tamadun india dan china

Upload: yong-nierah

Post on 06-Mar-2016

108 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TITAS

TRANSCRIPT

Interaksi Tamadun India dan Tamadun ChinaTamadun ini telah berinteraksi kira-kira pada abad ke-2 sebelum masihi. Penyebaran Agama Buddha ke China pada masa pemerintahan Dinasti Han (zaman Han Timur) merupakan kemuncak kepada interaksi antara tamadun China dan India. Oleh kerana Buddhisme lahir dalam suasana budaya India, maka China juga telah berkongsi banyak persamaan dengan budaya masyarakat India. Selain itu, berlakunya persamaan dalam aspek kesusasteraan, kesenian, muzik dan sebagainya. Pada peringkat awal penyebaran Buddha di China,berlaku penentangan antara budaya dalam ajaran Buddha dari sudut kekeluargaan, politik,etika serta moral orang-orang China yang telah pun meresap dalam falsafah-falsafah warga tempatan China terutama falsafah Konfusianisme. Agama Buddha kemudiannya telah mengalami proses penyesuaian dengan tradisi budaya China tetapi prinsip-prinsip asas ajaran Buddha tidak terjejas. Kesan interaksi positif antara tamadun China dengan India ialah beberapa alat muzik dan struktur muzik India diasimilasikan dalam tamadun China. Muzik dan tarian India telah menjadi tarian yang popular di istana dan di kalangan bangsawan China. Semasa Dinasti Tang ( 618-907), teknologi membuat gula dari tebu diperkembangkan pada zaman Tamadun China. Manakala kesan positif interaksi tamadun yang diterima oleh India pula terdapat ciptaan-ciptaan sains dan teknologi orang China yang telah berkembang di dalam masyarakat India. China juga mendapatkan khidmat ahli-ahli cendekiawan India dalam bidang astronomi seperti Gautama yang telah diambil berkhidmat dalam kerajaan Dinasti Tang. Beliau bertanggungjawab memperkenalkan sistem kalendar China yang lebih tepat daripada tahun 727 masihi. Perkembangan dalam bidang kesusasteraan juga turut menerima kesan interaksi antara tamadun China dan India. Kewujudan pelbagai jenis puisi, cerita dongeng, kisah-kisah teladan,kias yang berkaitan dengan Buddha telah mempengaruhi tulisan sastera China. Selain itu, percampuran dan penyerapan bahasa Sanskrit dan Pali ke dalam bahasa China turut berlaku. Contoh yang paling ketara ialah kemunculan pengajian fonetik di zaman Dinasti Sui adalah kesan perhubungan tamadun China dan India. Selepas abad ke-10 masihi, perkembangan ini agak merosot dan lebih bersifat hubungan diplomatik dan perdagangan.

Faktor Interaksi Tamadun China dan Tamadun IndiaInteraksi Tamadun China dan Tamadun India berlaku kerana agama Buddha mendapat sambutan pada zaman dinasti Wei utara (386-564 masihi). Golongan cendiakawan konfusianisme tidak lagi berpengaruh dalam pentadbiran kerajaan. Berlaku huru hara dalam masyarakat China. Oleh itu, agama Buddha menjadi sumber kerohanian yang penting pada masa itu.Selain itu, ajaran Buddha tentang penderitaan dan cara mengatasinya sehingga melepasi penderitaan tersebut iaitu mencapai nirvana berperanan sebagai ubat kepada rakyat. Mazhab Buddha Mahayana berkembang sebagai ajaran Buddha yang dipengaruhi oleh unsur-unsur penyembahan dewa tempatan. Tokoh agama Buddha berketurunan china yang terkenal ialah Fa Hsien, Hsuan Tsang dan I Tsing yang mengembara ke India juga menjadi faktor interaksi antara tamadun india dengan tamadun china.

Kesan Interaksi Tamadun India dan Tamadun China1. Penyebaran Agama Buddhaa. Dibawa masuk ke China pada kurun pertama masihi.b. Maharaja menghantar wakil ke India untuk memahami dan mendalami ajaran Buddha.c. Disesuaikan dengan tradisi dan budaya masyarakat China (Doktrin Daoisme dan Konfusianisme)d. Sami dari China menetap di India dan mempelajari kitab Buddha (Bahasa Sanskrit dan Pali)e. Berjaya menyusun Doktrin Buddha dalam satu koleksi (Tripitaka)

2. Sains dan Teknologia. Dari China : pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan, percetakan dan kompas.b. Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di India.c. Dari India : teknologi India menghasilkan gula daripada tebu, 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemah kepada bahasa Cina. Ahli astronomi India pernah berkhidmat di China sistem kalendar lunar Cina yang baru.d. Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam bahasa Cina.

3. Bahasa, Kesusasteraan dan Keseniana. Ilmu fonetik Cine guna pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit dipelajari melalui ajaran Buddhismeb. Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina perbendaharaan kata, tema, gaya dan genre.c. Seni muzik India alat muzik Cina yang berasal dari India (Pipa dan Konghou)