tazkirah ramadhan 1

4

Click here to load reader

Upload: yatiemar

Post on 10-Sep-2015

225 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pai

TRANSCRIPT

GANDAKAN AMALAN DI AKHIR RAMADHAN

AlhamdulillahHari ini kita masih lagi dapat mengecapi dan menikmati pelbagai nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Antaranya ialah nikmat Islam, Iman, Akidah yang benar, kelapangan waktu, kesihatan tubuh badan, ketenangan jiwa, kebahagian rumah tangga, ilmu dan sebagainya. Hari dan minggu berlalu begitu cepat, tanpa disedari kini kita sudah pun berada di sepuluh terakhir Ramadhan. Maka tempoh terakhir ini adalah masa bernilai dan berharga yang perlu direbut oleh kita semua bagi mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.

Allah SWT telah menganugerahkan kepada hamba-Nya di dalam bulan Ramadhansatu malam yang dinamakan Lailatul Qadar. Pahala beribadat pada malam itu menyamai pahala seribu bulan. Malam itu juga malam yang paling istimewa dalam kehidupan manusia dan malam yang terbaik bagi umat Islam kerana diturunkan al-Quran al-Karim.

Pada malam itu juga turunnya Malaikat memenuhi bumi ini. Dan Malaikat turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam itu. ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia.

Lailatul Qadar adalah malam yang amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang menginginkannya keranaia hanya berlaku pada satu malam sahaja sepanjang tahun.Lailatul al-Qadar mempunyai kelebihan yang begitu besar, maka seharusnya kita berusaha dan tidak mensia-siakan peluang malam yang dijanjikan itu. Bagi orang yang beriman mereka berazam mencari peluang yang disediakan dengan berlumba-lumba untuk bangun di malam yang hening dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah SWT sepertimana sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya:Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan Ramadhan. (Riwayat al-Bukhari)

Rasulullah SAW apabila berada pada 10 malam yang terakhir beliau menghidupkan malam-malam tersebut dengan melakukan ibadat sebagaimana yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RA katanya:Sesungguhnya Nabi SAW. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya.Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.

Antara amal soleh dan kebajikan yang dituntut pada 10 terakhir ramadhan adalah seperti beriktikaf di masjid-masjid, bertadarus al-Quran, memperbanyakkan zikir-zikir, memperbanyakkan solat-solat sunat, menghadiri kuliah dan takzirah Ramadhan. Satu lagi perkara kita dituntut melakukan ialah bersedekah samada kepada fakir miskin, anak yatim dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.

Untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR tidak lama lagi, rebutlah peluang ini untuk berdoalah dan memohon pertolongan daripada Allah s.w.t agar diberikan kelebihan dan dipermudahkan segala urusan untuk menduduki peperiksaan UPSR dan seterusnya memperoleh kejayaan dan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Sebagai kesimpulan, marilah sama-sama kita merebut peluang keemasan yang diberi oleh Allah SWT pada fasa yang terakhir ini. Mudah-mudahan Ramadhan yang kita tempuhi tahun ini akan menjadi titik perubahan dalam diri kita untuk menjadi insan yang bertakwa dan diredhai Allah SWT di dunia dan di akhirat.

Berkorbanlah dengan masa, tenaga dan segala-galanya untuk mencari malam Lailatul Qadar kerana di malam ini Allah menjanjikan ganjaran yang teramat besar di samping doa-doa yang akan dimakbulkan-Nya. Beri'tikaflah, bangunlah dan persembahkanlah rintihan, harapan dan taubat kerana malam itu hanya berlaku sekali dalam setahun

Hari-hari terakhir Ramadhan juga adalah hari-hari di mana Allah memadam nama-nama manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Na'uzubillah... Oleh itu perbanyakkanlah doa, basahi lidah dengan istighfar kepada Allah, sesalilah segala dosa-dosa yang dilakukan, dan berazamlah untuk tidak melakukannya lagi kerana sesungguhnya Allah amat ternanti-nanti permohonan ampun dari hamba-Nya

Luangkanlah masa 4-5 minit sebelum berbuka puasa untuk memperbanyakkan doa kepada Allah kerana detik-detik itu menjadi satu masa mustajabnya doa

Perbanyakkan lagi amalan-amalan membaca Al-Quran, bersedekah, sembahyang sunat dan segala perkara kebaikan kerana ingatlah hanya amalan sahaja yang akan menemani kita di saat kita berseorangan di alam barzakh.

Sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh pasti kejayaan akan menjadi milik kita. Allah SWT akan menolong hamba-hambanya yang berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa berdoa kepada-Nya.