teka teki.docx

6
Soalan 1 Apakah dia, jauh dimata tetapi dekat dihati? Jawapan: Usus Soalan 2 Dalam banyak-banyak rumah, rumah apakah yang orang jarang tinggal? Jawapan: Rumah api Soalan 3 Kalau Tuan bijak bestari, apa yang naik tak pernah turun? Jawapan: Umur Soalan 4 Badannya lurus matanya satu, ekornya tajam apakah itu? Jawapan: Jarum Soalan 5 Kalau tuan orang berakal, buah apa yang tidak bertangkai? Jawapan: Buah melaka Soalan 6 Banyak daun perkara daun, daun apakah dahannya tiada? Jawapan: Daun terup Soalan 7 Aku hanya berjalan jika badanku penuh, kalau tak penuh tak boleh digunakan.. Jawapan: Congkak

Upload: priscilla-paul

Post on 16-Nov-2015

267 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

teka teki.docx

TRANSCRIPT

Soalan 1Apakah dia, jauh dimata tetapi dekat dihati?Jawapan: Usus

Soalan 2Dalam banyak-banyak rumah, rumah apakah yang orang jarang tinggal?Jawapan: Rumah api

Soalan 3Kalau Tuan bijak bestari, apa yang naik tak pernah turun?Jawapan: Umur

Soalan 4Badannya lurus matanya satu, ekornya tajam apakah itu?Jawapan: Jarum

Soalan 5Kalau tuan orang berakal, buah apa yang tidak bertangkai?Jawapan: Buah melaka

Soalan 6Banyak daun perkara daun, daun apakah dahannya tiada?Jawapan: Daun terup

Soalan 7Aku hanya berjalan jika badanku penuh, kalau tak penuh tak boleh digunakan..Jawapan: Congkak

Soalan 8Kenapa penggali kubur bila ditugaskan untuk menggali kubur dia tak akan pakai baju?Jawapan: Sebab dia pakai cangkul, kalau pakai baju bila nak siap kerjanya

Soalan 9Semakin kita berpaling, semakin dia menjauh..apakah itu?Jawapan: Telinga

Soalan 10Apabila pergi dia terbang, tetapi apabila balik dia berenang..apakah benda tersebut?Jawapan: Memancing

Soalan 11Bagaimana nak bezakan ikan betina dengan ikan jantan?Ikan betina ikan duyung, ikan jantan ikan bakar..mana ada perempuan bernama Bakar..

Soalan 12Pokok atas buah, buah atas pokok...Jawapan: Buah nanas

Soalan 13Gajah panjat bangunan KLCC, apa yang pecah?Jawapan: Pecah Rekod

Soalan 14Dalam banyak-banyak mi, mi apakah yang tidak boleh di makan?Jawapan: Misai

Soalan 15Di manakah yang selalunya akan Banjir dahulu barulah hujan?Jawapan: Bahrain

Soalan 16Peserta semuanya memakai uniform, semakin lama semakin ramai dan tidak berkurang?Jawapan: Tanah perkuburan

Soalan 17Badannku berat kakiku tajam..kalau bergerak semua tergamam..siapakah aku?Jawapan: Kereta Kebal

Soalan 18Benda apakah bila dah masak ia menjerit?Jawapan: Cerek

Soalan 19Benda apakah, tidak sakit perut tapi selalu kena picit perutnya?Jawapan: Ubat gigi

Soalan 20Benda apakah turunnya perlahan, tapi bila naik punyalah laju?Jawapan: Hingus

Soalan 21Badannya besar dan kuat makan, walau kuat makan tapi tetap sama, apakah bendanya?Jawapan: Peti sejuk

Soalan 22Aku hidup dua bersaudara, diguna pakai penuh selera...apakah itu?Jawapan: Sudu dan garpu

Soalan 23Kalau tuan bijak bestari, bunga apakah selalu kena tindas?Jawapan: Bunga api sebab selalu kena bakar

Soalan 24Kenapa apabila monyet makan, dia simpan di pipi?Jawapan: Sebab monyet mana ada peti sejuk untuk simpan makanan

Soalan 25Dalam banyak-banyak binatang, binatang apakah ekornya di kepala?Jawapan: Gajah

Soalan 26Binatang apa, mukanya berserabut dan berselirat?Jawapan: Sotong

Soalan 27Binatang apa tanduknya terletak di mulut?Jawapan: Nyamuk

Soalan 28Kelam kabut bila keluar, bila terkena hati merana?Jawapan: Lebah

Soalan 29Ia ditanam dan disiram, tapi ia bukanlah tanaman..apakah ia?Jawapan: Mayat

Soalan 30Badannya berbentuk seperti bintang, badanku kuning disukai orang,apakah jawapannya?Jawapan: Buah belimbing

Soalan 31Mukanya bulat, tangannya dua, bila menjerit sakitlah telinga..siapakah dia?Jawapan: Jam loceng

Soalan 32Makin di potong, makin dia tinggi, apakah gerangan benda tersebut?Jawapan: Seluar

Soalan 33Apakah dia anaknya banyak, ibunya satu, bila digores menyalalah ia?Jawapan: Kotak Mancis

Soalan 34Bila di ikat saya berjalan, bila di buka saya berhenti, siapakah saya?Jawapan: Kasut

Soalan 35Makanan apakah yang dibalut dengan buluh, pada bulan tertentu sahaja dia muncul?Jawapan: Lemang