teka teki

4
Soalan 50: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk? Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak? Soalan 48: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut? Soalan 47: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan? Soalan 46: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan Soalan 45: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai? Soalan 44: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia? Soalan 43: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa? Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang? Soalan 42: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu? Soalan 41: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi? Soalan 40: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ? Soalan 39: Kenapa mayat dibungkus kain putih? Soalan 38: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa? Soalan 37: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda? Soalan 36: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil? Soalan 35: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya? Soalan 34: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah- marah?

Upload: me

Post on 05-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

Page 1: teka teki

Soalan 50: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?

Soalan 48: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?

Soalan 47: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?

Soalan 46: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan

Soalan 45: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?

Soalan 44: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?

Soalan 43: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?

Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?

Soalan 42: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?

Soalan 41: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?

Soalan 40: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?

Soalan 39: Kenapa mayat dibungkus kain putih?

Soalan 38: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?

Soalan 37: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?

Soalan 36: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?

Soalan 35: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?

Soalan 34: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?

Soalan 33: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.

Soalan 32: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?

Soalan 31: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?

Soalan 30: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya?

Soalan 29: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?

Soalan 28: Apakah yang berada diantara langit dan bumi.

Soalan 27:Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?

Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu?

Page 2: teka teki

Soalan 25:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?

 Penguin

PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.

Stokin tu basah lah....

Telur

Kuih Donut

Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun

Page 3: teka teki

melayu)

Pengail yang dapat ikan.

Aku berjalan secara mengundur!

Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.

 Spedometer bas lah...

Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.

Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!

Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!

Ayam jadi banyaklah bilangannya.

Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.

Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.

Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.

Orang naik beca semasa hujan

Tapak kaki kitalah.

Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.

Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!

Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.

Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.

Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah "dan"

Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.

Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.

Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.