taska idaman baiduri - · pdf fileibu bapa/ penjaga serta mengutamakan penjagaan dan...

15
1 TASKA IDAMAN BAIDURI Handbook TASKA IDAMAN BAIDURI NO 278, LORONG PINGGIRAN 1A, BANDAR SEREMBAN SELATAN, 71450 SG GADUT, NEGERI SEMBILAN PN NORRASIDA - 017 664 9307

Upload: hadan

Post on 24-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TASKA IDAMAN BAIDURI - · PDF fileibu bapa/ penjaga serta mengutamakan penjagaan dan pendidikan anak-anak yang ... Pihak kami tidak akan melepaskan anak balik jika tiada arahan dari

1 TASKA IDAMAN BAIDURI

Handbook

TASKA IDAMAN BAIDURI

NO 278, LORONG PINGGIRAN 1A,

BANDAR SEREMBAN SELATAN,

71450 SG GADUT,

NEGERI SEMBILAN

PN NORRASIDA - 017 664 9307

Page 2: TASKA IDAMAN BAIDURI - · PDF fileibu bapa/ penjaga serta mengutamakan penjagaan dan pendidikan anak-anak yang ... Pihak kami tidak akan melepaskan anak balik jika tiada arahan dari

2 TASKA IDAMAN BAIDURI

Handbook

FALSAFAH TASKA IDAMAN BAIDURI

VISI

� Ingin menjadi “One Stop Centre” pusat pendidikan awal kanak-kanak yang mampu

menyediakan perkhidmatan untuk semua peringkat umur kanak-kanak dari bayi hingga

12 tahun.

MISI

Untuk menyediakan penjagaan dan program yang berkualiti bagi semua kanak-kanak

kurniaan Tuhan yang telah dianugerahkan kepada kita.

Untuk menjadi pusat asuhan dan pendidikan yang menjadi pilihan utama semua dalam

industri perkembangan kanak-kanak yang berkualiti dengan biaya yang munasabah dan

fleksibel menurut cara-cara yang sebaiknya.

KEUTAMAAN

Memberi keutamaan kepada kualiti perkhidmatan yang bernilai tinggi kepada pelanggan,

ibu bapa/ penjaga serta mengutamakan penjagaan dan pendidikan anak-anak yang

berkualiti merangkumi ilmu rohani dan duniawi demi perkembangan yang menyeluruh.

Mengutamakan kepentingan kanak-kanak daripada diri sendiri dalam apa jua situasi.

Melayan kanak-kanak dengan sebaik-baiknya tanpa ada sikap pilih kasih serta tidak

menggunakan 3 K- Kekasaran Fizikal, Kekasaran Bahasa dan Kekasaran Suara.

MEMAHAMI KONSEP

Setiap Anak Adalah Khalifah Allah,

Setiap Anak Adalah Permata Negara,

Setiap Anak Adalah Unik,

Setiap Anak Adalah Berbeza.

Page 3: TASKA IDAMAN BAIDURI - · PDF fileibu bapa/ penjaga serta mengutamakan penjagaan dan pendidikan anak-anak yang ... Pihak kami tidak akan melepaskan anak balik jika tiada arahan dari

3 TASKA IDAMAN BAIDURI

Handbook

KEUNGGULAN TASKA IDAMAN BAIDURI

� Ditubuhkan pada Januari 2014

� Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, dengan menggunapakai

kurikulum PERMATA.

� Nisbah guru dan anak yang kecil bagi menjamin kualiti pengasuhan & pendidikan yang

berkualiti

TASKA :- Bayi 0-1 tahun (1 : 3),

Toddlers 1-2 tahun (1 : 5)

TRANSIT TADIKA / SEKOLAH :- maksimum 9 orang

� Pencapaian anak-anak yang telah diasuh dan dididik boleh berdikari dan berjati diri,

bijak mengurus diri serta cerdik berketerampilan, mahir berkomunikasi dan berinteraksi

dengan rakan sebaya dan orang dewasa ternyata berbeza daripada anak yang berada di

rumah dengan penjagaan pembantu rumah, nenek, ahli keluarga lain , pengasuh atau ke

Taska lain.

� Aktiviti perkembangan menyeluruh berpusatkan kanak-kanak (child-centred) menjadikan

setiap aktiviti adalah melalui bermain dan menyeronokkan berlandaskan kurikulum

PERMATA Negara.

� Aktiviti main air,main pasir serta nature-walk adalah aktiviti yang menyebabkan anak-

anak Taska IDAMAN BAIDURI terus seronok meneroka, mencuba, menjalankan

eksperimen membina kemahiran sosial, kemahiran awal matematik dan awal literasi

merangsang minda dan meningkatkan perasaan ingin tahu yang tinggi, disamping

membina sosio emosi yang ceria dan tenang.

� Pendedahan yang digarap telah membekalkan diri anak-anak Taska IDAMAN BAIDURI

untuk terus cintakan ilmu,mendapatkan kemahiran dan mempunyai sikap, adab dan

akhlak sebagai seorang anak yang mendengar kata serta jati diri yang mantap, cekal dan

berani ke alam prasekolah yang sebenar.

� Penerapan nilai-nilai murni : Pemurah, Rahmah, Ehsan, Redha, Jujur, Adil, Penyayang,

Siddiq, Ikhlas, Amanah, Mawaddah dan Tawakal.

� Pemberian pemakanan yang berkhasiat dan seimbang diberi keutamaan kepada anak-

anak. Anak-anak juga dididik untuk mengambil berat untuk menjaga kebersihan serta

kesihatan diri agar pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara optima.

Page 4: TASKA IDAMAN BAIDURI - · PDF fileibu bapa/ penjaga serta mengutamakan penjagaan dan pendidikan anak-anak yang ... Pihak kami tidak akan melepaskan anak balik jika tiada arahan dari

4 TASKA IDAMAN BAIDURI

Handbook

(1) KEHADIRAN

a. Sila pastikan kedatangan yang konsisten (berterusan) dan elakkan anak-anak daripada

sering tidak hadir ke taska.

b. Kedatangan terlalu awal sebelum waktu operasi (sebelum jam 7.00 pagi) hendaklah

dielakkan kecuali selepas perundingan dengan pihak pengurusan dan PA.

c. Ibubapa hendaklah memastikan anak-anak telah siap di mandikan semasa hadir ke taska.

d. Menghantar anak terlalu lewat (selepas jam 9.00 pagi) akan menjejaskan jadual aktiviti dan

anak yang sering lewat sampai akan ketinggalan sebahagian dari program yang telah

dijalankan. Anak yang dihantar selepas jam 8.30 pagi mestilah telah siap bersarapan.

e. Pemeriksaan fizikal anak akan dibuat sebagai rutin harian setiap pagi. Anak-anak yang

mengidap penyakit berjangkit seperti cecair, campak, begok, sakit mata, penyakit kulit,

kudis buta, kepala berkutu, penyakit tangan, kaki dan mulut atau apa saja berjangkit tidak

dibenarkan hadir ke TASKA IDAMAN BAIDURI. Ibu bapa/penjaga haruslah merancang dari

sekarang masalah penjagaan anak semasa anak mengidap penyakit ini. Anak yang berkutu

ibu bapa/penjaga perlulah mengambil tindakan yang segera dengan mencuci rambut anak

menggunakan syampu berubat untuk mengatasi masalah anak yang berkutu.

f. Anak yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5’C tidak dibenarkan hadir ke TASKA

IDAMAN BAIDURI.

g. Pihak TASKA IDAMAN BAIDURI perlu di maklumkan sekiranya anak tidak dapat hadir

di atas sebarang sebab.

h. Kedatangan anak-anak akan dicatit sewaktu datang dan balik di buku kedatangan.

Page 5: TASKA IDAMAN BAIDURI - · PDF fileibu bapa/ penjaga serta mengutamakan penjagaan dan pendidikan anak-anak yang ... Pihak kami tidak akan melepaskan anak balik jika tiada arahan dari

5 TASKA IDAMAN BAIDURI

Handbook

(2) MENGHANTAR DAN MENGAMBIL ANAK

a. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengambil inisiatif atau seboleh mungkin menghantar dan

mengambil sendiri anaknya dari/ke TASKA IDAMAN BAIDURI.

b. Untuk keselamatan anak anda, adalah digalakkan anak dihantar sehingga ke pintu masuk

premis atau lebih baik hingga ke dalam premis sampai ke tangan PA dan begitu juga waktu

mengambil anak. Dengan cara ini ibu bapa/penjaga akan dapat memberitahu perihal anak

seperti ubat, pakaian, bekal atau apa yang perlu diambil perhatian atau pun bertanyakan

perkembangan harian anak di TASKA IDAMAN BAIDURI.

c. PA yang bertugas menyambut anak akan hanya menunggu kedatangan anak sehingga jam

8.30 pagi. Anak-anak yang datang lewat hendaklah dihantar terus ke dalam premis dan

diserahkan kepada PA.

d. Jika anak hendak diambil pulang oleh orang lain selain dari ibu bapa/penjaga sendiri, ibu

bapa /penjaga hendaklah memberitahu kepada PA atau pihak Pengurusan TASKA IDAMAN

BAIDURI. Pihak kami tidak akan melepaskan anak balik jika tiada arahan dari ibu bapa anak

tersebut.

e. Semasa mengambil anak (sebelum meninggalkan premis) mesti pastikan :-

- Anak tidak mengalami sebarang kecederaan (semasa dalam jagaan TASKA IDAMAN

BAIDURI.

- Jika ada tanda-tanda tercedera sila bertanyakan terus kepada PA.

- Keperluan untuk dibawa balik seperti botol susu, bekas bekalan, ubatan, pakaian kotor

dan lain-lain semuanya ada di dalam beg dan tidak bertukar.

- Kasut atau selipar ada pada anak.

- Buku pesanan dan surat pekeliling (jika ada) dibaca untuk tindakan lanjut.

Dengan ini adalah penting pihak ibu bapa/penjaga mengamalkan komunikasi dan

hubungan yang baik dengan PA.

(3) KEPERLUAN ANAK

A. TASKA

1. 4 keping gambar anak bersaiz pasport.

2. 1 salinan sijil kelahiran anak.

3. 1 salinan kad pengenalan ibu, bapa atau penjaga.

4. 1 salinan surat hak penjagaan anak (jika berkenaan)

5. Pakaian : Pakaian persalinan yang telah dilabel nama anak.

6. Lampin / diapers ( telah dilabel nama anak) secukupnya bagi anak yang memerlukan.

7. Bekalan susu ibu perlu diletakkan nama dan tarikh susu dibekalkan untuk simpanan

dalam peti sejuk.

8. 1 botol susu disimpan di Taska (untuk bayi dan Toddlers).

Page 6: TASKA IDAMAN BAIDURI - · PDF fileibu bapa/ penjaga serta mengutamakan penjagaan dan pendidikan anak-anak yang ... Pihak kami tidak akan melepaskan anak balik jika tiada arahan dari

6 TASKA IDAMAN BAIDURI

Handbook

9. 1 beg pakaian kotor( Laundry bag ) .

10. Tuala mandi yang nipis dibawa seminggu sekali.

11. Kanak-kanak 1-4 tahun perlu bawa botol air minuman untuk aktiviti luar.

12. Bekal makanan untuk rehat jam 10.00 pagi (jika perlu).

13. Buku Log Harian (dibeli mengikut keperluan.)

14. Keperluan bersih diri : mandian, syampu, berus gigi, ubat gigi,sikat.

15. 1 helai tuala lap tangan atau napkin. Dibawa balik bila perlu untuk dicuci.

16. 1 helai pelapik dada (Bib) untuk anak bayi.

17. Cadar tilam , dibawa balik seminggu sekali atau jika kotor.

18. Baju renang bila perlu.

*PERHATIAN

Ibu bapa/penjaga mesti melabel nama pada semua peralatan dan pakaian anak-anak.

B. TRANSIT (Afterschool Care)

1. Pakaian seragam Sekolah/ Kafa.

2. Keperluan persalinan seperti pakaian dan tuala.

3. Plastik untuk mengisi kasut sekolah/ pakaian sekolah

4. 2 keping gambar anak.

5. 1 salinan kad pengenalan Ibu / bapa / penjaga

KEPERLUAN MANDIAN (di tinggalkan)

- Mandian dan syampu

- Ubat gigi

- Berus gigi

- Sikat

- Bedak

- Penyangkut baju - untuk tuala / telekung / pakaian seragam

* Setiap pakaian dan hak milik anak hendaklah dilabel nama nama. Pihak TASKA

IDAMAN BAIDURI tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada pertukaran atau

kehilangan jika nama tidak dilabel.

** Jika beg pakaian kotor (laundry bag) tidak dibawa, pakaian kotor / basah akan

dimasukkan terus ke dalam beg.

ii) BUKU LOG HARIAN (Taska)

Buku ini adalah untuk kegunaan PA mencatit aktiviti, rutin harian, menu sebarang pesanan

kepada ibu bapa / penjaga. Ibu bapa / penjaga juga perlu mencatit barang dan keperluan

harian, pemeriksaan fizikal badan anak-anak dan sebarang pesanan kepada PA. Pastikan Buku

Log Harian ini sentiasa berada di dalam beg/ fail anak untuk tindakan kedua-dua pihak. Sila

baca dan tandatangan setiap pesanan dari PA agar dapat disegerakan tindakan susulan bagi

memudahkan tugas-tugas pengurusan.

Page 7: TASKA IDAMAN BAIDURI - · PDF fileibu bapa/ penjaga serta mengutamakan penjagaan dan pendidikan anak-anak yang ... Pihak kami tidak akan melepaskan anak balik jika tiada arahan dari

7 TASKA IDAMAN BAIDURI

Handbook

(4) HAL-HAL PERIBADI DAN KESELAMATAN

a) Makanan ringan (junk food)

Makanan ringan (junk-food) seperti gula-gula, jeli, chewing gum, lolipop dan sebagainya

adalah tidak dibenarkan kerana makanan tersebut akan merosakkan kesihatan gigi,

menjejaskan kesihatan dan perkembangan otak serta menggemukkan tubuh badan anak-

anak. Makanan tersebut TIDAK DIBENARKAN di bawa ke TASKA IDAMAN BAIDURI sebagai

bekalan harian.

b) Alat-alat permainan dan barang kemas

Adalah ditegaskan segala barang kemas, alat-alat permainan, telefon bimbit dan peralatan

elektronik tidak dibenarkan dibawa ke TASKA IDAMAN BAIDURI. Pihak TASKA IDAMAN

BAIDURI tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan dan kehilangan barang

tersebut.

c) Alahan makanan

Anak-anak yang alah dengan menu makanan yang disediakan oleh TASKA IDAMAN

BAIDURI perlulah membawa bekalan makanan dari rumah. Ibu bapa / penjaga hendaklah

memaklumkan kepada PA makanan yang tidak boleh dimakan oleh anak.

d) Wang berlebihan

Anak-anak tidak dibenarkan membawa wang berlebihan untuk mengelakkan sebarang

kehilangan.

(5) PENGESAHAN KESIHATAN

A. Ibu bapa atau penjaga perlu menyerahkan surat pengesahan kesihatan anak dari doktor

untuk rujukan pihak TASKA IDAMAN BAIDURI.

B. Pihak TASKA IDAMAN BAIDURI tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang maklumat

yang tidak diberi oleh ibu bapa tentang kesihatan anak.

(6) RAWATAN DOKTOR WAKTU KECEMASAN

Jika berlaku sebarang kecemasan, pihak pengurusan TASKA IDAMAN BAIDURI akan

menghubungi ibu bapa / penjaga / saudara terdekat sepejabat dahulu, tetapi jika tidak

dapat dihubungi (selepas beberapa kali) pihak TASKA akan mengambil langkah keselamatan

seperti:-

a. Hantar anak ke klinik terdekat.

b. Pihak pengurusan TASKA IDAMAN BAIDURI akan terus menghubungi pihak ibu bapa /

penjaga. Segala pembayaran adalah tanggungjawab ibu bapa.

Peringatan : Adalah penting bagi setiap ibu bapa/ penjaga memberitahu nombor telefon

jika berlaku kecemasan. Ini adalah untuk kebaikan kedua-dua belah pihak bagi

memastikan pihak pengurusan dapat memberitahu perkembangan terkini anak

Page 8: TASKA IDAMAN BAIDURI - · PDF fileibu bapa/ penjaga serta mengutamakan penjagaan dan pendidikan anak-anak yang ... Pihak kami tidak akan melepaskan anak balik jika tiada arahan dari

8 TASKA IDAMAN BAIDURI

Handbook

(7) POLISI MEMBERI UBAT

Pemberian ubat-ubatan adalah bersyarat seperti berikut:-

a. Sebagai langkah keselamatan ibu bapa / penjaga diminta mengisi borang pemberian ubat

yang di sediakan di premis untuk panduan PA dan bukti pemberian ubat. Borang tersebut

boleh didapati di setiap premis.

b. Setiap ubat mestilah dilabel dengan nama penuh anak, mempunyai tarikh luput dan

arahannya sekali. PA tidak akan bekerjasama memberi ubat yang bukan hak milik anak.

c. Ubat mestilah diberi terus ke tangan PA. Pihak TASKA tidak bertanggungjawab jika ubat

disimpan di dalam beg tanpa pengetahuan PA.

d. Ibu bapa perlu meletakkan ubat di dalam bekas yang sesuai bagi mengelakkan dari

tertumpah.

e. Semasa mengambil anak, sila pastikan sama ada ubat yang diambil adalah kepunyaan

anak.

(8) INSURANS

Setiap kanak-kanak 2 tahun -12 tahun wajib menyertai skim insuran berkelompok yang telah

disediakan oleh pihak TASKA IDAMAN BAIDURI. Kanak-kanak dibawah 2 tahun digalakkan

mengambil insuran persendirian.

(9) PENGLIBATAN IBU BAPA

a. Buku Log Harian

Ibu bapa perlu memastikan Buku Log Harian anak dicatit setiap hari.

b. Ibu bapa / penjaga digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti di TASKA. Aktiviti

sepanjang tahun juga akan dirancang dari masa ke semasa.

c. Aktiviti penglibatan yang dicadangkan ialah:

- Mengikuti, membantu dan bekerjasama dalam program yang telah disusun sepanjang

tahun seperti membantu dalam menyiapkan persiapan acara sambutan Ulangtahun

Kelahiran Anak, Hari Taska dan lain-lain.

- Memberikan cadangan-cadangan yang membina dari masa ke semasa.

- Bekerjasama membekalkan bahan peralatan yang mudah dibawa dari rumah untuk

aktiviti anak-anak.

- Menjadi pakar rujuk , penasihat dalam bidang kemahiran masing-masing.

- Membantu membuat alat bantu mengajar bersama.

d. Menyertai perjumpaan, mesyuarat, seminar dan kursus pendidikan keibubapaan yang

dianjurkan.

e. Mematuhi segala peraturan dan larangan yang telah ditetapkan.

f. Bersikap terbuka terhadap PA dan kakitangan sokongan serta menerima kehadiran

mereka.

Page 9: TASKA IDAMAN BAIDURI - · PDF fileibu bapa/ penjaga serta mengutamakan penjagaan dan pendidikan anak-anak yang ... Pihak kami tidak akan melepaskan anak balik jika tiada arahan dari

9 TASKA IDAMAN BAIDURI

Handbook

g. Memberi kerjasama dan melibatkan diri dengan aktiviti premis seperti menyertaan

aktiviti Picnic Day, Sandwich Day,Fruit Salad Day ,Bubble Day dan lain-lain

h. Lawatan ibu bapa / penjaga, perkembangan anak & rekod prestasi Ibu bapa / penjaga

digalakkan hadir memerhati dan mengetahui perkembangan anak-anak pada bila-bila

waktu operasi dengan membuat temujanji terlebih dahulu. Segala rekod dan

permasalahan anak adalah rahsia.

Rekod Prestasi dan Rekod Perkembangan anak akan diserahkan kepada ibu bapa

mengikut jadual yang ditetapkan.

i. Penyusuan susu ibu

Ibu-ibu amat digalakkan untuk hadir ke Taska bagi menyusukan bayi dengan susu ibu.

(10) BAYARAN YURAN DAN LAIN-LAIN

Bayaran yuran mestilah mengikut struktur yang dipersetujui. Bayaran hendaklah dibayar

melalui akaun yang telah ditetapkan atau bayar terus kepada pengusaha TASKA IDAMAN

BAIDURI.

A. YURAN PENDAFTARAN

a. Yuran pendaftaran sekali seumur hidup adalah bayaran yang tetap dan tidak

dikembalikan kecuali tempat tidak ditawarkan. Pendaftaran ini menjamin tempat anak

tuan puan sepanjang masa

B. YURAN BULANAN

1. Yuran bulanan mestilah dijelaskan sebelum 5 haribulan setiap bulan. Yuran mesti

dijelaskan di premis TASKA IDAMAN BAIDURI dengan menandatangani kad bayaran

yuran yang disediakan dan pastikan slip bayaran diserahkan dan resit TASKA IDAMAN

BAIDURI dikeluarkan.

2. Bayaran yuran anak-anak TASKA masih dikira bayaran penuh walaupun anak-anak

mengambil cuti sebulan (1 bulan) penuh atau lebih.

a. Anak-anak yang bercuti atas sebarang sebab bagi tempoh kurang atau melebihi

satu bulan, yuran penuh di kenakan bagi cuti bulan yang pertama dan yuran

separuh bagi bulan-bulan yang berikutnya dan tempat tidak akan

dikosongkan.

b. Anak-anak yang bercuti atau berhenti dengan notis adalah dikehendaki membayar

yuran penuh bagi satu bulan dan tempatnya dianggap kosong bagi bulan-bulan

berikutnya.

c. Anak-anak yang bercuti atau berhenti dengan notis atau tanpa notis dan ingin

menyambung semula bagi mendapatkan perkhidmatan TASKA IDAMAN BAIDURI

dikehendaki membayar BAYARAN KEMASUKAN SEMULA dan jumlah bayaran

Page 10: TASKA IDAMAN BAIDURI - · PDF fileibu bapa/ penjaga serta mengutamakan penjagaan dan pendidikan anak-anak yang ... Pihak kami tidak akan melepaskan anak balik jika tiada arahan dari

10 TASKA IDAMAN BAIDURI

Handbook

bergantung kepada yuran bulanan anak tersebut dan segala jenis yuran kecuali

pendaftaran.

A. YURAN TAMBAHAN

1.PERKHIDMATAN TAMBAHAN

1. 1 Anak-anak TASKA IDAMAN BAIDURI yang hadir sepenuh hari pada cuti

persekolahan perlu membayar yuran tambahan sebanyak RM10.00 seorang, setiap

hari.

1.2 Kepada ibu bapa / penjaga yang memerlukan perkhidmatan tambahan disebabkan

sekolah rendah cuti seperti cuti peristiwa dan cuti UPSR, ibu bapa perlu membayar

RM 10.00 seorang setiap hari.

B. TUNGGAKAN YURAN

Pihak pengurusan TASKA IDAMAN BAIDURI akan mengambil tindakan undang- undang

kepada ibu bapa / penjaga yang gagal menjelaskan segala jenis yuran yang tertunggak.

C. Yuran bulanan dan lain-lain yuran tidak akan dikembalikan jika TASKA diarah tutup oleh

pihak berkuasa sekiranya berlaku wabak penyakit berjangkit atau bencana alam.

(11) PERKHIDMATAN TASKA IDAMAN BAIDURI

Isnin - Jumaat - 7.00 pagi – 6.00 petang (sepenuh hari)

Sabtu - 7.00 pagi – 1.00 petang ( Atas permintaan )

(12) PERKHIDMATAN OVERTIME

Perkhidmatan overtime dan bayaran perkhidmatan overtime adalah tidak digalakkan sama

sekali. Pada bulan Ramadhan tiada perkhidmatan overtime.

a) PA perlukan rehat yang mencukupi untuk persediaan bekerja pada hari berikutnya dan

Ibu bapa dinasihatkan mengambil anak-anak mereka seawal mungkin supaya quality

time dapat diluangkan bersama keluarga.

b) Bayaran overtime hendaklah dijelaskan kepada PA pada hari berkenaan.

c) Bayaran overtime TASKA

i) Waktu over-time skim sepenuh hari hanya dikira selepas jam

6.15 petang seperti kadar berikutnya:-

a) 6.01 -7.00 petang RM 5.00

b) 7.00 ke atas RM 10.00 sejam

Page 11: TASKA IDAMAN BAIDURI - · PDF fileibu bapa/ penjaga serta mengutamakan penjagaan dan pendidikan anak-anak yang ... Pihak kami tidak akan melepaskan anak balik jika tiada arahan dari

11 TASKA IDAMAN BAIDURI

Handbook

(13) BIMBINGAN SUSULAN

1. Ibu bapa / penjaga diharapkan dapat memberikan bimbingan (follow up) terhadap anak-

anak ketika di rumah bagi memastikan wujudnya kesinambungan dalam proses

pendidikan dan perkembangan anak-anak.

2. Ibu bapa /penjaga diharap dapat memastikan bahawa anak-anak sentiasa berada di

dalam persekitaran atau suasana yang baik dan soleh di mana jua bagi mengelakkan

berlakunya konflik dalam diri anak-anak berhubung dengan persoalan didikan dan

asuhan yang diterima.

3. Sebarang bentuk perlakuan dan kata-kata negatif yang keluar daripada anak-anak ketika

di rumah hendaklah dimaklumkan kepada PA untuk tindakan pembetulan dan

pemulihan.

(14) CUTI

Perkhidmatan TASKA IDAMAN BAIDURI dibuka sepanjang tahun kecuali:

1. Umum yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

2. Cuti yang telah ditetapkan oleh TASKA IDAMAN BAIDURI (Cuti Raya dan Cuti Hujung

Tahun)

3. Cuti yang diarahkan oleh Jabatan Kesihatan jika berlaku sebarang wabak penyakit di

Premis.

4. Cuti yang diarahkan oleh kerajaan atau sebarang sebab seperti bencana alam dan lain-

lain.

(15) HUBUNGAN IBU BAPA / PENJAGA / PA / PIHAK PENGURUSAN

Bagi menjamin pengasuhan yang bermutu dapat diberikan kepada anak-anak antara perkara

yang terpenting ialah hubungan ibu-bapa / penjaga dengan PA. Hubungan dan interaksi ibu

bapa / penjaga dengan PA perlulah sentiasa baik dan mesra seperti sebuah keluarga.

(16) NOTIS BERHENTI

1. Ibu bapa / penjaga yang ingin menarik diri atau memberhentikan anak daripada

perkhidmatan di TASKA IDAMAN BAIDURI hendaklah memberi sebulan notis bertulis.

Sekiranya tidak ada notis bertulis ia masih dianggap menerima perkhidmatan di TASKA

IDAMAN BAIDURI dan perlu menjelaskan yuran seperti biasa.

2. Yuran Pendaftaran, Yuran Tahunan dan lain-lain bayaran yang telah dijelaskan tidak akan

dikembalikan.

Page 12: TASKA IDAMAN BAIDURI - · PDF fileibu bapa/ penjaga serta mengutamakan penjagaan dan pendidikan anak-anak yang ... Pihak kami tidak akan melepaskan anak balik jika tiada arahan dari

12 TASKA IDAMAN BAIDURI

Handbook

(17) HUBUNGAN KEJIRANAN

1. Semasa menghantar dan mengambil anak-anak, ibu bapa/penjaga hendaklah

meletakkan kenderaan di tempat yang sesuai tanpa menganggu aliran.

2. Ketika menghantar dan mengambil anak perbuatan membunyikan hon perlu dielakkan.

Kenderaan ibu bapa / penjaga tidak boleh menghalang pintu pagar jiran-jiran

berdekatan. Ini adalah untuk menjaga kelangsungan operasi TASKA.

(18) RAKAMAN GAMBAR

1. Pihak TASKA IDAMAN BAIDURI berhak mengambil gambar-gambar anak atau rakaman

video pada bila-bila masa samada aktiviti dijalankan di dalam atau di luar premis .Pihak

TASKA IDAMAN BAIDURI juga dibenarkan untuk menyiarkan gambar dalam media cetak

dan media elektronik.

(19) LAIN-LAIN HAL

Pihak TASKA IDAMAN BAIDURI perlulah dimaklumkan jika berlaku pertukaran alamat

rumah, nombor telefon rumah, telefon bimbit dan telefon pejabat bagi memudahkan untuk

dihubungi, sekiranya berlaku kecemasan.

PERATURAN & KETETAPAN TASKA IDAMAN BAIDURI ADALAH TERTAKLUK KEPADA PINDAAN

Page 13: TASKA IDAMAN BAIDURI - · PDF fileibu bapa/ penjaga serta mengutamakan penjagaan dan pendidikan anak-anak yang ... Pihak kami tidak akan melepaskan anak balik jika tiada arahan dari

13 TASKA IDAMAN BAIDURI

Handbook

LAMPIRAN A

TASKA IDAMAN BAIDURI

278 LORONG PINGGIRAN 1A,

BANDAR SEREMBAN SELATAN

71450 SG GADUT

NEGERI SEMBILAN

BORANG UBAT

Nama Anak : ___________________________________________________________

Premis : ____________________________ Tarikh: ________________________

Penyakit : __________________________________________________________

Penerima Ubat : ____________________________________(Guru / PA)

Waktu

Jenis / Warna Pg Tghr Ptg Mlm Peraturan

Sebelum/selepas makan

Sebelum/selepas makan

Sebelum/selepas makan

Sebelum/selepas makan

Sebelum/selepas makan

_______________________

_______________________

_______________________

_______________________

_______________________

Nama Ibu /Bapa:______________________________________________________

No.Telefon kecemasan: ________________________________________________

Tandatangan: ________________________________________________________

Page 14: TASKA IDAMAN BAIDURI - · PDF fileibu bapa/ penjaga serta mengutamakan penjagaan dan pendidikan anak-anak yang ... Pihak kami tidak akan melepaskan anak balik jika tiada arahan dari

14 TASKA IDAMAN BAIDURI

Handbook

PROGRAM TAHUNAN DAN TARIKH CUTI PERKHIDMATAN

TASKA IDAMAN BAIDURI

*PERKHIDMATAN AKAN DITUTUP PADA SETIAP SABTU MINGGU KE 2 DAN KE 4 JIKA KAKITANGAN

TASKA IDAMAN BAIDURI DIJADUALKAN PERLU MENGIKUTI SEBARANG KURSUS, BENGKEL,

SEMINAR DLL

*PERKHIDMATAN TASKA IDAMAN BAIDURI AKAN DITUTUP PADA SETIAP CUTI UMUM KERAJAAN

NEGERI DAN PERSEKUTUAN.

TARIKH PROGRAM DAN JADUAL CUTI

Page 15: TASKA IDAMAN BAIDURI - · PDF fileibu bapa/ penjaga serta mengutamakan penjagaan dan pendidikan anak-anak yang ... Pihak kami tidak akan melepaskan anak balik jika tiada arahan dari

15 TASKA IDAMAN BAIDURI

Handbook

SAMBUTAN KELAHIRAN ANAK-ANAK TASKA IDAMAN BAIDURI 2015

Jan, Feb & Mac 27 Mac 2015

April, May & Jun 26 Jun 2015

Jul, Ogos & Sept 30 Sept 2015

Okt, Nov & Dis 31 Dis 2015

TARIKH CUTI SEMESTER PERSEKOLAHAN

14 HINGGA 22 MAC 2015

30 MEI HINGGA 14 JUN 2015

19 HINGGA 27 SEPTEMBER 2015

21 NOVEMBER HINGGA 31 DISEMBER 2015