taksonomi bl

Upload: com22mathy

Post on 10-Jan-2016

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

IstilahDefinisi

MengingatMendapatkan kembali, mengeluar kembali dan mengingat semula pengetahuan yang relevan daripada ingatan jangka panjang.

Contoh perkataan: Kenal pasti, Senaraikan, Ceritakan, Namakan, ...Persoalan: Adakah murid boleh mengingat semula maklumat?

MemahamiMembina makna daripada maklumat lisan, tulisan dan grafik melalui menginterpretasi, memberikan contoh, mengklasifikasi, membuat ringkasan, membuat inferens, membanding dan menjelaskan.

Contoh perkataan: Buat interpretasi, Berikan contoh, Ringkaskan, Buat parafrasa, ...Persoalan: Adakah murid boleh menjelaskan idea atau konsep?

MengaplikasiMenggunakan prosedur untuk melakukan atau melaksanakan sesuatu.

Contoh perkataan: Dengan menggunakan, Laksanakan, Hitungkan, ...Persoalan: Bolehkah murid menggunakan pengetahuan baru dalam situasi biasa yang lain?

MenganalisisMemecahkan bahan kepada bahagian kecil, menentukan bagaimana bahagian-bahagian kecil berkait antara satu sama lain dan terhadap struktur atau kegunaan umum melalui perbandingan, menyusun atur dan attributing.

Contoh perkataan: Bandingkan, Susun atur, Susun semula, ...Persoalan: Adakah murid boleh membezakan antara bahagian-bahagian kecil?

MenilaiMembuat penghakiman berdasarkan kriteria dan piawaian melalui semakan dan kritikan.

Contoh perkataan: Berikan hujah anda, kritik, sokong, ...Persoalan: Adakah murid boleh menjustifikasikan sesuatu keputusan atau tindakan yang diambil?

MenciptaMenyatukan elemen-elemen untuk membentuk satu gagasan umum yang koheren atau berfungsi; menyusun atur elemen ke bentuk atau struktur baru melalui penjanaan, perancangan dan penghasilan.

Contoh perkataan: Rekakan, Binakan, Rancangkan, Hasilkan, ...Persoalan: Adakah murid boleh menjanakan produk baru, idea baru atau pandangan yang baru?