teka teki

4
Kenapa biri-biri putih lebih banyak makan daripada biri2 hitam? - Kerana biri-biri putih lebih banyak di dunia. Bulan berapa perempuan paling kurang sekali bercakap? - Bulan Februrari, kerana ia bulan paling pendek. Waktu bila jam anda berada pada pukul 13? - Waktu untuk baiki jam. Apa beza disini dan disana? - Huruf 'i' dan 'a'. Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba? - Esok (kerana apabila tiba, ia menjadi hari ini) Dia mempunyai kaki tetapi tidak boleh berjalan? - Kerusi dan meja. Jika anda melemparkan batu kapur ke dalam Laut Merah, apa akan berlaku? - Batu akan basah. Apa dia, kucing ada tetapi binatang lain tidak ada? - Anak kucing. Bila dicuci saya hitam, bila kotor saya putih? - Papan hitam. Yang mana satu lebih berat, antara 1kg kapas dengan 1kg emas? - Sama berat. Semakin banyak cahaya ke arahnya, semakin sukar untuk melihatnya? - Bayang-bayang. Nyatakan gunung yang tertinggi di dunia sebelum Sir Edmund Hilary mendaki Gunung Everest? - Gunung Everest. Bandar apa tiada rumah, sungai tiada air, dan hutan tiada pokok? - Peta. Kalau semua orang jadi monyet, monyet jadi apa? - Monyet jadi ramai. Apa perbezaan antara gunung, tali, dan orang? - gunung meletus, tali putus, orang mampus. Ikan apa nama seperti orang? - Ikan bakar. Burger apa yang paling happy? - Bergembira. Air apa paling berani? - Air terjun. Jin apa boleh menyanyi? - Jinbara. Kucing apa pandai menyanyi? - Alleycats. Kalau kita campak batu ke dalam sungai, kenapa ia tenggelam? - Sebab batu tak pandai berenang. Lubang apa yang buat kita segar? - Lu bangun. Satu tubuh 2 nyawa. Siapa? - Orang Hamil. Macamana caranya walaupun tidak membawa payung, tetapi tidak ditimpa hujam. Padahal hujan di tengah jalan? - Jalan je kat tepi. Antara motor, kereta, dan kapal terbang, yang mana lebih tua? - Motor, sebab ada tongkat. Kalau raja dan petani terjun bangunan, siapa yang mati? - Petani, sebab kalau raja dipanggil mangkat. Haiwan apa yang matanya dikaki, tanganya dikaki, dan seluruh badanya di kaki? - Ayam kena pijak gajah.

Upload: norizanmohamedsaid

Post on 04-Jul-2015

296 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teka teki

Kenapa biri-biri putih lebih banyak makan daripada biri2 hitam?

- Kerana biri-biri putih lebih banyak di dunia.

Bulan berapa perempuan paling kurang sekali bercakap?

- Bulan Februrari, kerana ia bulan paling pendek.

Waktu bila jam anda berada pada pukul 13?

- Waktu untuk baiki jam.

Apa beza disini dan disana?

- Huruf 'i' dan 'a'.

Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba?

- Esok (kerana apabila tiba, ia menjadi hari ini)

Dia mempunyai kaki tetapi tidak boleh berjalan?

- Kerusi dan meja.

Jika anda melemparkan batu kapur ke dalam Laut Merah, apa akan berlaku?

- Batu akan basah.

Apa dia, kucing ada tetapi binatang lain tidak ada?

- Anak kucing.

Bila dicuci saya hitam, bila kotor saya putih?

- Papan hitam.

Yang mana satu lebih berat, antara 1kg kapas dengan 1kg emas?

- Sama berat.

Semakin banyak cahaya ke arahnya, semakin sukar untuk melihatnya?

- Bayang-bayang.

Nyatakan gunung yang tertinggi di dunia sebelum Sir Edmund Hilary mendaki Gunung

Everest?

- Gunung Everest.

Bandar apa tiada rumah, sungai tiada air, dan hutan tiada pokok?

- Peta.

Kalau semua orang jadi monyet, monyet jadi apa?

- Monyet jadi ramai.

Apa perbezaan antara gunung, tali, dan orang?

- gunung meletus, tali putus, orang mampus.

Ikan apa nama seperti orang?

- Ikan bakar.

Burger apa yang paling happy?

- Bergembira.

Air apa paling berani?

- Air terjun.

Jin apa boleh menyanyi?

- Jinbara.

Kucing apa pandai menyanyi?

- Alleycats.

Kalau kita campak batu ke dalam sungai, kenapa ia tenggelam?

- Sebab batu tak pandai berenang.

Lubang apa yang buat kita segar?

- Lu bangun.

Satu tubuh 2 nyawa. Siapa?

- Orang Hamil.

Macamana caranya walaupun tidak membawa payung, tetapi tidak ditimpa hujam. Padahal

hujan di tengah jalan?

- Jalan je kat tepi.

Antara motor, kereta, dan kapal terbang, yang mana lebih tua?

- Motor, sebab ada tongkat.

Kalau raja dan petani terjun bangunan, siapa yang mati?

- Petani, sebab kalau raja dipanggil mangkat.

Haiwan apa yang matanya dikaki, tanganya dikaki, dan seluruh badanya di kaki?

- Ayam kena pijak gajah.

Page 2: Teka teki

1 kadang-kadang, 2 jarang-jarang, 3 sikit-sikit, 4 banyak-banyak. Apa dia?

- Nombor plat kereta.

Ia boleh pecah tanpa disentuh?

- Janji.

Apakah warna telur burung merak?

- Burung merak tidak bertelur.

Saya boleh tengok, tetapi awak tidak boleh?

- Belakang awak.

Mempunyai 6 kaki, tetapi berjalan dengan 4 kaki?

- Penunggang kuda.

Pokok di atas bukit, daun di dalam air. Apa dia?

- Teh.

Buah apa tidak boleh dilihat, mahupun dimakan?

- Buah fikiran.

Diberikan untuk kita, tetapi lebih banyak digunakan orang lain?

- Nama.

Bila dimasukkan jadi keras, bila keluar jadi lembik?

- Stokin.

Ikan apa banyak di atas jalan raya?

- Kelisa.

Datuk apa boleh terbang?

- Datuk burung.

Binatang apa selalu sakit perut?

- Ikan kembung.

Ia sebesar istana, tetapi lebih ringan daripada udara? Apakah ia?

- Bayang-bayang istana.

Saya berada di atas air, tetapi tidak boleh berenang, ataupun bergerak. Siapakah saya?

- Jambatan.

Ada 5 ekor burung di atas pokok, pemburu menembak mati 1. Berapa yang tinggal?

- Satu, sebab dah mati.

Dia adik-beradik lelaki kepada mak cik awak,, tetapi bukanya bapa saudara awak. Siapakah

dia?

- Bapa awak.

Bom apa tidak meletup?

- Bomba.

Jam apa berwarna putih, dan kadang-kadang berbau?

- Jamban.

Kalau seseorang itu kemalangan jatuh ke dalam gaung, apa yang masih hidup?

- Cukai jalan.

Haiwan apa yang mempunyai tali persaudaraan?

- Itik beradik.

Dia hidup di udara, darat, dan air. Siapakah dia?

- Burung raja udang.

Bila turun lambat, tapi bila naik cepat. Apa dia?

- Hingus.

Mempunyai 8 kaki dan boleh terbang?

- 4 ekor burung.

Berapa kaki seekor kerbau?

- 8 (2 kiri, 2 kanan, 2 depan, 2 belakang).

Apakah persamaan antara gajah dan tiang elektrik?

- Kedua-dua tak boleh terbang.

Binatang apa paling dibenci anjing laut?

- Kucing laut.

Adakah ayam berkokok siang-siang?

- Tidak, kerana ayam berkokok (kok kerek kok).

Page 3: Teka teki

Barang apa yang lebih berguna apabila pecah?

- Telur.

Ayam apa yang bertelur di mana saja?

- Ayam betina.

Kalau bapak ayam bertelur di atas bumbung rumah, telurnya jatuh di mana?

- Ayam jantan tidak bertelur.

Kenapa anak babi jalan tunduk?

- Kerana malu ibunya seekor babi.

Kenapa anak kancil kalau jalan, melompat-lompat?

- Kerana ibunya bukan seekor babi.

Kenapa superman pakai baju ada huruf 'S'?

- Kerana kalau pakai 'M' atau 'XL' nanti longgar.

Buka baju, pakai bedak, terjun kolam... Apakah ia?

- Pisang goreng.

Katak diterbalikkan jadi katak..kopi di terbalikkan jadi....?

- Tumpah la.

Sungai apa paling tajam?

- Dungai Lembing.

Dalam bebanyak orang.. orang apa tak kawin?

- Orang utan.

Ikan apa yg miskin?

- Ikan kering.

Orang apa boleh dibuat menggoreng?

- Orang minyak.

Kenapa sampai sekarang bigfoot masih tidak ditemui?

- Kerana bigfoot jalan ke depan tetapi tapak kaki menghala ke belakang.

Kenapa doktor bedah pakai topeng untuk tutup mulut dan hidung?

- Kalau dia tutup mata nanti tak nampak nak menjalankan pembedahan.

Jalan Ampang, bengkok di mana?

- Di Thailand.

Dia ada bulu, isi, dan batang, apakah ia?

- Jagung.

Bintang apa paling dekat dengan bumi?

- Bintang tiga.

Kenapa Superman tak kahwin dengan wonderwoman?

- Kerana bukan jodoh.

Tembak lantai kena hidung?

- Kentut.

Pohon apa paling banyak di hari lebaran?

- Pohon maaf zahir dan batin.

Besar, putih, bersayap, serta masin. Apakah itu?

- Kapal terbang jatuh dalam laut.

Buah apa yang tidak mempunyai otak?

- Semua buah.

Saya ada 5 biji epal, kamu minta 1, berapa yang tinggal?

- Tinggal 5 sebab saya tak kasi pada kamu.

Ada 7 ekor burung, 3 ekor ditembak, berapa yang lari?

- Tiada, sebab burung terbang.

Ada tak betik yang bahaya kalau di makan?

- Ada, kalau di makan di tengah-tengah jalan.

Bagaimanakah cara untuk melipat gandakan wang dengan cepat?

- Letak di depan cermin.

Antara lelaki dan perempuan, yang mana lebih banyak bercakap?

- Perempuan, sebab mereka ada dua mulut, sedangkan lelaki ada dua kepala.

Bagaimana ada seorang pemandu dapat memandu tanpa melanggar kucing di tengah jalan

sedangkan lampu kereta ditutup dan hari hujan?

- Kerana dia memandu waktu tengahari.

Page 4: Teka teki

Banyak-banyak kera, kera apa yang pandai menaip?

- Kerani.

Ali bin Abu, lembu bin apa?

- lembu binATANG.

Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

- Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR.

Kucing apa ada tiga kaki?

- Kucing cacat.

Lembu apa ada sembilan kaki?

- Lembu kat kaki lima.

Apa persamaan antara ikan jerung dan ikan paus?

- Kedua-duanya spesies ikan.

Nama apa ada kaitan dengan penyanyi dan usahawan?

- Ramli. (Penyanyi Ramli Sarip, Usahawan Ramli burger.

Kalau gunung didaki, daki?

- Disabun la.

Makanan apa yang paling cicak takut?

- Gula-gula getah.

Kenapa orang kata alien tu wujud?

- Sebab orang yang kata tu kawan dia.

Kata ganti nama diri apa yang digunakan dalam perubatan?

- Akupuntur.

Kenapa kucing tak boleh terbang?

- Ada ke kucing boleh terbang?

Binatang apa ada kaitan dengan buah?

- Cacing kerawit (kelapa sawit).