(tariqud dakwah) tribulasi di jalan dakwah

6
8/7/2019 (Tariqud Dakwah) Tribulasi Di Jalan Dakwah http://slidepdf.com/reader/full/tariqud-dakwah-tribulasi-di-jalan-dakwah 1/6 1 TRIBULASI DI JALAN DAKWAH Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com ) Untuk Usrah SISMA 16 Januari 2011 di Bangi Pertemuan usrah SISMA ini telah berlangsung hampir 15 kali yang mana pertemuannya dijalankan setiap minggu. Setiap pertemuan di dalam usrah ini diharapkan agar dapat menambahkan keyakinan kita kepada janji Allah s.w.t. tentang kehidupan yang kekal di akhirat kelak serta mengukuhkan serta meyemarakkan semangat untuk terus melakukan kerja dakwah mengajak ummat agar kembali berada di jalan Allah s.w.t. serta mengamalkan cara hidup yang Islami. Menyambung perbincangan kita yang lalu, tribulasi di jalan dakwah akan terus membincangkan tentang apakah yang mungkin lagi perlu kita tempuhi dalam usaha-usaha berdakwah ini. BOLEHKAH KITA MENGELAKKAN TRIBULASI ATAU MENGURANGKAN TEKANAN PENYEKSAAN KEPADA USAHA DAKWAH INI?  Kerapkali, kita memikirkan tentang usaha-usaha yang kononnya bijak apabila kita bergandingan atau bersama dengan beberapa pihak yang dikatakan bahawa mereka mampu untuk membantu memperkembangkan usaha dakwah kita ini. Lalu, kita pun merancang untuk memanfaatkan kedudukan, mendapatkan kuasa politik dan sebagainya atas tujuan untuk mengurangkan tekanan-tekanan tribulasi ini. Persoalannya, adakah ia benar-benar berkesan atau hanya sekadar tanggapan? Sahabat-sahabat seperjuangan yang dikasihi sekalian. Berpegang teguhlah kepada usaha jalan dakwah yang mana ianya hanyalah akan mengundang lebih banyak mehnah dan tribulasi. Sekiranya kita biarkan diri kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu kedudukan, dan kedudukan itu memberikan kita perasaan selesa dan bersenang-senangan, percayalah, kedudukan itu hanya akan menyebabkan kita amat sayangkan kemudahan, keselesaan dan kesenangan. Akhirnya, ia akan memandu kita ke arah untuk mempertahankannya dari cenderung mempertahankan kerja dakwah kita. Rasulullah s.a.w. telah pun membuka lembaran sejarah ini dengan penuh rasa belas kasihan kepada para pendokong dakwah Islamiyah ini. Baginda s.a.w. amat berasa susah hati dengan apa

Upload: kamarul-azami-bin-mohd-zaini

Post on 08-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: (Tariqud Dakwah) Tribulasi Di Jalan Dakwah

8/7/2019 (Tariqud Dakwah) Tribulasi Di Jalan Dakwah

http://slidepdf.com/reader/full/tariqud-dakwah-tribulasi-di-jalan-dakwah 1/6

1

TRIBULASI DI JALAN DAKWAH 

Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com)

Untuk Usrah SISMA 16 Januari 2011 di Bangi 

Pertemuan usrah SISMA ini telah berlangsung hampir 15 kali yang mana pertemuannya

dijalankan setiap minggu. Setiap pertemuan di dalam usrah ini diharapkan agar dapat menambahkan

keyakinan kita kepada janji Allah s.w.t. tentang kehidupan yang kekal di akhirat kelak serta

mengukuhkan serta meyemarakkan semangat untuk terus melakukan kerja dakwah mengajak

ummat agar kembali berada di jalan Allah s.w.t. serta mengamalkan cara hidup yang Islami.

Menyambung perbincangan kita yang lalu, tribulasi di jalan dakwah akan terus membincangkan

tentang apakah yang mungkin lagi perlu kita tempuhi dalam usaha-usaha berdakwah ini.

BOLEHKAH KITA MENGELAKKAN TRIBULASI ATAU MENGURANGKAN TEKANAN PENYEKSAAN 

KEPADA USAHA DAKWAH INI?  

Kerapkali, kita memikirkan tentang usaha-usaha yang kononnya bijak apabila kita

bergandingan atau bersama dengan beberapa pihak yang dikatakan bahawa mereka mampu untuk

membantu memperkembangkan usaha dakwah kita ini. Lalu, kita pun merancang untuk

memanfaatkan kedudukan, mendapatkan kuasa politik dan sebagainya atas tujuan untuk

mengurangkan tekanan-tekanan tribulasi ini. Persoalannya, adakah ia benar-benar berkesan atau

hanya sekadar tanggapan?

Sahabat-sahabat seperjuangan yang dikasihi sekalian.

Berpegang teguhlah kepada usaha jalan dakwah yang mana ianya hanyalah akan

mengundang lebih banyak mehnah dan tribulasi. Sekiranya kita biarkan diri kita berusaha untuk

mendapatkan sesuatu kedudukan, dan kedudukan itu memberikan kita perasaan selesa dan

bersenang-senangan, percayalah, kedudukan itu hanya akan menyebabkan kita amat sayangkan

kemudahan, keselesaan dan kesenangan. Akhirnya, ia akan memandu kita ke arah untuk

mempertahankannya dari cenderung mempertahankan kerja dakwah kita.

Rasulullah s.a.w. telah pun membuka lembaran sejarah ini dengan penuh rasa belas kasihan

kepada para pendokong dakwah Islamiyah ini. Baginda s.a.w. amat berasa susah hati dengan apa

Page 2: (Tariqud Dakwah) Tribulasi Di Jalan Dakwah

8/7/2019 (Tariqud Dakwah) Tribulasi Di Jalan Dakwah

http://slidepdf.com/reader/full/tariqud-dakwah-tribulasi-di-jalan-dakwah 2/6

yang berlaku terhadap ummatnya. Perkara ini telah Allah s.w.t. sebutkan di dalam firmanya yang

bermaksud;

  Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya

penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan

lagi penyayang terhadap orang-orang Mukmin. (At-Taubah: 128) 

Ayat di atas merupakan penjelasan Allah s.w.t. terhadap sikap Rasulullah s.a.w. yang amat

mengambil berat kesusahan ummatnya. Bukanlah bermakna dia berdiam diri, tetapi, dia juga

manusia yang mengharapkan bantuan dan pertolongan Allah s.w.t. Oleh yang demikian, apa yang

terdaya Baginda s.a.w. lakukan disaat Islam itu memerlukan semangat dan bimbingan adalah

berpesan agar terus bersabar, istiqamah serta mempertahankan aqidah masing-masing. Baginda

s.a.w. juga menyampaikan berita gembira buat mereka yang Mukmin iaitu tentang janji Allah s.w.t.

tentang syurga, pertolongan Allah s.w.t. serta kemenangan yang pasti untuk agama Allah s.w.t.

Imam Bukhari rahmatullah telah meriwayatkan dari Qais berkata, Aku telah mendengar

Khabab r.a. berkata, Aku telah mendatangi Rasulullah s.a.w. sedang Baginda s.a.w. berbantalkan

burdadi bawah naungan Kaabah. Ketika itu kami sedang menerima penyiksaan yang keras dari

kaum musyrikin lalu dia berkata, Tidak mahukah kamu berdoa kepada Allah? Lalu Rasulullah

s.a.w. duduk dengan merah padam mukanya lantas bersabda, Sesungguhnya telah terjadi kepada

orang-orang sebelum kamu telah disikat dengan sikat-sikat besi yang mencakar-cakar daging-daging dan urat-urat mereka hingga ke tulang-tulang mereka. Itu tidak memalingkan muka dari

agama mereka. Satu masa nanti pasti Allah s.w.t. akan menyempurnakan urusan agama ini

dengan memberi kemenangan kepadanya di mana orang yang menunggang itu berjalan dari Sana

di Yaman ke Hadramaut tanpa rasa takut kecuali hanya kepada Allah s.w.t. dan hanya bimbangkan

serangan serigala ke atas kambing-kambingnya. Tetapi kamu ini hendak mencapai kemenangan

dengan segera. 

BILAKAH AKAN BERHENTINYA TRIBULASI INI?

Berpegang dan percayailah perintah serta janji-janji Allah s.w.t. wahai sahabat-sahabatku. Ini

kerana, tribulasi ini, ujian dan kesusahan ini atau penyeksaan ini hanya akan berhenti apabila kita

sebagai ummat Nabi Muhammad s.a.w. ini berhenti dari meneruskan kerja dakwah yang

Page 3: (Tariqud Dakwah) Tribulasi Di Jalan Dakwah

8/7/2019 (Tariqud Dakwah) Tribulasi Di Jalan Dakwah

http://slidepdf.com/reader/full/tariqud-dakwah-tribulasi-di-jalan-dakwah 3/6

ditinggalkan oleh Baginda s.a.w. Inilah yang sedang diusahakan oleh musuh-musuh agama Islam.

Mereka merosakkan komponen kehidupan Muslim melalui menjauhkan kita dari rumah-rumah

Allah, dari Al-Quran dan juga sunnah-sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Ingatlah wahai sahabat-sahabatku, apabila kita berhenti dari meneruskan usaha dakwah, itu

bermakna, kita mengutamakan diri kita dan kita telah berhenti dari berjihad. Apabila kita berhenti

berjihad, maka akan datanglah ketika di mana anak-anak perempuan kita nanti akan sewenang-

wenangnya menghilangkan maruah mereka serta anak-anak lelaki kita sudah lagi tidak

bertanggungjawab di dalam kehidupannya. Musuh-musuh Islam akan melakukan apa sahaja untuk

memastikan usaha mereka ini berjaya. Sama ada dengan cara mengugut, menyeksa, memujuk,

memberikan keselesaan atau apa sahaja. Firman-firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

  Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan

yang dihormati; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi 

perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepada-Nya,

dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta

mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. dan

(ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang d 

dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu

hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan

yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya(agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak 

binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal 

mereka di dalamnya (selama-lamanya). (Al-Baqarah: 217) 

  Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan

kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamudengan

kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).  (Al-

Mumtahanah: 2) 

  Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai 

Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah

(kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan

demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya

Page 4: (Tariqud Dakwah) Tribulasi Di Jalan Dakwah

8/7/2019 (Tariqud Dakwah) Tribulasi Di Jalan Dakwah

http://slidepdf.com/reader/full/tariqud-dakwah-tribulasi-di-jalan-dakwah 4/6

(wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalahengkau akan

peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al-

Baqarah: 120) 

Apa yang berlaku pada hari ini bukanlah sesuatu yang baru bahkan Baginda s.a.w. sendiri

juga telah berhadapan dengan cabaran yang hampir serupa. Usaha mereka adalah kepada kelompok

yang benar-benar memberikan kesan ke dalam masyarakat yakni mereka yang berdakwah. Untuk

mereka yang tidak meletakkan diri mereka sebagai pendakwah, ia bukanlah sesuatu yang

merisaukan musuh-musuh Islam ini. Tawaran juga pernah diberikan kepada Rasulullah s.a.w. tetapi

dengan jiwa yang besar Rasulullah s.a.w. menolaknya. Baginda s.a.w. menegaskan, Demi Allah!

Sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku

meninggalkan urusan ini, nescaya aku tidak akan meninggalkannya hinggalah Allah s.w.t. memberi

kemenangan kerananya ataupun aku binasa kerananya. 

Kata-kata dan pesanan Rasulullah s.a.w. itu seharusnya menjadi kata-kata motivasi buat para

pendakwah, bahawasanya kita tidak akan berhenti dari meneruskan tugas ini. Kita akan teruskan

sehinggalah ke akhir hayat kita.

DAKWAH TERTEGAK DARI KEAZAMAN BUKAN DARI KEMUDAHAN

Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari 

Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan

iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa

kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab Yang besar. (An-Nahl: 106) 

Allah s.w.t. telahpun memberikan keringanan buat kita dalam urusan mempertahankan

agama Islam sebagai cara hidup serta aqidah yang jitu terhadap keEsaan Allah s.w.t. Namun ,

keringanan ini bukanlah bermaksud boleh dijadikan asas dan pokok dalam menetapkan pendirian

Mukmin. Ingatlah wahai sahabat-sahabatku, dakwah tidak terbangun atas dasar rukhsah tetapi atas

dasar uzmah.

Rasulullah s.a.w. tidak menjadikan keringanan itu sebagai alasan dan usaha menjauhkan diri

daripada gangguan-gangguan, akan tetapi sebenarnya ia disebabkan perasaan belas kasihan kepada

Page 5: (Tariqud Dakwah) Tribulasi Di Jalan Dakwah

8/7/2019 (Tariqud Dakwah) Tribulasi Di Jalan Dakwah

http://slidepdf.com/reader/full/tariqud-dakwah-tribulasi-di-jalan-dakwah 5/6

5

pendokong dakwah dan Baginda s.a.w. sentiasa berpesan agar terus bersabar dan bertawakal

kepada Allah s.w.t.

  Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran Yang telah diwahyukan

kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.  Dan sesungguhnya Al-

Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kepada

kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan).  

(Az-Zukhruf: 43-44) 

  Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (Mereka - Wahai Muhammad - kepada beragama

dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan

kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah:

"Aku beriman kepada segala kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya

berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan

bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami Dengan kamu

(kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari 

kiamat), dan kepada-Nyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)."  

(Asy-Syura: 15) 

Maka, gunakanlah keringanan itu disaat akhir di mana sudah sampai ke tahap sudah tidak

mampu ditanggung lagi. Mudah-mudahan kita mendapat keampunan dan kasih sayang dari Allahs.w.t.

MENGELAKKAN TRIBULASI ADALAH SATU PENYELEWENGAN

Saudara seperjuanganku sekalian,

Kita tidak boleh mengelakkan tribulasi kerana ia adalah pakej dalam kerja dakwah. Apabila

kita dapat mengelakkannya bermakna kita telah pun memberikan kejayaan percuma kepada musuh-

musuh Allah s.w.t. Kita tidak sepatutnya meninggalkan jalan dakwah atau berada dalam usaha

dakwah yang penuh dengan kepura-puraan. Musuh-musuh Islam akan mengaburi pandangan mata

dengan kemudahan-kemudahan yang dijanjikan. Akhirnya kebergantungan pergerakan dakwah

bukan lagi kepada Allah s.w.t. tetapi kepada makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t..

Page 6: (Tariqud Dakwah) Tribulasi Di Jalan Dakwah

8/7/2019 (Tariqud Dakwah) Tribulasi Di Jalan Dakwah

http://slidepdf.com/reader/full/tariqud-dakwah-tribulasi-di-jalan-dakwah 6/6

Sabarlah dan pertahankanlah aqidah kita. Bertenang dan percayalah kepada pertolongan

Allah s.w.t.. Sesungguhnya, mereka bukanlah bermusuh dengan kita tetapi mereka bermusuh

dengan Allah dan usaha dakwah yang dijalankan terhadapnya. Oleh yang demikian, jika kita tidak

melakukan tugas ini, Allah s.w.t. pasti akan menggantikan kita dengan orang lain yang jauh lebih baik

dari kita.

Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada

isterinya: "Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita

jadikan dia anak". Dan demikianlah caranya Kami menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir 

untuk dihormati dan disayangi), dan untuk Kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi.

Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkan-Nya, akan tetapi 

kebanyakan manusia tidak mengetahui.  (Yusuf: 21) 

Kita bukanlah mencari musuh, sebaliknya, tugas kita menyampaikan dakwah kepada semua

ummat manusia. Oleh yang demikian, merekalah sebenarnya yang memulakan persengketaan.

Maka, bersabar, istiqamah, pertahan aqidah dan terus berusaha demi agama Allah s.w.t.

  Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-

orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apayang telah

menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pulamahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.

Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan

berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau

dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah

kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir. Oleh itu, Allah memberikan mereka

pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya

(nikmat syurga yang tidak ada bandingannya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-

orang yang berbuat kebaikan. (Ali-Imran: 146 148)