talking points untuk timbalan ketua pengarah (dasar

16
SA/TU/2011 TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH / (TKPO) JABATAN KIMIA MALAYSIA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 2/2011 _______________________________________ 8 FEBRUARI 2011 (SELASA) IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Upload: vutuong

Post on 28-Jan-2017

328 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: TALKING POINTS UNTUK TIMBALAN KETUA PENGARAH (DASAR

SA/TU/2011

TEKS UCAPAN

KETUA PENGARAH / (TKPO) JABATAN KIMIA MALAYSIA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

BIL. 2/2011

_______________________________________

8 FEBRUARI 2011 (SELASA)

IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Page 2: TALKING POINTS UNTUK TIMBALAN KETUA PENGARAH (DASAR

SA/TU/2011

1

Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara

Majlis,

Yg Berusaha En. Ahmad Ridzuan Ibrahim,

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),

Pengarah-Pengarah Bahagian,

Pegawai-pegawai kanan Jabatan,

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi

sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh dan salam 1 Malaysia.

Page 3: TALKING POINTS UNTUK TIMBALAN KETUA PENGARAH (DASAR

SA/TU/2011

2

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama

memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah

SWT atas limpah rahmat serta keizinanNya

jua dapat kita berhimpun pada pagi ini

sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu

Pejabat Jabatan Kimia Malaysia Bulan

Februari 2011.

Saya mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan terima kasih kepada semua

yang hadir, khususnya kepada Bahagian

Kesihatan Alam Sekitar (KAS) di atas

penganjuran majlis ini. Saya merasakan masih

belum terlewat untuk mengucapkan Selamat

Tahun Baru Cina kepada semua warga Kimia

yang merayakannya. Dengan semangat 1

Page 4: TALKING POINTS UNTUK TIMBALAN KETUA PENGARAH (DASAR

SA/TU/2011

3

Malaysia, saya percaya semua kaum turut

merayakan sambutan tahun baru ini.

1. Persaraan Pegawai:

Pada bulan Januari lalu, kita telah

menyaksikan persaraan En. Chan Kee Bian

dari seksyen narkotik, Bahagian Forensik.

Bagi pihak Jabatan, saya ingin mengucapkan

berbanyak terima kasih di atas segala

sumbangan dan jasa En. Chan Kee Bian

dalam mempertingkatkan lagi perkhidmatan

Jabatan. Terima kasih di atas segala

komitmen yang telah diberikan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan

ini untuk mengumumkan persaraan saya

Page 5: TALKING POINTS UNTUK TIMBALAN KETUA PENGARAH (DASAR

SA/TU/2011

4

bermula 9 Februari ini iaitu esok, setelah

berkhidmat selama 35 tahun dan hari ini

merupakan hari terakhir saya di Jabatan ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada

seluruh warga kerja Jabatan Kimia Malaysia

yang telah banyak membantu saya dalam

menjalankan tugas sepanjang perkhidmatan di

Jabatan ini. InsyaAllah, budi dan jasa tuan-

puan akan sentiasa dikenang.

Saya harap, perancangan kita pada

tahun ini untuk mewujudkan taska,

mendapatkan kuasa polis bantuan untuk

pengawal keselamatan, mengadakan

penstrukturan semula Jabatan dan semua

urusan kenaikan pangkat dan lain-lain

Page 6: TALKING POINTS UNTUK TIMBALAN KETUA PENGARAH (DASAR

SA/TU/2011

5

perancangan dapat diteruskan oleh

kepimpinan baru dengan lebih cemerlang.

Hadirin yang dihormati sekalian,

2. Perasmian JKM Cawangan Kedah:

Sukacita saya maklumkan, JKM Cawangan

Kedah akan dirasmikan oleh Yang Berhormat

Datuk seri Dr. Maximus Johnity Ongkili,

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

pada tahun ini. Tarikh yang dicadangkan

adalah pada 1 Mac 2011. Walaupun pihak

MOSTI dan YB Menteri sendiri belum

memuktamadkan tarikh ini, suka saya

mengingatkan agar pihak Jabatan membuat

Page 7: TALKING POINTS UNTUK TIMBALAN KETUA PENGARAH (DASAR

SA/TU/2011

6

persiapan awal untuk majlis ini supaya

perjalanan majlis lebih teratur.

3. Agenda Pembangunan Sains dan

Teknologi:

YB Menteri MOSTI dalam ucapannya ketika

merasmikan Hari Inovasi MOSTI 2011 di

Pusat Sains Negara berkata, MOSTI akan

menumpukan kepada empat (4) agenda

utama pada tahun ini;

Pertama: meneruskan agenda pembangunan

sains dan teknologi dengan mengadakan

semakan/ kajian terhadap Dasar Sains dan

Teknologi Negara ke-2 bagi menentukan arah

Page 8: TALKING POINTS UNTUK TIMBALAN KETUA PENGARAH (DASAR

SA/TU/2011

7

pembangunan sektor sains dan teknologi

dalam masa 10 tahun akan datang.

Kedua: memantapkan Majlis Sains dan

Penyelidikan Nasional (NSRC) bagi

menentukan hala tuju Kerajaan dalam bidang

pembangunan dan penyelidikan.

Ketiga: mencadangkan tahun 2012 sebagai

tahun sains bagi mempertingkatkan

penggunaan sains dan teknologi.

Keempat: tahun 2011 adalah sebagai

persediaan bagi tahun sains 2012 dengan

menumpukan kepada aktiviti penggalakan

Page 9: TALKING POINTS UNTUK TIMBALAN KETUA PENGARAH (DASAR

SA/TU/2011

8

sains dan matematik dengan bertemakan ‘Go

Science, Love Math’.

Bagi mencapai hasrat ini, MOSTI bersama

agensi-agensi di bawahnya termasuk Jabatan

Kimia Malaysia akan bekerjasama dengan

Kementerian-kementerian dan agensi-agensi

lain. Usaha-usaha yang akan dilaksanakan ini

adalah bagi mencapai kemajuan dalam bidang

sains dan teknologi untuk menjadikan

Malaysia sebagai negara maju dalam bidang

sains.

4. Pencapaian ‘Star Rating’:

Page 10: TALKING POINTS UNTUK TIMBALAN KETUA PENGARAH (DASAR

SA/TU/2011

9

Inisiatif panarafan bintang agensi

perkhidmatan awam merupakan suatu usaha

murni untuk menilai dan mengukur prestasi

agensi-agensi. Penilaian penarafan bintang ini

dilaksanakan bukan sekadar mengejar taraf 5

bintang tetapi bertujuan untuk memastikan

budaya kecemerlangan agensi-agensi

perkhidmatan awam terus dipupuk dan dibaja

melalui amalan-amalan pengurusan terbaik.

Berteraskan konsep ‘what gets measured gets

done’, penarafan bintang adalah salah satu

kayu pengukur utama untuk menilai tahap

pencapaian semasa agensi.

Pada tahun 2010, MOSTI telah

mendapat penarafan 4 bintang daripada pihak

Page 11: TALKING POINTS UNTUK TIMBALAN KETUA PENGARAH (DASAR

SA/TU/2011

10

MAMPU kerana terdapat kekurangan dan

kelemahan untuk diperbaiki khususnya dalam

pengemaskinian Manual Prosedur Kerja dan

Fail Meja.

Walaupun tiada penilaian penarafan

dibuat oleh MAMPU ke atas Jabatan Kimia

Malaysia, pihak Jabatan telah mengambil

inisiatif untuk menjalankan ‘self-evaluation’

dengan menjadikan agensi-agensi yang

mendapat penarafan 5 bintang sebagi

‘benchmark’ dan akan sedaya upaya

mematuhi semua kriteria yang akan

melayakkan ke taraf 5 bintang.

Page 12: TALKING POINTS UNTUK TIMBALAN KETUA PENGARAH (DASAR

SA/TU/2011

11

5. Hadirin sekalian, saya ingin memetik

amanat Y. Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha

Negara dalam ucapannya ketika merasmikan

Majlis Pengiktirafan Penarafan Bintang dan

Pelancaran buku ‘Bersama Melaksana

Transformasi’ pada 27 Januari lalu.

Menerajui Perubahan

Agenda transformasi melalui Pelan

Transformasi Negara, Pelan Transformasi

Ekonomi, Model Baru Ekonomi serta

Rancangan Malaysia Ke-10 menuntut supaya

perkhidmatan awam beralih dari paradigma

lama, bagi membentuk budaya baru yang

mengutamakan inovasi dan penciptaan serta

Page 13: TALKING POINTS UNTUK TIMBALAN KETUA PENGARAH (DASAR

SA/TU/2011

12

pemerkasaan intelektual dan profesionalisme.

Budaya lapuk perlu dipinggirkan sambil

meneroka bidang-bidang baru melalui

kekuatan iltizam dan perubahan dalam cara

berfikir dan bertindak. ‘Always challenge the

status quo; think out of the box; dare to think

dan do differently’ – hendaklah menjadi

mantera dan pedoman dalam melakar warna-

warna transformasi dalam perkhidmatan awam

masa kini.

Mengurus Transformasi

Pendekatan agensi sektor awam yang sering

melaksanakan penambahbaikan secara

bertokok atau incremental, berpaksikan

Page 14: TALKING POINTS UNTUK TIMBALAN KETUA PENGARAH (DASAR

SA/TU/2011

13

amalan pemikiran secara reproduktif, hanya

akan mencetuskan perubahan yang sedikit

dan terbatas. Untuk lebih cemerlang, budaya

pemikiran ini perlu diberikan nafas baru,

dengan mengamalkan budaya pemikiran

secara produktif pula.

Pemikiran secara produktif akan

mengupayakan kita menghasilkan idea-idea

baru yang lebih inovatif berbanding dengan

hanya memberi fokus penambahbaikan idea-

idea yang lama. Justeru sinergi pengamalan

budaya pemikiran produktif akan membuka

ruang-ruang baru serta menzahirkan

memontum dalam menjayakan agenda

transformasi perkhidmatan awam. Sekiranya

Page 15: TALKING POINTS UNTUK TIMBALAN KETUA PENGARAH (DASAR

SA/TU/2011

14

momentum ini dapat digandakan, saya

percaya iltizam untuk mencapai status negara

maju dan berpendapatan tinggi menjelang

tahun 2020 akan tercapai.

Dalam hal ini, apa yang diperlukan

adalah kepimpinan ‘rare breed’ yang didorong

oleh ‘passion’ atau semangat yang meluap-

luap untuk mencapai visi. Kita perlukan

sekumpulan pemimpin yang sentiasa

bertenaga untuk melaksanakan perkara-

perkara baru yang positif, sekali gus

meyemarakkan momentum transformasi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Page 16: TALKING POINTS UNTUK TIMBALAN KETUA PENGARAH (DASAR

SA/TU/2011

15

6. Penutup:

Akhir kata, saya berharap agar setiap warga

Jabatan dapat membuat perubahan mind-set

atau anjakan paradigma untuk menerima

perubahan ini dan berusaha untuk

melengkapkan diri dengan pengetahuan dan

kemahiran yang sesuai bagi meningkatkan

kualiti kerja masing-masing.

Sekian saja ucapan saya, terima kasih dan

selamat bertugas.