matematik asas teka dan uji

21
MATEMATIK ASAS TEKA DAN UJI

Upload: daryl

Post on 24-Feb-2016

266 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

MATEMATIK ASAS TEKA DAN UJI. GURU MUDA BERKALIBER. NURHIDAYAH BINTI KHAIROL ANUAR. SITI BADRIAH BINTI SUKINDAR. PERBEZAAN MASALAH RUTIN DAN BUKAN RUTIN. PERBEZAAN MODEL POLYA DAN MODEL STEPHEN KRULIK DAN JESSE A. RUDRICK SERTA MODEL SCHOENFELD. 1. DEFINISI. 2. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: MATEMATIK ASAS TEKA DAN UJI

MATEMATIK ASASTEKA DAN UJI

Page 2: MATEMATIK ASAS TEKA DAN UJI

SITI BADRIAH BINTI SUKINDAR

NURHIDAYAH BINTI KHAIROL ANUAR

GURU MUDA BERKALIBER

Page 3: MATEMATIK ASAS TEKA DAN UJI

PERBEZAAN MASALAH RUTIN DAN BUKAN RUTIN

Page 4: MATEMATIK ASAS TEKA DAN UJI

Jenis Masalah

Masalah Rutin Masalah Bukan Rutin

Definisi - Melibatkan hanya satu operasi aritmetik sahaja dalam penyelesaiannya

-Memerlukan proses-proses yang lebih tinggi daripada yang terlibat dalam penyelesaian masalah-masalah rutin

Teknik - Memahami masalah, memilih operasi yang sesuai serta mempraktikkan algoritma-algoritma yang telah dipelajari

-Bergantung kepada kebolehan pelajar menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah bersama dengan fakta-fakta dan maklumat dalam pertimbangan

Prosedur Penyelesaian Masalah

- Prosedur penyelesaiannya diketahui oleh pelajar

- Prosedur menyelesaikannya adalah tidak diketahui pelajar

Kekuatan - Senang dicapai menggunakan ujian dengan pensil dan kertas

-Sangat relevan dengan manusia

Page 5: MATEMATIK ASAS TEKA DAN UJI

Jenis Masalah Masalah Rutin Masalah Bukan Rutin

Kelemahan - Kurang relevan dengan masalah manusia

- Kurang dicapai dengan kertas dan pensil

Fungsi -Memberi latihan dalam ingatan fakta-fakta asas dan langkah-langkah yang berturutan

-Mempertingkatkan kemahiran-kemahiran dalam operasi-operasi asas

-Memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir tenteng perkaitan di antara sesuatu operasi dan aplikasinya kepada situasi-situasi sebenar

-Mengembangkan penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah

-Membekalkan peluang kepada pelajar untuk memikirkan pelbagai cara penyelesaian, berkongsi kaedah-kaedah penyelesaian masalah dengan pelajar-pelajar lain dan mengembangkan keyakinan diri dalam penyelesaian masalah matematik

-Mendorong pelajar untuk menikmati keindahan dan logik yang wujud dalam matematik

-Mengembangkan kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis berbanding dengan hafalan petua, peraturan dan fakta tanpa kefahaman.

Page 6: MATEMATIK ASAS TEKA DAN UJI

PERBEZAAN MODEL POLYA DAN MODEL STEPHEN KRULIK DAN JESSE A. RUDRICK SERTA

MODEL SCHOENFELD

Page 7: MATEMATIK ASAS TEKA DAN UJI

DEFINISI1

GEORGE POLYA STEPHEN KRULIK & JESSE A. RUDRICK

SCHOENFELD

Masalah merupakan sedikit penemuan dalam keadaan kreatif dan rasa ingin tahu yang tinggi, seseorang akan mampu menyelesaikan sesuatu masalah dan mungkin akan mengalami tekanan atau kegembiraan atas kejayaan penemuannya

Pengetahuan dan perilaku yang diperlukan sebagai strategi unutk menyelesaikan masalah matematik

Masalah adalah situasi yang di alami oleh individu apabila ia menghadapi kekangan untuk mencapai sesuatu matlamat

Page 8: MATEMATIK ASAS TEKA DAN UJI

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH2

GEORGE POLYA STEPHEN KRULIK & JESSE A. RUDRICK

SCHOENFELD

LANGKAH 1 :-Memahami Masalah

LANGKAH 2 :-Merancang Tindakan

LANGKAH 3 :- Melaksanakan Tindakan

LANGKAH 1 :-Analisa Masalah

LANGKAH 2 :-Meneroka Jalan Penyelesaian

LANGKAH 3 & 4 :-Pemilihan Strategi- Mencari Jawapan

Langkah 1:-Membaca dan Berfikir

LANGKAH 2 & 3 :- Aplikasi Formula-Mereka Bentuk Kembali Masalah

LANGKAH 4 & 5 :-Melaksanakan Langkah-langkah Pengesahan- Cadangan Penyelesaian

Page 9: MATEMATIK ASAS TEKA DAN UJI

GEORGE POLYA STEPHEN KRULIK & JESSE A. RUDRICK

SCHOENFELD

LANGKAH 4 :-Semak Semula

LANGKAH 5 :-Menyemak Jawapan

Langkah 6 & 7 :-Pengesahan Langkah-langkah dan Cadangan Penyelesaian- Pengesahan Proses Penyelesaian

Page 10: MATEMATIK ASAS TEKA DAN UJI

MASALAH PILIHAN : TEKA DAN UJI

Page 11: MATEMATIK ASAS TEKA DAN UJI

TEKA DAN UJI

• Strategi penyelesaian masalah yang paling asas.

• Menggalakkan kita membuat tekaan dan menguji samada jawapan kita betul atau salah.

• Proses ini diulang sehingga jawapan yang betul ditemui.

Page 12: MATEMATIK ASAS TEKA DAN UJI

• Teka jawapan• Semak jawapan yang diteka. Adakah ia• penyelesaian kepada masalah tersebut

gunakan maklumat yang disemak untuk meneka jawapan lain.

• Ulang langkah di atas sehingga anda mendapat jawapan yang betul.

LANGKAH-LANGKAH

Page 13: MATEMATIK ASAS TEKA DAN UJI

Terdapat tiga cara melaksanakan teka dan uji / cuba jaya iaitu:

Teka dan uji / cuba jaya

secara rawak

Teka dan uji / cuba jaya secara

sistematik

Teka dan uji / cuba jaya secara

inferens

Page 14: MATEMATIK ASAS TEKA DAN UJI

Soalan Penyelesaian Masalah

Seorang Peladang memelihara beberapa ekor ayam dan kambing. Pada suatu hari apabila dia mengira bilangan kaki haiwan peliharaannya dia mendapati semuanya ada 88 kaki. Berapakah bilangan ayam dan kambing yang dimiliki oleh Peladang itu?

Page 15: MATEMATIK ASAS TEKA DAN UJI

Langkah Pertama : Memahami masalah

• Memahami apa yang dikehendaki dalam soalan. Soalan di atas meminta untuk mencari berapa bilangan ayam dan kambing yang dipelihara oleh peladang tersebut.

• Memahami maklumat diberi iaitu jumlah kaki semua haiwan yang ada di ladang tersebut ialah 88 ekor kesemuanya.

• Pelajar perlu mengetahui bahawa bilangan kaki bagi seekor ayam dan seekor kambing adalah berbeza. Seekor ayam mempunyai 2 kaki manakala seekor kambing mempunyai 4 kaki.

Page 16: MATEMATIK ASAS TEKA DAN UJI

Langkah Kedua : Membuat Perancangan

• Pelajar menyusun maklumat yang diberi seperti berikut :

• 1 kambing = 4 kaki• 1 ayam = 2 kaki• Jumlah Kambing + ayam = 88 kaki• Memikirkan apakah kaedah yang sesuai untuk

mencari jawapan.• Menggunakan kaedah teka dan uji bagi

menyelesaikan masalah tersebut.

Page 17: MATEMATIK ASAS TEKA DAN UJI

Langkah 3 : Melaksanakan rancangan

Teka dan Uji 1

20 ekor ayam x 2 = 40 kaki20 ekor kambing x 4 = 80 kaki

Jumlah = 120 kaki

(jumlah terlalu tinggi)

Page 18: MATEMATIK ASAS TEKA DAN UJI

Teka dan Uji 2

20 ekor ayam x 2 = 40 kaki10 ekor kambing x 4 = 40 kaki

Jumlah = 80 kaki

(jumlah kaki hampir tepat)

Page 19: MATEMATIK ASAS TEKA DAN UJI

Teka dan Uji 3

20 ekor ayam x 2 = 40 kaki12 ekor kambing x 4 = 48 kaki

Jumlah = 88 kaki

( jumlah kaki yang tepat)

Page 20: MATEMATIK ASAS TEKA DAN UJI

Langkah 4 : Semak penyelesaian

Menyemak semula jawapan pada teka dan uji yang ketiga dengan mendarab bilangan haiwan dengan jumlah kakinya untuk memastikan bilangan kaki haiwan tersebut sama seperti maklumat di dalam soalan.

Page 21: MATEMATIK ASAS TEKA DAN UJI

TAMAT