tamadun dunia tema 7

17
TAMADUN DUNIA : TEMA 7 – FAKTOR P & P ORANG PORTUGIS Sejauhmanakah faktor ekonomi menjadi pendorong aktiviti penjelajahan dan penerokaan orang Portugis pada abad ke 15M. PENGENALAN: 1. Konsep penjelajahan dan penerokaan. 2. Kuasa-kuasa Eropah yang melakukan penjelajahan dan pelayaran 3. Latar belakang kemunculan kuasa Portugis. ISI : A . Faktor ekonomi memang faktor utama , tetapi terdapat faktor lain yang mempengaruhi. 1. Keperluan untuk Pasaran dan Bekalan Bahan Mentah Ini berlaku akibat perkembangan kapitalisme dan institusi perbankan. Hal ini telah menggalakkan pengumpulan modal, hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan Perkembangan kapitalisme telah menyebabkan mereka mengamalkan dasar ekonomi merkantilisme. Dasar merkantilisme menekankan dasar pengumpulan kekayaan, menambah kuasa dan mendapat keuntungan melalui pelaburan di kawasan baru 2. Memerlukan Barangan dari Timur Mereka memerlukan barangan seperti rempah ratus, ubat- ubatan dan kapal . Pada abad ke-15M, pedagang Islam & Italy kuasai perdagangan dengan Timur dan dapat keuntungan yang besar Penguasaan Turki ke atas Contantinople pada 1453 M dan wilayah-wilayah di timur menyebabkan kota-kota Italy seperti Venice, Genoa dan Pisa kehilangan peranan sebagai pengkalan perdagangan utama. Mereka juga tidak dapat menerima bekalan barang-barang dari Timur dengan tetap .

Upload: hazryle

Post on 28-Jun-2015

243 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

stpm sejarah paper 1 tamadun dunia

TRANSCRIPT

Page 1: TAMADUN DUNIA tema 7

TAMADUN DUNIA : TEMA 7 – FAKTOR P & P ORANG PORTUGIS

Sejauhmanakah faktor ekonomi menjadi pendorong aktiviti  penjelajahan dan penerokaan orang Portugis pada abad ke 15M.

PENGENALAN:

1. Konsep penjelajahan dan penerokaan.

2. Kuasa-kuasa Eropah yang melakukan penjelajahan dan pelayaran

3. Latar belakang kemunculan kuasa Portugis.

ISI :

A . Faktor ekonomi memang faktor utama , tetapi terdapat faktor lain yang mempengaruhi.

1. Keperluan untuk Pasaran dan Bekalan Bahan Mentah

Ini berlaku akibat perkembangan kapitalisme dan institusi perbankan. Hal ini telah menggalakkan pengumpulan modal, hak milik persendirian dan

persaingan dalam perniagaan Perkembangan kapitalisme telah menyebabkan mereka mengamalkan dasar

ekonomi merkantilisme. Dasar merkantilisme menekankan dasar pengumpulan kekayaan, menambah

kuasa dan mendapat keuntungan melalui pelaburan di kawasan baru

2. Memerlukan Barangan dari Timur

Mereka memerlukan barangan seperti rempah ratus, ubat-ubatan dan kapal . Pada abad ke-15M, pedagang Islam & Italy kuasai perdagangan dengan

Timur dan dapat keuntungan yang besar Penguasaan Turki ke atas Contantinople pada 1453 M dan wilayah-wilayah di

timur menyebabkan kota-kota Italy seperti Venice, Genoa dan Pisa kehilangan peranan sebagai pengkalan perdagangan utama.

Mereka juga tidak dapat menerima bekalan barang-barang dari Timur dengan tetap .

Ini mendorong kuasa Portugis mencari jalan laut ke Timur untuk mendapatkan barangan tersebut dengan kadar harga yang rendah dan memecahkan monopoli saudagar Islam

B. Faktor-faktor lain

3. Faktor  Geografi

Negara Portugal terdedah kepada pengaruh kelautan . Kedudukan yang terdedah kepada Lautan Atlantik mendorong bangsa

tersebut untuk melakukan pelayaran dan penerokaan . Ini menyebabkan mereka telah menemui jalan ke Timur.

Page 2: TAMADUN DUNIA tema 7

4. Faktor Politik - Keadaan politik yg Stabil & Kepimpinan Raja-raja Portugal

Kepimpinan raja-raja Portugal dari Dinasti Avis menggalakkan perdagangan dan perkapalan .

Contoh ; Raja Manuel I dari Portugal telah menggalakkan Vasco da Gama mencari jalan laut untuk perdagangan antara Eropah dan Asia.

5. Faktor Pemerintah - Peranan Putera Henry (Henry the Navigator)

Merupakan seorang sarjana, saintis dan bekas tentera salib . Mendirikan sekolah pelayaran di Sagres untuk melatih pelayar-pelayar yang

berminat untuk sertai ekspedisi pelayaran . Pelayar-pelayar yang mendapat latihan di sekolah ini berjaya menakluki

kepulauan Madeira . Kapten-kapten yang dihantar oleh Putera Henry terlibat dalam perdagangan

hamba yang menguntungkan . Menjelang 1460 M, Portugis berjaya kuasai rangkaian pelabuhan-pelabuhan

dari Madeira ke Cape Verda.

6. Faktor agama - Galakan Paus

Ekoran Perang Salib, Paus merestui usaha membanteras kekuasaan Islam dan penguasaan sepenuhnya Semenanjung Iberia.

Kuasa Portugis juga menjelajah untuk menyebarkan agama Kristian di luar Eropah

7. Faktor Teknologi - Kemajuan dalam Teknologi Pelayaran

Ini menggiatkan lagi penerokaan ke seberang laut Penemuan-penemuan baru seperti :

o carta pelayaran (peta) tentang benua Eropah & Laut Mediterraneano kompas magnetik digunakan untuk menentukan arah pelayarano astrolab untuk tentukan longtitudo reka bentuk kapal

Dengan bantuan alat-alat ini serta kemampuan membina kapal yang kukuh untuk belayar di lautan luas, mereka berjaya terokai kawasan baru.

8. Faktor Luaran – Cerita-cerita Mengenai Dunia Luar

Oleh peneroka-peneroka dan pengembara seperti Marco Polo, Odoric Perdanone dan Lidicivo Verthema .

Catatan daripada tokoh-tokoh pelayaran telah melahirkan sifat ingin tahu untuk meneroka kawasan baru .

Hal ini mendorong berlakunya pelayaran dan penerokaan Portugis

KESIMPULAN:

1. Portugal merupakan kuasa barat yang paling aktif dalam kegiatan penjajahan dan perdagangan di Timur pada abad ke-16 M..

Page 3: TAMADUN DUNIA tema 7

2. Kekayaan dan kemakmuran yang diperoleh Portugis melalui perdagangan dengan Timur menyebabkan kuasa-kuasa Barat lain seperti  Sepanyol, Belanda, Perancis dan Inggeris menghantar angkatan mereka ke Timur untuk meluaskan tanah jajahaan di Timur.

Page 4: TAMADUN DUNIA tema 7

TAMADUN DUNIA : TEMA 7 –FAKTOR PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN KUASA BARAT

Huraikan faktor-faktor yang mendorong kuasa-kuasa barat melancarkan penjelajahan dan penerokaan pada abad ke 15 dan ke 16 masihi. (25 M)

Pengenalan

1. Konsep penjelajahan merujuk kepada mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah.

2. Penerokaan pula bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, menempuh dan mengharungi

3. Bangsa Eropah mempunyai tradisi penerokaan sejak zaman Yunani iaitu sekitar abad ke-8 S.M lagi.Contohnya orang Crete, Mycenea dan Phonesia telah melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan sekitar laut Mediteranean untuk tujuan ekonomi dan politik

4. Kuasa-kuasa barat seperti Portugal dan Sepanyol mula menjelajah dan meneroka disebabkan beberapa faktor yang mendorong dan juga untuk mengatasi perubahan politik, ekonomi dan agama yang berlaku pada zaman tersebut.

Isi-isi penting

1. Peranan pemerintah

1. Pada zaman Yunani orang Phonesia melakukan ekspedisi mengelilingi Benua Afrika dengan bantuan raja Mesir iaitu Firaun Necho.

2. Iskandar Zulkarnain telah memimpin ekspedisi ketenteraan dari Macedonia dan Mesir di barat hingga Hindu Kush dan Punjab di Timur. Beliau juga menaja ekspedisi-ekspedisi yang disertai oleh pakar dan penulis untuk merekod sumber-sumber asli di kawasan takluknya

3. Dorongan daripada pemerintah seperti Putera Hendry dan Raja John III dari Portugal dan Sepanyol membawa kepada kemajuan dalam bidang sains dan teknologi pelayaran serta penubuhan Akademi Laut.

Page 5: TAMADUN DUNIA tema 7

4. Raja-raja negara bangsa juga memberi galakan kepada masyarakatnya untuk menjelajah dan meneroka. Tujuannya adalah untuk mengumpul kekayaan.

5. Para pemerintahan juga memberi hadiah yang lumayan dan gelaran sebagai insentif kepada para peneroka

2. Maklumat dan pengetahuan tentang dunia luar

1. Orang Yunani melancarkan ekspedisi untuk meninjau keadaan persekitaran dan keadaan geografi sesuatu kawasan. Contohnya orang Phonesia telah melancarkan ekspedisi belayar mengelilingi pantai Afrika dengan tujuan mengetahui keluasan kerajaan Mesir.

2. Sumber maklumat dan pengetahuan tentang dunia luar diperoleh daripada orang Islam Arab pada zaman pertengahan awal.

3. Catatan Marco Polo mengembara ke China dalam buku “ The Travels of Marco Polo ” dan perkhidmatan rahib John Monte Carvino di India, Parsi dan China telah mendorong penjelajahan orang-orang Eropah

4. Maklumat yang diperoleh tentang India dan China telah menarik minat para penjelajah seperti Chistopher Colombus.

3. Penyebaran agama Kristian

1. Golongan paderi Kristian dan raja-raja Eropah bercita-cita untuk mengembangkan agama kristian di dunia luar.

2. Para mubaligh kristian dengan para saudagar ingin meneroka ke tempat-tempat baru iaitu Amerika, Asia dan Afrika. Contohnya Portugal menakluki kerajaan Melayu Melaka dan salah satu faktornya ialah menyebarkan agama Kristian

3. Selain dari itu orang-orang Sepanyol dan Portugal ingin merampas balik tanah mereka daripada penguasaan orang Islam.

4. Perkembangan Kapitalisme dan Merkantilisme

Page 6: TAMADUN DUNIA tema 7

1. Sistem ekonomi Kapitalisme mengalakkan kegiatan mengumpul modal, hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan.

2. Perkembangan ini telah mendorong kemunculan dasar ekonomi Merkantilisme di negara-negara bangsa yang menekankan dasar pengumpulan kekayaan menambah kekuasaan dan menjaga kebajikan penduduk tempatan

3. Bagi mencapai matlamat tersebut raja-raja negara bangsa mengalakkan penjelajahan dan penerokaan.

5. Kemajuan Teknologi Pelayaran

1. Pengetahuan teknikal tentang geografi dan pelayaran mengiatkan kegiatan penjelajahan dan penerokaan

2. Alat-alat seperti kompas magnetik dan astrolab dicipta untuk memudahkan pelayaran. Kompas digunakan untuk menentukan arah dan astrolab digunakan untuk menentukan longitude.

3. Masyarakat Eropah mempunyai peta yang lengkap tentang benua Eropah dan Laut Mediterranean pada abad ke-15 masihi yang memudahkan lagi aktiviti pelayaran mereka.

4. Dengan bantuan alat-alat pelayaran, kapal-kapal yang kukuh dapat dibina untuk belajar ke lautan yang luas

6. Persaingan Negara-Negara Bangsa

1. Negara-negara bangsa seperti Sepanyol, Perancis dan Portugal bersaing untuk meneroka kawasan-kawasan yang baru di benua Asia, Afrika dan Amerika

2. Tujuan mereka adalah untuk memperoleh bahan-bahan mentah dan pasaran baru bagi barang-barang mereka.

3. Semakin luas kawasan yang terokai semakin tinggi sanjungan yang diberi di kalangan negara-negara Eropah

7. Pengaruh Renaisance

1. Pada zaman Renaisance, cita-cita dan pemikiran bangsa Eropah telah berubah. Mereka lebih mempraktikkan ciri-ciri Individualisme, Humanisme, Sekularisme, sifat kritikal dan rasioanalisme.

Page 7: TAMADUN DUNIA tema 7

2. Institusi gereja tidak lagi mengongkong pemikiran masyarakat Eropah pada zaman ini.

3. Keadaan ini telah mendorong kebebasan pemikiran manusia dan mula mementingkan kemajuan sains dan teknologi yang mengalakkan masyarakat Eropah menjelajah dan meneroka kawasan-kawasan baru.

Penutup

1. Jelaslah bahawa faktor-faktor yang dibincangkan telah mendorong penjelajahan dan penerokaan kuasa-kuasa besar di Eropah.

2. Akibat daripada penerokaan kawasan-kawasan baru telah meninggalkan kesan kepada penduduk tempatan dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Page 8: TAMADUN DUNIA tema 7

Bincangkan faktor-faktor penjelajahan dan penerokaan Christopher Columbus serta sumbangannya.

Pengenalan

1. Definisi penjelajahan dan penerokaan.( Rujuk buku )

2. Latar belakang Christopher Columbus

i. Lahir di Bandar Genoa, Itali pada tahun 1451 Masihi

ii. Menjadi kelasi ketika berusia 19 tahun dan telah belayar dari Itali ke England melalui Gibraltar.

Isi Penting

A. Faktor Penjejalahan dan Penerokaan Christopher Columbus

1. Dipengaruhi oleh buku-buku Marco Polo

Hasil daripada penulisan buku-buku pelayaran Marco Polo menyebabkan Columbus berminat dan terpengaruh dengan kisah tersebut serta berhasrat untuk belayar ke China dan Jepun melalui jalan

2. Mendapat sokongan Raja Sepanyol, Ferninand dan Isabella

Christopher bercita-cita mencari jalan laut ke India. Dengan bantuan daripada Raja Portugal iaitu Raja John II yang sangat meminati bidang pelayaran, maka Christopher telah membuat segala persiapan untuk pelayaran selama beberapa bulan.

Namun begitu, pada tahun 1484, Columbus gagal mendapat sokongan daripada Raja Portugal, John II untuk memulakan pelayaran yang bersifat percubaan.

Oleh sebab berasa kecewa, Columbus meminta Raja Ferdinand dan Ratu Isabella dari Sepanyol menyokong rancangannya. Raja Ferdinand dan Ratu Isabella memberi galakan dan dorongan serta peruntukan kewangan kepada Columbus untuk mengadakan pelayaran dengan syarat sebarang kawasan baru yang ditemukan oleh Columbus harus menjadi milik Sepanyol.

3. Dilantik sebagai wizurai tanah jajahan

Page 9: TAMADUN DUNIA tema 7

Ferdinand dan Isabella berjanji untuk menjadikan Columbus sebagai wizurai untuk tanah jajahan baru dan memberikan satu persepuluh dariapda nulai perdagangan yang bakal disumbangkan oleh petempatan baru tersebut.

4. Melaksanakan cita-citanya iaitu “Emas”, “Tuhan” dan “Cathay”

Emas – mendapat kekayaan, rempah dan sutera

Tuhan – menyebarkan Kristian di negara bukan Kristian yang menjadi motif orang Eropah pada abad ke-15

Cathay – nama purba negara China

5. Ingin menguji teorinya yang dunia ini bulat sebagaiman pendapat sarjana abad ke-15 yang menyatakan dunia ini rata.

Pendapat ini berdasarkan pendapatnya pelayaran seharusnya menuju ke arah barat iaitu mengelilingi glob.

6. Mendapat pendidikan formal tentang ilmu pelayaran

Columbus mendapat pendidikan formal di sebuah sekolah pelayaran di Sagres, Portugal.

Melalui sekolah tersebut, Columbus didedahkan dengan ilmu geografi dan ilmu pelayaran termasuklah membaca kompas, peta, tentang lautan, garisan lintang dan bujur.

Hal ini membolehkan Columbus memulakan pelayaran ke Timur melalui Lautan Atlantik.

B. Sumbangan Christopher Columbus dalam Penjelajahan dan Penerokaan

1. Penemuan dan pembukaan wilayah-wilayah baru.

i. Penemuan Kepulauan Bahamas di Laut Carribean.

Pada bulan Oktober, 1492, Columbus telah berjaya menemui daratan dan mengisytiharkan sebagai tanah milik Sepanyol.

Page 10: TAMADUN DUNIA tema 7

Columbus telah membuat andaian bahawa daratan tersebut ialah India.

Oleh itu, Columbus telah menamakan penduduk peribumi di kawasan tersebut sebagai Red Indian atau India Merah kerana warna kulit puak tersebut berwarna merah.

Kawasan tersebut sebenarnya dikenali sebagai San Salvador di Bahamas yang terletak di Laut Carribean.

Columbus kemudiannya meneroka pantai Cuba dan Hispaniola.

ii. Penemuan dan pembukaan wilayah-wilayah barupulau-pulau Dominica, Puerto Rica dan Jamaica.

Antara tahun 1493 M – 1504 M (pelayaran kedua), Columbus telah belayar sebanyak tiga kali dan telah menemukan pulau-pulau Dominica, Puerto Rica dan Jamaica.

Namun begitu, beliau gagal menemukan apa yang dicita-citakannya iaitu timbunan emas.

iii. Penemuan Trinidad

Dalam pelayaran ketiga pada tahun 1498, Columbus telah berjaya menemukan Trinidad.

Nasib malang telah menimpa Columbus apabila ditangkap dan dihantar pulang ke Sepanyol.

iv. Penemuan Benua Amerika

Dalam tahun 1492 M – 1494 M iaitu dalam pelayaran yang terakhir,Columbus menerokai pantai timur Amerika Tengah dari Honduras ke Panama.

2. Penemuan jalan perhubungan antara benua Eropah dengan benua Amerika melalui Atlantik.

Dengan menggunakan Lautan Atlantik ini, Columbus merintis jalan penjelajahan laut ke kawasan lain oleh pelayar-pelayar seterusnya.

3. Penyebaran agama Kristian di Amerika Latin

Menubuhkan gereja membawa kepada misi penyebaran agama Kristian.

Page 11: TAMADUN DUNIA tema 7

4. Menjadi perintis kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan bangsa Sepanyol.

Contohnya, Ferdinand Magellan, Amerigo Vespuci, Hernando de Soto.

Hernando de Soto berjaya mendarat di Florida pada 1539 M dan meneroka kawasan di Albama, Missisippi dan Arkansas.

Ferdinand Magellan melakukan pelayaran hingga ke Asia melalui Lautan Pasifik.

5. Meluaskan tanah jajahan Sepanyol

Berjaya meluaskan ketuanan Sepanyol di San Salvador di Bahamas, Cuba dan Hispaniola.

Page 12: TAMADUN DUNIA tema 7

Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kuasa Barat melakukan penerokaan dan penjelajahan pada abad ke 15 dan 16.

Pengenalan :

Penerokaan bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, mengharungi dan menghadapi.

Penjelajahan membawa maksud mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah.

Kegiatan penerokaan dan penjelajahan bangsa Eropah dikesan sejak zaman Yunani dan Rom.

Matlamat utama kuasa Barat berlumba-lumba untuk melancarkan ekspedisi penjelajahan dan penerokaan adalah untuk mendapat kekayaan (gold), kemegahan (glory) dan keagamaan (gospel).

Isi :

Gerakan Renaisans :

Gerakan ini merubah cita-cita dan bangsa Eropah serta menyemai ciri-ciri humanisme,individualisme,sekularisme, pemikiran kritis dan rasionalisme.

Institusi gereja yang mengongkong pemikiran masyarakt Eropah hilang pengaruhnya dan muncul zaman baru yang menekankan kepentingan sains dan teknologi.

Perkembangan kapitalisme dan Merkantalisme :

Menggalakkan kegiatan pengumpulan modal hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan. Raja-raja negara bangsa mempelopori perkembangan kapitalisme dengan tujuan mengaut kekayaan dan mengukuhkan kedudukan mereka.

Perkembangan ini menyebabkan negara-negara bangsa mengamalkan dasar ekonomi merkantalisme yang menekankan dasar mengumpul kekayaan dan mengaut keuntungan melalui pelaburan di kawasan-kawasan baru.

Menyebarkan agama Kristian :

Raja-raja Eropah dan golongan Mubaligh Kristian bercita-cita untuk mengembangkan agama Kristian di luar benua Eropah. Para pendakwah Kristian bersama-sama dengan saudagar-saudagar ingin meneroka wilayah-wilayah baru di Asia, Afrika dan Amerika.

Kepercayaan mengenai Prestor John, seorang tokoh lagenda Kristian yang dipercayai mengasaskan kerajaan Kristian di Asia atau Afrika telah menguatkan keinginan orang Eropah untuk mencari kerajaan tersebut.

Memecahkan monopoli saudagar-saudagar Islam :

Orang Eropah memerlukan barang-barang dari Timur seperti rempah ratus, ubat-ubatan dan kapas. Perdagangan rempah dikuasai oleh pedagang-pedagang Islam dan Itali yang mengaut keuntungan besar dengan menjual barang-barang tersebut pada harga yang tinggi.

Page 13: TAMADUN DUNIA tema 7

Keadaan ini mendorong negara-negara Eropah khususnya Portugal dan Sepanyol mencari jalan laut ke Timur untuk mendapatkan barang-barang tersebut pada harga yang murah. Mereka juga mahu

Memecahkan monopili perdagangan saudagar-saudagar Islam.

Perang Salib :

Perang salib memberi peluang kepada orang Eropah mempelajari ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti astronomi, geometri, matematik, sains dan perubatan dari dunia Islam. Keadaan ini melahirkan bangsa Eropah yang berfikiran terbuka dan mengamalkan gaya hidup baru iaitu suka bersiar-siar dan belayar.

Perang salib juga membuka Eropah kepada dunia Timur. Mereka mahu menguasai perdagangan rempah di Timur daripada saudagar Arab.

Perlumbaan Diantara Negara-negara Bangsa :

Pertugis,Sepanyol,England dan Perancis merupakan negara bangsa yang bersaing diantara satu sama lain.Ia bertujuan untuk mendapatkan bahan-bahan mentah dan pasaran baru bagi barang-barang mereka.

Kemajuan Dalam Teknologi Pelayaran :

Pengetahuan teknikal tentang geografi dan pelayaran mengiatkan lagi penerokaan ke seberang laut. Bangsa Eropah memiliki peta-peta yang lengkap tentang benua Eropah dan laut Mediteranean pada abad ke15.

Alat seperti kompas magnetik dan asrtolab dicipta untuk memudahkan pelayaran.

Pengetahuan Tentang Dunia Luar :

Catatan pengalaman Marco Polo dan John Monte corvino yang berkhidmat di Parsi, India dan Cina mendorong masyarakat Eropah melakukan pengembaraan.

Maklumat yang terkandung dalam buku-buku yang dihasilkan oleh pengembara tentang India dan Cina menarik minat Christopher Columbus melancarkan ekspedisi mengelilingi dunia.

Kesimpulan :

Terdapat banyak faktor yang mendorong bangsa Eropah melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan pada abad ke15 dan 16M.

Aktiviti penerokaan ini telah mewujudkan tanah jajahan dan empayar yang laus,mengawal jalan perdagangan di seluruh dunia dan membentuk empayar perdagangan.