tclegam: minfin kota k1nabalu kementerian kewangan ... · pdf filepembangunan sistem prasarana...

8
Tclegam: "MINFIN KOTA K1NABALU" KEMENTERIAN KEWANGAN (MINISTRY OF FINANCE) Telex : MA 80048 KEWANG KOTA KINABALU SABAH, MALAYSIA Telefon: 252692 (Sila sebutkan Bil. Fail Kami) NEGERI SABAH, MALAYSIA _______________________________________________________________________________ Ruj. Tuan: Ruj. Kami: F. 1004-11 /97 Tarikh: (Date) 5hb April 1996 Semua Setiausaha Tetap, Semua Ketua Jabatan Negeri. Semua Ketua Badan Berkanun Negeri ANGGARAN PEMBANGUNAN NEGERI SABAH BAGI TAHUN 1997 1. PENDAHULUAN Surat Pekeliling ini ialah untuk memberi garis panduan dalam penyediaan Draf Anggaran Pembangunan bagi tahun 1997. Semua Setiausaha Tetap adalah dikehendaki mengadakan perbincangan dengan Y.B. Menteri masing-masing dalam penyediaan cadangan-cadangan perbelanjaan Pembangunan 1997. 2. DASAR MATLAMAT Tahun 1997 merupakan tahun yang kedua bagi Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000). Dalam usaha menyusun rancangan belanjawan bagi tahun 1997, Pegawai Pengawal hendaklah mengambilkira matlamat-matlamat pembangunan di Negeri Sabah yang dirumuskan selaras dengan garis panduan Rangka Rancangan Jangka Panjang Sabah dan Dasar Pembangunan Nasional, yang menekankan ke arah pemulihan ekonomi dengan kadar pertumbuhan 8% setahun demi untuk meninggikan taraf hidup dan mengurangkan kadar kemiskinan. Pertumbuhan ekonomi dapat mengatasi ketidak-seimbangan pembangunan sosio-ekonomi di antara Wilayah dan di kalangan masyarakat. Pembangunan sistem prasarana dan kemudahan-kemudahan awam akan turut digiatkan. Disamping itu, peningkatan produktiviti, keberkesanan dalam penggunaan modal, sumber-sumber asli dan manusia adalah menjadi tumpuan utama untuk mengerakkan pertumbuhan atau 1 of 8 4/10/00 2:21 PM file:////BLP-TRAINING/Ecircular/kew 2/html/F 1004-1-97.htm

Upload: dangkhue

Post on 07-Feb-2018

217 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tclegam: MINFIN KOTA K1NABALU KEMENTERIAN KEWANGAN ... · PDF filePembangunan sistem prasarana dan kemudahan-kemudahan ... dengan sokongan dan bantuan kewangan Kerajaan ... sektor

Tclegam: "MINFIN KOTA K1NABALU" KEMENTERIANKEWANGAN (MINISTRY OFFINANCE) Telex : MA 80048 KEWANG KOTA KINABALU SABAH, MALAYSIA Telefon: 252692 (Sila sebutkan Bil. Fail Kami) NEGERI SABAH, MALAYSIA _______________________________________________________________________________

Ruj. Tuan:

Ruj. Kami: F. 1004-11/97

Tarikh: (Date) 5hb April 1996

Semua Setiausaha Tetap, Semua Ketua Jabatan Negeri. Semua Ketua Badan Berkanun Negeri

ANGGARAN PEMBANGUNAN NEGERI SABAH BAGI TAHUN 1997

1. PENDAHULUAN

Surat Pekeliling ini ialah untuk memberi garis panduan dalam penyediaan Draf Anggaran Pembangunan bagi tahun 1997. Semua Setiausaha Tetap adalah dikehendaki mengadakan perbincangan dengan Y.B. Menteri masing-masing dalam penyediaan cadangan-cadangan perbelanjaan Pembangunan 1997.

2. DASAR MATLAMAT

Tahun 1997 merupakan tahun yang kedua bagi Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000). Dalam usaha menyusun rancangan belanjawan bagi tahun 1997, Pegawai Pengawal hendaklah mengambilkira matlamat-matlamat pembangunan di Negeri Sabah yang dirumuskan selaras dengan garis panduan Rangka Rancangan Jangka Panjang Sabah dan Dasar Pembangunan Nasional, yang menekankan ke arah pemulihan ekonomi dengan kadar pertumbuhan 8% setahun demi untuk meninggikan taraf hidup dan mengurangkan kadar kemiskinan. Pertumbuhan ekonomi dapat mengatasi ketidak-seimbangan pembangunan sosio-ekonomi di antara Wilayah dan di kalangan masyarakat. Pembangunan sistem prasarana dan kemudahan-kemudahan awam akan turut digiatkan. Disamping itu, peningkatan produktiviti, keberkesanan dalam penggunaan modal, sumber-sumber asli dan manusia adalah menjadi tumpuan utama untuk mengerakkan pertumbuhan atau

1 of 8 4/10/00 2:21 PM

file:////BLP-TRAINING/Ecircular/kew 2/html/F 1004-1-97.htm

Page 2: Tclegam: MINFIN KOTA K1NABALU KEMENTERIAN KEWANGAN ... · PDF filePembangunan sistem prasarana dan kemudahan-kemudahan ... dengan sokongan dan bantuan kewangan Kerajaan ... sektor

pempelbagaian ekonomi seperti meningkatkan pengeluaran makanan, pemprosesan hiliran bagi sektor pembuatan, pelancongan dan juga sektor perkhidmatan.

...2-

- 2 -

3. MATLAMAT

3.1 Di dalam menyediakan program/projek di bawah RM ke 7 penekanan hendaklah diberikan kepada pencapaian matlamat-matlamat seperti berikut:

3.1.1 Memperbaiki taraf hidup dan kualiti kehidupan rakyat terutamanya mereka yang hidup dikawasan desa di seluruh negeri dengan cara memesatkan pembangunan kawasan desa dan bidang pertanian.

3.1.2 Menyediakan peruntukan pembangunan bagi pembentukan modal dan pertumbuhan ekonomi serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia di Sabah.

3.1.3 Memperbaiki kemudahan bekalan air serta meningkatkan mutu kemudahan- kemudahan infrastruktur yang perlu untuk memberi sokongan yang berkesan kepada keseluruhan kegiatan pembangunan di negeri ini.

3.1.4 Mempergiatkan pertumbuhan dan pembangunan keusahawan tempatan, khususnya di kalangan bumiputera.

3.1.5 Memperbaiki serta memperluaskan lagi rancangan-rancangan perumahan dengan sokongan dan bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan.

3.1.6 Menggalakkan pelaburan sektor swasta menerusi penyediaan iklim pelaburan yang baik dan penyediaan tapak-tapak perindustrian di kawasan- kawasan yang sesuai.

3.1.7 Meningkatkan kelancaran perjalanan jentera pentadbiran Kerajaan.

4. STRATEGI-STRATEGI BERIKUT HENDAKLAH DIJADIKAN PANDUAN:

4.1 Pembangunan Pertanian, Perikanan dan Ternakan

Meningkatkan pemabungunan pertanian dan luar bandar melalui kepelbagaian kegiatan seperti ternakan dan akuakultur yang berorientasikan kepada permodenan dan komersialisasi, produktiviti yang lebih tinggi, pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran bagi tambahan nilai, serta penyertaan sektor swasta.

.../3

2 of 8 4/10/00 2:21 PM

file:////BLP-TRAINING/Ecircular/kew 2/html/F 1004-1-97.htm

Page 3: Tclegam: MINFIN KOTA K1NABALU KEMENTERIAN KEWANGAN ... · PDF filePembangunan sistem prasarana dan kemudahan-kemudahan ... dengan sokongan dan bantuan kewangan Kerajaan ... sektor

-3-

4.2 Pembangunan Perindustrian

Mempercepatkan pembangunan industri melalui pemprosesan hiliran, mempelbagaikan jenis industri-industri yang berasaskan ekspot dan memperluaskan lagi kegiatan-kegiatan pembuatan serta penglibatan industri-industri kecil dan sederhana dalam pembangunan sektor perindustrian keseluruhannya.

4.3 Pembangunan Sumber Asli

Pengurusan dan pembangunan sumber asli seperti perhutanan dan perlombongan secara sistematikdan berasaskan komersial bagi mempastikan bekalan yang berkekalan dan mencukupi di masa hadapan.

4.4 Pembangunan Sektor Pelancongan

Memajukan industri pelancongan melalui aktiviti-aktiviti yang memperkenalkan tarikan- tarikan berasakan kebudayaan tradisi dan adat-istiadat tempatan, sejarah, kraftangan, alam semulajadi dan hidupan liar negeri ini.

4.5 Pembangunan Infrastruktur dan Perkhidmatan Sosial

Mewujudkan infrastruktur terutama sekali di kawasan-kawasan yang strategik dan mundur, membaiki perkhidmatan-perkhidmatan sokongan perlu bagi pertumbuhan dan memperbaiki mutu dan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya melalui peningkatan perkhidmatan sosial seperti perumahan (kos rendah), sukan, perpustakaan dan perkhidmatan kebajikan am. 4.6 Pembangunan Sumber Tenaga Manusia

Membangunkan dan membaiki sumber tenaga manusia melalui pendidikan dan latihan. Usaha-usaha menyedia dan meningkatkan berbagai-bagai kemahiran dalam pengurusan, teknikal dan vokasional, operasi dan perdagangan bagi sektor-sektor tersebut hendaklah diberi tumpuan.

4.7 Penswastaan

Menggalakkan pelaburan swasta dan penglibatan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi dan sosial.

4.8 Penyelidikan dan Pembangunan

Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan di semua sektor pertumbuhan yang telah dikenalpasti.

../4

3 of 8 4/10/00 2:21 PM

file:////BLP-TRAINING/Ecircular/kew 2/html/F 1004-1-97.htm

Page 4: Tclegam: MINFIN KOTA K1NABALU KEMENTERIAN KEWANGAN ... · PDF filePembangunan sistem prasarana dan kemudahan-kemudahan ... dengan sokongan dan bantuan kewangan Kerajaan ... sektor

- 4 -

4.9 Penjagaan keadaan Alam Sekitar dan Pengurusan Sumber

Penekanan harus diberikan kepada isu-isu berkaitan dengan pencemaran dan kerosakan kepada persekitaran bukan sahaja akan mengancam kesejahteraan tetapi akan menimbulkan kos-kos secara langsung atau tidak, yang akan ditampung di masa hadapan.

4.10 Keutamaan Perlaksanaan Projek yang Spesifik

Memberi keutamaan kepada perlaksanan projek yang spesifik yang boleh menambahkan petumbuhan ekonomi.

5. PENGIKTIRAFAN PROJEK PEMBANGUNAN

Cadangan Belanjawan Pembangunan hagi tahun 1997 hendaklah mengandungi -hanya anggaran-anggaran, bagi projek-projek yang telah dicadangkan (diluluskan ) di bawah RM ke 7 sahaja termasuk projek-projek sambungan dari RM ke 6.

6. TARIKH PENYAMPAIAN ANGGARAN

Agensi-agensi Negeri mestilah menyampaikan Anggaran kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Pembangunan Negeri tidak lewat daripada 30hb. Jun, 1996.

7. FORMAT PENYAMPAIAN

7.1 Semua format penyampaian bagi Anggaran-anggaran Pembangunan Tahun 1997 hendaklah dibuat mengikut Lampiran "A" yang disertakan bersama ini.

7.2 Cadangan hendalah dilengkapkan dengan butir-butir atas pencapaian fisikal dan kewangan mengikut format dalam Lampiran "B".

7.3 Penerangan lanjut perlu juga disertakan secara berasingan untuk menyokong Lampiran "A" dan "B". Penerangan lanjut meliputi :

- Matlamat/Strategi projek.

- Kos perbelanjaan yang terperinci atau "detailed costing".

- Keperluan tenaga manusia atau " manpower requirement".

- Maklumat-maklumat lain.

.../5

- 5 -

4 of 8 4/10/00 2:21 PM

file:////BLP-TRAINING/Ecircular/kew 2/html/F 1004-1-97.htm

Page 5: Tclegam: MINFIN KOTA K1NABALU KEMENTERIAN KEWANGAN ... · PDF filePembangunan sistem prasarana dan kemudahan-kemudahan ... dengan sokongan dan bantuan kewangan Kerajaan ... sektor

8. PENGHANTARAN ANGGARAN

8.1 Anggaran-anggaran Pembangunan hendaklah dihantar kepada:

- Kementerian Kewangan - Lima (5) salinan

- Jabatan Pembangunan Negeri - Lima (5) salinan

- Perbendaharaan Negeri - Dua (2) salinan

9. PERINGATAN

9.1 Datuk/Tuan adalah dinasihatkan bahawa apabila menyediakan anggaran, angka-angka mestilah disemak dengan teliti dan ianya haruslah realistik.

9.2 Cadangan-cadangan yang lewat dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH"

( DATUK Hj. HASSAN HJ. IBRAHIM ) SETIAUSAHA TETAP

5 of 8 4/10/00 2:21 PM

file:////BLP-TRAINING/Ecircular/kew 2/html/F 1004-1-97.htm

Page 6: Tclegam: MINFIN KOTA K1NABALU KEMENTERIAN KEWANGAN ... · PDF filePembangunan sistem prasarana dan kemudahan-kemudahan ... dengan sokongan dan bantuan kewangan Kerajaan ... sektor

6 of 8 4/10/00 2:21 PM

file:////BLP-TRAINING/Ecircular/kew 2/html/F 1004-1-97.htm

Page 7: Tclegam: MINFIN KOTA K1NABALU KEMENTERIAN KEWANGAN ... · PDF filePembangunan sistem prasarana dan kemudahan-kemudahan ... dengan sokongan dan bantuan kewangan Kerajaan ... sektor

7 of 8 4/10/00 2:21 PM

file:////BLP-TRAINING/Ecircular/kew 2/html/F 1004-1-97.htm

Page 8: Tclegam: MINFIN KOTA K1NABALU KEMENTERIAN KEWANGAN ... · PDF filePembangunan sistem prasarana dan kemudahan-kemudahan ... dengan sokongan dan bantuan kewangan Kerajaan ... sektor

8 of 8 4/10/00 2:21 PM

file:////BLP-TRAINING/Ecircular/kew 2/html/F 1004-1-97.htm