taklimat - pantas | mpsppantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/mpsp/jabatan perancang... · web viewcadangan...

27
1.0 PENGENALAN Jabatan Perancang Bandar dan Pengindahan adalah salah satu jabatan daripada 9 jabatan-jabatan yang terdapat di dalam organisasi pentadbiran Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Jabatan ini telah mula ditubuhkan pada tahun 1977 di mana sebelum ini fungsi - fungsi Perancang Bandar di dalam kawasan Seberang Perai adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang. Jabatan ini memainkan peranan penting di dalam mengawal pembangunan melalui penguatkuasaan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976, Akta 172 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa ( Pindaan ) 1995, Akta A993, bagi memastikan corak pembangunan adalah bersesuaian dan selaras dengan corak pembangunan yang telah ditetapkan di samping menghalang pembangunan yang bertentangan dengan perancangan di sesuatu kawasan tersebut. Jabatan ini juga bertanggungjawab untuk memastikan kawasan pentadbirannya diperindahkan dengan baik bagi mewujudkan kemudahan-kemudahan rekreasi dan taman-taman awam yang selesa kepada penduduk warga Seberang Perai. Justeru itu kerja-kerja penyelenggaraan dan pengindahan dirancang dengan lebih teratur dan kreatif bagi mewujudkan suasana yang harmoni.

Upload: vuongtu

Post on 28-Jul-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Taklimat - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERANCANG... · Web viewCadangan Pelan Strategik Pulau Pinang Abad 21-8-Fungsi Rancangan Struktur Rancangan Struktur

1.0 PENGENALAN

        Jabatan Perancang Bandar dan Pengindahan adalah salah satu jabatan daripada 9 jabatan-

jabatan yang terdapat di dalam organisasi  pentadbiran Majlis Perbandaran Seberang

Perai (MPSP). Jabatan ini telah mula ditubuhkan pada tahun 1977 di mana sebelum ini

fungsi - fungsi Perancang Bandar di dalam kawasan Seberang Perai adalah di bawah

bidang kuasa Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang.

Jabatan ini memainkan peranan penting di dalam mengawal pembangunan melalui

penguatkuasaan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976, Akta 172  dan Akta

Perancangan Bandar dan Desa      ( Pindaan ) 1995, Akta A993, bagi memastikan corak

pembangunan adalah bersesuaian dan selaras dengan corak pembangunan yang telah

ditetapkan di samping menghalang pembangunan yang bertentangan dengan perancangan

di sesuatu kawasan tersebut.

Jabatan ini juga bertanggungjawab untuk memastikan kawasan pentadbirannya

diperindahkan dengan baik bagi mewujudkan kemudahan-kemudahan rekreasi dan

taman-taman awam yang selesa kepada penduduk warga Seberang Perai. Justeru itu

kerja-kerja penyelenggaraan dan pengindahan dirancang dengan lebih teratur dan kreatif

bagi mewujudkan suasana yang harmoni.

2.0 VISI JABATAN

Mewujudkan pembangunan yang seimbang dan berdaya maju melalui perancangan dan

pengindahan yang komprehensif

3.0 MISI JABATAN

Memastikan perancangan yang seimbang melalui pembangunan mampan, mesra alam,

berindentiti dan menarik selaras dengan kehendak Akta.

-1-

Page 2: Taklimat - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERANCANG... · Web viewCadangan Pelan Strategik Pulau Pinang Abad 21-8-Fungsi Rancangan Struktur Rancangan Struktur

4.0 FUNGSI JABATAN

Majlis Perbandaran Seberang Perai telah menggunapakai keseluruhan Akta Perancangan

Bandar dan Desa, 1976, (Akta 172). bermula pada tarikh 1.1.1985. Selaras dengan

peruntukan Akta 172 dan Akta  Perancangan Bandar dan Desa (pindaan) 1995, (Akta 

A933). Jabatan ini memberi perkhidmatan perancangan mengikut fungsi-fungsi seperti

berikut :-

Memproses permohonan kebenaran merancang  

Memproses permohonan pelan pecah sempadan dan 

cantuman serta penyerahan dan pemberian milik semula tanah .

Merancang dan mengawal corak pembangunan di kawasan Seberang Perai

Menyelaras Kajian Rancangan Struktur (Pengubahan).

Menyelaras Kajian Rancangan-Rancangan Tempatan. 

Memproses pemohonan penamaan taman , jalan dan bangunan

Melaksanakan penguatkuasaan kawalan pembangunan

Mengadakan projek Lanskap untuk kawasan – kawasan yang dikenalpasti.

Menyelenggara pokok-pokok hiasan, Kawasan Lapang dan alat-alat mainan

Memberi ulasan teknikal terhadap pelan bangunan , kerja tanah , ubah  

syarat tanah, sijil layak menduduki, lesen industri dan perniagaan, pemberian

milik tanah, lesen tumpangan sementara (TOL) dan pengambilan balik tanah.

-2-

Page 3: Taklimat - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERANCANG... · Web viewCadangan Pelan Strategik Pulau Pinang Abad 21-8-Fungsi Rancangan Struktur Rancangan Struktur

Memproses permohonan tukar kegunaan bangunan ( change of use)

Merancang dan mengenalpasti tapak-tapak untuk projek Majlis seperti tapak     

penjaja, pasar awam ,dewan dan kawasan-kawasan rekreasi.

Mengadakan dan mengkaji garis panduan piawaian perancangan ,

dasar- dasar perancang dan polisi- polisi pembangunan sejajar

dengan dasar kerajaan dari masa ke semasa

Memberi khidmat nasihat kepada orang ramai dalam hal-hal perancangan

Memberi khidmat pembekalan/sewaan pokok-pokok hiasan (pokok berpasu) untuk majlis-majlis resmi

5.0 ORGANISASI JABATAN

Untuk merealisasikan fungsi-fungsi dengan berkesan, organisasi Jabatan  ini terbahagi

kepada 5 bahagian iaitu seperti berikut :

Bahagian Kawalan Pembangunan dan Teknikal

Bahagian Penguatkuasaan dan Perlesenan

Bahagian Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan

Bahagian Pengindahan

Bahagian Pentadbiran

Selaras dengan itu tiap-tiap bahagian tersebut mempunyai tugas dan tangungjawab

seperti berikut :

Rujuk Rajah 1

-3-

5.1 Bahagian Kawalan Pembangunan dan Teknikal

Page 4: Taklimat - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERANCANG... · Web viewCadangan Pelan Strategik Pulau Pinang Abad 21-8-Fungsi Rancangan Struktur Rancangan Struktur

Memproses permohonan kebenaran merancang untuk sekim perumahan,

perniagaan, industri, institutsi dan lain-lain jenis pembangunan

Memproses permohonan pelan pecahan sempadan , cantuman, penyerahan dan

pemberian milik semula tanah

Memproses permohonan penamaan taman, jalan dan bangunan

Memberi ulasan teknikal terhadap pelan bangunan, kerja tanah, ubah syarat tanah,

sijil layak menduduki, permohonan lesen tumpangan sementara (TOL),

penggunaan tanah kerajaan, pemberian milik tanah, pengambilan balik tanah dan

lain-lain yang berkaitan

Memberi khidmat nasihat kepada orang ramai dalam hal-hal perancangan

5.2 Bahagian Penguatkuasaan dan Perlesenan

Melaksanakan penguatkuasaan terhadap binaan tanpa kebenaran atau premis-

premis yang salah guna kegunaan bangunan ( change of use)

Menyediakan laporan dan kertas pendakwaan terhadap tertuduh kepada Jabatan

Undang-Undang

Memberi ulasan tehadap permohonan lesen perniagaan am dan industri

Menjalankan siasatan dan mengambil tindakan susulan terhadap aduan-aduan

yang diterima

Memproses permohonan tukar guna kegunaan bangunan ( change of use)

-4-

5.3 Bahagian Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan

Page 5: Taklimat - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERANCANG... · Web viewCadangan Pelan Strategik Pulau Pinang Abad 21-8-Fungsi Rancangan Struktur Rancangan Struktur

Menyelaras kajian Racangan Stuktur (Pengubahan)

Menyelaras kajian Rancangan Tempatan

Memberi ulasan dan maklumbalas terhadap laporan Rancangan Struktur dan

Rancangan Tempatan yang disediakan oleh Juru Perunding

Menyediakan maklumat berkaitan kepada Juru Perunding dalam menjalankan

kajian Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan

Menyemak dan memberi ulasan serta maklumbalas terhadap sebarang kajian-

kajian lain yang berkaitan dengan perancangan dan pembangunan kawasan

Seberang Perai

Menyemak dan menyediakan garis panduan piawaian perancangan dari masa ke

semasa

5.4 Bahagian Pengindahan ( Landskap)

Memproses permohonan pelan lanskap

Merancang dan melaksanakan projek-projek pengindahan di tepi-tepi jalan awam,

bulatan jalan,jalan-jalan protokol dan di kawasan rezab kerajaan seperti di tepi

sungai dan sebagainya

Menyelenggara pokok-pokok hiasan dan peralatan permainan kanak-kanak

Menyelenggara kawasan rekreasi awam dan tapak semaian

Menyediakan pelan-pelan lanskap bagi kawasan rekreasi

Memberi perkhidmatan /sewaan pokok-pokok hiasan ( pokok berpasu)

5.5 Bahagian Pentadbiran

Menyelenggara fail-fail permohonan dan fail am

Merekod dan mengedar surat menyurat

-5-

Menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan keputusan permohonan

Menyediakan dan mengawalselia iventori pejabat

Page 6: Taklimat - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERANCANG... · Web viewCadangan Pelan Strategik Pulau Pinang Abad 21-8-Fungsi Rancangan Struktur Rancangan Struktur

Menyediakan bil-bil bayaran proses permohonan

Lain-lain tugas yang berkaitan dengan urusan kakitangan

6.0 PERJAWATAN

Mengikut perjawatan yang telah dipersetujui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam jumlah

keseluruhan kakitangan Jabatan Perancang Bandar dan Pengindahan ialah seramai 283

orang di mana 175 orang atau 61% daripadanya adalah Pekerja Rendah Awam Bahagian

Pengindahan sementara selebihnya adalah kakitangan teknikal dan pentadbiran.

Manakala jumlah kakitangan Jabatan Perancang Bandar dan Pengindahan sekarang ini

ialah seramai 168 orang sahaja atau 60% daripada jumlah perjawatan yang diluluskan

dan masih berkurangan seramai 116 orang (40%)kakitangan.

Dari jumlah kakitangan yang sedia ada seramai 102 orang (36 %) berjawatan tetap, 55

orang bertaraf kontrak dan 11 orang masih lagi pekerja sambilan. Adalah menjadi

harapan jabatan supaya pengisian kekosongan jawatan-jawatan tersebut dapat

disegerakan bagi mengurangkan bebanan tugas yang kian bertambah dan seterusnya

dapat memantapkan lagi prestasi jabatan .

Secara terperinci mengenai butir-butir jawatan tersebut boleh dirujuk pada jadual 1

seperti berikut :.

-6-

JADUAL : 1PERJAWATAN JABATAN PERANCANG BANDAR DAN PENGINDAHAN

Page 7: Taklimat - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERANCANG... · Web viewCadangan Pelan Strategik Pulau Pinang Abad 21-8-Fungsi Rancangan Struktur Rancangan Struktur

BIL NAMA JAWATAN GREDSSM

PERUNTUKANJAWATAN

JAWATANDIISI BELUM

DIISITETAP KONTRAK SAMBILAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.7.8.9.10.11.12.

13.14.15.16.17.18.

19.

PENGARAH PERANCANGBANDARPEN.PENGARAHPERANCANG BANDARPEN PEG.PERANCANGBANDAR KANANPEN.PEG. PERANCANGBANDARPEMBANTU TEKNIKLANDSKAPPEN.PEG. PERTANIANPEMBANTU PEKEBUNANJURUTEKNIK KANANPELUKIS PELAN KANANJURUTEKNIKPELUKIS PELANPEGAWAI KERANI KANANPEMBANTU TADBIRPEMBANTU PERTANIANMANDORPEMANDUJURUTAIPPEMBANTU TADBIR RENDAHPEKERJA RENDAH AWAM

J48

J41

J36

J29

J29

G32G27J22J22J17J17N22

N17G17R4R4

N11R4

R1

1

5

2

6

1

123321153

11372031

175

1

5

2

1

-

1-33873

31-521

56

-

-

-

1

1

-1--1--

4-761-

33

-

-

-

-

-

-------

-2---1

8

-

-

-

4

-

-1--

128-

4--9--

78

JUMLAH 283 102 55 11 116

-7-

7.0 RANCANGAN PEMAJUAN

Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) telah meperkenalkan satu sistem perancangan yang sistematik telah mewajibkan setiap Pihak Berkuasa Tempatan

Page 8: Taklimat - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERANCANG... · Web viewCadangan Pelan Strategik Pulau Pinang Abad 21-8-Fungsi Rancangan Struktur Rancangan Struktur

menyediakan Rancangan Pemajuan yang dikenali sebagai Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan bagi kawasan pentadbirannya.Bagi maksud tersebut jabatan ini telah terlibat secara lansung sebagai penyelaras dalam penyediaan rancangan pemajuan tersebut .

7.1 Rancangan Struktur

Rancangan Struktur merupakan satu rancangan pembangunan yang mengemukakan strategi, dasar dan gambarajah peta cadangan ( zoning pelan) sebagai garispanduan untuk pemajuan dan penggunaan tanah secara komprehensif.

Rancangan struktur Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah disediakan sejak tahun 1985 yang dikenali sebagai Rancangan Struktur MPSP dan mendapat kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang pada 7 mei 1991 serta diwartakan oleh Pihak berkuasa Negeri pada 19 ogos 1993.

Pada 9 mac 1993, Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau pinang telah mengarahkan supaya pihak MPSP mengambil tindakan segera untuk mengkaji semula dan membuat pengubahan-pengubahan yang perlu ke atas Rancangan Struktur yang sedia ada.Secara amnya kajian Rancangan Struktur MPSP di jalankan semula untuk mengambil kira faktor-faktor berikut :

Perkembangan dan perubahan dalam senario pembangunan negeri Pulau Pinang melalui sitem perhubungan yang lebih baik dengan adanya jambatan Pulau Pinang dan Lebuh Raya Utara Selatan , Lebuh Raya Kulim-Butterworth (BKE) serta pembinaan terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT)

Ujudnya cadangan kawasan baru untuk pembangunan seperti Bandar PERDA , Kepala Batas dan Bandar Batu Kawan

Berlaku pengubahan dasar pembangunan negeri

Pengaruh pembagunan Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) ke atas negeri Pulau Pinang

Cadangan ‘ Land Bridge’ antara Pulau Pinang dengan Selatan Thailand

Cadangan Pembangunan Kawasan Sempadan Kedah, Pulau Pinang dan Perak

Cadangan Pelan Strategik Pulau Pinang Abad 21

-8-7.1.1 Fungsi Rancangan Struktur

Page 9: Taklimat - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERANCANG... · Web viewCadangan Pelan Strategik Pulau Pinang Abad 21-8-Fungsi Rancangan Struktur Rancangan Struktur

Rancangan Struktur mengandungi dasar-dasar jangka panjang yang luas serta mempunyai beberapa fungsi utama yang saling berkait rapat iaitu seperti berikut :

Mentafsirkan dasar-dasar negara dan negeri Pulau Pinang

Membentuk matlamat, dasar-dasar dan cadangan-cadangan pembangunan sosioekonomi dan persekitaran

Menyediakan rangka kerja bagi rancangan-rancangan tempatan

Mengenalpasti kawasan-kawasan tindakan yang memerlukan tindakan segera

Sebagai panduan kepada MPSP untuk tujuan kawalan pembangunan

Menyediakan asa bagi menyelaras keputusan-keputusan agensi-agensi kerajaan dan swasta

Membentang isu-isu utama, dasar perancangan dan cadangan pembangunan kepada Jawatankuasa Perancangan Negeri

Rancangan Struktur ( Pengubahan) MPSP telahpun disiapkan dan distranta kepada orang ramai pada tahun 2000 yang lalu. Rancangan Struktur ( Pengubahan ) ini juga telahpun dibentang kepada Jawatankuasa Perancangan Negeri Pulau Pinang tetapi ditangguhkan sehingga Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang disiapkan. Tempoh Rancangan Struktur (Pengubahan )MPSP ialah sehingga tahun 2010

7.2 Rancangan Tempatan

Manakala Rancangan Tempatan pula , adalah merupakan satu rancangan pembangunan yang mengandungi cadangan pemajuan tanah secara lebih terperinci . Keperluan penyediaannya adalah selaras dengan kehendak seksyen 12 (i) Akta 172, di mana Pihak Berkuasa Tempatan boleh menyediakan Draf Rancangan Tempatan bagi mana-mana kawasannya.

-9-

7.2.1 Fungsi Rancangan Tempatan

Page 10: Taklimat - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERANCANG... · Web viewCadangan Pelan Strategik Pulau Pinang Abad 21-8-Fungsi Rancangan Struktur Rancangan Struktur

Pada amnya Rancangan Tempatan mengandungi suatu peta cadangan mengenai pembanguan untuk satu tempoh tertentu, disamping penyataan bertulis yang menerangkan dengan lebih terperinci segala cadangan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan untuk pemajuan dan pengunaan tanah yang dikenalpasti. Cadangan-cadangan ini termasuklah memperelokan keadaan alam sekitar, lalulintas, infrastruktur, kemudahan-kemudahan dan ameniti-ameniti di dalam kawasan Rancangan Tempatan ( seksyen 12(3) ). Antara fungsi-fungsinya adalah seperti berikut :

Meterjemahkan dan melaksanakan strategi Rancangan Struktur

Mengemukakan dasar-dasar serta menyediakan asas terperinci bagi kawalan pembangunan

Mengemukakan isu-isu Perancangan Tempatan untuk pertimbangan dan penyiasatan awam

Sehingga kini sebanyak 4 Rancangan Tempatan telahpun disediakan iaitu:

Rancangan Tempatan Tasek Gelugor (SPU) - Deraf Laporan Akhir

Rancangan Tempatan Kepala Batas –Deraf Laporan Akhir

Rancangan Tempatan Jawi- Sungai Bakap- Nibong Tebal –Deraf Laporan Akhir

Rancangan Tempatan Butterworth- Bukit Mertajam –Deraf Laporan Akhir

Kesemua deraf laporan akhir bagi kajian Rancangan Tempatan tersebut telahpun dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri Pulau Pinang. Bagaimanapun keputusannya telah ditangguhkan sehingga Rancangan Struktur Negeri di siapkan. Rujuk Jadual : 2

8.0 PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG

Memproses permohonan kebenaran merancang merupakan antara fungsi utama Jabatan Perancang Bandar dan pengindahan . Proses ini dilakukan berdasarkan kaedah sepertimana yang dinyatakan di dalam seksyen 19(2)(A) Akta Perancang Bandar 1976 Akta 172.Mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 Seksyen 21(1),Permohonan Kebenaran Merancang Kaedah 3(1) sekiranya tuan tanah/tuan bangunan yang hendak membuat perkara-perkara berikut, perlu memohon kebenaran merancang:-

-10-

Untuk mendirikan/membina/menjalankan sesuatu bangunan diatas tanah.

Page 11: Taklimat - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERANCANG... · Web viewCadangan Pelan Strategik Pulau Pinang Abad 21-8-Fungsi Rancangan Struktur Rancangan Struktur

Untuk memecahkan/bahagi sempadan tanah.

Untuk menyatukan sempadan tanah.

Untuk membuat perubahan yang matan dalam pengunaan tanah.

Untuk membuat perubahan yang matan dalam  penggunaan bangunan.( Change of use)

Untuk menjalankan tambahan/perubahan keatas  sesuatu bangunan.

8.1 Prosedur Memproses Permohonan Kebenaran Merancang

Setiap permohonan kebenaran merancang yang dikemukakan kepada jabatan hendaklah dibuat melalui orang-orang yang berkelayakan seperti Jururancang Bandar, Akitek, Jurutera, Juruukur dan Pelukis Pelan Berdaftar

Setiap permohonan tersebut perlulah mengandungi butir-butir berikut :

Borang A – 2 salinan

Pelan susunatur yang turut mengandungi pelan kunci dan pelan lokasi ( 24 salinan)

Salinan suratan hakmilik tanah bagi lot cadangan – 2 salinan

Salinan resit cukai tanah terkini – 2 salinan

Salinan pelan cetak pindah ( CP) – 2 salinan

Bayaran proses pelan

Laporan Cadangan Pemajuan ( LCP)- 3 salinan jika berkaitan

Pelan Ukur Keliling ( Survey Plan) – 3 salinan

Permohonan kebenaran merancang tersebut diproses mengikut carta aliran seperti di rajah 2

-11-

Page 12: Taklimat - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERANCANG... · Web viewCadangan Pelan Strategik Pulau Pinang Abad 21-8-Fungsi Rancangan Struktur Rancangan Struktur

9.0 ISO 9001 : 2000

Bagi memantapkan lagi prestasi jabatan serta mewujudkan budaya kerja yang efesien pihak jabatan telah berjaya menyediakan beberapa prosedur kerja yang berdasarkan ‘standard ‘ ISO 9001 : 2000 .

Prosedur-prosedur tersebut adalah seperti berikut :

Prosedur proses permohonan kebenaran merancang untuk pembangunan

Prosedur proses permohonan pelan pecahan sempadan/penyerahan dan pemberian milik semula /cantuman tanah

Prosedur proses pelan landskap

Prosedur penyelenggara kerja-kerja lanskap

9.1 Objektif Kualiti Jabatan

Selaras dengan prosedur yang diimplementasi pihak jabatan juga telah mengujudkan beberapa objektif kualiti jabatan seperti berikut :

Memastikan setiap permohonan kebenaran merancang yang lengkap diterima dirujuk kepada jabatan teknikal yang berkaitan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh diterima

Memastikan setiap permohonan yang telah lengkap ditunai syarat diberi keputusan dalam tempoh 12 minggu daripada tarikh tunai syarat di terima

Memastikan setiap permohonan pelan pecahan sempadan/penyerahan dan pemberian milik semula/cantuman tanah diberi keputusan dalam tempoh 12 minggu daripada tarikh permohonan lengkap diterima

Memastikan setiap permohonan pelan lanskap diberi keputusan dalam tempoh 10 minggu daripada tarikh permohonan lengkap diterima

Memastikan penyelenggaraan kerja-kerja lanskap dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan

Memastikan setiap pelan bangunan yang dirujuk diberi ulasan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pelan tersebut diterima oleh jabatan

-12-

10.0 MESYUARAT JAWATANKUASA PERINGKAT MAJLIS

Page 13: Taklimat - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERANCANG... · Web viewCadangan Pelan Strategik Pulau Pinang Abad 21-8-Fungsi Rancangan Struktur Rancangan Struktur

Jabatan Perancang Bandar dan Pengindahan turut terlibat sebagai urusetia kepada jawatankuasa-jawatankuasa berikut :

Jawatankuasa Perancangan dan Bangunan

Jawatankuasa Mendengar Bantahan

Jawatankuasa Pembangunan dan Pengindahan

10.1 Jawatankuasa Perancangan dan Bangunan

Menimbang dan membuat perakuan kepada Majlis Penuh atas semua perkara Berikut :

Permohonan pelan kebenaran merancang

Permohonan Pelan bangunan

Cadangan projek-projek Majlis dari segi kesesuai tapak dan perlaksanaan

Binaan tanpa kebenaran dan cara pendakwaan

Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan

Menamakan sekim perumahan, kawasan perniagaan, industri,jalan, bangunan dan tempat-tempat awam

Lain-lain perkara yang berkaitan dengan jawatankuasa ini

10.2 Jawatankuasa Mendengar Bantahan

Mengikut seksyen 21(6) Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 setiap permohonan kebenaran merancang yang diterima satu notis pemberitahuan hendaklah disampaikan oleh majlis kepada tuan punya tanah bersempadan bagi menyatakan hak mereka terhadap cadangan yang dikemukakan dalam tempoh 3 minggu daripada tarikh notis tersebut samada mempunyai apa-apa bantahan atau pandangan.

Sekiranya terdapat bantahan maka satu mesyuarat mendengar bantahan akan diadakan di mana pihak pembantah, pemohon/pemaju dan kosultant turut diminta hadir untuk memberi penjelasan kepada ahli jawatankuasa .

-13-Oleh itu peranan Jawatankuasa Mendengar Bantahan ini adalah membuat keputusan sama ada bantahan-bantahan tersebut diterima ataupun tidak

10.3 JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN PENGINDAHAN

Page 14: Taklimat - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERANCANG... · Web viewCadangan Pelan Strategik Pulau Pinang Abad 21-8-Fungsi Rancangan Struktur Rancangan Struktur

Jawatankuasa ini adalah berperanan membuat perakuan kepada Majlis Penuh mengenai perkara-perkara berikut :

Cadangan projek-projek Majlis seperti pembinaan gerai, pasar awam, dewan orang ramai dan sebagainya

Cadangan tapak-tapak rekreasi

Perancangan untuk program pengindahan termasuk tanah lapang, taman rekreasi dan taman permainan kanak-kanak

Projek-projek pengindahan dibawah program zon Bersih Indah

Lain-lain perkara yang berkaitan dengan bidang kuasa jawatankuasa ini

11.0 LEMBAGA RAYUAN NEGERI PULAU PINANG

Di Negeri Pulau Pinang , Lembaga Rayuan sebagaimana yang diperuntukan di bawah seksyen (36) Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 telah ditubuhkan pada 1989. Fungsi Lembaga Rayuan ini adalah memberi peluang kepada orang awam untuk mengemukakan rayuan sekiranya terkilan atau tidak berpuashati dengan keputusan pihak Majlis.

Mengikut Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), kes-kes rayuan yang boleh dikemukakan adalah mengikut seksyen 23, 25(9),30(2) dan 30(7) akta tersebut. Mengikut seksyen ini kes-kes rayuan yang boleh diberi pertimbangan adalah berhubung dengan :

Pernolakan terhadap permohonan kebenaran merancang atau merayu terhadap syarat-syarat yang dikenakan oleh Majlis dalam meluluskan sesuatu permohonan ( Seksyen 23(1)(a)

Pemaju-pemaju tanah yang bersempadan dengan tanah yang akan dimajukan dimana bantahan mereka ditolak oleh Majlis( Seksyen 23(1)(6)

-14-

Seseorang yang terkilan terhadap pembayaran balik pampasan yang ditawarkan oleh Majlis hasil daripada penarikan balik kebenaran merancang dan pengubahsuaian kebenaran merancang (Seksyen 25 (9) )

Seseorang yang terkilan dengan notis permintaan oleh Majlis untuk :

Page 15: Taklimat - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERANCANG... · Web viewCadangan Pelan Strategik Pulau Pinang Abad 21-8-Fungsi Rancangan Struktur Rancangan Struktur

- Diberhentikan penggunaan- Mengenakan syarat-syarat bagi penggunaan tanah- Meminta langkah-langkah tertentu diambil (Seksyen 30(2) )

Seseorang yang terkilan dengan amaun pampasan yang ditawarkan Di mana dalam memenuhi notis permintaan, pemunya tanah telah Menanggung kerosakkan yang berupa kesusutan nilai tanah atau Melakukan berlanja-berlanja atau kos-kos ( Seksyen 30(7) )

Ahli-ahli Lembaga Rayuan dilantik oleh Pihak berkuasa Negeri di bawah Seksyen 36(2), melalui pemberitahu dalam Warta negeri. Mereka dipilih dari kalangan ahli-ahli professional, pesara dan orang awam yang mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang dan mempunyai kedudukan yang dihormati dan disegani masyarakat.

Pada kebiasaannya setiap persidangan Lembaga Rayuan adalah dihadiri oleh pengerusi dan sekurang-kurangnya dua orang ahli lembaga. Tempoh lantikan ahli-ahli lembaga adalah selama 2 tahun dan bilangan ahli yang dibenarkan adalah tidak melebihi 12 orang.

12.0 UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAPAKAI

- Akta Perancang Bandar dan desa 1976 (Akta 172)

- Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974

- Town Board enakmen Cap 137

- Undang-undang kecil Bayaran Pelan 1981

- Kanun Tanah Negara

- Akta Hakmilik Strata 1985

- Akta Pengambilan balik tanah

- Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ( Akta 127)-15-

13.0 REKOD-REKOD PERMOHONAN

Sejak tahun 1995 hingga bulan Disember 2002 terdapat sebanyak 2987 permohonan yang telah diterima oleh pihak jabatan. Dari jumlah tersebut 1464 (49%) merupakan permohonan kebenaran merancang untuk tujuan pembangunan , 999 (33%) permohonan

Page 16: Taklimat - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERANCANG... · Web viewCadangan Pelan Strategik Pulau Pinang Abad 21-8-Fungsi Rancangan Struktur Rancangan Struktur

pelan pecahan sempadan/cantuman tanah dan 524 (18%) adalah permohonan pelan landskap.

Sementara pada tahun 1995 hingga Disember 2002 jumlah permohonan yang telah diberi kelulusan adalah sebanyak 2816 yang terdiri daripada 1295 (45%) pelan kebenaran merancang, 921(32%) pelan pecahan sempadan/cantuman tanah dan 527 (23%) merupakan pelan landskap.

Sesungguhnya faktor ekonomi turut memberi kesan terhadap pembangunan di Seberang Perai . Ini terbukti pada tahun 1995 hingga tahun 1997 ketika ekonomi negara stabil jumlah permohonan yang diterima dan diluluskan telah meningkat dengan mendadak berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Bagaimanapun kegawatan ekonomi yang melanda negara pada tahun 1998 hingga sekarang turut mengurangkan jumlah permohonan yang diterima mahupun yang diluluskan. Rujuk Jadual : 3 dan Jadual: 4

JUMLAH PERMOHONAN YANG DITERIMA 1995 – DIS 2002

TAHUN 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002

PELAN SUSUNATUR 288 208 268 150 151 114 120 165PELAN PECAHAN/CANTUMAN TANAH 142 164 163 117 103 88 101 121

PELAN LANDSKAP 92 70 115 86 50 65 30 16

JUMLAH 522 442 546 353 304 267 251 302

JADUAL : 3

-16-

JUMLAH PERMOHONAN YANG DILULUSKAN 1995 – DIS 2002

TAHUN 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002

PELAN SUSUNATUR 355 148 231 158 80 121 94 108

Page 17: Taklimat - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERANCANG... · Web viewCadangan Pelan Strategik Pulau Pinang Abad 21-8-Fungsi Rancangan Struktur Rancangan Struktur

PELAN PECAHAN/CANTUMAN TANAH 114 181 157 151 66 59 112 81

PELAN LANDSKAP 73 92 115 80 56 62 33 16

JUMLAH 542 421 503 389 202 242 239 278

JADUAL : 4

14.0 PERUNTUKAN KEWANGAN BAHAGIAN PENGINDAHAN( 2003)

PERKARA JUMLAH PERUNTUKAN(RM)

PENYELENGGARAAN TEMPAT SEMAIAN

KONTRAK MEMOTONG RUMPUT JALAN-JALAN SEBERANG PERAI

KONTRAK PENYELENGGARAAN JALAN PROTOKOL DAN JALAN UTAMA SEBERANG PERAI

PENYELENGGARAAN & PENGINDAHAN TAMAN REKREASI & PADANG PERMAINAN

PENYELENGGARAAN KERJA-KERJA LANDSKAP

PENYELENGGARAAN & MEMBAIKI MESIN RUMPUT

35,000

2,800,000

700,000

850,000

2,750,000

23,000

JUMLAH 7,158,000

JADUAL : 5 -17-15.0 SENARAI PROJEK-PROJEK PENGINDAHAN 2002

TAJUK PROJEK KOS PROJEK(RM)

Pembekalan dan pemasangan peralatan permainan RM 49,990.00

Page 18: Taklimat - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERANCANG... · Web viewCadangan Pelan Strategik Pulau Pinang Abad 21-8-Fungsi Rancangan Struktur Rancangan Struktur

kanak-kanak di tanah lapang Taman remia, SPT

Cadangan manaik taraf padang awam di atas lot 598 Permatang Krai kecil SPU

Cadangan menaik taraf padang awam di atas lot 3761 Mukim 12 SPU

Kontrak tahunan membekal pasu bunga roman dan bangku rehat terrazzo untuk MPSP tahun 2002

Cadangan landskap padang permainan kanak-kanak dan padang bola Pekan Darat SPU

Kerja-kerja penyelenggaraan pokok di Jalan Bukit Tambun dan Batu Kawan SPS

Cadangan pengindahan di kawasan Masjid dan memasang lampu globe/papan nama masjid tasek Junjung SPS

Kerja-kerja lanskap di kawasan Makhamah Munisipal MPSP

Kerja memasang lampu sportlight di Taman Sejahtera Alma SPT

Kerja-kerja memasang lampu sportlight (gelanggang bola keranjang) di Taman Chai Ling SPT

Cadangan landskap sekolah dan Taman Refleksologi di Sek. Men. Tun Syeh Barakbah SPS

Membekal pokok hiasan ke Sek. Men. Tun Syeh Barakbah SPS

Cadangan lanskap di kawasan kompleks penjaja Taman Tun Dr. Awang Bagan Ajam SPU

TAJUK PROJEK

RM 238,500.00

RM 230,240.00

RM 200,000.00

RM 19,180.00

RM 39,614.00

RM 19,860.00

RM 47,460.00

RM19,600.00

RM 19,580.00

RM 19,644.00

RM 18,850.00

RM 19,600.00

KOS PROJEK

Page 19: Taklimat - Pantas | MPSPpantas.mpsp.gov.my/e-taklimat/MPSP/JABATAN PERANCANG... · Web viewCadangan Pelan Strategik Pulau Pinang Abad 21-8-Fungsi Rancangan Struktur Rancangan Struktur

Kerja-kerja pengindahan di hadapan Bank Bumiputra Comerce, Taman Selat SPU

Kerja-kerja menganti bumbung wakaf di Taman Bandar Ampang Jajar fasa 2 SPT

Kerja membaiki, mengecat dan mengantikan railing di sepanjang Jalan Kg. Gajah hingga Telok Air Tawar SPU

Kerja membekal pokok Bougainvilliea, Ficus Gold dan Ficus Benjamin

Membekal banner/bendera bagi sambutan hari kemerdekaan

Kerja menaik taraf landskap di Tasek Gelugor SPU

Kerja menaik taraf landskap di Jalan Bagan Dalam/ Chain Ferry SPU

Kerja memasang railing/grating di sebahagian Tanah Lapang permainan kanak-kanak di Taman Bertam Kepala batas SPU

Kerja-kerja menaik taraf landskap di persimpangan lampu isyarat hadapan bBalai Polis Butterworth SPU

Cadangan menaik taraf di Jalan Bertam dari hadapan Balai Bomba hingga Pejabat Pos Kepala Batas

Cadangan menaik taraf landskap di kawasan Kompleks Kerajaan Zon A SPU

Cadangan menaik taraf landskap di Kawasan Kompleks Kerajaan Zon B SPU

Cadangan menaik taraf landskap di Kawasan Kompleks Kerajaan Zon C SPU

RM 44,206.00

RM 14,010.00

RM 18,300.00

RM 31,100.00

RM 47,800.00

RM 16,000.00

RM 16,096.00

RM 18,840.00

RM 18,014.00

RM 27,234.00

RM 20,915.00

RM 24,904.00

RM 19,010.00

-19-