasut bertutup penuh. Sandle dan selipar tidak dibenarkan. 5. Topi dan aksesori yang keterlaluan tidak dibenarkan. → 2 Comments Posted in Etika Pemakaian

Upload: hazman-ali

Post on 08-Dec-2015

243 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: teknik belajar kereta n moto.docx

Etika Berpakaian Semasa Kursus, Belajar dan Ujian

Posted on May 21, 2012 | 2 Comments

Para pelajar Azhan LP diwajibkan mengikuti etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ. JPJ telah mengeluarkan surat pekeliling supaya semua calon hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak berunsur negatif semasa mengikuti kursus, ujian undang-undang berkomputer, belajar dan semasa ujian JPJ.

Oleh itu, para pelajar Azhan LP hendaklah mengikuti cara pemakaian tersebut dibawah:

Lelaki:

1. Memakai t-shirt berkolar atau kemeja. T-shirt berkolar bulat dan yang mempunyai motif negatif adalah tidak dibenarkan.

2. Memakai seluar panjang.3. Memakai kasut bertutup penuh. Tidak dibenarkan memakai selipar4. Berambut pendek dan kemas (Tidak panjang)5. Aksesori seperti topi, subang, cermin mata hitam tidak dibenarkan .

Perempuan:

1. Baju kurung, kemeja atau t-shirt berlengan panjang bagi wanita bertudung dan t-shirt berkolar atau kemeja bagi wanita yang tidak bertudung.

2. Bagi wanita jika tidak bertudung, rambut hendaklah disikat rapi dan terurus.3. Seluar panjang atau skirt labuh bawah lutut. 4. Kasut bertutup penuh. Sandle dan selipar tidak dibenarkan.5. Topi dan aksesori yang keterlaluan tidak dibenarkan.

→ 2 Comments

Posted in Etika Pemakaian

Teknik Belajar Motosikal

Posted on April 21, 2011 | 2 Comments

Teknik Ujian Pusingan 8:

1. Tidak melanggar benteng2. Membuat satu setengah pusingan3. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan4. Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda tidak terangkat

 Teknik Meniti Di Atas Papan:

Page 2: teknik belajar kereta n moto.docx

1. Roda tidak keluar dari papan2. Kaki tidak mencecah atau pijak papan3. Calon tidak jatuh dari motosikal4. Tidak kurang dari 7 saat.

  Teknik Menunggang Di Antara Kon:

1. Tidak Melanggar kon2. Tidak Menyentuh atau melanggar benteng3. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan4. Calon tidak jatuh dari motosikal dan roda luar tidak terangkat

 Teknik Brek Kecemasan:

1. Calon tidak jatuh dari motosikal dan roda luar tidak terangkat2. Membrek di dalam kotak3. Tidak melebihi garisan berhenti4. Menggunakan brek kaki dan tangan

Teknik Menunggang Di Selekoh Tajam:

1. Tidak melanggar benteng2. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan3. Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda luar tidak terangkat4. Berhenti di garisan berhenti

Teknik Ujian Amali (Jalan Raya) Bahagian 3:

1. Menggunakan topi keledar dengan betul2. Tidak menghidupkan enjin dalan gear3. Nyalakan lampu hadapan4. Melihat ke belakang sebelum bergerak5. Beri keutamaan kepada kenderaan di jalan besar6. Memberi isyarat dengan betul7. Enjin tidak mati melebihi tiga kali8. Penggunaan gear yang sesuai9. Dapat mengimbang badan atau tidak terkeluar dari laluan tak rata (kelas B sahaja)10. Memandu disebelah kiri11. Berhenti mengikut peraturan pemanduan berhemat12. Kaki tidak mencecah jalan13. Tidak melanggar benteng14. Tidak jatuh dari motosikal15. Tidak terlibat dalam kemalangan

→ 2 Comments

Page 3: teknik belajar kereta n moto.docx

Posted in Teknik Belajar Memandu

Teknik Belajar Mendaki & Menuruni Bukit

Posted on April 21, 2011 | 58 Comments

Teknik Belajar Mendaki Bukit

1. Gunakan gear satu, jalan ke hadapan mendaki bukit.2. Berhentikan kereta apabila tayar hadapan mencecah ke dalam garisan kuning. Bebaskan

(free) gear, tarik brek tangan.3. Keluarkan kepala melihat ke arah tayar atau pastikan cermin sisi selari dengan tiang 1.

Tip untuk ujian mendaki bukit:

Calon akan lulus  jika:

1. Berjaya meletakkan kedua-dua bahagian roda hadapan motokar di atas garisan kuning secara berterusan samada 100%, 75% atau 50%.

2. Berjaya maju kehadapan tanpa berundur melepasi garisan kuning apabila diarahkan oleh penguji.

3. Berjaya melakukan ujian dalam masa 3 minit. Masa tamat akan dicatat selepas keseluruhan badan motokar melepasi garisan kuning.

Calon akan gagal jika:

1. Gagal meletakkan kedua-dua roda hadapan samada 100%, 75% @ 50%2. Melebihi masa yang ditetapkan.3. Melanggar tiang penanda besi (samada jatuh atau tidak)4. Langgar garisan putih.5. Kemalangan (samada langgar kenderaan lain, langgar bahu jalan atau langgar objek

dalam litar)

Teknik Belajar Turun Bukit

Gunakan gear satu. Tekan pemacu (minyak). Lepaskan cekam (clutch) secara perlahan-lahan, apabila kereta bergerak, lepaskan brek tangan dan tambah tekanan pada pemacu (minyak).

→ 58 Comments

Posted in Lesen Memandu

Teknik Tiga Penjuru

Page 4: teknik belajar kereta n moto.docx

Posted on April 21, 2011 | 25 Comments

Teknik Belajar Tiga Penjuru

Teknik tiga penjuru ini akan digunakan semasa anda melalui jalan mati. Jadi teknik ini boleh anda gunakan selain daripada reverse ke belakang yang ada kalanya merbahaya bagi yang tidak mahir mengundurkan kereta.

Semasa hari ujian, tiga penjuru biasanya akan dilakukan selepas membuat parking. Jom kita lihat teknik untuk buat tiga penjuru khas untuk tujuan ujian kelak.

1. Apabila anda keluar dr parking, masuk petak belah kanan (ikut anak panah yang diberikan) sehingga sampai ke tiang no 2.

2. Sambil berjalan perlahan-lahan pusing stering kekanan sampai habis dan berhenti sebelum garisan putih di depan.

3. Seterusnya pusing stering ke kiri pula sampai habis (4 x) kemudian br anda undur ke belakang dan berhenti sebelum bumper belakang kereta anda pijak garisan putih (jarak dalam 3 kaki mcm tu).

4. Kemudian pusing stering 3 x dan terus keluar dr petak 3 penjuru tersebut.

Tip Ujian Tiga Penjuru:

Calon akan lulus jika:

1. Berjaya melakukan ujian dalam masa 3 minit.2. Calon berjaya melakukan ujian seperti berikut:

Masuk ke petak dari kiri ke kanan dan berhenti seketika Dari Kanan berundur ke belakang dan berhenti seketika Dari kiri bergerak ke kanan dan terus keluar.

Calon akan gagal jika:

1. Melanggar atau menyentuh tiang besi penanda samada semasa masuk atau keluar.2. Badan kereta menjulur keluar3. Melakukan olah gerak lebih 3 pergerakkan4. Melakukan ujian melebihi 3 minit5. Berlaku kemalangan

→ 25 Comments

Posted in Teknik Belajar Memandu

Teknik Belajar Parking

Page 5: teknik belajar kereta n moto.docx

Posted on April 21, 2011 | 12 Comments

1. Luruskan kereta, undur dan dapatkan tiang nombor 1 di sisi cermin segitiga dan berhenti.2. Pusing kiri sampai habis, undur dan dapatkan tiang nombor 6 melalui cermin tingkap sisi

lalu berhenti.3. Pusing kanan 2 kali (luruskan tayar). Undur kereta sehingga tayar belakang mencecah

garisan putih dan berhenti.4. Pusing kanan sampai habis, undur ke dalam petak parking dan berhenti (free gear dan

tarik handbreak)5. a) Pusing kiri sampai habis guna gear 1 maju kehadapan sehingga badan kereta sama

lurus dengan   garisan dan berhenti (free gear dan tarik handbreak). Angkat tangan.b) Kemudian, masuk gear reverse berundur ke belakang dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)

6. Pusing kanan sampai habis dan keluar berhati-hati menuju ke petak pusingan tiga penjuru.

Tip Ujian Parking:

Calon akan lulus  jika:

1. Berjaya melakukan ujian parking dan keluar dalam masa 5 minit.2. Keempat-empat roda dan seluruh badan kenderaan berada dalam kotak.

Calon akan gagal jika:

1. Melanggar atau menyentuh tiang penanda.2. Melanggar atau menyentuh tapak tiang penanda.3. Tidak dapat melakukan ujian dalam masa yang ditetapkan:

Badan kereta menyentuhi atau melebihi garisan kuning samada semasa masuk atau keluar Keseluruhan kereta tidak masuk dalam petak Sebahagian kereta tidak masuk dalam petak Badan kereta samada depan atau belakang menjulur keluar. Kereta masih berada dalam petak samada sebahagian atau keseluruhannya apabila tamat

tempoh 5 minit yang ditetapkan Melakukan ujian parking melebihi masa yang ditetapkan iaitu 5 minit.