taksonomi bloom.docx

5
TAKSONOMI BLOOM Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Taksonomi bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. 1)Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual. 2)Domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan juga dalam pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus rekabentuk sistem dan sebagainya. 3)Domain psikomotor pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan teknikal. Kemahiran ini diterapkan melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan juga lawatan teknikal. Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Taksonomi ini diperkenalkan pada tahun 1956 oleh Benjamin S. Bloom untuk tujuan pendidikan. Pada asalnya, domain kognitif Taksonomi Bloom dibahagikan kepada enam aras. Namun, sekitar tahun 1990-an, terdapat beberapa perubahan telah dilakukan secara berperingkat. Antara perubahan yang telah dilaksanakan ialah perubahan terminologi. Sebagai contoh, tema pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian ditukarkan kepada mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalis, menilai dan membina.

Upload: perodua1962

Post on 10-Sep-2015

238 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Taksonomi bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.

1)Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual.

2)Domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan juga dalam pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus rekabentuk sistem dan sebagainya.

3)Domain psikomotor pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan teknikal. Kemahiran ini diterapkan melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan juga lawatan teknikal.

Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Taksonomi ini diperkenalkan pada tahun 1956 oleh Benjamin S. Bloom untuk tujuan pendidikan.

Pada asalnya, domain kognitif Taksonomi Bloom dibahagikan kepada enam aras. Namun, sekitar tahun 1990-an, terdapat beberapa perubahan telah dilakukan secara berperingkat. Antara perubahan yang telah dilaksanakan ialah perubahan terminologi. Sebagai contoh, tema pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian ditukarkan kepada mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalis, menilai dan membina.

1. Pengetahuan (Knowledge)Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas.Contoh: Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

2. Pemahaman (Comprehension)Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.Contoh: Pilih, terangkan, tulis semula.

3. Aplikasi (Application)Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data, dan lain-lain.Contoh: Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

4. Analisis (Analysis)Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.Contoh: Bezakan, pasti, pilih.

5. Sintesis (Synthesis)Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.Contoh: Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

6. Penilaian (Evaluation)Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik.Contoh: Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.- See more at: http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/01/taksonomi-bloom.html#sthash.YXuRCVzh.dpuf

APA ITU TOKSONOMI KRATHWOHL? Diasaskan oleh, David R. Krathwohl Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik. Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

PENERIMAAN Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap. Terdapattigaperkara berhubung dengan aras ini iaitu :1. Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.2. Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.3. Perhatian yang terkawal atau terpilih pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian

GERAK BALAS Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya. Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

MENILAI Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

ORGANISASI Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.Lawatilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut:-1. http://www.nwlink.com/~Donclark/hrd/bloom.html2. http://classweb.gmu.edu/ndabbagh/Resources/Resources2/krathstax.htm3.http://pkukmweb.ukm.my/~upak/pdffile/2008E/aqilah.pdfPosted bywannur meraisat4:51 PM