tanggam

15
TANGGAM Satu kaedah untuk membuat penyambungan dan pemasangan bahagian-bahagian yang diperbuat daripada kayu sebelum sesuatu bangunan atau projek siap dibina. Ia juga mengukuhkan dan menguatkan keseleruhan bahagian kerangka bangunan yang dibina. Bahan pencantuman dan pemasangan seperti paku, glu, skru, bolt dan nat digunakan untuk mengukuhkan lagi tanggam yang dibina. Peralatan seperti ragum meja kayu, apit G dan apit panjang perlu semasa membuat tanggan dan mencantum bahagian-bahagian tanggam. TANGGAM PEMIDANG Ia digunakan dalam pembinaan rangka kayu yang berbentuk pemidang. Bahagian kayu disambungkan pada hujungnya dari tepi ke tepi. Contohnya ialah pada pintu berpanel, pemidang gambar, meja, kerusi dll. Tanggam pemidang dapat dikategorikan kepada berikut : i. Tanggam Lekap - Tanggam ini dibuat dengan menarah kedua-dua hujung bahagian kepingan kayu yang akan dilekapkan. - Tarahan ini hendaklah setengah tebal papan supaya apabila dilekapkan permukaanya berkeadaan rata. - 5 jenis tanggam pemidang :

Upload: cik-mia

Post on 08-Apr-2016

98 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

jenis-jenis tanggam

TRANSCRIPT

Page 1: Tanggam

TANGGAM

Satu kaedah untuk membuat penyambungan dan pemasangan bahagian-bahagian yang

diperbuat daripada kayu sebelum sesuatu bangunan atau projek siap dibina. Ia juga

mengukuhkan dan menguatkan keseleruhan bahagian kerangka bangunan yang dibina. Bahan

pencantuman dan pemasangan seperti paku, glu, skru, bolt dan nat digunakan untuk

mengukuhkan lagi tanggam yang dibina. Peralatan seperti ragum meja kayu, apit G dan apit

panjang perlu semasa membuat tanggan dan mencantum bahagian-bahagian tanggam.

TANGGAM PEMIDANG

Ia digunakan dalam pembinaan rangka kayu yang berbentuk pemidang. Bahagian

kayu disambungkan pada hujungnya dari tepi ke tepi. Contohnya ialah pada pintu berpanel,

pemidang gambar, meja, kerusi dll. Tanggam pemidang dapat dikategorikan kepada berikut :

i. Tanggam Lekap

- Tanggam ini dibuat dengan menarah kedua-dua hujung bahagian kepingan

kayu yang akan dilekapkan.

- Tarahan ini hendaklah setengah tebal papan supaya apabila dilekapkan

permukaanya berkeadaan rata.

- 5 jenis tanggam pemidang :

JENIS KEGUNAAN

Tanggam Lekap Siku / Penjuru Digunakan pada satu pemidang yang

kecil.

Page 2: Tanggam

Tanggam Lekap Penjuru Rencong Digunakan untuk membuat kumai seperti

pada kerangka gambar kerana pelitupnya

dapat melindungi hujung ira kayu.

Tanggam Lekap T Digunakan dalam pembinaan pemidang

pada lintang yang bertemu pemidang

tegak secara bersilang jauh dari

hujungnya.

Tanggam Lekap Palang Digunakan pada dua keeping kayu yang

bersilang.

Tanggam Lekap Bajang T Kegunaannya sama dengan tanggam lekap

T tetapi lebih kuat untuk menahan tarikan

dari sebelah luar.

Page 3: Tanggam

ii. Tanggam Kekang

- Tanggam ini kadangkala digunakan sebagai ganti bagi tanggam lubang dan

puting

- Tanggam ini terdiri daripada dua bahagian, pin dan soket.

- Pin dan soket ini dibuat 1/3 daripada tebal kayu

- 3 bentuk tanggam kekang :

JENIS KEGUNAAN

Tanggam Kekang T Digunakan untuk menggantikan tanggam

lubang dan puting biasa pada pertemuan

kedua-dua bahagian kayu jauh dari

hujungnya

Tanggam Kekang Penjuru Digunakan pada penjuru pemidang

Tanggam Kekang Penjuru

Rencong

Digunakan apabila satu tanggam yang

lebih kuat daripada tanggam lekap

rencong dikehendaki seperti pada

pemidang kaca dll.

Page 4: Tanggam

iii. Tanggam Penetap

- Ia adalah sejenis tanggam temu yang dikukuhkan dengan penetap.

- Penetap sebesar 1/3 tebal kayu dmasukkan kedalam tepi kayu sedalam 3 kali

diameternya.

- Banyak digunakan pada perabot yang dihasilkan secara pasangkan sendiri

(knock down furniture).

- Terdapat pada pemidang lintang dan pemidang tegak kerusi dan meja.

iv. Tanggam Lubang dan Puting

- Tanggam yang paling kuat dalam kategori tanggam pemidang.

- Mempunyai berbagai-bagai bentuk dan tiap-tiap bentuk ini pula mempunyai

fungsi yang tertentu.

- 3 bentuk tanggam lubang dan putting.

JENIS KEGUNAAN

Tanggam Lubang dan Puting Biasa Digunakan untuk membuat perabot

Page 5: Tanggam

Tanggam Lubang dan Puting

Berjanjang

Diguankan apabila pemidang lintang

bertemu dengan pemidang tegak pemidang

Tanggam Lubang dan Puting

Berbahu Tinggi Rendah

Digunakan apabila pemidang dibuat

bertetingkat sperti pada panel pintu.

Tanggam Lubang dan Puting

Berbahu Sebelah

Digunakan apabila kayu pemidang lintang

lebih nipis daripada kayu pemidang tegak

seperti dalam pembinaan kaki meja biasa.

Page 6: Tanggam

TANGGAM MEMANJANG

Tanggam ini digunakan apabila menyambung dua keeping kayu untuk menjadikannya

lebih panjang. Kerja seperti ini biasanya dilakukan dalam pembinaan bangunan. Tanggam

memanjang dapat dikategorikan kepada berikut :

i. Tanggam Skaf

- Tanggam ini banyak digunakan untuk memanjangkan kayu tutup tiang,

gulung-gulung dan juga gelegar.

- Panjang tanggam skaf biasanya 2 hingga 2½ kali ukuran lebarnya.

- Ditengah-tengah tanggam ditebuk lubang untuk menerima baji lipat dan

dikukuhkan dengan memasangkan 2 atau 4 bolt bersama nat.

ii. Tanggam Plat Sambut

- Ia merupakan ganti kepada tanggam skaf kedua-dua kepingan kayu dikerat

lurus pada hujungnya dan disambungkan bersama dua kepingan logam di

kedua-dua belahnya dengan bolt dan nat.

- Panjang plat biasanya ialah 4 kali lebar kayu yang berkenaan

Page 7: Tanggam

iii. Tanggam Sambung Jari

- Tanggam ini biasanya digunakan pada kayu bersaiz kecil terutamanya bagi

kayu yang diproses dengan mesin

- Panjang sambungan tanggam ialah 2 kali lebar kayu.

- Sambungan jari biasanya dilekatkan dengan glu.

- Ia boleh didapati pada kayu susur tangan bagi sesebuah tangga

-

iv. Tanggam Sambung Lekap

- Pada hujung kedua-dua kepingan kayu dibuangkan separuh tebalnya dan

dilekapkan sepanjang dua kali lebar kayu.

- Ia diguanakn dalam pembinaan perabot yang tanggamnya tidak menerima

tegangan yang berlebihan.

- Tanggam ini boleh dikukuhkan dengan bolt dan nat.

TANGGAM MELEBAR

Page 8: Tanggam

Tanggam jenis ini digunakan untuk menyambung beberapa keeping papan kecil

untuk dijadikan kepingan papan yang lebar bagi kegunaan seperti membuat pintu, permukaan

perabot, dinding dan lantai. Penyambungan beberapa papan kecil itu dilakukan secara tepi ke

tepi dengan menggunakan bahan pelekat seperti glu.

i. Tanggam Glu Gesel

- Tanggam ini dibuat dengan menyediakan tepi kedua keeping secara lurus dan

bersegi tepat dan diglukan.

- Kayu yang dipilih hendaklah mengikut ira kayu dan juga lebih tebal daripapa

tebal yang dikehendaki.

- Kegunaan pada permukaan meja, tempat duduk, pintu, panel dll.

ii. Tanggam Lidah dan Lurah

- Digunakan pada pembinaan lantai papan, pelapisan dinding kayu, panelan,

kerja-kerja perabot.

- Bagi kerja perabot, tanggam ini digunakan supaya ia boleh tetap dan teguh.

- Pada tiap-tiap kepingan papan, dibuatkan lidah disatu tepid an lurah ditepi

yang lain.

-

iii. Tanggam Tetingkat

Page 9: Tanggam

- Tepi kedua-dua papan dibuatkan tinggkat dan dipasang dengan glu dan

pengapit.

- Digunakan bagi menambah luas permukaan yang diglukan.

iv. Tanggam Penetap

- Untuk menambah kekuatan peganganyya.

- Banyak digunakan pada perabot yang dihasilkan secara pasangkan sendiri

(knock down furniture).

- Terdapat pada pemidang lintang dan pemidang tegak kerusi dan meja.

TANGGAM SIKU

Page 10: Tanggam

Tanggam siku dibuat pada dua permukaan kayu yang bertemu secara bersudut tepat

sama ada pada penjuru ataupun pada pertengahannya. Contohnya dapat dilihat dalam

pembinaan kotak kotak dan laci.

i. Tanggam Temu

- Dikenali sebagai tanggam sudut tepi

- Hujung papan kayu diluruskan dan bertemu secara bersudut tepi

- Ia boleh diglukan, dipakukan atau diskrukan.

- Pembinaan kotak dan peti biasa.

ii. Tanggam Temu Tetingkat

- Dikenali sebagai tanggam penjuru hujung litup.

- Hujung salah satu keeping kayu dikerat dan dimasukkan kedalam tingkat

melintang dikeping kayu kedau. Tetingkat ini menambah luas permukaan kayu

yag diglukan serta mengukuhkan kedudukan apabila dipakukan.

- Kegunaan untuk kotak, laci yang murah buatannya dan penjuru perabot.

iii. Temu Tetingkat Lidah Berparit

Page 11: Tanggam

- Satu daripada hujung kayu dibuatkan lidah berbahu sebelah dan pada hujung

kayu kedua pula dibuatkan parit unutk menerima lidah tersebut.

- Membuat kotak, perabot dan laci.

iv. Tanggam Rencong Biasa

- Tanggam ini cara yang paling senang untuk menghasilkan sudut kotak yang

tidak menunjukkan keratin hujung kayu.

- Kedua-dua keping kayu hendaklah sama tebal dan dilekatkan dengan glu

- Ia dikukuhkan dengan sekeping lidah yang dimasukkan ke dalam lurah yang

digergajikan dipenjurunya secara melintang.

- Penambunagn antara sudut kotak dan sudut laci

v. Tanggam Bajang Tunggal

- Tanggam ini mempunyai satu pin pada hujung kayu yang pertama dan soket

pada hujung kayu yang kedua.

- Ia merupakan tanggam siku yang paling kuat.

- Pin dibuat mengikut ekor punai dan curam pada tepi bajang biasanya dibuat

mengikut kadar 1:6.

- Pembinaan rangka kayu dan tanggam pemidang

Page 12: Tanggam

vi. Tanggam Bajang Biasa

- Tanggam ini mempunyai dua atau lebih bajang yang bentuknya seperti ekor

punai.

- Keratan hujung kayu boleh dilihat pada kedua-dua belah muka tanggam.

- Curam pada tepi bajang biasanya dibuat mengikut kadar 1:6.

- Pembinaan kotak, belakang laci dan pemidang dulang

vii. Tanggam Bajang Hujung Litup

- Pembinaanya seperti tanggam bajang biasa tetapi kecuali soketnya tidak

ditembuskan supaya menutup ira hujung kayu pin.

- Litup dihujung soket ini biasanya satu per tiga hujung kayu.

- Sambungan antara papan tepi dan hadapan laci