tazkirah surauthon 16

4
TAZKIRAH SURAUTHON 16/03/2015 M/C : Luqman hakim , Muwajih : Khairul Anuar Mohd Isa, Reporter : Akh Imran Suboh, Lain-lain : santuni -------------------------------------------------------------------- -------------------------------------------------------------- TEKS : ADAB TERHADAP IBU BAPA Disediakan oleh Khairul Anuar Mohd Isa 08/03/2015 Bismillahir Rahmanir Rahim Innal hamdulillah nahmaduhu wa nastainuhu wa nastagfiruhu wa na'uzu billahi min shururi anfusina wa min sayyiati a'malina may yahdihillahu fala mudillallah wa may yudlill fala hadiyala ....... Segala puji bagi bagi Allah, kita memuji, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya. Kita berlindung kepada-Nya dari keburukan diri dan amal-amal kita. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiada seorangpun yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan Allah maka tiada seorangpun yang dapat memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahwa tiada Ilah selain Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Assalamualaikum wbt Alhamdulillahirabbil 'Alamin, Wassolatu Wassalamu 'Ala Asyrafil Anbiyai Wal Mursalin, Wa 'Ala Alihi Wasohbihi Ajma'in. 'rabish rahli sodri wayasirli amri wahlul u'datan mil lisani yafkahu qauli'.. Terima kasih pada pengerusi majlis kerana memberi kesempatan pada saya. Beradanya saya di hadapan ini adalah kerana Allah, beradanya anda semua juga adalah kerana Allah. Lihatlah wajah-wajah di hadapan saya ini betapa merka semua hadir kerana hanya ingin mengingati Allah. Allah yang telah memilih kita pada saat ini di dalam satu scene yang telah Allah aturkan. Berkumpulnya kita ini teringatlah saya pada satu hadis MAKSUDNYA: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit.

Upload: khairul-anuar-mohd-isa

Post on 04-Oct-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tazkirah ADAB TERHADAP IBU BAPA

TRANSCRIPT

TAZKIRAH SURAUTHON 16/03/2015M/C : Luqman hakim , Muwajih : Khairul Anuar Mohd Isa, Reporter : Akh Imran Suboh, Lain-lain : santuni----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------TEKS : ADAB TERHADAP IBU BAPA Disediakan oleh Khairul Anuar Mohd Isa 08/03/2015

Bismillahir Rahmanir RahimInnal hamdulillah nahmaduhu wa nastainuhu wa nastagfiruhu wa na'uzu billahi min shururi anfusina wa min sayyiati a'malina may yahdihillahu fala mudillallah wa may yudlill fala hadiyala .......

Segala puji bagi bagi Allah, kita memuji, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya. Kita berlindung kepada-Nya dari keburukan diri dan amal-amal kita. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiada seorangpun yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan Allah maka tiada seorangpun yang dapat memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahwa tiada Ilah selain Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.

Assalamualaikum wbtAlhamdulillahirabbil 'Alamin, Wassolatu Wassalamu 'Ala Asyrafil Anbiyai Wal Mursalin, Wa 'Ala Alihi Wasohbihi Ajma'in. 'rabish rahli sodri wayasirli amri wahlul u'datan mil lisani yafkahu qauli'.. Terima kasih pada pengerusi majlis kerana memberi kesempatan pada saya.Beradanya saya di hadapan ini adalah kerana Allah, beradanya anda semua juga adalah kerana Allah. Lihatlah wajah-wajah di hadapan saya ini betapa merka semua hadir kerana hanya ingin mengingati Allah. Allah yang telah memilih kita pada saat ini di dalam satu scene yang telah Allah aturkan. Berkumpulnya kita ini teringatlah saya pada satu hadis MAKSUDNYA:Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi.Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit.Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit. Baginda bersabda: Allah s.w.t bertanya para malaikat sedangkan Allah mengetahui pergerakkan mereka dengan firmanNya: Dari mana kamu datang? Mereka menjawab:Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dariMu.Allah s.w.t berfirman: Apakah yang mereka pohonkan? Para Malaikat menjawab:Mereka memohon Syurga dariMu.Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat SyurgaKu?Para Malaikat menjawab: Belum, wahai Tuhan.Allah berfirman:Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat SyurgaKu?Para Malaikat berkata lagi: Mereka juga memohon daripadaMu perlindungan.Allah berfirman: Mereka pohon perlindunganKu dari apa?Para Malaikat menjawab: Dari NerakaMu, wahai tuhan.Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat NerakaKu? Para malaikat menjawab: Belum.Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat NerakaKu. Para Malaikat terus berkata lagi: Mereka juga memohon keampunanMu.Allah berfirman: Aku sudah mengampuni merekaAku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.Para Malaikat berkata lagi: Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hambaMu.Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.Baginda bersabda: Allah berfirman: Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan".

Maka bergembiralah wahai saudaraku. Marilah sama-sama kita baiki niat dan semoga Allah menghadirkan keikhlasan pada diri kita.Beradanya saya di hadapan ini adalah kerana ingin menyampaikan pengisian ataupun peringatan/ tazkirah. Moga-moga peringatan ini dapat memberi manfaat pada kita seperti mana yang telah dirakamkan oleh Allah dalam surah al-ala pada ayat 9.. fazakkir innafaatizzikra.. dan Allah sambung pada ayat seterusnya pada ayat 10 sayazzakkaru maiyakhsya.. 2 ayat ini bermaksud maka berilah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat dan bersambung hanya mereka yang takut kepada Allah akan mendapat pelajaran. Insya Allah.Tajuknya adalah adab terhadap ibu bapa. Insya Allah saya akan mencuba meringkaskan pengisian ini hanya dalam beberapa minit sahaja. Sebelum itu saya ingin meminta maaf andai kiranya isi yang disampaikan agak membosankan, sudah seringkali diperdengarkan mahu pun di baca bahkan di depan saya ini adalah anak anak yang soleh milik ibu bapa anda. Saya bukan ustaz, tapi seorang baru yang sentiasa ingin start melakukan kebaikan. Saya juga tidak pandai buat lawak yang dapat mencuit hati.. Saya juga ingin meminta maaf andai tajuk kali ini membuatkan anda terasa hati kerana saya tidak tahu mungkin juga ada di dalam kalangan kita ini adalah anak yatim, kematian ibu, bapa atau keduanya, berpisah atau sebagainya. Ingatlah ia akan bermanfaat bagi anda semua. Mungkin tidak bagi neraka inginkan kita melainkan syurga ternanti kita untuk menjadi tetamunya dan di depan pintu itu beradanya orang yang kita sayang menanti subhanallahIbu bapa. Apakah peranan kita terhadap mereka?Saudaraku.. Sungguh kalian lebih mengetahui dari saya di hadapan ini.. Allah telah menyatakan Dia dalam banyak verse/ayat kepentingan untuk taat hanya pada dia. Dan kita sendiri tahu betapa besarnya dosa daripada semua dosa bila kita menduakannya.Allah telah menyatakan jangan samakan dia pada makhluk lain dan seterusnya Allah menyatakan kepntingan ibu bapa iaitu melaksanakan tanggungjawab kita pada mereka, menjadi baik dan taat pada mereka. Di sebaliknya apakah kepentingannya?Itulah ia, hanya untuk patuh pada mereka, mendengarkan mereka, menjaga mereka dan ada di sanan untuk mereka.Melanggar perintah mereka, kurang ajar, tidak ambil peduli, tidak melihat mereka adalah satu dosa besar, dosa besar yang amat dibenci Allah. Rasulullah saw telah berkata bahawa seseorang yang melanggar perintah ibubapa, yang tidak respect pada ibu bapa tidak akan, ya tidak akan masuk ke syurga. Astaghfirullah, astaghfirullah.. tidak akan masuk syurga T.TJadi solatlah sebanyak mana kita nak, berpuasalah sekerap mana kita nak, bersedekahlah kita pada sesiapa pun kita tidak akan masuk ke syurga bila kita tidak taat pada ibu bapa. Kita tak akan sekali merasa pengalamannnya syurga. Maka ibu ibui ibu bapa adalah sangat penting dalam jalan kita menuju syurga. Mereka adalah jalan untuk kita masuk syurga.(ada lagi tapi ana rasa sangat panjang pula -,-)(lepastu nak kaitkan dengan usrah ana tak pandai pula, anta ada idea)Sebelum menutup kata, maka taatlah pada ibubapa. Taatlah. Balaslah jasa mereka walau seraut doa. Balaslah. Semoga mereka redha pada kita dan Allah redha pada kita..Akhir kata, saya yang berkata ini banyak silapnya, maka maafkan andai kata membuatkan anda terasa hati atas kekurangan saya. Sebaik-baik saya, baik lagi anda semua dan mereka di luar sana.. Seburuk buruk anda dan mereka di luar sana, buruk lagi saya. Insya Allah kita berjumpa lagi dan saya serahkan majlis pada pengerusi majlis.. (asif ana tak pandai direct cakap, tak pandai cakap.. ;()