tajuk_3niagaantarabangsa

25
TAJUK 3: PERNIAGAAN ANTARABANGSA 3.1: Pengenalan Pada masa kini, jumlah perdagangan dunia amat besar iaitu kira-kira US$ 7 trillion. Perdagangan Antarabangsa wujud kerana tidak ada sesuatu negara di dunia ini mempunyai sumber yang mencukupi untuk menghasilkan semua barangan dengan sempurna. Oleh itu tidak ada sesuatu negara di dunia ini yang berkemampuan untuk menghasilkan barangan yang dapat memenuhi kesemua kehendak dan kemahuannya, maka setiap negara akan berdagang barangan yang ia dapat menghasil secara berkesan untuk barangan yang negara-negara lain mampu hasilkan secara berkesan. 3.2: Definisi Perniagaan Antarabangsa Perniagaan Antarabangsa merupakan aktiviti-aktiviti perniagaan (pembelian/import dan penjualan/eksport barangan dan perkhidmatan) yang dirangka dan dijalankan sama ada dua (2) hala ataupun pelbagai hala antara sebuah negara dengan negara yang lain. Lazimnya ia dijalankan melangkaui sempadan geografi dan politik sesebuah negara untuk mencapai objektif/matlamat individu atau organisasi. Perniagaan Antarabangsa Perniagaan Import Perniagaan Eksport Import Nyata Import Tidak Nyata Eksport Nyata Eksport Tidak Nyata (Barangan) (Perkhidmatan) (Barangan) (Perkhidmatan) 1

Upload: fatin-hafizah-mohammad-sukri

Post on 08-Jun-2015

3.919 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK_3NiagaAntarabangsa

TAJUK 3: PERNIAGAAN ANTARABANGSA

3.1: Pengenalan

Pada masa kini, jumlah perdagangan dunia amat besar iaitu kira-kira US$ 7 trillion.

Perdagangan Antarabangsa wujud kerana tidak ada sesuatu negara di dunia ini mempunyai sumber yang mencukupi untuk menghasilkan semua barangan dengan sempurna.

Oleh itu tidak ada sesuatu negara di dunia ini yang berkemampuan untuk menghasilkan barangan yang dapat memenuhi kesemua kehendak dan kemahuannya, maka setiap negara akan berdagang barangan yang ia dapat menghasil secara berkesan untuk barangan yang negara-negara lain mampu hasilkan secara berkesan.

3.2: Definisi Perniagaan Antarabangsa

Perniagaan Antarabangsa merupakan aktiviti-aktiviti perniagaan (pembelian/import dan penjualan/eksport barangan dan perkhidmatan) yang dirangka dan dijalankan sama ada dua (2) hala ataupun pelbagai hala antara sebuah negara dengan negara yang lain.

Lazimnya ia dijalankan melangkaui sempadan geografi dan politik sesebuah negara untuk mencapai objektif/matlamat individu atau organisasi.

Perniagaan Antarabangsa

Perniagaan Import Perniagaan Eksport

Import Nyata Import Tidak Nyata Eksport Nyata Eksport Tidak Nyata (Barangan) (Perkhidmatan) (Barangan) (Perkhidmatan)

3.3: Kepentingan/Peranan Perniagaan Antarabangsa

Selain memenuhi kehendak dan kemahuan sesebuah negara, perniagaan antarabangsa juga memberi faedah-faedah seperti:-

a. Imbangan Perdagangan (The Balance of Trade)Ia ditetapkan oleh perhubungan diantara nilai import barangan dan nilai eksport barangan yang dihasilkan dalam negara.

Apabila nilai eksport barangan sesebuah negara melebihi nilai import barangannya, maka imbangan perdagangan negara yang berkenaan adalah baik dan dikatakan mengalami lebihan perdagangan (Trade Surplus).

1

Page 2: TAJUK_3NiagaAntarabangsa

Jika sebaliknya, imbangan perdagangan negara itu dikatakan mengalami defisit perdagangan (Trade Deficit)

b. Imbangan Pembayaran (The Balance of Payments)Ia merupakan penunjuk (indicator) yang lazim digunakan dalam perniagaan antarabangsa.

Ia digunakan untuk mengukur perbezaan/perselisihan antara jumlah nilai wang yang mengalir masuk dan jumlah nilai wang yang mengalir keluar dari sesebuah negara untuk satu tempoh masa tertentu, biasanya satu tahun.

Ia tidak hanya merangkumi imbangan perdagangan tetapi juga pembayaran dalam bentuk bantuan oleh kerajaan dan juga pelaburan langsung dalam asset-aset.

Misalnya, sebuah syarikat/firma A membeli sama ada seluruh atau sebahagian daripada syarikat/firma B yang terletak di sebuah negara lain, maka pelaburan sedemikian diambil kira dalam imbangan pembayaran dan bukannya dalam imbangan perdagangan syarikat/firma itu.

Apabila syarikat-syarikat asing membeli syarikat-syarikat tempatan, stok, bon atau harta benda, maka urusniaga demikian dianggap sebagai sebahagian daripada imbangan pembayaran.

c. Kadar Tukaran (Exchange Rates)Ia bermaksud kadar nilai matawang sesebuah negara yang bertukar dengan nilai matawang sebuah negara yang lain.

Contoh : RM1.00 --------------$ S 0.44---------------US$0.26 (@RM3.80)

Imbangan perdagangan antara dua buah negara akan dipengaruhi oleh kadar tukaran nilai matawang diantara mereka.

Setiap barangan dan perkhidmatan yang dieksport akan membawa masuk tukaran asing. Eksport meningkat, maka tukaran asing juga meningkat.

Peningkatan masuk tukaran asing akan menambahkan pendapatan negara dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan per kapita bagi setiap penduduk.

d. Meluaskan PasaranPerniagaan antarabangsa dapat meluaskan pasaran bagi keluaran/produk yang mengalami lebihan dalam negara.

Apabila barangan dan perkhidmatan dipasarkan di peringkat antarabangsa, liputan pasaran bagi keluaran tersebut menjadi luas dan

2

Page 3: TAJUK_3NiagaAntarabangsa

sasaran pasaran baru akan wujud. Ia akan memberi peluang kepada sesebuah syarikat untuk terus berkembang, mempelbagaikan aktiviti serta menjanakan lebih banyak keuntungan, membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh sesebuah syarikat.

e. Guna TenagaApabila keluaran untuk dieksport meningkat, jumlah pekerja yang diperlukan untuk aktiviti-aktiviti pengeluaran akan meningkat. Begitu juga jumlah pekerja dalam aktiviti bantuan perniagaan akan turut meningkat.

Keadaan ini akan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak serta meningkatkan taraf hidup rakyat negara itu.

f. Pemindahan TeknologiPemindahan teknologi akan mengeratkan hubungan dua (2) hala dan pelbagai hala. Jalinan hubungan yang baik akan mewujudkan semangat bantu-membantu diantara satu sama lain terutamanya dalam pengeluaran barangan yang berteknologi tinggi.

Tenaga kerja tempatan perlu dilatih untuk mengendalikan peralatan tersebut. Proses ini secara tidak langsung telah memindahkan teknologi ke negara yang menggunakan peralatan tersebut.

Contohnya, Proton bekerjasama dengan Mitsubishi Perodua (Tiara) bekerjasama dengan Citroen

Perodua (Kancil) bekerjasama dengan Daihatsu Korridor raya Multimedia (MSC) bekerjasama dengan Microsoft

3.4: Jenis-jenis Perniagaan AntarabangsaTerdapat pelbagai jenis perniagaan antarabangsa. Ianya dikelaskan kepada

a. ImportSebarang aktiviti perniagaan yang membabitkan pembelian barangan atau perkhidmatan dari negara luar dan dibawa masuk untuk kegunaan dalam negara sama ada oleh individu atau organisasi.

Negara yang mengalami kekurangan sesuatu jenis barangan / perkhidmatan terpaksa membeli daripada negara yang mengalami lebihan.

Misalnya, kurma diimport dari negara-negara Arab Saudi semasa bulan Ramadan.Mercedez Benz diimport dari negara Jerman dsb.

b. EksportSebarang aktiviti perniagaan yang diperniagakan di luar negara untuk kegunaan individu atau organisasi di negara asing.

3

Page 4: TAJUK_3NiagaAntarabangsa

Negara akan mengeksport keluarannya yang biasanya mempunyai lebihan / faedah bandingan (comparative advantage)

Misalnya, Malaysia mempunyai faedah bandingan dalam pengeksportan minyak kelapa sawit kerana kos pengeluarannya adalah rendah.

Jepun banyak mengeksportkan barangan elektrik, kereta dsb kerana ia mempunyai lebihan bandingan dari segi pengeluaran barangan demikian.

** Pada umumnya import dan eksport berlaku serentak demi kebaikan bersama negara-negara yang terlibat dalam perniagaan antarabangsa terutamanya untuk mewujudkan imbangan perdagangan.

c. Perkhidmatan (Service)Perkhidmatan merupakan bukan barangan fizikal yang dapat dilihat dan disentuh tetapi sesuatu yang dapat memberi kepuasan serta memenuhi kehendak dan kemahuan pengguna.

Ianya amat diperlukan supaya aktiviti perniagaan antarabangsa dapat berjalan dengan lancar.

Contohnya, sistem pengangkutan – pengangkutan udara, air atau darat.Perhubungan – telefon, pos, e-commerce dsb.Perbankan – system perbankan konvensional, system perbankan IslamInsuran dsb.

d. Pembuatan / Pengeluaran (Manufacturing)Pembuatan / pengeluaran terdiri daripada syarikat-syarikat yang mempunyai kemudahan untuk menghasilkan barangan di pelbagai lokasi di seluruh dunia.

Kebanyakan syarikat pembuatan / pengeluaran memperolehi lebihan bandingan melalui operasi di negara-negara yang mempunyai sumber-sumber pengeluaran pada kos yang rendah(tenaga kerja yang banyak dan murah, kemudahan infrastruktur yang baik, dsb).

e. Kontrak PengeluaranKontrak pengeluaran merujuk kepada perjanjian untuk membekalkan sejumlah tertentu barangan kepada pengimport.

Pengimport dan pengeluar bersetuju dengan syarat-syarat untuk menandatangani kontrak.

4

Page 5: TAJUK_3NiagaAntarabangsa

Perlesenan merupakan kaedah kontrak pengeluaran yang paling popular.

Contohnya, Syarikat (Adidas) memberikan kebenaran kepada sebuah syarikat yang lain (di Thailand) untuk menggunakan hakciptanya seperti paten, tanda perniagaan dan teknologi untuk mengeluarkan produk bagi pihak syarikat/firma yang pertama.

3.5: Konsep dan Cabaran Dalam Perniagaan Antarabangsa

a. GlobalisasiGlobalisasi merupakan suatu proses dimana ekonomi dunia bergerak ke arah menjadi satu ekonomi yang saling bergantung iaitu tidak terasing lagi.(A process by which the world economy is becoming a single interdependent economic system)

Oleh itu, keluaran/produk/barangan /perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesuatu negara itu dapat dipasarkan secara menyeluruh melampaui sempadan geografi dan budaya di seluruh dunia.

Syarikat multinasional (MNC) seperti Coca-cola, KFC, McDonald’s, Sony memasarkan barangan yang sama di pasaran global dan hanya melakukan sedikit perubahan untuk disesuaikan dengan negara berkaitan.

Contohnya, McDonald’s India tidak menjual burger daging lembu dan patung Barbie di Malaysia memakai baju kebaya.

b. Pasaran Menimbul (Emerging Market)Pasaran menimbul merupakan pasaran baru yang memberi peluang kepada syarikat untuk memasukinya.

Ianya wujud mungkin disebabkan perubahan dasar pemerintah seperti Dasar Membuka Pintu Perdagangan (Rusia, China, Vietnam dsb.) pada hujung tahun 1980an. Perubahan dasar demikian membolehkan syarikat-syarikat luar memasuki pasaran di negara berkenaan.

Negara pasaran menimbul juga merupakan penerima kepada pelbagai program sokongan kewangan antarabangsa (Bank Dunia, Dana Kewangan Antarabangsa [IMF]) dan negara-negara kaya seperti Amerika Syarikat, Jepun untuk membangunkan ekonomi mereka.

Negara pasaran menimbul juga diberi status perdagangan istimewa dengan pengurangan tariff ke atas produk-produk yang dieksport ke negara-negara maju.

5

Page 6: TAJUK_3NiagaAntarabangsa

c. NasionalisasiIa dikenali sebagai milik bangsa / negara. Ia merujuk kepada tindakan sesebuah kerajaan mengambil-alih pemilikan sesebuah firma asing dan menjadikan firma tersebut sebagai milik negara.

Ia boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah:-

i. “expropriation” - pengambilalihan firma asing dilakukan dengan pemberian pampasan. Contohnya, di sector perladangan, Kerajaan Malaysia mengambil-alih ladang-ladang daripada Syarikat Guthrie, Golden Hope, Sime Darby dsb.

ii. “confiscation” - pengambilalihan firma asing dijalankan tanpa sebarang pampasan.

Pengeluaran kereta nasional (Proton) dan motosikal nasional (Kriss, Jaguh) merupakan kebanggaan negara Malaysia.

d. Dunia Tanpa SempadanIa menitikberatkan konsep perdagangan bebas yang tidak dibatasi oleh sempadan negara. Urusniaga import dan eksport boleh berlaku tanpa halangan dari segi tariff dan bukan tariff.

Ia wujud apabila adanya persepakatan antara negara-negara yang terlibat. Contoh, negara-negara Eropah menubuhkan Kesatuan Eropah (European Union) dan bersetuju untuk menggunakan matawang Euro, dan bukannya dolar Amerika Syarikat dalam urusniaga.

3.6: Cabaran Syarikat Multinasional (MNC)

Syarikat multinasional (MNC) merupakan syarikat yang mereka, menghasil dan memasarkan produk-produknya di banyak negara. (Ronald J. Ebert dan Ricky W. Griffin [1998] Business Essentials. New Jersey: Prentice-Hall Inc. m.s 109)

Syarikat yang beroperasi di lebih daripada dua (2) buah negara. (Gabriel [1995] Management of Business. Singapore: Oxford University Press)

Contoh: British Petroleum (BP)

Banyak pelaburan dilaburkan di negara lain yang berpotensi untuk mendapat keuntungan.

Cabaran yang dihadapi oleh syarikat multinasional adalah begitu mencabar dan pihak pengurusan harus memahami teknik pengurusan yang betul apabila berurusan dengan negara lain.

Diantara cabaran-cabaran yang dihadapi adalah seperti:-

6

Page 7: TAJUK_3NiagaAntarabangsa

a. Struktur dan KawalanMemandangkan factor-faktor yang wujud dalam persekitaran perniagaan di pasaran asing kerapkali bercanggah dengan persekitaran domestik, syarikat multinasional terpaksa membuat beberapa perubahan pada aspek pengstrukturan dan kawalan supaya operasinya dapat berjalan dengan lancar.

Struktur organisasi dapat dimaksudkan sebagai cara aktiviti-aktiviti sesuatu organisasi itu dibahagi, diurus dan diselaraskan.

Ia juga memberi penjelasan tanggungjawab setiap unit serta tunjuk arah laluan komunikasi dan hubungan diantara pihak pengurusan dengan pihak bawahan.

Reka bentuk struktur organisasi syarikat multinasional yang lazim dipraktikkan ialah struktur

i. bahagian antarabangsaii. produkiii. wilayahiv. fungsianv. matrik

Pemilihan struktur organisasi yang sesuai adalah penting kepada sesebuah syarikat multinasional kerana ianya merupakan satu bentuk mekanisme kawalan yang utama.

Kepentingan aktiviti kawalan syarikat multinasional dapat

i. menjamin operasinya berjalan dengan lancarii. menyemak rancangan sama ada implimentasi /

perlaksanaannya mengikut garis panduan yang sebenar dan membantu syarikat mencapai matlamat atau sebaliknya.

iii. Mengelakkan syarikat multinasional daripada mengalami kerugian dan mengukur kejayaan sesuatu perancangan.

Pendekatan kawalan yang biasa diamalkan ialah

i. pendekatan pemusatan kuasa (centralization)segala aktiviti perniagaan anak syarikat multinasional akan dikawal dan diselia oleh ibu pejabat

pembuatan keputusan memakan masa

struktur organisasi syarikat demikian akan kelihatan lebih kompleks / rumit dan menegak.

ii. pendekatan desentralisasi / pemencaran

7

Page 8: TAJUK_3NiagaAntarabangsa

anak syarikat multinasional diberi kebebasan / kelonggaran dalam melaksanakan kegiatan perniagaan

mempercepatkan tindakan atau pembuatan keputusan(mendedahkan kepada penyelewengan dan pengawalan tidak akan berkesan)

struktur organisasi agak datar.

b. Politik dan Undang-undang

i. PolitikIa menentukan perjalanan operasi anak syarikat multinasional dalam masa jangka panjang.

Kestabilan politik merujuk kepada bukan sahaja kekuatan sistem politik dalaman tetapi juga ancaman dari luar.

Kestabilan politik dapat menjamin supaya pelaburan asing tidak terancam malah berterusan.

Disebaliknya, ketidakstabilan politik sering mengganggu operasi syarikat multinasional. Oleh itu anak syarikat multinasional terpaksa memahami dan mematuhi dasar yang sentiasa berubah ……. Mungkin melibatkan kos yang besar.

Contoh: Perang Teluk diantara Iraq dan Kuwait. Sebelum Deng Xioa Peng, China mengamalkan dasar tertutup.

Campur tangan kerajaan tempatan akan mengenakan tekanan ke atas syarikat multinasional.

Contoh: Kerajaan Malaysia “Buy British Last” Program Pembangunan Kereta Proton - meninggikan duti import komponen-komponen kereta buatan asing Tindakan kerajaan demikian memberikan kelebihan persaingan dari segi harga kepada syarikat-syarikat automobil tempatan.

ii. Undang-undangSistem perundangan antara negara berbeza.

Perbezaan sistem perundangan merupakan satu bentuk halangan bagi kebanyakan firma antarabangsa.

Contoh: produk yang dikeluarkan oleh anak syarikat multinasional mestilah berasaskan bahan mentah atau komponen-komponen tempatan.

8

Page 9: TAJUK_3NiagaAntarabangsa

% jawatan diisikan oleh penduduk tempatanContoh: 30% daripada jawatan pengurusan mesti disandang oleh Melayu di sektor swasta.

menyekat pengaliran keluar keuntungan dari operasi di negara tersebut ke negara asal anak syarikat multinasional (semasa kegawatan ekonomi 1998)

peraturan-peraturan perdagangan yang ketat

- tariff ………kos mengimport barangan meningkat

- bukan tariff ….barangan import sukar untuk memasuki pasaran tempatan kerana prosedur-prosedur kemasukan yang ketat seperti menetapkan piawaian mutu yang tinggi.

- Cukai korporat yang tinggi ……mempengaruhi keuntungan syarikat multinasional

- Insentif-insentif seperti taraf perintis, kredit cukai pelaburan, elaun eksport dsb menggalakkan pelaburan serta menurunkan kos pengeluaran.

c. EkonomiSistem ekonomi antara negara juga berbeza. Ianya berkait rapat dengan sistem politik.

Contoh: Kerajaan Komunis mementingkan kekayaan dikongsi bersama Di negara yang mengamalkan sistem ekonomi sosialis, maka mudah bagi kerajaan untuk memiliknegarakan syarikat multinasional. Bagi negara yang menjalankan sistem ekonomi kapitalis , muncul pula syarikat gergasi yang akan menindas syarikat kecil.

Pengurus yang mempunyai pengetahuan yang cukup tentang sistem ekonomi sesebuah negara itu akan dapat membuat perancangan jangka masa panjang dan mengamalkan corak pengurusan yang sesuai / selaras dengan sistem ekonomi sesebuah negara itu.

d. Sosiobudaya dan Pengurusan Rentas BudayaSesebuah syarikat multinasional yang ingin menjalankan perniagaan antarabangsa mesti memahami bahawa terdapat perbezaan sosial dan budaya diantara negara di mana ia beroperasi (host country) dan negara asalnya (home country).

Oleh itu syarikat multinasional perlu mengubahsuai amalan dan gaya pengurusan bagi menangani persekitaran kebudayaan di negara di mana mereka beroperasi.

9

Page 10: TAJUK_3NiagaAntarabangsa

Sekiranya pengubahsuaian tidak berlaku pada amalan dan gaya pengurusan, maka persekitaran kebudayaan yang berbeza itu akan menyebabkan berlakunya konflik antara syarikat multinasional dan pekerja-pekerja tempatan.

Contoh: Pekerja-pekerja Amerika Latin kurang mengambil berat tentang masa. Kelewatan menghadiri sesuatu temujanji adalah satu perkara yang biasa dan diterima umum. Keadaan ini jelas bertentangan dengan masyarakat Jepun yang sangat mementingkan ketepatan masa.

Di Negeri Thai, KFC terpaksa mengubahkan menu, ramuan dan juga masa operasi supaya selaras dengan budaya rakyat Negeri Thai.

Diantara konflik / masalah yang mungkin timbul akibat percanggahan sosiobudaya ialah

i. masalah komunikasiii. halangan kepada perundingan yang akan menyekat

pengembangan perniagaan, pembaziran masa, wang dan tenaga.

Kefahaman yang mendalam tentang budaya dan komponen budaya dapat membantu syarikat multinasional menjalankan pengurusan dengan baik tanpa membangkitkan isu-isu sensitive yang berkaitan dengan budaya sesuatu bangsa itu.

e. Perubahan TeknologiPerubahan teknologi juga merupakan satu cabaran kepada syarikat multinasional. Teknologi mengalami pembangunan dan perubahan dari semasa ke semasa.

Perubahan teknologi ini akan memberi kesan langsung kepada syarikat multinasional terutamanya dari segi kos yang terpaksa dilaburkan oleh syarikat multinasional dalam mengadaptasikan sesuatu teknologi yang baru yang dapat menjamin syarikat multinasional itu terus berdaya saing di pasaran.

3.7 GALAKAN DAN PERLINDUNGAN PERDAGANGAN

a. Pemasaran AntarabangsaMengikut Ronald J. Ebert dan Ricky W. Griffin (1998). Business

Essentials (2nd Edition). New Jersey : Prentice-Hall, Inc. m.s. 328

“Marketing is the process of planning and executing the conception, pricing, promotion and distribution of ideas, goods and services to create exchanges that satisfy individual and organisational objectives.”

10

Page 11: TAJUK_3NiagaAntarabangsa

Pemasaran ditakrifkan sebagai suatu proses perancangan dan perlaksanaan konsep, perletakan harga, promosi dan pengagihan idea, produk dan perkhidmatan untuk menjanakan pertukaran yang boleh memuaskan objektif-objektif individu dan organisasi.

Pemasaran antarabangsa ialah aktiviti-aktiviti pemasaran yang dijalankan di peringkat antarabangsa. Perjalanan pemasaran antarabangsa adalah lebih rumit kerana terdapat perbezaan dari segi ekonomi, politik, undang-undang, sosiobudaya antara satu pasaran dengan pasaran yang lain.

Perbezaan ini akan mempengaruhi syarikat-syarikat multinasional untuk memilih strategi pemasaran yang boleh memberikan hasil yang terbaik kepada mereka. Misalnya, “Barbie Doll” yang dipasarkan di Malaysia berpakaian baju kebaya. KFC di Negara Thai menyesuaikan ramuannya dan waktu operasi agar selaras dengan kehendak dan kemahuan rakyat Thai. McDonald’s di India tidak menjual burgar daging lembu.

b. Peranan MARTRADEsingkatan untuk Malaysia External Trade Development Corporation atau Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.

MARTRADE ialah agensi pembangunan perdagangan luar Malaysia.

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 dibawah Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa.

Peranannya:i. membantu pengeksport Malaysia mengenalpasti dan memajukan aktiviti-aktiviti perdagangan di pasaran-pasaran baru.

ii. menganjurkan sesi perjumpaan diantara pembeli (pengimport dari luar negara) dan penjual (Pengeksport Malaysia).

iii. merancang, mengendalikan seminar, latihan dan bengkel hubungan perdagangan untuk pengeksport Malaysia.

iv. menyertai pameran-pameran perdagangan antarabangsa untuk mempromosikan keluaran Malaysia.

v. menganjurkan misi-misi perdagangan ke luar negara dan ke dalam negara.

vi. menerbitkan dan mengedarkan bahan maklumat berkaitan dengan perdagangan.

11

Page 12: TAJUK_3NiagaAntarabangsa

vi. menyedia dan mengemaskinikan satu daftar import – eksport yang bertujuan untuk mengekalkan hubungan antara pengimport dan pengeksport berdaftar.

Struktur Organisasi MARTRADE

MARTRADE

3.8 Organisasi dan Blok perdagangan Antarabangsa

Satu cara untuk menggalakkan perdagangan ialah melalui blok-blok perdagangan. Selain mempertingkatkan perdagangan di sesuatu wilayah, blok-blok perdagangan juga mewujudkan halangan-halangan yang seragam terhadap barangan dan perkhidmatan daripada negara-negara bukan anggota memasuki wilayah yang berkenaan.

a. World Trade Organisation (WTO)WTO merupakan satu organisasi induk yang memayungi GATT (yang ditubuhkan pada 1947) dan dua badan lain iaitu bahagian perkhidmatan dan peralatan intelektual. Ianya terdiri daripada 131 buah negara. Perjumpaan WTO diadakan dua tahun sekali.

12

Biro Hal Ehwal Korporat-merancang dan menguruskan hal kewangan, aktiviti pentadbiran dan korporat MARTRADE-mempromosikan MARTRADE-menyelaraskan aktiviti-aktiviti MARTRADE dengan Kerajaan / agensi-agensi

Biro Maklumat Perdagangan-menyediakan maklumat berkaitan perdagangan luar negara-sebagai rujukan utama kepada pengimport dan pengeksport

Biro Penyelidikan dan Pembangunan Perdagangan-merangka program pembangunan perdagangan yang meliputi penyelidikan :-pasaran, eksport, kualiti produk,pengeluaran dan darjah persaingan Malaysia di pasaran antarabangsa

Biro Penasihat Perdagangan-membentuk, merancang dan melaksanakan program latihan kepada pengeksport-menganjurkan seminar, bengkel dan perbincangan berkaitan dengan teknik-teknik perdagangan antarabangsa dan peluang-peluang perdagangan-memberi khidmat nasihat kepada para pelabur berkaitan dengan penilaian pasaran, perletakan harga, pembungkusan dan pengedaran

Page 13: TAJUK_3NiagaAntarabangsa

Penubuhan GATT (General Agreement on Tariffs and Trade) bertujuan untuk meliberalisasikan perdagangan dengan menghapuskan tarif, subsidi, kuota import dan lain-lain halangan perdagangan.

WTO berperanan untuki. menangani masalah perselisihan dalam perdaganganii. mengawal dasar-dasar atau polisi-polisi perdagangan negara anggota.

WTO tidak mengagihkan kuasanya kepada mana-mana lembaga pengarah dan tidak mempunyai pengaruh birokrasi dalam menentukan dasar negara-negara anggota.

Peraturan yang dikuatkuasakan oleh WTO ke atas negara-negara anggota adalah hasil daripada persetujuan bersama setelah dirunding.

Struktur Organisasi WTO

WTO

b. Pusingan Uruguay-membincangkan perdagangan dunia termasuklah peranan WTO dan GATT yang bertujuan untuk membantu perdagangan di negara-negara membangun.

-berperanan umtuk meneguh dan mengukuhkan peraturan dan sistem perdagangan pelbagai hala dan meluaskan aktiviti ke kawasan / pasaran baru.

-berjalan selama tujuh tahun.

13

Majlis Kuasa Tertinggi

-dianggotai oleh menteri-menteri negara anggota-perjumpaan 2 tahun sekali-membuat keputusan dalam semua hal /perjanjian perdagangan pelbagai hala

Peringkat Pengurusan Kedua

-Majlis Umum-Badan Penyelesaian Pertikaian-Badan Pengkaji Semula Perdagangan

Peringkat Pengurusan Ketiga

-Majlis Urusniaga Barangan (Goods Council)-Majlis Perkhidmatan (Service Council)-Majlis yang berhubung dengan harta intelektual (TRIPS Council)

Peringkat Pengurusan Keempat

-Badan Subsidiari Majlis Tertinggi

Page 14: TAJUK_3NiagaAntarabangsa

Kesannya:-i. pengurangan tarif ke atas barangan industri lebih daripada 1/3 ii. pengurangan subsidi pertanianiii. menyelaraskan peraturan kemasukan pasaraniv. keadilan dalam perdagangan dan sektor perkhidmatanv. memperluas peraturan GATT dalam peningkatan perlindungan

ke atas paten, hakcipta dan tanda niagavi. pengurangan halangan dalam perdagangan tekstil

c. ASEAN FREE TRADE AREA (AFTA)-dikenali sebagai Kawasan Perdagangan Bebas Cukai ASEAN. Ini bermaksud bahawa kawasan ASEAN dikecualikan daripada halangan cukai (iaitu penghapusan tarif dan cukai atas barangan niaga dan halangan bukan tarif yang menghadkan kemasukan import) antara negara-negara anggota ASEAN (semua negara Asia Tenggara kecuali Cambodia adalah anggota ASEAN).

-ditubuhkan pada 1992. Pada mulanya, Menteri-menteri Ekonomi ASEAN bersetuju untuk mewujudkan kawasan perdagangan bebas cukai ASEAN dalam tempoh 15 tahun (pada 2008) tetapi pada September 1994, Menteri-menteri Ekonomi ASEAN pula bersetuju untuk mempercepatkan tempoh penubuhan AFTA, iaitu kepada 10 tahun (pada 2003)

Perlaksanaan Skim Tarif Keistimewaan Sama Rata atau CEPT (Common Effective Preferential Tariff) oleh AFTA, beransur-ansur mengurangkan tarif bagi barangan import yang datang dari negara-negara anggota (negara-negara ASEAN).

AFTA juga bersetuju bekerjasama untuk meningkatkan kedudukan negara-negara ASEAN sebagai kawasan pengeluaran yang berdaya saing dan memenuhi pasaran global melalui pembentukan peraturan untuk bersaing secara adil, mengadakan perundingan dalam bidang makroekonomi, menghapuskan halangan kepada pelaburan asing, membentuk piawaian bersama, mempromosi usahasama modal dan ujian serta perakuan.

d. NORTH AMERICA FREE TRADE AGREEMENT (NAFTA)

-dikenali sebagai Perjanjian Bebas Amerika Utara-ditubuhkan secara rasminya pada 1994.-dianggotai oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Penubuhannya bertujuan untuki. menghapuskan tarif dan halangan-halangan perdagangan yang menyukarkan dan menyekat peluang maju perdagangan antarabangsa antara ketiga-tiga negara tersebut.

14

Page 15: TAJUK_3NiagaAntarabangsa

e. EUROPEAN COMMUNITY (EC) -dikenali sebagai Komuniti Eropah

Pada tahun 1967, Komuniti Eropah ditubuhkan secara rasmi dengan gabungan 3 badan kerjasama rantau Eropah iaitu Komuniti Ekonomi Eropah / European Economic Community (EEC), Komuniti Arang Batu dan Keluli Eropah / European Coal and Steel Community (ECSC) dan Komuniti Tenaga Atom Eropah / European Atomic Energy Community (EURATOM)

Tujuan penubuhan Komuniti Eropah ialah i. untuk mendapatkan kerjasama dalam 4 aspek :-barangan, perkhidmatan, buruh dan modalii. untuk mewujudkan satu pasaran tunggal di Eropah dengan penghapusan semua halangan perdagangan

Pada 1 Januari 1994, dengan termeterainya Perjanjian Maastrict, Komuniti Eropah (EC) ditukarkan nama kepada Kesatuan Eropah / European Union (EU).

f. EAST ASIA ECONOMIC CAUCAS (EAEC)

-dikenali sebagai Perundingan Ekonomi Asia Timur.

Pada Disember 1990, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad, YAB Perdana Menteri Malaysia telah mencadangkan penubuhan Kumpulan Ekonomi Asia Timur / East Asia Economic Group (EAEG).

Atas cadangan Indonesia pada tahun 1991, EAEG pula ditukarkan kepada EAEC (East Asia Economic Caucas).

Penubuhan EAEC bertujuan untuk mengadakan forum perundingan berkaitan dengan isu-isu ekonomi dan perdagangan yang menjadi kepentingan bersama negara-negara dalam rantau Asia Timur.

EAEC telah mendapatkan sokongan daripada negara-negara ASEAN dan Jepun, tetapi ditentang kuat oleh negara-negara Barat yang menganggapkan EAEC sebagai satu blok perdagangan yang bersifat perkauman dan mengulangi peranan APEC.

Oleh itu, sehingga ke hari ini, EAEC masih samar dan belum dapat berfungsi dengan sepenuhnya. (peringkat idea sahaja)

g. ASIA-PACIFIC ECONOMIC COOPERATION (APEC)

-dipanggil sebagai Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik-ditubuhkan pada 1989 di Canberra, Australia.

15

Page 16: TAJUK_3NiagaAntarabangsa

Dianggotai oleh 18 buah negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Chile, Australia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan, China, Taiwan, Hong Kong, negara-negara ASEAN dan Papua New Guinea.

Objektif penubuhan APEC ialahi. mempercepat pertumbuhan ekonomi di rantau Asia-Pasifik.ii. memupuk semangat kerjasama di kalangan negara-negara

anggota. iii. memajukan perdagangan bebas atau terbuka.

h. ASSOCIATION OF SOUTH-EAST ASIA (ASEAN)-dikenali sebagai Persatuan Negara-negara Asia Tenggara.-ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand dengan termeterainya “Deklarasi Bangkok”.-kini telah dianggotai oleh semua negara Asia Tenggara kecuali Cambodia.

Penubuhan ASEAN bermatlamat:-i. menggalak dan mempercepatkan pembangunan ekonomi,

social dan kebudayaan negara-negara anggotanya menerusi program-program kerjasama serantau.Contoh: Projek baja urea ASEAN di Malaysia dan Indonesia

Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN di Filipina Projek Perlombongan Potasy di Negara Thai

Projek Vaksin Hepatitis B di Singapura

ii. mengekal dan mengukuhkan keamanan dan kestabilan politik dan ekonomi serantau dengan mematuhi prinsip Piagam Bangsa-bangsa Bersatu

iii. menggalakkan kerjasama dalam bidang-bidang ekonomi,social, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran

iv. meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalambidang perindustrian, pertanian dan perdagangan

-Kerjasama yang diamalkan oleh ASEAN telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada blok ekonomi yang lain. Blok ekonomi lain tidak boleh memperkecil dan menindas ASEAN dengan mengenalkan sekatan-sekatan ekonomi dan menyebabkan harga komoditi tidak stabil. ASEAN kini disegani dan dihormati oleh masyarakat antarabangsa.

16

Page 17: TAJUK_3NiagaAntarabangsa

i. INDONESIA, MALAYSIA, THAILAND GROWTH TRIANGLE (IMT-GT)

-dikenali sebagai Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand.-tujuan pembentukan IMT-GTi. untuk meningkatkan taraf hidup dan kerjasama harmoni kepada

masyarakat di ketiga-tiga negara ini.ii. untuk meningkatkan aktiviti perdagangan dan perusahaan dalam

wilayahiii. untuk mewujudkan peluang-peluang pelaburan dan meningkatkan

kegiatan ekonomi.

-merupakan asas pengukuhan kerjasama ekonomi dan persediaan untuk menghadapi cabaran serta tekanan globalisasi. Kepakaran, kemahiran dan tenaga penduduk yang ada dalam kawasan ini digunakan untuk membangunkan kuasa ekonomi serantau.

j. INDONESIA, MALAYSIA, SINGAPORE GROWTH TRIANGLE (IMS-GT)

-dikenali sebagai Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia, Singapura.

Pembentukannya bertujuan untuk:-i. menggalakkan penggabungan dan penggunaan segala sumber dan

potensi yang ada di kawasan ini untuk meningkatkan pembangunan ekonomi serta menikmati faedah bersama secara langsung ataupun tidak.

k. BRUNEI DARUSSALAM, INDONESIA, MALAYSIA, PHILIPINES-EAST ASEAN GROWTH AREA (BIMP-EAGA)

Tujuan pembentukannyai. membangunkan kawasan-kawasan yang masih mundur dan kurang

maju tetapi berpotensi untuk dibangunkan.Contoh: Kalimantan, pedalaman Sabah dan Sarawak, Sulawesi, pulau-pulau di Filipina.

ii. mewujud dan meningkatkan peluang pelaburan dan perdagangan antara sempadan melalui program-program yang strategic.Contoh: memajukan industri-industri kompetitif seperti industri petrokimia di Brunei D.S, Sabah dan Sarawak yang bermatlamatkan pasaran global.

Pengeluaran hasil pertanian, bahan pembinaan yang berasaskan logam, mesin-mesin pertanian dan peralatan di Mindanao untuk keperluan dan pasaran di negara EAGA.

l. MULTIMEDIA SUPER CORRIDOR (MSC)

-dikenali sebagai Koridor Raya Multimedia.-merupakan satu strategi kerajaan Malaysia untuk mencapai wawasan negaranya iaitu Wawasan 2020 Malaysia.

17

Page 18: TAJUK_3NiagaAntarabangsa

Projek MSC bertujuan untuk i. menggalakkan inovasi dan rekacipta teknologi yang moden malah

canggih untuk menghadapi cabaran masa hadapan.ii. mempercepatkan kemasukan Malaysia ke zaman maklumat menerusi

pemindahan teknologi.iii. mewujudkan satu persekitaran bersepadu untuk membentuk iklim

multimedia yang global.

Dengan pembangunan MSC ini akan meningkatkan pelaburan asing dalam industri teknologi maklumat dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah Pusat Multimedia yang termaju di alaf baru ini.

Wkn/an015/03

18