tamadun cina

Upload: ryan-goh-chuang-hong

Post on 14-Jan-2016

127 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Tamadun Cina

TRANSCRIPT

Tamadun CinaPENGENALAN

Tamadun Cina pada dasarnya merupakan. sebuah tamadun berorientasikan agraria atau pertanian yang sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca dan sifat geografi dalam proses pembangunan dan perkembangan. Bagaimanapun, sebagai mana yang telah dibincangkan dalam bab terdahulu, proses pembangunan tamadun Cina mengambil masa yang panjang. Tamadun Cina telah melahirkan perkembangan pelbagai aliran falsafah, organisasi politik secara kompleks, serta sistem pentadbiran dan institusi sosial yang maju. Bab ini akan membincangkan mengenai beberapa aspek lain yang tidak kurang pentingnya dalam tamadun Cina iaitu bahasa dan kesusasteraan, kesenian, sains dan teknologi.

BAHASA DAN KESASTERAAN CINA KLASIKSejarah kesusasteraan Cina bermula sekurang-kurangnya seawal kurun ke-14SM. Perkembangannya berterusan sepanjang lebih daripada 3,000 tahun. Perkembangan kesusasteraan Cina ini tidak pernah menerima gangguan atau sekatan. Sifat ini khasnya disebabkan bahasa pengantar bagi sastera Cina klasik iaitu bahasa Cina telah mengekalkan identitinya dari segi lisan dan tulisan. Walaupun negara China pernah diperintah oleh puak asing seperti orang Mongol (dinasti Yuan, 1279-1368) dan orang Manchu (dinasti Qing, 1644-1911). Tulisan Cina pada dasarnya bersifat grafik dan bukan fonetik (non-phonetic); dan sifat ini menjadikan bahasa Cina kurang sesuai untuk digunakan dalam usaha mentranskripsikan bahasa lain. Dengan ini ia tetap tidak berubah dan seterusnya meninggalkan beberapa kesan terhadap kesusasteraan Cina dan penyebarannya. Sifat bahasa Cina yang bukan berabjad-fonetik (alphabetic-phonetic) bermakna huruf-hurufnya tidak menunjukkan bunyi sebutan. Bahasa Cina boleh disebut dalam kelainan cara dari segi fonologi mengikut tempat atau mengikut kesesuaian selaras dengan perubahan zaman-zaman dalam sejarah Cina. Namun begitu, maksud sesuatu huruf tetap sama tidak kira dalam diaiek apapun ia disebutkan atau dipertuturkan. Maka itu kesusasteraan Cina dapat dinikmati dan dihayati oleh semua yang mengenali huruf Cina. Sesebuah karya klasik Konfusius misalnya, boleh dibaca dalam apa jua diaiek tanpa menjejaskan maksudnya. Sifat bahasa Cina ini mengekalkan kesinambungan budaya Cina dan membolehkan kesusasteraan Cina klasik terus menjadi aset budaya masyarakat Cina yang amat bemilai.KEPELBAGAIAN GENRE SASTERA CINA KLASIKPuisi

Antologi puisi Cina yang terawal bertajuk Shijing (Klasik Puisi). Antologi ini mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan nyanyian rakyat yang wujud pada tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke-11SMP-771SM) hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh (770SM-476SM) dan dikumpul dari kawasan Lembah Huanghe. la dipercayai disusun pada lebih kurang masa Konfusius (551SM-479SM). Puisi-puisi dalam antologi ini penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi contoh dan member! inspirasi kepada penyajak serta penulis generasi kemudian. Shijing bersama empat klasik lain iaitu Yijing (Klasik Perubahan), Shujing (Klasik Sejarah), Liji (Rekod Ritual) dan Chun qiu (Klasik Musim Bunga dan Musim Luruh), dikenali sebagai Wujing (Lima Klasik) dan sejak kurun ke-2SM ianya sangat dihormati oleh sarjana- sarjana Cina. Puisi yang terkandung dalam Shijing pada asasnya dinyanyikan dengan iringan muzik. Sesetengah puisi, terutamanya puisi kuil juga diiringi oleh tarian.

Pada keseluruhannya kebanyakan puisi dalam Shijing mementingkan elemen lirik lebih daripada elemen naratif. Rima akhir diutamakan untuk mencapai kesan muzik dan tidak bergantung kepada penggunaan kecantikan retorik. Puisi dalam Shijing mempunyai fungsi politik dan sosial selain daripada fungsi sastera. la digunakan dalam pertemuan rasmi; raja dan pegawai diplomatik menyanyikan puisi sebagai pembayang bagi sesuatu keadaan sebenar atau untuk menyatakan maksud sebenar.

Chu ci (Nyanyian Chu) yang juga berasal dari muzik dan tarian dianggap mewakili antologi puisi Cina awal dari selatan di sekeliling kawasan Sungai Yangzi. Puisi-puisi yang berasal dari kawasan selatan ini menunjukkan pola irama yang agak berbeza daripada Shijing, misalnya baris-bans lebih panjang dan kurang tetap menyebabkan puisinya lebih sesuai dideklamasikan.

Mulai dari Shijing hmgga ke Chu ci, puisi Cina klasik kian matang dan sempurna. Dmasti Tang (618-907) menyaksikan kemuncak perkembangan genre ini. Keadaan politik dan ekonomi yang stabil khasnya pada tahap permulaan zaman ini menggalakkan perkembangan puisi Cina klasik mencapai tahap keemasan. Puisi yang telah dihasilkan tiada tandingan dari segi kuantiti dan kualiti. Quan Tangshi (Koleksi Lengkap Puisi Tang) mengumpulkan jumlah puisi lebih kurang 50,000 buah, hasil ciptaan dari 2,000 atau lebih orangpenyajak, termasuk penyajak agung seperti Li Bai, Du Fu dan Bai Juyi. Bentuk puisi utama yang wujud dalam sejarah puisi Cina klasik seperti jueju (puisi empat baris) dan lu shi (puisi lapan baris) juga telah mencapai tahap kematangan. Puisi- puisi ini dihasilkan dan ditulis dengan menggunakan pelbagai terna.

Bagi orang Cina, skop genre shi, yang biasanya diterjemahkan puisi, adalah sangat terhad. Sebenarnya yang boleh kita klasifikasikan di bawah golongan genre puisi wujud dalam banyak bentuk selain bentuk shi. Balada misalnya, begitu banyak jumlahnya. Kebanyakan teks drama juga mengandungi nyanyian dalam bentuk puisi. Yang harus diberi perhatian ialah sejenis puisi yang timbul dari nyanyian penghibur dan digubah dalam rangkap berlainan panjang mengikut bunyi atau suit muzik tertentu dikenali sebagai lirik ci. Di bawah usaha sebilangan penulisan ci yang berbakat seperti Liu Yong, Su Shi, Li Qingzhao, Zhou Bangyan dan Xin Qiji, bentuk ini mengambil tempat shi pada zaman pemerintahan dinasti Song (960-1279) untuk menjadi genre yang paling popular dan representatif.

Ringkasnya, bolehlah kita simpulkan di sini secara keseluruhannya, puisi Cina klasik mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antara ciri yang hams diberikan perhatian ialah pertama, puisi Cina berhubungan rapat dengan muzik; kedua, bersifat kompak (padat) dan singkat, panjangnya kadang-kadang serupa dengan sepucuk telegram; ketiga, puisi naratif atau deskriptif yang boleh dikatakan panjang mengikut standard sastera lain di dunia ini sangat kurang, dan epik tidak wujud; dan keempat, puisi mempunyai fungsi sosial dan politik selain fungsi sastera.ProsaGaris pemisah antara puisi dengan prosa kurang jelas. Ini dapat dilihat khususnya dalam tiga jenis genre. Bentuk fu, genre representatif bagi dinasti Han (206SM-220) misalnya, menunjukkan sifat puisi bercampur prosa. Ini menjelaskan mengapa/M diberi label berlainan seperti prosa bersifat puisi (poetic prose), prosa berima (rhyme prose), rapsodi (rhapsody), puisi bersifat prosa (prose poetry) dalam bahasa Inggeris. Genre lain dalam kumpulan ini termasuk pianwen (prosa selari) iaitu sejenis prosa berirama iaitu syarat-syarat tertentu khasnya mengenai kecantikan retorik dikenakan, dan bagu wenzhang (eight-legged essay), yang merupakan kayu pengukur paling utama dalam menggredkan calon peperiksaan perkhidmatan awam. Prosa jenis bagu ini mensyaratkan penulis perlu mematuhi pelbagai syarat dari segi kandungan dan bentuk apabila menulis. Prosa jenis bagu begitu dominan dalam bidang penulisan Cina selama berabad-abad (1487- 1901).

Prosa klasik, atau dikenali guwen, adalah dominan dalam sastera Cina klasik. la menggunakan bahasa klasik. Terdapat juga prosa vernakular, atau haihuawen, yang ditulis dalam bahasa pertuturan (percakapan). Prosa klasik berdasarkan standard dan stall karya pakar zaman purba, khasnya klasik-klasik Konfusius dan karya ahli falsafah zaman awal sebagai model. Bahasa klasik adalah jauh berbeza dan bahasa pertuturan sehan-hanan kerana la sukar untuk difahami atau dikuasai. Bagaimanapun, bahasa klasik telah menjadi medium bagi hampir semua penulisan prosa disebabkan ia adalah bahasa yang dikhaskan dalam peperiksaan rasmi dan juga kerana penghormatan tradisional yang ada pada pencapaian budaya zaman dahulu. Prosa vernakular yang ditulis dalam bahasa sehari-hari itu dipandang rendah. Bahasa percakapan, walaupun lebih mendekati kegunaan biasa, tidak ditegaskan dalam tradisi Cina, dan dielakkan dalam penulisan sastera sehmgga kurun ke-13 dan ia mulai diguna oleh penulis drama dan fiksyen.

Berlainan dengan prosa di Barat, prosa Cina seperti puisi purba, juga mempunyai rungsi sosial dan politik. Bagi seorang sarjana tradisional, khasnya sarjana Konfusian, sesebuah prosa yang berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan etika. Satu daripada tujuan penulisan prosa adalah untuk 'menyampaikan dao', atau menunjukkan jalan atau cara dari segi moral dan etika.

Zhuang Zi (Zhuang Zi juga nama penulis) boleh dikatakan prosa pra- Qin yang indah sekali. Manakala Shiji (Rekod Sejarah) hasil Sima Qian, sebuah buku sejarah mempunyai penulisan prosa yang terbaik sekali bagi zaman dinasti Han (206SM-220SM). Kecemerlangan Shiji terletak kepada sifatnya sebagai model percantuman sejarah dan kesusasteraan. Buku ini diberi nilai sastera yang amat tinggi dan mempunyai pengaruh besar terhadap bukan sahaja prosa, tetapi juga novel dan drama hari kemudian.

TAMADUN CINA-Kesusasteraan dan KesenianSejarah kesusasteraan cina bermula seawal kurun ke-14 SM dan diteruskan perkembnagannya sehingga lebih 300 tahun. Bahasa cina dapat dikekalkan identitinya walaupun negara China pernah ditalukki oleh orang asing seperti mongol (dinasti Yuan, 1279 1368) dan orang Manchu (dinasti Qing, 1644 1911). Ini adalah kerana tulisan cina tidak bersifat fonetik sebaliknya berbentuk grafik. Sifat yang berbentuk grafik ini telah meninggalkan kesan terhadap kesusasteraan cina dan penyebarannya.Terdapat pelbagai gengre sastera cina klasik seperti puisi, prosa, drama dan juga fiksyen. Antologi puisi cina yang terawal ialah Shi jing yang mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan rakyat yang wujud dalam tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke 11 SM 771 SM) hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh (770 SM 476 SM). Antologi ini dikumpul pada masa konfusius (551 SM 479 SM) di kawasan Lembah Huanghe. Secara amnya, puisi cina berhubung rapat dengan muzik dan ia bersifat padat dan singkat. Puisinya juga lebih naratif atua diskriptif yang mempunyai fungsi sosial dan politik.Perbezaan prosa dan puisi adalah kurang jelas. Prosa dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu prosa bercampur puisi (poetic prose), prosa berirama (rhyme prose), rapsody (rhapsody),dan puisi bersifat prosa (poetry prose). Prosa klasik atau dikenali guwen adalah dominan dalam sastera klasik cina dan ia mempunyai fungsi sosial dan politik. Drama cina berkembang agak lewat kerana penaklukan dinasti Yuan (1279 1368). Walaubagaimanapun, drama cina dari jenis zaju drama berbentuk puisi yang digubah mengikut kesesuaian muzik sangat bersemarak pada zaman dinasti Yuan. Drama digunakan oleh penulis sebagai saluran untuk meluahkan ketidakpuasan perasaan dan mengkritik kerajaan pemerintah seperti drama Douer Yuan (ketidakadilan Yuan). Menjelang lewat kurun ke-18, drama rakyat dari pelbagai daerah mula berkembang dan dipentaskan kepada umum. Dari sini, lahirlah opera cina yang menjadi salah satu kegemaran rakyat cina dalam drama. Drama juga digunakan oleh konfusius untuk menerapkan nilai-nilai moral dan etika. Tamadun cina juga tidak ketinggalan dalam mencipta keseniannya. Muzik klasik, kaligrafi, seni lukis dan seni pembinaan merupakan kesenian yang terawal dalam tamadun cina. Sistem melodi muzik klasik cina adalah kompleks di mana alat-alat yang digunakan dikategorikan mengikut bahan akustik dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Muzik bagi tamadun cina adalah sesuatu yang berharmoni dengan alam semesta dan di letakkan pada satu kedudukan penting pada fahaman konfusius. Pada abab ke-8, kemasukkan muzik dari tamadun lain telah memeriahkan lagi suasana muzik di cina terutamanya dengan kemasukkan tamadun India dan Asia Tengah.Kaligrafi merupakan salah satu kesenian yang paling tinggi diberi penghormatan dalam tamadun cina. Kaligrafi ditulis dengan menggunakan dakwat, berus, kertas dan kadang-kadang sutera. Perkembangan kaligrafi telah menghasil pelbagai bentuk tulisan cina. Kaligrafi dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan seni lukis dan puisi. Su Dongpo (1037 1101) pada zaman dinasti Song merupakan seorang pelukis dan juga seorang pakar kaligrafi. Seni lukisan cina pada dasarnya terbahagi kepada dua kategori iaitu xieyi (freehand) dan juga gongbi (menggunakan garis halus)

Kesusasteraan Tamadun India Perkembangan kesusasteraan tamadun India kebanyakannya diwarisi daripada Empayar Gupta. Nama sasterawan yang paling agung dan terkenal ialah Kalidasa dengan karyanya yang berjudul Sakuntala. Sakuntala mengandungi puisi klasik dan drama tentang sosial masyarakat Hindu. Orang Aryan dan bahasa Sanskrit turut memainkan peranan penting dalam perkembangan kesusasteraan India. Orang Arya telah menghasilkan Kitab Veda yang merupakan kumpulan sajak agama dan tradisi lisan. Perkataan Veda (Vid) bererti melihat dan mengetahui. Empat kitab suci Veda ialah Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda. Vedanga, iaitu anggota kitab-kitab Veda dan terdapat enam bidang pengajian yang dapat membantu memahami kitab-kitab Veda dengan tepat.

India juga terkenal dengan dua buah epik iaitu Mahabharata dan Ramayana. Mahabharata mengisahkan tentang pemerintahan kerajaan Kurukshetra di India Utara, memberi ajaran agama dan moral dan juga dianggap sebagai sejarah bheda (konflik), rajyavinasa (kehilangan negara) dan jaya (kekayaan). Ramayana menerangkan prinsip-prinsip abadi (sanatana dharma) dan menjelaskan sifat-sifat ideal.

Kesasusteraan Sangam merujuk kepada akademi penyair-penyair agung yang menghasilkan puisi. Ia disusun kepada dua koleksi iaitu Pattupattu dan Ettuttokai. Tema-tema puisi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Aham(bahagian dalaman ataupun perasaan dalam hati) dan Puram (bahagian luaran iaitu sifat-sifat mulia seperti semangat keperwiraan, keadilan, berani, murah hati dan sebagainya).

Kehidupan orang India lebih terikat pada alam semula jadi dan kesenian. Dalam bidang seni halus, India telah mencapai kecemerlangan sejak awal tahun masihi lagi. Bidang muzik, tarian dan drama berkembang maju. Dalam muzik India, walaupun teori harmoni tidak begitu meluas, mereka mempunyai raga yang lebih kompleks daripada corak melodi Barat. Raga dan ragini digunakan untuk menggambarkan waktu (kala) atau sesuatu musim, perayaan dan emosi. Alat-alat muzik India terbahagi kepada empat kategori iaitu pertama, tata (tali); kedua, avanaddha (dram); ketiga, ghana (solid atau ideophone); dan keempat, susira (angin).

Tradisi kesenian India juga menunjukkan bahawa seni tarian dan seni muzik mempunyai hubungan yang erat. Antara tarian-tarian utama ialah Bharata Natyam yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.

India maju dalam seni logam terutamanya dalam bidang seni ukir. Pembinaan dasar menampakkan sepenuhnya ciri-ciri seni bina Islam tetapi kerja-kerja pengindahan sesuatu bangunan banyak melibatkan ciri-ciri Hindu. Tiang Asoka merupakan contoh terbaik kemegahan seni bina dan seni ukir India.

Kesusasteraan India awal menunjukkan bahawa bidang seni lukis India mencapai kemajuan pada zaman tersebut. Dinding Istana dan ruang dalaman rumah golongan berada dihiasi dengan lukisan-lukisan yang menarik. Kebanyakan kuil gua (cave temples) India dihiasi dengan lukisan bersifat agama.

KESASTERAAN TAMADUN CINA Kesusasteraan tamadun Cina terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya ialah puisi. Sebagai contoh, Shi Jing merupakan antologi puisi di Utara yang terawal (Klasik Puisi). Puisi dalam Shijing lebih mementingkan elemen lirik lebih daripada elemen naratif. Puisi digunakan dalam pertemuan rasmi raja dan pegawai diplomatik. Puisi dinyanyikan sebagai pembayang bagi sesuatu keadaan sebenar atau untuk menyatakan maksud sebenar.

Selain itu, Chu ci juga merupakan antologi puisi yang terawal di sebelah Selatan (Nyanyian Chu). Puisi-puisi yang berasal dari kawasan selatan ini menunjukkan pola irama yang agak berbeza daripada Shijing, misalnya baris-baris lebih panjang dan tidak tetap menyebabkan puisinya lebih sesuai dideklamasikan.

Tambahan lagi, kesusasteraan tamadun Cina terdiri daripada prosa. Prosa klasik (guwen) adalah dominan dalam sastera klasik Cina dan ia mempunyai fungsi sosial dan politik. Secara amnya, bahasa klasik telah menjadi medium bagi hampir semua penulisan prosa disebabkan ia adalah bahasa yang dikhaskan dalam peperiksaan rasmi dan juga kerana penghormatan tradisional yang ada pada pencapaian budaya zaman dahulu.

Dalam hal ini, drama juga merupakan salah satu kesusasteraan tamadun Cina yang bertujuan mendukung kelakuan baik dan memberi amaran atau waspada terhadap perbuatan-perbuatan jahat. Terdapat penulis-penulis yang menghasilkan karya dan menggunakan karya mereka sebagai saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati atau sebagai alat kritikan. Secara ringkasnya, drama Cina lebih cenderung dalam menekankan nilai-nilai etika berbanding agama.

Sementelahan, fiksyen juga merupakan ciri kesusasteraan tamadun Cina. Fiksyen berperanan sebagai pendukung prinsip-prinsip moral etika dan juga sebagai alat politik. Bahkan juga, fiksyen digunakan sebagai alat untuk menggambarkan dunia utopia dan menyokong perubahan baru.

Tamadun Cina mempunyai ciri kesenian yang tersendiri, seperti muzik klasik Cina. Lazimnya, muzik bagi tamadun Cina adalah sesuatu yang harmoni dengan alam semesta dan tokoh-tokoh seperti Confucius juga mempunyai minat terhadap muzik. Alat-alat muzik Cina dapat dikelaskan kepada kategori meniup, genderang, memetik dan menggesek. Selain memberi hiburan kepada pendengarnya, muzik juga merupakan satu cara untuk memberi nasihat dan gambaran kepada penduduk ketika itu.

Kaligrafi yang merupakan kesenian tamadun China juga melambangkan tahap pencapaian dan kehalusan peribadi seseorang sama ada maharaja mahupun sarjana. Seni kaligrafi memerlukan bahan-bahan tertentu antaranya dakwat, berus, kertas, dan sutera. Selain itu, kaligrafi Cina amat bergantung kepada kemahiran dan imaginasi seseorang pakar kaligrafi untuk menghasilkan bentuk garis yang menarik lalu meggubah struktur yang cantik.

Di samping itu, seni lukis juga antara kesenian tamadun China. Lukisan Cina tradisional boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu yang pertama, Xieyi (bebas tangan) dan kedua, Gonghi (menggunakan garis halus dan teliti dengan memberi perhatian kepada butir-butir). Malahan, setiap lukisan bersifat simbolik dan mementingkan lukisan landskap untuk menggambarkan hubungan manusia dengan alam semula jadi. Oleh itu, lukisan Cina sebagai satu perantara paling baik untuk membayangkan personaliti, perasaan dan jiwa seseorang pelukis.

Selain itu, kesenian tamadun China menampakkan seni bina tinggalan binaan dan tembok dari zaman dahulu yang masih wujud sehingga kini. Antara ciri utama binaan Cina yang paling jelas ialah membuat binaan berdasarkan keharmonian dengan alam semesta (feng shui). Merujuk kepada kepercayaan, lokasi dan penyusunan yang tidak menepati feng shui akan menjejaskan masa depan sesebuah keluarga atau masyarakat.Kesusasteraan Tamadun Melayu Kesusasteraan lisan (tradisi lisan) lazimnya diamalkan oleh kaum tani dan nelayan. Pada waktu tersebut sistem tulisan belum lagi muncul dan masyarakat lazimnya buta huruf. Daya kreativiti mereka dalam bidang kesusasteraan masih tidak terhad disebabkan mereka tidak menguasai sistem tulisan. Sebaliknya ia dikembangkan melalui pertuturan atau penceritaan secara lisan. Hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta oleh kelompok ini disebut sebagai kesusasteraan lisan kerana penyampaian cerita secara lisan. Kesusasteraan lisan dikenali juga sebagai kesusasteraan rakyat.

Kesusasteraan tulisan (tradisi tulisan) muncul apabila orang Melayu mula menerima pengaruh luar. Melalui kemasukan pengaruh India, orang Melayu diperkenalkan dengan sistem tulisan. Kedatangan agama Islam ke alam Melayu membuka satu lembaran baru dalam kamus kesusasteraan Melayu. Agama Islam muncul bersama-sama dengan sistem tulisan yang lengkap bersumberkan al-quran sebagai kitab suci orang Islam. Orang Melayu kini mempunyai sistem tulisan yang dinamakan tulisan Jawi. Tradisi tulisan lebih condong digunakan di istana menjadikan istana sebagai pusat penyebaran ilmu pada masa itu.

Semua hasil karya telah merakamkan segala perihal kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Ia adalah himpunan daya kreativiti masyarakat Melayu tradisional yang menyerlahkan daya fikir, akal budi, sentuhan jiwa, cita rasa, jati diri dan kebijaksanaan masyarakat Melayu.

Secara umumnya, karya-karya kesusasteraan tradisional boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu lisan dan tulisan. Lisan bererti yang dituturkan dan tulisan maksudnya yang ditulis atau dibukukan.

Antara kesenian tamadun Melayu ialah seni muzik. Seni muzik pada zaman dahulu mempunyai hieraki tersendiri. Dalam masyarakat terdapat dua kelompok iaitu tradisi tinggi dan tradisi rendah. Tradisi tinggi dimainkan dalam upacara pertabalan, kematian raja dan upacara mengadap oleh para pembesar di hadapan balairung. Tradisi rendah adalah di kalangan rakyat biasa yang terdiri daripada kaum petani dan nelayan. Di samping pelbagai jenis muzik yang lain seperti muzik wayang kulit, kuda kepang dan ghazal juga merupakan muzik Melayu tradisional dari zaman silam. Antara contoh seni muzik tradisional Melayu ialah gamelan, nobat, caklempong, kompang dan lain-lain.

Selain daripada itu, seni tarian tamadun Melayu terdapat pelbagai jenis tarian unik. Sebagai contohnya, tarian zapin adalah sejenis tarian Arab. Rentak zapin adalah rentak yang digunakan untuk lagu-lagu keagamaan seperti nasyid dan lagu yang menggunakan bahasa Arab dan disesuaikan dengan lagu bahasa Melayu. Gerak-geri sekarang banyak mencerminkan tingkah laku dan kesenian orang Melayu. Ia bertukar menjadi gerak-geri yang lembut dan sopan-santun. Rentak zapin menggunakan pukulan alat-alat dengan ketegasan, kemas dan nyata. Pada asalnya rentak zapin ini cuma memerlukan gendang seperti tambur, meruas dan rebana kecil tetapi kini ditambah serunai dan gambus.

Seni bina tamadun Melayu menampakkan pengaruh Hindu dan Buddha yang begitu kuat. Antara yang terkenal ialah Candi Borobudur di Jawa Tengah. Candi ini dibina berasaskan ajaran Buddha oleh raja-raja Sailendra antara tahun 778 850M. Candi ini dibina daripada batu gunung berapi berwarna kelabu dan memagari sebuah bukit kecil. Bentuknya seperti piramid bertangga dan terdiri daripada lapan tingkat. Kemuncaknya tediri daripada menara batu yang besar (stupa). Setiap tingkat mempunyai menara batu kecil. Dinding Borobudur dihiasi dengan pelbagai lukisan timbul tentang ajaran Buddha.