tarikh dibaca: 02 disember 2016 -...

15
Tarikh Dibaca: 02 Disember 2016 Tajuk: “TADARUS DAN TADABBUR AL-QURAN” *** Terbitan: Unit Khutbah Bahagian Pengurusan Masjid JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Upload: lyxuyen

Post on 25-Aug-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Tarikh Dibaca: 02 Disember 2016

Tajuk:

“TADARUS DAN TADABBUR AL-QURAN”

***

Terbitan: Unit Khutbah

Bahagian Pengurusan Masjid JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Khutbah Jumaat 02 Disember 2016: “Tadarus dan Tadabbur al-Quran ”

Jabatan Agama Islam Selangor

1

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KHUTBAH NEGERI SELANGOR 2016

1. SS. Dato’ Haji Haris Bin Kasim (Pengerusi)

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor

2. Tuan Haji Ahmad Zaki Bin Arsad (Timbalan Pengerusi)

Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor

3. SS. Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir (Ahli)

Timbalan Mufti, Jabatan Mufti Negeri Selangor

4. Tuan Haji Idris Bin Ramli (Setiausaha)

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid, JAIS

5. Yg. Berbahagia Prof. Madya Dr. Osman Bin Sabran (Ahli)

6. Tuan Haji Sianid Bin Mokim (Ahli)

7. Tuan Haji Hamid Bin Md Isa (Ahli)

8. Tuan Haji Md. Sahari Bin Abdlullah (Ahli)

9. Tuan Haji Abdul Halem Hapiz Bin Salihin (Ahli)

10. Ustaz Muhammad Farhan Bin Wijaya (Ahli)

Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

11. Ustaz Indera Shahril Bin Mohd Shahid (Ahli)

Majlis Agama Islam Selangor

12. Ustaz Hairol Azmi Bin Khairudin (Urusetia)

Penolong Pengarah Unit Khutbah, BPM, JAIS

Khutbah Jumaat 02 Disember 2016: “Tadarus dan Tadabbur al-Quran ”

Jabatan Agama Islam Selangor

2

“TADARUS DAN TADABBUR AL-QURAN”

ائلق

:ال

نهد ؤ

ش

ؤ

ال ه وحده

ه و الل

سك ل

ش

دا عبده ن محمهد ؤ

ش

هم صل ووؤ

لل

ه. ا

وزسىل

مد وسل ا محم

ده

صحابه آله و سوؤ

جمعينا .ؤ م

أ ؤ

سلمىن!بعد، ف

ها اإلا ي

ؤ

قىا اث

اش د ف

ق

اي بحقىي هللا ف م وإ

وصك

ه، ؤ

الل

ىعال

ه ج

ال الل

قىن. ق ح

:اإلا

.

1 Muhammad ; 24

Khutbah Jumaat 02 Disember 2016: “Tadarus dan Tadabbur al-Quran ”

Jabatan Agama Islam Selangor

3

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Saya mengajak diri saya dan sidang hadirin sekalian agar sama-sama

kita bertaqwa kepada Allah dengan mentaati segala perintah-Nya dan

meninggalkan segala larangan-Nya. Kita hendaklah menjadikan tuntutan al-

Quran dihayati dan diamalkan dalam seluruh urusan kehidupan.

Khutbah Jumaat pada hari ini akan membicarakan satu tajuk yang

penting iaitu “TADARUS DAN TADABBUR AL-QURAN".

Hadirin Jumaat yang dimuliakan Allah SWT,

Saya yakin kesemua antara kita yang berada di masjid ini pasti memiliki

paling tidak senaskah al-Quran di rumah masing-masing. Kita sering

diingatkan bahawa al-Quran merupakan panduan dan pedoman Allah SWT

untuk kita. Namun untuk memastikan kita dapat mengamalkan al-Quran

dengan baik kita perlu melaksanakan tadarus dan tadabbur al-Quran atau

membaca dan memahami al-Quran.

Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah

merupakan mukjizat yang agung, ia tidak diberikan kepada nabi-nabi yang

lain. Oleh itu, amatlah wajar umat Islam mempelajari dan menggali isi

kandungannya dari setiap aspek kehidupan.

Firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat 57:

Khutbah Jumaat 02 Disember 2016: “Tadarus dan Tadabbur al-Quran ”

Jabatan Agama Islam Selangor

4

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-

Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi

penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan

juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat

bagi orang-orang yang beriman”.

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa tujuan al-Quran diturunkan

adalah sebagai penasihat, penawar dan petunjuk hidayah bagi seluruh umat

manusia. Oleh itu saudaraku, kita perlu selalu meneliti hubungan kita dengan

al-Quran. Apakah kita merujuk kepada al-Quran dengan mencari panduan

dan bimbingan Allah dalam mengharungi kehidupan kita? Apakah kita telah

merenung kisah-kisah yang terkandung di dalam al-Quran serta mengambil

pelajaran daripadanya? Kita tidak mahu ada di antara kita menjadikan al-

Quran itu hanya sebagai perhiasan rumah, atau sebagai hadiah simbolik buat

hantaran pernikahan semata-mata mahupun hanya kedengaran bacaannya

apabila berlaku kematian. Yang pastinya juga hari ini, al-Quran semakin

dipinggirkan masyarakat kita, baik muda mahupun tua. Membacanya pula

kini hanya mengikut musim, tidak lagi dianggap amalan yang perlu dilakukan

pada setiap hari.

Muslimin yang dikasihi Allah sekalian,

Usaha membina semula generasi celik al-Quran dalam kalangan umat

Islam hari ini perlu bermula dari rumah. Jika contoh yang baik ditunjukkan,

maka yang baik jugalah akan menjadi ikutan. Justeru, usaha yang

bersungguh-sungguh perlu dilakukan bagi merealisasikan pembudayaan al-

Quran di rumah antaranya :-

Pertama: Adalah menjadi kewajipan ibu bapa menunjukkan contoh

teladan kepada ahli keluarganya. Ibu bapa hendaklah sentiasa membaca al-

Khutbah Jumaat 02 Disember 2016: “Tadarus dan Tadabbur al-Quran ”

Jabatan Agama Islam Selangor

5

Quran di rumah dan memastikan al-Quran dibaca oleh ahli keluarga.

Mengapa kita mempunyai masa untuk bersembang di media sosial,

membaca akhbar, majalah, menonton telivision (TV), melayari internet dan

lain-lain? Kenapa kita tidak boleh memperuntukkan sedikit masa untuk

membaca al-Quran? Marilah sama-sama kita mengambil iktibar dari sebuah

hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Umamah al-Bahili

RAnhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

جيإ ه ئه

قسآن، ف

سءوا ال

فعا اق

امة ش ق

ىم ال

صحابهل

“Bacalah kamu akan al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) akan datang

pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembaca-pembacanya”.

Kedua: Ibu bapa perlu memprogramkan penghayatan al-Quran di rumah

secara bersistematik dengan memperuntukkan masa selepas solat Maghrib

atau waktu-waktu yang lain yang sesuai untuk bertadarus dan mentadabbur

al-Quran bersama ahli keluaga. Mengapa ada dikalangan kita sebagai ibu

bapa merasa sangat sedih, kecewa atau dukacita sekiranya anak-anak kita

gagal dalam pelajaran akademik? Dan kenapa tidak ramai merasa sedih atau

kecewa jika anak-anak tidak tahu atau buta membaca al-Quran?.

Al-Quran adalah Kalamullah yang mulia yang menjadi ibadah bagi insan

yang membaca dan mengamalkannya. Bayangkan saudara, hanya dengan

membacanya sahaja, kita sudah dijanjikan dengan pelbagai ganjaran dan

kelebihan. Apatah lagi ditambah dengan memahami, menghayati dan

mengamalkan isi kandungannya.

Khutbah Jumaat 02 Disember 2016: “Tadarus dan Tadabbur al-Quran ”

Jabatan Agama Islam Selangor

6

Dengan ledakan teknologi hari ini, hampir tiada alasan lagi untuk kita

katakan yang kita tidak mempunyai kemudahan untuk membaca al-Quran.

Jika dahulunya mungkin agak mencabar untuk membawa kitab al-Quran

kemana-mana, namun hari ini setiap daripada kita mempunyai telefon bimbit

yang boleh menyimpan aplikasi al-Quran. Sebagaimana kita sentiasa

berkepit dengan telefon pintar kesayangan kita, maka sekuat dan sekerap itu

jugalah hendaknya kita berdamping dan mengambil manfaat daripada al-

Quran. Kita perlu menjadikan al-Quran sebahagian daripada gaya hidup kita.

Luangkan sedikit masa dengan Al-Quran pada setiap hari.

Hadirin Jumaat yang dirahmati Allah SWT sekalian,

Jika kita belum pandai membaca al-Quran, sekurang-kurangnya

biasakanlah mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran yang boleh didapati

dengan mudah. Mulakan hari kita dengan alunan al-Quran dan akhiri juga

hari kita dengan alunan al-Quran.

Mendengar bacaan al-Quran perlu dijadikan budaya dalam kehidupan

seharian kita. Ketika kita dalam perjalanan, pastikan bacaan al-Quran

menjadi keutamaan dalam senarai halwa telinga yang dialunkan dalam

kenderaan kita.

Apabila al-Quran menjadi sebahagian daripada kehidupan kita sama

ada ketika bermusafir, perhimpunan, keramaian dan lain-lain barulah

kebiasaan untuk berdamping dengannya dapat kita bina sehinggakan

menjadi minat.

Marilah kita renung sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu

Daud daripada Abu Muaz al-Juhaniy RAnhu bahawa Rasullah SAW

bersabda yang bermaksud;

Khutbah Jumaat 02 Disember 2016: “Tadarus dan Tadabbur al-Quran ”

Jabatan Agama Islam Selangor

7

“Sesiapa yang membaca Al-Quran dan ia mengamalkan

kandungannya, pada hari kiamat kelak Allah akan memakaikan mahkota

kepada ibu bapanya. Cahaya mahkota ini lebih baik daripada cahaya

matahari yang menerangi rumah-rumah di dunia.”

Subhanallah! Lihatlah betapa mulianya dan besarnya penghormatan

yang Allah berikan kepada ibu bapa yang telah bersusah payah mendidik

anak-anaknya untuk mendekati dan menyayangi al-Quran. Sabda Nabi

Muhammad SAW tadi hanyalah menggambarkan ganjaran kurniaan Allah

kepada ibu bapanya yang dilayan seperti tetamu terhormat oleh Allah.

Bayangkan bagaimana hebat dan tingginya ganjaran Allah buat si anak yang

mengamalkan al-Quran itu? Jika kita melihat realiti kehidupan ini, kita

mendapati masa dan tenaga kita banyak dihabiskan pada pekerjaan. Oleh

itu, kita perlu mengkhususkan masa untuk membaca al-Quran bersama

keluarga. Jangan biarkan anak-anak dan keluarga kita jauh daripada kitab

suci ini.

Muslimin sekalian,

Setelah kita membiasakan diri membaca al-Quran, adalah penting

untuk kita mengamalkan ajarannya. Namun untuk memastikan kita dapat

mengamalkan al-Quran dengan baik kita perlu memahami bagaimana untuk

memahami ajarannya. Kita perlu memahami apakah kisah-kisah yang ada di

dalamnya, apakah tema-tema utama al-Quran yang mempunyai kaitan

dengan kehidupan seharian kita dan keluarga.

Imam Ibn Kathir menukilkan dalam kitab tafsirnya berkaitan amalan

yang diriwayatkan dari Saidina Uthman bin Affan dan Abdullah ibn Mas’ud:

“Bahawasanya para Sahabat apabila mempelajari Al-Quran daripada Nabi

SAW., mereka akan mempelajari hanya sepuluh ayat pada satu masa.

Khutbah Jumaat 02 Disember 2016: “Tadarus dan Tadabbur al-Quran ”

Jabatan Agama Islam Selangor

8

Mereka tidak akan berpindah kepada sepuluh ayat yang berikutnya

sehingganya mereka selesai mempelajari kandungannya dan

mengamalkannya”. Ini menunjukkan bahawa para sahabat RAnhum Ajmain

tidak hanya membaca al-Quran semata-mata tetapi mereka mempelajari

kandungannya dan mengamalkan setiap apa yang mereka baca sekurang-

kurangnya 10 ayat satu hari.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin menyeru kepada hadirin

sekalian supaya;

1. Menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup untuk kebahagiaan

di dunia dan di akhirat.

2. Umat Islam hendaklah bersungguh-sungguh mempelajari al-

Quran supaya dapat membacanya dengan betul.

3. Umat Islam hendaklah membudayakan tadarus dan tadabbur al-

Quran dalam kehidupan seharian pada setiap masa.

4. Umat Islam hendaklah mempertahankan keagungan al-Quran,

mengamalkan ajaran dan isi kandungannya.

Khutbah Jumaat 02 Disember 2016: “Tadarus dan Tadabbur al-Quran ”

Jabatan Agama Islam Selangor

9

“Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah

menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”.

(al-Furqaan ; 30).

قس بازك هللام في ال

ك

عني ءالي ول

ف

م، وه عظ

ن ال

ل بق

م وث حك

س ال

ل

ات والر ه من آلا م بما ف

ال وإ

م ثالي ومىك همن

هووث م. و، إه عل

ع ال م هى الس

ىليىل ق

ق

ا ؤ

فسهر

سحغ

م وؤ

ك

م لي ول عظ

هللا ال

ه فسوه إهاسحغ

سلمات، ف

سلمين واإلا

هى ولسأئس اإلا

م. ح فىز السغ

ال

Khutbah Jumaat 02 Disember 2016: “Tadarus dan Tadabbur al-Quran ”

Jabatan Agama Islam Selangor

10

KHUTBAH KEDUA

سل ىا من اإلا

ري جعل

ه ال

حمدلل

لا

ىا من مين، وزشق

هد .باتالط

ش

نؤ

ؤ وهللا وحده ك س

ش

دا عبده ن محمهد ؤ

ش

ه، وؤ

ه ول

هم صل ووزسىل

لل

. ا

م وبازك وسل د ا محم

ده

ىس آله وعل

بعهم بئ وصحبهحسان ومن ث ى

ا من. ؤ م الد

اي م وإوصك

ه، ؤ

الل

قىا ا عباد هللا، اث

بعد، ف

قىن. ح اش اإلا

د ف

ق

بحقىي هللا ف

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT,

Mimbar Jumaat sekali lagi berpesan bahawa Islam mengajar kita

supaya bersikap sederhana dalam segala amalan. Kita amatlah dituntut agar

menampilkan kemuliaan akhlak, sikap dan keperibadian tinggi kerana

Rasulullah SAW diutus untuk menyempurnakan akhlak dan sebagai rahmat

bagi seluruh umat dan sekalian alam. Pada masa yang sama kita juga

disaran supaya menjauhi sebarang bentuk fahaman sesat dan perbuatan

ekstrim yang kesannya akan menjejaskan keharmonian, perpaduan dan

keselamatan ummah dan Negara.

Khutbah Jumaat 02 Disember 2016: “Tadarus dan Tadabbur al-Quran ”

Jabatan Agama Islam Selangor

11

.

م ا

هم صل وسل

ى لل

د عل ا محم

ها ومىال

ده

د س س

شواجه سابحه وؤ

صحابه وق

هم عن ؤ

سسلين وازض الل

اإلا

جمعيناثه ؤ

ـ ز

.وذ

فهم اغ

لل

سلا

مسلمين واإلا

مىين س لل

ؤ مات واإلا

مىاتؤ اء واإلا ح

مىاتمنهم ألا

ب وألا س

ع ق ك سم ، إه

ا هم إهلل

حاجات. ا

ي ال اض

ا ق عىات و ب الد مج

ك ب ل إل حىسك وه

لسإ

كو

ىبك ألا

لسإ

مين، وو

حسنىسمأئك ال

مى بإ

عظ

اثك ال

وصف

ظ

حف

ن ث

ؤ

ة، مداه حك الص اة وبحفظ وق اه ب حك الس بعين عىا

جالة

ان سالل

ط

م سل

عظ

ملكىا اإلا

ان ڠ

ط

ىز، سل

ا

سف

ن ادزس شاه الحاج ابن اإلاسحىم ش لد

Khutbah Jumaat 02 Disember 2016: “Tadarus dan Tadabbur al-Quran ”

Jabatan Agama Islam Selangor

12

ان صالط

هم سل

لل

ص شاه الحاج. ا ن عبد العص ح الد

ال والسة ح ق، والص ىف والح

ة هدا

عىن وال

دم ال

ؤ

مة

مىك، لىلى عهد سالاه ابن ڠىز، جڠ

مير ش

كى ؤ

الد

سف

ان شط

ل من الس

ن ادزس شاه الحاج فى ؤ

جالوصالاال

ا ذ سمك

ك ول ة بمى سام. لح وعاف

وؤلال

مىظ

طل عمسهما مصلحين لل

هم ؤ

لل

ة ا ع فين والس

باصدهما لالوال

غ مق

هدد، وبل

سق ال

اد. يط

ش والس

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur

kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat,

sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara

umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera

dan berkebajikan dibawah naungan dan pimpinan raja kami sebagai ketua

agama Islam di negeri ini.

Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman dan

pegangan kami kepada Ahli Sunnah Wal-Jamaah, terimalah amalan kami,

kukuhkanlah perpaduan kami, luaskanlah rezeki kami, kayakanlah kami

dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti

yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah

kami daripada bala bencana dan ujian-Mu yang berat seperti kemarau

Khutbah Jumaat 02 Disember 2016: “Tadarus dan Tadabbur al-Quran ”

Jabatan Agama Islam Selangor

13

panjang, banjir besar, wabak penyakit Zika dan Denggi supaya dengan

demikian, negeri kami akan sentiasa dilindungi dan diberkati.

Ya Allah, bukakanlah hati kami untuk mendirikan solat fardhu lima

waktu, menunaikan zakat dan kefarduan yang lain serta mewakafkan dan

menginfakkan harta khususnya untuk Perbadanan Wakaf Negeri Selangor

(PWS) dan Tabung Amanah Pembangunan Islam Selangor (TAPIS).

Ya Allah, peliharalah kami daripada amalan dan akidah yang

menyeleweng dan sesat seperti fahaman Syiah, Qadyani serta lain-lain

fahaman.

Ya Allah, bantulah hamba-hamba-Mu umat Islam Rohingya yang

sedang diuji dengan ujian yang berat dan dizalimi dengan amat dahsyat,

semoga engkau ya Allah menurunkan Izzah kepada saudara-saudara kami

Rahingya dan menghancurkan rejim kuffar dengan tentera-tentera-Mu ya

Allah.

.

.

عباد هللا،

Khutbah Jumaat 02 Disember 2016: “Tadarus dan Tadabbur al-Quran ”

Jabatan Agama Islam Selangor

14

سوه ك

م واش

سل

ل

ر م عظ

هللا ال

سوا

ل

اذ

ىف

وعمه عل

صدل ضله

ىه من ف

لس هللا م، واسإ

رل

م ول

عطك

صىعىن.م ما ث

عل ه

بر والل

ل

ؤ

*****

JAIS/Nurul

21.11.2016