retreat kementerian air, tanah dan sumber asli (kats), majlis … · 2018. 8. 20. · program telah...
TRANSCRIPT
-
Retreat Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), Majlis Pelancaran
Jalur Gemilang serta Pameran INSTUN
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) telah mengadakan Retreat KATS
pada 17 - 19 Ogos 2018 bertempat di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN).
Program ini telah dihadiri oleh pengurusan tertinggi kementerian meliputi YBhg Dato'
KSU, YBhg Dato' TKSU SA, SUBK, ketua-ketua jabatan, Timbalan Ketua Pengarah
jabatan-jabatan, SUB kementerian dan pegawai-pegawai kanan
kementerian/jabatan/ajensi yang berkaitan.
Program telah dimulai dengan amanat yang telah disampaikan oleh YBhg Tan Sri
Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada 17 Ogos 2018. Pada 18 Ogos
2018 pula, Program Pelancaran Jalur Gemilang telah dilancarkan diikuti dengan
Pameran INSTUN. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar
Arulanandam. Sejurus selepas Pelancaran Jalur Gemilang, YB Menteri dibawa ke
Perpustakaan INSTUN bagi melihat pameran yang telah disediakan.
Program diteruskan sehingga 19 Ogos 2018 bagi sesi penutup Retreat KATS 2018
oleh YB Menteri KATS. INSTUN mengucapkan berbanyak terima kasih dan
berbesar hati atas pemilihan INSTUN sebagai lokasi bagi Retreat KATS 2018.
Begitu juga dengan kehadiran YBhg Tan Sri KSN dan program khas kibar jalur
gemilang. Kerjasama semua urusetia terutama dari UPSA KATS, BPKN KATS ,
INSTUN dan lain-lain amat dihargai. Sebarang kekurangan akan dibuat
penambahbaikan di masa hadapan.