tanjung leman

3
Sekolah Pendidikan & Sains Kognitif UCS 101 Penulisan Akademik BAHAGIAN A Soalan 1: Perenggan Deskriptif [5 markah] Anda dikehendaki menulis satu rencana tentang satu pusat peranginan di Malaysia untuk brosur sebuah syarikat pelancongan. Terangkan secara terperinci ciri-ciri yang terdapat pada pusat peranginan itu. Panjang perenggan - 200 patah perkataan. Tanjung Leman adalah sebuah pusat peranginan yang terletak kira-kira 120 kilometer dari Johor Bahru dan 70 kilometer dari selatan Bandar Mersing. Ia adalah salah satu dari destinasi percutian keluarga yang terkenal di Johor. Antara tarikan utama pengunjung ke Tanjung Leman adalah pantainya sepanjang 2 kilometer yang putih dan landai. Persekitaran Tanjung Leman yang redup dan pohon-pohon yang rimbun juga menjadi tarikan pengunjung ke sini. Selain dari itu, pemandangan pulau-pulau berhampiran serta keindahan alam semulajadinya juga menjadi faktor penyumbang daya tarikan pengunjung ke Tanjung Leman. Tanjung Leman juga turut terkenal dengan penganjuran pelbagai acara yang mendapat sambutan dari seluruh negara seperti Karnival Tanjung Leman, Pertandingan Memancing GP Joran Berita Harian dan Kejohanan Perahu Layar KFC-Felda Terbuka Johor. Pelbagai aktiviti dapat dilakukan di persekitaran Tanjung Leman selain dari beristirehat dan bermain air di laut. Memancing adalah aktiviti popular di Tanjung Leman. Para kaki pancing tidak pernah merasa hampa apabila memancing di sini kerana habuan ikan pari dan kerapu sebagai hasil tangkapan sentiasa menanti. Bagi pengunjung yang gemarkan aktiviti luaran yang mencabar fizikal dan mental pula bolehlah melakukan aktiviti mendaki bukit. Pengunjung dapat melihat sendiri keindahan pemandangan pulau dan pantai di puncak bukit. Selain dari menikmati pemandangan yang indah, para pendaki juga dapat melihatpelbagai spesis serangga dan tumbuh- tumbuhan termasuklah tongkat ali. 1

Upload: md-sukhairi-osman

Post on 01-Feb-2016

20 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Bahagian a Soalan 1

TRANSCRIPT

Page 1: Tanjung Leman

Sekolah Pendidikan & Sains Kognitif

UCS 101 Penulisan Akademik

BAHAGIAN A

Soalan 1: Perenggan Deskriptif [5 markah]

Anda dikehendaki menulis satu rencana tentang satu pusat peranginan di Malaysia untuk brosur

sebuah syarikat pelancongan. Terangkan secara terperinci ciri-ciri yang terdapat pada pusat

peranginan itu. Panjang perenggan - 200 patah perkataan.

Tanjung Leman adalah sebuah pusat peranginan yang terletak kira-kira 120 kilometer dari Johor

Bahru dan 70 kilometer dari selatan Bandar Mersing. Ia adalah salah satu dari destinasi percutian

keluarga yang terkenal di Johor. Antara tarikan utama pengunjung ke Tanjung Leman adalah

pantainya sepanjang 2 kilometer yang putih dan landai. Persekitaran Tanjung Leman yang redup

dan pohon-pohon yang rimbun juga menjadi tarikan pengunjung ke sini. Selain dari itu,

pemandangan pulau-pulau berhampiran serta keindahan alam semulajadinya juga menjadi faktor

penyumbang daya tarikan pengunjung ke Tanjung Leman. Tanjung Leman juga turut terkenal

dengan penganjuran pelbagai acara yang mendapat sambutan dari seluruh negara seperti

Karnival Tanjung Leman, Pertandingan Memancing GP Joran Berita Harian dan Kejohanan

Perahu Layar KFC-Felda Terbuka Johor. Pelbagai aktiviti dapat dilakukan di persekitaran

Tanjung Leman selain dari beristirehat dan bermain air di laut. Memancing adalah aktiviti

popular di Tanjung Leman. Para kaki pancing tidak pernah merasa hampa apabila memancing di

sini kerana habuan ikan pari dan kerapu sebagai hasil tangkapan sentiasa menanti. Bagi

pengunjung yang gemarkan aktiviti luaran yang mencabar fizikal dan mental pula bolehlah

melakukan aktiviti mendaki bukit. Pengunjung dapat melihat sendiri keindahan pemandangan

pulau dan pantai di puncak bukit. Selain dari menikmati pemandangan yang indah, para pendaki

juga dapat melihatpelbagai spesis serangga dan tumbuh-tumbuhan termasuklah tongkat ali.

Pengunjung yang datang secara berkumpulan pula, aktiviti pantai seperti bolasepak

pantai dan sukaneka telah disediakan. Penggemar aktiviti luar yang datang untuk berkhemah

boleh menyediakan sendiri hidangan BBQ di tepi pantai. Tapak perkhemahan juga disediakan

dengan bayaran berpatutan mengikut hari dan pekej. Perkhidmatan bot juga disediakan iutuk

1

Page 2: Tanjung Leman

Sekolah Pendidikan & Sains Kognitif

UCS 101 Penulisan Akademik

kemudahan pengunjung melihat keindahan gugusan Pulau Sibu dan melakukan aktiviti

snorkeling di perairan pulai tersebut yang amat jernih airnya. Perairan pulau itu juga telah

diwartakan sebagai Taman Laut Negara. Pantai Tanjung Leman juga menyediakan gerai-gerai

makanan berkonsepkan banglo yang dibina di sepanjang pantainya. Gerai-gerai ini dibina bagi

memudahkan pengunjung menjamu selera. Gerai-gerai ini dibina dengan kedudukan yang cukup

strategik bagi membolehkan pengunjung pantai peranginan ini menikmati juadah sambil melihat

keindahan pantai serta pemandangan pulau-pulau berhampiran. Kemudahan surau turut

disediakan untuk kemudahan pengunjung beragama Islam menunaikan solat. Bilik mandi juga

ada disediakan untuk pengunjung membersihkan diri dari air laut. Jeti Tanjung Leman yang

terletak kira-kira 300 meter dari Pantai Tanjung Leman merupakan jeti utama yang digunakan

oleh pelancong-pelancong untuk mengunjungi pulau-pulau dan resort-resort di pulau-pulau

berhampiran selain digunakan juga oleh penduduk tempatan dan pulau-pulau sekitar

menjalankan aktiviti harian mereka. Jeti ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti ruang

menunggu, kedai serbaneka, restoran KFC, parkir kenderaan, bilik solat dan tandas.

Penginapan di Tanjung Leman bukanlah satu masalah besar. Tunjuk Laut Beach Resort

menyediakan pelbagai jenis bilik dan penginapan bergantung kepada permintaan pengunjung.

Resort ini juga mempunyai pantai sepanjang 2 kilometer yang diliputi pasir yang memutih

beserta pantainya yang landai dan airnya yang jernih. Persekitaran resort ini juga redup dengan

tarikan semulajadi seperti lanskap batu laut, buah-buahan hutan, hutan berbukit serta kehadiran

haiwan seperti ungka, tupai kerawak dan burung enggang menjadi pelengkap kepada sebuah

percutian yang mendamaikan. Kedudukan resort yang mengadap pemandangan Pulau Tinggi,

Pulau Besar dan Pulau Sibu pasti membangkitkan suasana tenang dan mendamaikan. Resort ini

menawarkan 25 buah chalet yang dibahagikan kepada bilik standard, bilik deluxe, eksekutif dan

bilik keluarga. Ianya boleh ditempah dengan tawaran harga yang menarik. Semua chalet ini

dilengkapi dengan pendingin hawa dan bilik air. Pengunjung yang ingin bermalam dalam

kumpulan yang besar tau yang datang dengan rombongan, terdapat 6 buah dorm yang setiap

satunya boleh memuatkan sehingga 20 orang dengan selesa. Setiap dorm lengkap dengan

pendingin hawa dan bilik air. Ianya juga berhampiran dengan pantai dan gerai jualan. Bagi

kemudahan pengunjung yang gemarkan aktiviti perkhemahan, tapak perkhemahan turut

2

Page 3: Tanjung Leman

Sekolah Pendidikan & Sains Kognitif

UCS 101 Penulisan Akademik

disediakan. Tapak perkhemahan ini boleh menempatkan sehingga 100 khemah dalam satu-satu

masa. Kemudahan bilik air, bilik solat serta tapak BBQ juga disediakan.

3