tamadun islam dan tamudan barat

6
Tamadun Islam dan Tamudan Barat Pertentangan antara Tamadun Islam dan Tamadun Barat telah menyebabkan beberapa kesan negatif. Antaranya ialah perang salib. Proses pengaliran kebudayaan Islam ke barat pada mulanya dijalankan secara aman dan mesra, tetapi kemudian ia berlaku dengan kekerasan melalui Perang Salib. Permusuhan, pertelingkahan serta peperangan antara Islam dan Yahudi berlaku berabad-abad lamanya, seolah-olah di antara mereka tidak ada langsung titik pertemuan. Prinsip hidup bersama dan bekerjasama dalam kedamaian dan keharmonian begitu sukar diwujudkan. Perang Salib (1097-1292) cuba dihapuskan oleh musuh-musuh Islam daripada fikiran orang Islam. Mereka percaya sekiranya sentimen kemenangan Islam ini difahami dan dihayati oleh penganutnya, sekali lagi Barat akan kecundang dalam mencapai cita-cita menghancurkan Islam. Sepanjang tujuh siri berlangsungnya episod Perang Salib yang memakan masa selama 195 tahun, iaitu sekitar dua abad lamanya, Barat hanya mampu menunjukkan taringnya pada peringkat permulaan sahaja. Kemenangan-kemenangan seterusnya menjadi milik Islam tetapi sifat balas dendam golongan Yahudi masih lagi berlanjutan

Upload: jesslyn

Post on 08-Dec-2015

241 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

Titas

TRANSCRIPT

Page 1: Tamadun Islam Dan Tamudan Barat

Tamadun Islam dan Tamudan Barat

Pertentangan antara Tamadun Islam dan Tamadun Barat telah menyebabkan

beberapa kesan negatif. Antaranya ialah perang salib. Proses pengaliran

kebudayaan Islam ke barat pada mulanya dijalankan secara aman dan mesra, tetapi

kemudian ia berlaku dengan kekerasan melalui Perang Salib. Permusuhan,

pertelingkahan serta peperangan antara Islam dan Yahudi berlaku berabad-abad

lamanya, seolah-olah di antara mereka tidak ada langsung titik pertemuan. Prinsip

hidup bersama dan bekerjasama dalam kedamaian dan keharmonian begitu sukar

diwujudkan.

Perang Salib (1097-1292) cuba dihapuskan oleh musuh-musuh Islam

daripada fikiran orang Islam. Mereka percaya sekiranya sentimen kemenangan

Islam ini difahami dan dihayati oleh penganutnya, sekali lagi Barat akan kecundang

dalam mencapai cita-cita menghancurkan Islam. Sepanjang tujuh siri

berlangsungnya episod Perang Salib yang memakan masa selama 195 tahun, iaitu

sekitar dua abad lamanya, Barat hanya mampu menunjukkan taringnya pada

peringkat permulaan sahaja. Kemenangan-kemenangan seterusnya menjadi milik

Islam tetapi sifat balas dendam golongan Yahudi masih lagi berlanjutan dengan

beberapa siri serangan pemikiran yang dilakukan ke atas umat Islam. Yahudi mula

mempelajari bahasa Arab dan mengkaji pemikiran Islam dalam usaha mencari

kelemahan umat Islam.

Perang Salib yang berlangsung selama dua abad merupakan suatu

kemenangan bagi umat Islam dan memberi tamparan kepada orang-orang Eropah.

Ini kerana mereka gagal menjajah negeri –negeri Timur walaupun seluruh kekuatan

disalurkan bagi tujuan itu daripada segi ekonomi melalui pengumpulan

Page 2: Tamadun Islam Dan Tamudan Barat

cukai,kekuatan tentera dan sebagainya. Bagaimanapun pada umumnya, walaupun

orang-orang Eropah mengalami kekalahan daripada segi ketenteraan tetapi

peperangan ini memberi keuntungan daripada segi ilmu pengetahuan, ekonomi,

politi dan sosial.

Dari segi bidang ilmu dan kebudayaan,Islam memupuk dan mengekalkan

semangat penerokaan dalam pencarian ilmu dan ini ditiru dan disalin oleh Barat.

Dengan itu, pandangan orang-orang Barat mulai meningkat maju dan melahirkan

gerakan kemajuan dan pembukaan daerah –daerah baru di Timur. Ilmu

pengetahuan daripada Greek-Roman yang ditulis dalam Bahsa Arab disalin kembali

ke dalam bahasa-bahasa Eropah, misalnya Kitab Sir al-Asr’r yang dikarang oleh

Aristotle ditemui oleh Philip di bandar Antioch pada tahun 1274 tertulis dalam dalam

bahasa Arab.

Pada tahun 1285, apabila Baghdad diserang, sejumlah 400,000 naskhah

pelbagai ilmu pengetahuan Islam dibakar, dan pada tahun 1264 tentera Kristian

menawan Cordova dan mengharamkan pengajian bercorak Islam . Peristiwa ini

melumpuhkan pergerakan dan penyebaran Islam. Pengharaman ini berlangsung

sehingga tahun 1950, dan keadaan ilmuan Islam menjadi lebih tenat apabila

penjajah Barat mengangkut balik segala buku-buku ilmu pengetahuan Islam dari

negara-negara yang mereka jajah ke Eropah, negara asal mereka. Menurut suatu

kajian oleh sebuah pertubuhan Islam di Britain pada tahun 1990, dianggarkan

terdapat 10,000 manuskrip Islam tersimpan di Unoversity Escorial, Sepanyol yang

merupakan gambaran eksploitasi ke atas ilmu pengetahuan Islam.

Sebelum berlakunya Perang Salib orang Eropah tidak begitu mengenali

kedudukan geografi negara-negara Islam. Akan tetapi sepanjang tempoh

Page 3: Tamadun Islam Dan Tamudan Barat

peperangan tersebut, banyak buku geografi dikarang lagi bagi menunujkkan jalan ke

negara-negara Islam yang menjadi sasaran mereka. Ini menyebabkan semakin

banyak negara Islam yang diketahui, bukan sahaja daripada segi lokasi tetapi juga

budayanya. Kesannya dapat dilihat dalam ilmu perubatan, rumah sakit, astronomi,

geometri, kesusasteraan, alat-alat muzik, ketenteraan,minyak wangi,syiling, kompas,

ilmu pelayaran dan lain-lain.

Dengan tercetusnya Perang Salib, proses asimilasi budaya dan pengaliran

ilmu pengetahuan ke Barat berlaku dengan rancaknya. Ini memberi faedah besar

kepada kebangkitan Barat yang pada ketika itu sunyi daripada perkembangan

tamadun.

Antara kesan atas bidang Ekonomi adalah sebaik sahaja tentera Salib

menjejakkan kaki mereka ke atas kebanyakan pelabuhan –pelabuhan Islam di Syria,

peluang mereka terbuka dengan luasnya bagi menjalankan aktiviti perdagangan

sehinggakan segala keperluan orang-orang Eropah diperoleh di sana. Kegiatan

pelayaran semakin maju, dimana tentera Salib berusaha mempelajari teknik-teknik

penggunaan kompas daripada orang Islam dan kegiatan pembinaan kapal juga

semakin berkembang pesat di Barat.

Dalam bahagian pertanian, pelbagai jenis tanaman diperkenalkan di Eropah

seperti padi, tembikai, limau dan lain-lain. Bangsa Eropah juga mengetahui

penggunaan minyak wangi, kari, daging manis, dan hasil-hasil dari Timur dan jenis-

jenis makanan yang berasaskan gula. Barang-barang pertanian dan perusahaan

dari Timur mula digemari serta penggunaan permaidani dan hamparan semakin

popular di Eropah.

Page 4: Tamadun Islam Dan Tamudan Barat

Dari aspek politik, hasil daripada kemajuan perdagangan dan penemuan-

penemuan baru membuka mata orang-orang Eropah menjelejah dan menjajah

negeri-negeri Timur yang kaya dengan hasil buminya. Ini diperkukuhkan lagi dengan

motif politik, maka gerakan penjajahan berlaku dengan hebat lagi. Hakikatnya

perang Salib sendiri merupakan percubaan-percubaan yang dilakukan oleh Barat

bagi menjelajah kawasan-kawasan Timur demi mengaut keuntungan ekonomi.

Selepas orang Kristian Andalusia, kini Portugis dan Sepanyol mendapat

kemenangan ke atas orang Muslim di Andalusia dengan penuh kekerasan pada

1459, orang Kristian Portugis yang diketuai oleh Putera Henry(1394-1460) mula

merancang melancarkan peperangan Salib yang menyeluruh ke atas orang Islam di

seluruh dunia. Merea mengatur stategi mengepung kekuatan Islam yang besar di

Timur Tengah dari belakang, iaitu selepas gagalnya peperangan Salib dilancarkan

dari harapan selama hampir dua abad, antara 1098-1293.

Bagi Portugis kemaraan mereka ke Timur bukanlah semata-mata untuk

tujuan perdagangan sahaja tetapi disertai oleh pergerakan perang suci di antara

agama Kristian dan Islam. Bagi mencapai cita-cita perdagangan, kekerasan dan

penindasan yang dilakukan terhadap orang Islam dianggap suatu perkara yang suci

di sisi agama mereka.Rancangan penerusan gerakan Salibiyyah ini bermula dengan

ketibaan angkatan laut Portugis ke pelabuhan Calicut, India pada 906H atau 1500M

seterusnya membuka laluan kepada mereka untuk sampai ke alam Melayu,

khususnya kerajaan Islam. Mereka yang sedang maju dan berkembang.