(tariqud dakwah) perbaiki diri kita dan orang lain 2

Upload: kamarul-azami-bin-mohd-zaini

Post on 07-Apr-2018

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 (Tariqud Dakwah) Perbaiki Diri Kita Dan Orang Lain 2

    1/5

    1

    PERBAIKI DIRI DAN ORANG LAIN

    Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini(http://kamarulazami.blogspot.com)

    Untuk Usrah SISMA ABIM Selangor

    Alhamdulillah kita masih meneruskan usrah kita walaupun telah tertangguh untuk beberapa

    minggu. Kesibukan kita menyebabkan kita lupa kepada diri sendiri. Kita lupa kepada keperluan untuk

    membina dan memperbaiki diri. Kita lupa kepada pesanan Nabi Muhammad s.a.w., gunakanlah

    masa lapang kita sebelum sampai masa sempit.

    Kita pun berfikiran bahawa, inilah waktu sempit kita, sehinggakan menghalang kita untuk

    menghadiri dan melaksanakan usrah. Ternyata, sehingga kini, usrah kita masih belum berjaya

    melahirkan ahli-ahli yang komited dan bersungguh-sungguh di dalam kerja-kerja dakwah. Kita sudahmula merasai bahawa permintaan untuk memenuhi keperluan diri kita sebagai perkara utama

    dengan menjadikan alasan bahawa, bagaimana kita boleh berdakwah dengan baik jika diri kita

    sendiri belum dapat ditampung dan ditanggung? Keinginan dan hasrat yang nampaknya begitu

    realistik ini akhirnya menjerat diri kita sendiri. Secara tidak sengaja, keinginan peribadi itu telah

    menjadi pengawal tindakan dan fikiran kita dan secara tidak langsung telah menjadi matlamat

    peribadi yang utama iaitu untuk memenuhi keperluan kehidupan di dunia semata-mata. Teringat

    akan kata-kata Sayidina Ali, peganglah dunia di tangan kita, tetapi jangan sampai ia tertanam di

    dalam hati. Jika ia tertanam di dalam hati, maka sudah tentu sukar untuk kita keluarkannya,

    sebaliknya jika ia berada di dalam tangan kita, mudahlah kita untuk mengambil atau

    membuangkannya.

    Usaha mencari dunia semata-mata ini sebenarnya menjadikan kita lebih sukar. Kita hanya

    menumpukan segala usaha kita hanya untuk sebahagian kecil sahaja dari seluruh kehidupan kita.

    Maka usaha kita bersama untuk kekal istiqamah di dalam perbincangan-perbincangan usrah ini

    adalah untuk kembali bermuhasabah dan meneruskan usaha memperbaiki diri kita sendiri.

    Sepertimana yang telah kita bincangkan bersama semenjak bermulanya usrah kita ini, perkara yang

    paling penting yang perlu kita bersama tumpukan di dalam marhalah ini di atas jalan dakwah ialah

    memperbaiki diri dan menyeru orang lain kepada jalan dakwah kita. Kita bersama telah faham

    bahawa memperbaiki diri adalah yang paling utama buat kita.

    Pembaikan dan pemulihan diri ini adalah suatu yang besar natijahnya dalam usaha

    menjalankan dakwah kepada orang lain. Keutamaan dalam usaha pembaikan dan pemulihan diri ini

    ialah bermula dengan akidah yang tegas dan sejahtera. Mengukuhkan kepercayaan serta meletakkan

    http://kamarulazami.blogspot.com/http://kamarulazami.blogspot.com/http://kamarulazami.blogspot.com/http://kamarulazami.blogspot.com/
  • 8/4/2019 (Tariqud Dakwah) Perbaiki Diri Kita Dan Orang Lain 2

    2/5

    2

    segala daya hidup di bawah penguasaan yang Maha Pemilik. Inilah kekuatan yang dimiliki oleh

    golongan salafussoleh yang dengannya terbina keberanian, tawaduk, amanah, kesetiaan dan sifat as-

    siddiq.

    IBADAH YANG TERBAIK

    Apabila kita bersama dapat memahami dan menghayati akidah salimah yang membawa

    kepada kesejahteraan maka bersamanya akan datanglah ibadah yang terbaik. Pemahaman ibadah

    bukanlah terbatas kepada persoalan solat, puasa, zikir atau zakat sahaja, bahkan ia merangkumi

    setiap inci kehidupan manusia. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

    Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan

    beribadat kepada Ku.(Adz-Dzariyat 51: 56)

    Maka, sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w. juga menyebutkan tentang setiap amalan itu

    harus bermula dengan niat. Niat ini akan membantu kita menjadikan setiap perilaku perbuatan itu

    bukan semata-mata kerana terpaksa atau memenuhi keperluan dan permintaan nafsu, sebaliknya ia

    menyebabkan setiap perbuatan itu bermakna serta menjurus kepada mencari dan menjadikan kita

    semakin hampir dan mendapat keredaan dari Allah s.w.t. Walau di mana sahaja, pada bila-bila masa

    ia akan menjadi ibadah dengan syarat ia sesuai dengan syariat dan jauh dari perkara-perkara yang

    diharamkan serta dimurkai Allah s.w.t. Oleh yang demikian adalah penting untuk mengetahui

    hukum-hukum ibadah dan syarat-syarat sahnya. Perlu tahu sunnah dan cara hidup Rasulullah s.a.w.

    dalam segenap kehidupan seharian.

    Pada usrah kita kali ini, marilah kita menanamkan azam untuk mengamalkan mathurat

    setiap hari. Jadikanlah ia disiplin dan salah satu cara untuk mencontohi Rasulullah s.a.w. seberapa

    rapat yang mungkin. Amalkan dan fahamilah isi kandungannya. Semoga dengan itu, kebergantungan

    kita hanya terpaut kepada Allah s.w.t. Lakukanlah ianya dengan ikhlas, bukan kerana mengharapkan

    kata-kata dan untuk dilihat orang lain. Mudah-mudahan amal kita itu di terima Allah s.w.t.

    AKHLAK YANG TERBAIK

    Akhlak yang juga merupakan asas penting dalam usaha memperbaiki diri kita perlu melihat

    kepada contoh dan teladan yang telah ditinggalkan Nabi Muhammad s.a.w. Sebagaimana kata-kata

    Saiyidatina Aisyah bahawa Baginda s.a.w. itu adalah Al-Quran yang berjalan. Maka, rujukan dan

  • 8/4/2019 (Tariqud Dakwah) Perbaiki Diri Kita Dan Orang Lain 2

    3/5

    3

    contoh ini juga datangnya dari sumber Al-Quran Al-Karim. Akhlak amat berkait rapat dengan

    hubungan manusia serta makhluk lainnya. Contoh yang praktikal lebih besar pengaruh dan kesannya

    di dalam jiwa manusia. Sabda Rasulullah s.a.w. Hanyasanya aku diutus untuk menyempurnakan

    akhlak yang mulia.

    Sabda Rasulullah s.a.w. lagi, Barang yang paling berat di dalam timbangan pada hari

    kiamat ialah takwa kepada Allah s.w.t. dan akhlak yang baik.

    Latihlah diri kita dengan akhlak yang mulia dan secara langsung ia menegaskan kita untuk

    meninggalkan akhlak yang buruk.

    THAQAFUL FIKR

    Thaqaful fikr bermakna pendidikan fikiran. Sebagai lelaki yang mempunyai akidah yang

    mantap dan berada di atas jalan dakwah, seharusnya kita mempunyai budaya berfikir. Terdapat 3

    aspek asasi dalam pendidikan fikiran iaitu yang pertama adalah pengenalan yang salim dan

    sempurna mengenai Islam. Kedua, mengetahui keadaan sebelum dan semasa tentang dunia Islam,

    mengenali dan mengetahui musuh-musuh Islam serta memahami segala tindak-tanduk mereka.

    Manakala yang ketiga adalah dengan mempertingkatkan kemahiran pengkhususan di dalam pelbagaibidang lapangan yang berkaitan dengan urusan kehidupan kita. Inilah yang diperkenalkan ABIM

    sejak awal penubuhannya yang sepatutnya kita fahami dan ketahui, ianya adalah sebahagian dari

    tuntutan berjemaah iaitu memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional. Dorongan ini

    telah pun Allah s.w.t. sebutkan di dalam surah Al-Alaq ayat pertama.

    KEKUATAN JASMANI

    Sabda Rasulullah s.a.w. Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah

    s.w.t. daripada orang mukmin yang lemah dan ada kebaikan kepada tiap-tiap individu.

    Penambahbaikan diri kita perlu juga menjurus kepada soal kesihatan dan kekuatan fizikal.

    Sekiranya kita pernah membaca Risalah Talim yang dicatatkan oleh Asy-Syahid Imam Hassan Al-

    Banna, beliau begitu menitikberatkan soal kesihatan sehinggakan beliau mengarahkan agar segera

    membuat pemeriksaan kesihatan jika keadaan diri tidak sihat. Begitu juga dengan pengambilan

    makanan, kebersihan dan apatah lagi merapati arak, dadah dan juga rokok.

  • 8/4/2019 (Tariqud Dakwah) Perbaiki Diri Kita Dan Orang Lain 2

    4/5

    4

    LAIN-LAIN LAGI

    Janganlah kita lupa, kita juga perlu menghidupkan semangat jihad dengan berdepan dengan

    sebarang masalah dengan berani. Hilangkan dunia material diri kita dengan melawan nafsu yang

    berusaha untuk merajai kita. Inilah peperangan terbesar kehidupan kita pada hari ini. Begitu juga

    dengan hubungan kita bersama makhluk lainnya. Sebagai usaha untuk memperbaiki diri, sentiasalah

    menjadikan diri memberi manfaat kepada orang lain. Senang hati dan bermurah hati walaupun

    sampai ke tahap ianya tidak diketahui oleh sesiapa pun baik dalam keadaan sedikit mahupun

    banyak.

    Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang

    yang mendahului pada mencapainya.(Al-Mukminun 23: 61)

    Kita juga kerapkali membincangkan surah Al-Asr di dalam usrah bahkan di dalam kursus-

    kursus yang telah kita anjurkan. Pembuktiannya, harus ada kerana menjaga waktu ini juga

    merupakan tuntutan perubahan di dalam diri kita. Sabda Rasulullah s.a.w. Hai Anak Adam aku

    makhluk baru dan diatas amalmu aku menjadi saksi maka ambillah bekalan dari ku kerana

    sesungguhnya aku tidak pernah akan kembali lagi sampai hari kiamat.

    Sebagai pendakwah juga, keutamaan dan penambahbaikan perlu dalam setiap tugasan yang

    dilakukan. Kita haruslah menjadi contoh walau dengan apa jawatan atau tugas pun yang kita

    diamanahkan. Kita perlu amanah dan laksanakannya pada kadar yang terbaik kerana Allah s.w.t. itu

    suka kepada yang terbaik. Seruan Haiya Ala-Solah dan Haiya Alal-Falah menunjukkan betapa

    kecemerlangan dan kejayaan itu adalah seruan yang perlu dicapai oleh setiap orang Muslim dan

    Mukmin.

    BAGAIMANA UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN?

    Itulah sebab mengapa usrah ini dilaksanakan. Ia bertujuan untuk kita selalu mengkoreksi diri

    sendiri serta tidak berhenti melakukan kerja-kerja thaqaful fikr. Tarbawi takwin atau pendidikan

    pembentukan ini perlu datang dalam usaha individu juga dalam kelompok berjemaah. Ia perlu

    direncana dengan pelbagai cara dan alat.

  • 8/4/2019 (Tariqud Dakwah) Perbaiki Diri Kita Dan Orang Lain 2

    5/5

    5

    Selain itu, dengan usaha untuk melibatkan diri dengan kerja-kerja Islam di dalam bidang

    dakwah juga adalah salah satu cara paling mujarab. Sesungguhnya, menyeru manusia kepada Allah

    s.w.t. dan menentang kebatilan serta pendokongnya merupakan salah satu pendidikan kepada para

    pendakwah serta ia memberikan kita pengalaman, kecerdikan, keteguhan, ketetapan dan ketahanan

    di atas kebenaran.