tanggam pemidang

6
TANGGAM PEMIDANG Tanggam pemidang digunakan dalam pembinaan kerangka kayu yang berbentuk pemidang. Bahagian kayu disambungkan pada hujung dari tepi ke tepi. Contohnya adalah pada pintu berpanel dan pemidang gambar. Tanggam pemidang terdiri daripada: (a) Tanggam lekap (b) Tanggam kekang (c) Tanggam penetap (d) Tanggam lubang dan putting Tanggam pemidang dapat dikategorikan kepada berikut : i. Tanggam Lekap - Tanggam ini dibuat dengan menarah kedua-dua hujung bahagian kepingan kayu yang akan dilekapkan. - Tarahan ini hendaklah setengah tebal papan supaya apabila dilekapkan permukaanya berkeadaan rata. - 5 jenis tanggam pemidang : JENIS KEGUNAAN Tanggam Lekap Siku / Penjuru Digunakan pada satu pemidang yang kecil.

Upload: hafizeija

Post on 20-Feb-2016

265 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

tanggam pemidang

TRANSCRIPT

Page 1: TANGGAM PEMIDANG

TANGGAM PEMIDANG

Tanggam pemidang digunakan dalam pembinaan kerangka kayu yang

berbentuk pemidang. Bahagian kayu disambungkan pada hujung dari tepi ke

tepi. Contohnya adalah pada pintu berpanel dan pemidang gambar. Tanggam

pemidang terdiri daripada:

(a) Tanggam lekap

(b) Tanggam kekang

(c) Tanggam penetap

(d) Tanggam lubang dan putting

Tanggam pemidang dapat dikategorikan kepada berikut :

i. Tanggam Lekap

- Tanggam ini dibuat dengan menarah kedua-dua hujung bahagian kepingan

kayu yang akan dilekapkan.

- Tarahan ini hendaklah setengah tebal papan supaya apabila dilekapkan

permukaanya berkeadaan rata.

- 5 jenis tanggam pemidang :

JENIS KEGUNAAN

Tanggam Lekap Siku / Penjuru Digunakan pada satu pemidang yang

kecil.

Tanggam Lekap Penjuru Rencong Digunakan untuk membuat kumai seperti

pada kerangka gambar kerana pelitupnya

dapat melindungi hujung ira kayu.

Page 2: TANGGAM PEMIDANG

Tanggam Lekap T Digunakan dalam pembinaan pemidang

pada lintang yang bertemu pemidang

tegak secara bersilang jauh dari

hujungnya.

Tanggam Lekap Palang Digunakan pada dua keping kayu yang

bersilang.

Tanggam Lekap Bajang T Kegunaannya sama dengan tanggam lekap

T tetapi lebih kuat untuk menahan tarikan

dari sebelah luar.

ii. Tanggam Kekang

Page 3: TANGGAM PEMIDANG

- Tanggam ini kadangkala digunakan sebagai ganti bagi tanggam lubang dan

puting

- Tanggam ini terdiri daripada dua bahagian, pin dan soket.

- Pin dan soket ini dibuat 1/3 daripada tebal kayu

- 3 bentuk tanggam kekang :

JENIS KEGUNAAN

Tanggam Kekang T Digunakan untuk menggantikan tanggam

lubang dan puting biasa pada pertemuan

kedua-dua bahagian kayu jauh dari

hujungnya

Tanggam Kekang Penjuru Digunakan pada penjuru pemidang

Tanggam Kekang Penjuru

Rencong

Digunakan apabila satu tanggam yang

lebih kuat daripada tanggam lekap

rencong dikehendaki seperti pada

pemidang kaca dll.

Page 4: TANGGAM PEMIDANG

iii. Tanggam Penetap

- Ia adalah sejenis tanggam temu yang dikukuhkan dengan penetap.

- Penetap sebesar 1/3 tebal kayu dmasukkan kedalam tepi kayu sedalam 3 kali

diameternya.

- Banyak digunakan pada perabot yang dihasilkan secara pasangkan sendiri

(knock down furniture).

- Terdapat pada pemidang lintang dan pemidang tegak kerusi dan meja.

iv. Tanggam Lubang dan Puting

- Tanggam yang paling kuat dalam kategori tanggam pemidang.

- Mempunyai berbagai-bagai bentuk dan tiap-tiap bentuk ini pula mempunyai

fungsi yang tertentu.

- 3 bentuk tanggam lubang dan putting.

JENIS KEGUNAAN

Tanggam Lubang dan Puting Biasa Digunakan untuk membuat perabot

Page 5: TANGGAM PEMIDANG

Tanggam Lubang dan Puting

Berjanjang

Diguankan apabila pemidang lintang

bertemu dengan pemidang tegak pemidang

Tanggam Lubang dan Puting

Berbahu Tinggi Rendah

Digunakan apabila pemidang dibuat

bertetingkat sperti pada panel pintu.

Tanggam Lubang dan Puting

Berbahu Sebelah

Digunakan apabila kayu pemidang lintang

lebih nipis daripada kayu pemidang tegak

seperti dalam pembinaan kaki meja biasa.