asas komputer

119
Versi Cetak Kursus E-Pembelajaran Microsoft Rasmi 2695be Asas Komputer

Upload: hayati-abdul-aziz

Post on 25-Jul-2015

132 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Komputer

Versi Cetak

Kursus E-Pembelajaran Microsoft Rasmi

2695be

Asas Komputer

Page 2: Asas Komputer

LESEN PERJANJIAN PENGGUNA AKHIR UNTUK KANDUNGAN DILESENKAN MICROSOFT: KURIKULUM LITERASI DIGITAL

SILA BACA DENGAN TELITI: Syarat-syarat perlesenan ini (“Terma-terma Perlesenan”) adalah perjanjian antara anda (seorang individu ataupun sebuah entiti) dan Microsoft Corporation (“Microsoft”), dan mengawal penggunaan semua bahan pembelajaran Microsoft yang mengiringi Syarat-syarat Perlesenan ini. DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN INI DAN/ATAU MENGGUNA ATAU MEMASANG PERISIAN YANG DISERTAKAN BERSAMA TERMA-TERMA PERLESENAN INI (SECARA KOLEKTIF, KANDUNGAN DILESENKAN"), ANDA BERSETUJU DENGAN TERMA-TERMA PERLESENAN INI. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU, JANGAN GUNAKAN KANDUNGAN DILESENKAN INI.

1. DEFINISI.

1.1. “Pusat(-pusat) Pembelajaran yang Dibenarkan” bermaksud pusat-pusat pembelajaran teknologi komuniti (“CTLC(s)”) yang bukan berasaskan keuntungan (atau berkeadaan sama), pusat-pusat komuniti, atau pun entiti-entiti atau tempat-tempat seumpamanya sepertimana yang dibenarkan oleh Microsoft untuk Penggunaan "Kurikulum Literasi Digital" Microsoft.

1.2. “Sesi(-sesi) Latihan Dibenarkan” bermaksud sesi-sesi latihan bukan komersil yang menggunakan bahan-bahan Kursus yang dijalankan di atau oleh Pusat-pusat Pembelajaran Dibenarkan untuk melatih orang-orang dalam (a) kemahiran komputer asas dan teknologi maklumat dan/atau (b) penggunaan teknologi, produk-produk, atau perkhidmatan Microsoft. Setiap Sesi Latihan Dibenarkan akan menyediakan latihan bagi kandungan bagi satu (1) Kursus.

1.3. “Kurikulum” bermaksud sebarang bahan yang disertakan dalam "Kurikulum Literasi Digital". Kurikulum ini terdiri daripada lima Kursus, setiap satunya menyediakan latihan bagi satu kandungan berkaitan teknologi secara khusus.

1.4. “Kursus” bermaksud salah satu daripada kursus-kursus yang ditawarkan di bawah "Kurikulum Literasi Digital" Microsoft, setiap satunya menyediakan latihan bagi satu kandungan berkaitan teknologi dan terdiri daripada satu komponen pembelajaran dan satu penilaian.

1.5. “Peranti(-peranti)” bermaksud sebuah komputer, peranti, stesen kerja, terminal, atau pun sebarang peranti elektronik digital atau analog di Pusat Pembelajaran Dibenarkan.

1.6. “Dokumen(-dokumen)" bermaksud dokumentasi bercetak atau elektronik seperti penilaian, manual, buku kerja, helaian data, dan Soalan-Soalan Lazim yang mungkin disertakan dalam Kandungan Dilesenkan.

1.7. “Kandungan Pengajar” bermaksud Kandungan Dilesenkan yang disertakan bersama Terma-terma Perlesenan ini atau di laman Web yang hanya boleh Digunakan oleh Pengajar-pengajar untuk mengajar atau pun mengarahkan Pelajar-pelajar sesuatu Sesi Latihan Dibenarkan.

1.8. “Kandungan Dilesenkan” bermaksud bahan-bahan pembelajaran dari sesuatu Kursus yang disertakan bersama Terma-terma Perlesenan ini. Kandungan Dilesenkan mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, elemen-elemen berikut: (i) Bahan-bahan Kursus, (ii) Elemen-elemen Media, (iii) perisian, dan (iv) Dokumen-dokumen.

1.9. "Elemen-elemen Media" bermaksud foto-foto, gambar gunting, animasi, bunyi, muzik, dan/atau klip video yang mungkin disertakan bersama Terma-terma Perlesenan ini.

1.10. “Latihan Mengikut Kadar Sendiri” bermaksud program latihan kendiri Pelajar, pada kadar Pelajar sendiri, tanpa Pengajar, (a) melibatkan kandungan Kursus(-kursus) bagi Sesi Latihan Dibenarkan yang mereka berdaftar, menggunakan Peranti-peranti di Pusat-pusat Pembelajaran Dibenarkan, atau (b) bagi sesi-sesi latihan dalam talian yang menggunakan sesuatu Kursus melalui laman Web dan/atau sesuatu Kursus yang telah pelajar muat turun dari laman Web dan/atau memasang daripada CD Menggunakan peranti-peranti peribadi mereka.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.2

Page 3: Asas Komputer

1.11. “Pelajar(-pelajar)” bermaksud pelajar-pelajar yang berdaftar bagi sesuatu Sesi Latihan yang Dibenarkan di sesebuah Pusat Pembelajaran Dibenarkan dan/atau pelajar-pelajar yang menyertai Latihan Mengikut Kadar Sendiri.

1.12. “Pengajar(-pengajar)” bermaksud mana-mana kakitangan yang diambil kerja oleh Pusat Pembelajaran Dibenarkan untuk mengajar atau memudahkan Pelajar-pelajar dalam Sesi Latihan Dibenarkan.

1.13. “Penggunaan” bermaksud penggunaan bukan komersil Kandungan Dilesenkan oleh a) Pelajar-pelajar hanya untuk menjalankan Latihan Mengikut Kadar Sendiri dan b) Pengajar-pengajar hanya untuk menjalankan kelas-kelas pendidikan, makmal-makmal atau program-program berkaitan yang direka bentuk untuk melatih Pengajar-pengajar dan/atau Pelajar-pelajar lain dalam penggunaan teknologi, produk-produk, atau perkhidmatan yang berkaitan dengan isi Kandungan Dilesenkan dan /atau konsep-konsep yang berkaitan dengan teknologi, produk-produk, atau pun perkhidmatan sedemikian. “Penggunaan” di bawah Terma-terma Perlesenan ini tidak akan termasuk penggunaan Kandungan Dilesenkan untuk tujuan perniagaan am atau komersil.

1.14. “Anda” bermaksud Pengajar(-pengajar), dan/atau Pelajar-pelajar Pusat(-pusat) Pembelajaran Dibenarkan di mana berkaitan.

2. AM. Terma-terma Perlesenan ini digunakan kepada kemaskini, tambahan, komponen-komponen tambahan, dan komponen-komponen perkhidmatan berasaskan Internet bagi Kandungan Dilesenkan yang mungkin diberikan atau disediakan oleh Microsoft untuk Anda (setiap satu, satu “Komponen”), walau bagaimanapun dengan syarat, jika terma-terma perlesenan berasingan terpapar semasa pemasangan sesuatu Komponen (“Terma-terma Perlesenan Komponen”) terma-terma bagi Terma-terma Perlesenan Komponen akan mengawal Komponen yang berkaitan. Microsoft berhak untuk menghentikan sebarang perkhidmatan berasaskan Internet yang diberikan kepada Anda atau disediakan kepada Anda melalui Penggunaan Kandungan Dilesenkan. Terma-terma Perlesenan ini juga mengawal mana-mana, jika ada, perkhidmatan-perkhidmatan sokongan produk yang berkaitan dengan Kandungan Dilesenkan kecuali sepertimana yang dimasukkan di dalam perjanjian lain antara Anda dan Microsoft. Sesuatu pindaan atau tambahan kepada Terma-terma Perlesenan ini mungkin digunakan bersama Kandungan Dilesenkan.

3. HAK PEMASANGAN DAN PENGGUNAAN. Dengan syarat Anda mematuhi Terma-terma Perlesenan ini, Anda boleh menggunakan hak-hak berikut:

3.1 Pelajar-pelajar

Anda boleh (a) mengakses dan Menggunakan satu salinan Kandungan Dilesenkan melalui laman Web, dan/atau (b) muat turun Kandungan Dilesenkan dari laman Web atau pun memasangnya dari CD dan Menggunakan satu salinan daripada Kandungan Dilesenkan yang sama pada peranti tunggal bagi Penggunaan latihan peribadi anda sahaja. Anda tidak boleh berkongsi hak ini, atau pun Kandungan Dilesenkan, dengan orang lain.

3.2 Pusat-pusat Latihan Dibenarkan

Anda boleh melesenkan pula kepada Pelajar-pelajar individu hak untuk Menggunakan satu (1) salinan Kandungan Dilesenkan pada peranti tunggal hanya untuk Penggunaan latihan peribadi pelajar bagi kandungan Kursus yang Pelajar berkenaan telah berdaftar (i) semasa sesuatu Sesi Latihan Dibenarkan dan (ii) bagi Latihan Mengikut Kadar Sendiri untuk Kursus seumpamanya.

3.3 Pusat-pusat Latihan atau Pengajar-pengajar Dibenarkan

(a) Bagi setiap Sesi Latihan Dibenarkan, Pengajar-pengajar atau Pusat Pembelajaran Dibenarkan boleh sama ada

(i) memasang salinan-salinan individu Kandungan Yang Dilesenkan bagi setiap Kursus pada Peranti-peranti bilik darjah untuk Digunakan oleh Pelajar-pelajar di Sesi Latihan Dibenarkan, dengan syarat bilangan salinan yang Digunakan tidak melebihi bilangan Pelajar bagi Sesi Latihan Dibenarkan yang berkenaan; ATAU

(ii)  memasang satu salinan Kandungan Dilesenkan bagi setiap Kursus pada pelayan rangkaian, dengan syarat bilangan Peranti yang mengakses Kandungan Dilesenkan pada pelayan sepertinya tidak melebihi bilangan Pelajar bagi Sesi Latihan Dibenarkan.

(b) Bagi Latihan Pelajar Mengikut Kadar Sendiri, Pengajar-pengajar atau Pusat Pembelajaran Dibenarkan boleh sama ada

(i) memasang salinan-salinan individu Kandungan Dilesenkan bagi setiap Kursus pada Peranti-peranti bilik darjah untuk Digunakan oleh Pelajar-pelajar bagi Latihan Mengikut Kadar Sendiri, dengan syarat bilangan salinan yang Digunakan tidak melebihi bilangan Pelajar berdaftar yang sepatutnya bagi kandungan Kursus berkenaan; ATAU

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.3

Page 4: Asas Komputer

(ii)  memasang satu salinan Kandungan Dilesenkan bagi setiap Kursus pada pelayan rangkaian, dengan syarat bilangan Peranti yang mengakses Kandungan Dilesenkan ini tidak melebihi bilangan Pelajar yang berdaftar bagi kandungan Kursus berkenaan, dan dengan syarat selanjutnya Pusat Pembelajaran Dibenarkan menyediakan monitor di dalam bilik darjah di mana Kandungan Dilesenkan dipasang ketika Pusat Pembelajaran Dibenarkan membenarkan Pelajar-pelajar menyertai Latihan Mengikut Kadar Sendiri.

(c) Seseorang Pengajar bagi Sesi Latihan Dibenarkan, atau Pusat Pembelajaran Dibenarkan yang berkaitan, boleh memasang dan Menggunakan satu (1) salinan Kandungan Dilesenkan yang merupakan kandungan bagi Sesi Latihan Dibenarkan pada Peranti tunggal hanya untuk Kegunaan latihan peribadi Pengajar dan bagi persediaan bagi Sesi Latihan Dibenarkan. Setiap Pengajar boleh juga membuat salinan kedua Kandungan Dilesenkan berkenaan dan memasangnya pada peranti peribadi Pengajar bagi Kegunaan eksklusif setiap Pengajar tersebut.

TANPA MENGHADKAN YANG DINYATAKAN SEBELUM INI, MENYALIN ATAU MENGELUARKAN SEMULA KANDUNGAN DILESENKAN KE MANA-MANA PELAYAN ATAU LOKASI BAGI TUJUAN PENGELUARAN SEMULA SETERUSNYA PADA PENGEDARAN SEMULA DENGAN JELAS DILARANG.

4. PENERANGAN HAK-HAK LAIN DAN BATASAN-BATASAN LESEN

4.1 Kesalahan; Perubahan; Nama-nama Rekaan.

(a) Anda mengaku dan bersetuju bahawa (i) Kandungan Dilesenkan ini, termasuk tanpa batasan Dokumen-dokumen, grafik-grafik berkaitan, dan Komponen-komponen lain yang termasuk di sini, boleh termasuk ketidaktepatan teknikal atau kesalahan tipografi, dan (ii) Microsoft boleh melakukan penambahbaikan dan/atau perubahan dalam Kandungan Dilesenkan atau mana-mana bahagian selepas itu pada bila-bila masa tanpa notis.

(b) Anda memahami bahawa nama-nama syarikat, produk, orang perseorangan, watak dan/atau data yang disebutkan dalam Kandungan Dilesenkan mungkin rekaan dan tidak sama-sekali bertujuan mewakili mana-mana individu sebenar, syarikat, produk atau peristiwa, kecuali dinyatakan sebaliknya.

4.2 Penggunaan dan Pengeluaran Semula Dokumen-dokumen.

(a) Pusat-pusat Pembelajaran Dibenarkan dan Pengajar-pengajar.

Dengan syarat anda mematuhi Terma-terma Perlesenan ini, anda boleh mencetak dan/atau mengeluarkan semula versi cetakan (i) mana-mana Dokumen, atau bahagian-bahagian selepas itu, dan/atau (ii) bahan-bahan Kursus, atau bahagian-bahagian selepas itu, termasuklah mengeluarkan semula versi cetakan bahan-bahan Kursus secara keseluruhannya. Jika anda memilih untuk mengeluarkan semula Dokumen dan/atau bahan-bahan Kursus, Anda bersetuju bahawa:

(1) Dokumen-dokumen atau bahan-bahan Kursus seumpamanya akan hanya untuk Penggunaan dalam Sesi Latihan Dibenarkan.

(2)  Dokumen-dokumen dan/atau bahan-bahan Kursus tidak akan diterbitkan semula atau pun diposkan di mana-mana komputer rangkaian (kecuali dibenarkan dengan jelas dalam Bahagian 3.3(a)(ii) dan/atau 3.3(b)(ii)di atas) atau disiarkan dalam mana-mana media.

(3) Salinan-salinan Dokumen atau bahagian-bahagian selepas itu, akan hanya diedarkan kepada Pelajar-pelajar dan Pengajar-pengajar bagi kandungan Kursus di mana Pelajar berdaftar atau di mana Pengajar menyediakan latihan, masing-masing.

(4) Versi cetakan bahan-bahan Kursus secara keseluruhannya, atau bahagian-bahagian selepas itu, akan hanya diedarkan kepada Pengajar-pengajar bagi kandungan Kursus di mana Pengajar menyediakan latihan dan/atau kepada Pelajar bagi kandungan Kursus di mana Pelajar berdaftar.

(5)  Sebarang pengeluaran semula akan mengandungi sama ada notis asal hak cipta bahan-bahan Kursus dan/atau Dokumen atau jika tiada notis hak cipta sedemikian terdapat pada Dokumen tersebut, satu notis hak cipta bagi faedah Microsoft sebahagian besarnya dalam format yang disediakan di bawah.

(b) Pelajar-pelajar.

Dengan syarat anda mematuhi Terma-terma Perlesenan ini, anda boleh mencetak dan menyalin mana-mana Dokumen, atau bahagian-bahagian selepas itu, atau bahan-bahan Kursus, atau bahagian-bahagian selepas itu. Jika anda memilih untuk mengeluarkan semula Dokumen dan/atau bahan-bahan Kursus, Anda bersetuju bahawa:

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.4

Page 5: Asas Komputer

(1) Anda akan menggunakan Dokumen-dokumen dan/atau bahagian-bahagian bahan-bahan Kursus bercetak berkenaan hanya bersama dengan penggunaan latihan persendirian anda.

(2) Anda tidak boleh menerbitkan semula, mengepos, menyiarkan atau menghantar Dokumen-dokumen atau bahan-bahan Kursus berkenaan kepada orang lain atau pun pada sesuatu rangkaian.

(3) Anda akan menyertakan pada setiap salinan sama ada hak cipta asal dan notis tanda dagang bahan-bahan Kursus dan/atau Dokumen-dokumen atau notis yang sebahagian besarnya adalah seperti berikut:

Bentuk Notis:

“© 2009. Dicetak semula dengan kebenaran Microsoft Corporation. Semua hak cipta terpelihara.

Kebenaran diberikan untuk mengeluarkan semula bahan-bahan yang terkandung di sini dengan syarat bahawa bahan tersebut dikeluarkan semula hanya untuk digunakan bersama Kurikulum Literasi Digital Microsoft ini; dan diberikan kepada pelajar-pelajar dan pengajar-pengajar yang dinyatakan dengan jelas di dalam Terma-terma Perlesenan Microsoft Corporation yang disertakan bersama Kursus ini.

Microsoft dan Windows adalah tanda dagang berdaftar atau tanda dagang Microsoft Corporation di Amerika Syarikat dan/atau negara-negara lain. Nama-nama produk dan syarikat lain yang tertera di sini boleh merupakan tanda dagang pemilik-pemilik yang berkenaan.”

4.3 Penggunaan Elemen-elemen Media. Anda tidak boleh mengubahsuai Elemen-elemen Media.

4.4 Penggunaan Komponen-komponen dalam Kandungan Pengajar. Hanya digunakan bersama semasa menyediakan Sesi Latihan Dibenarkan, dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat EULA ini, Pengajar-pengajar boleh mengeluarkan semula atau menyesuaikan untuk kegunaan mereka, bahagian-bahagian Kandungan Dilesenkan yang berkaitan secara logik dengan pengajaran sesuatu Sesi Latihan Dibenarkan, termasuk, tanpa batasan, nota, modul, dan item penilaian Pengajar bagi setiap Sesi Latihan Dibenarkan seumpamanya.

4.5 Pengubahsuaian. Tertakluk kepada Terma-terma Perlesenan, Pengajar-pengajar atau Pelajar-pelajar boleh menyalin dan mengubahsuai versi Microsoft Word bahan-bahan Kursus; walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk menggunakan hak sebelum ini, anda bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat Terma-terma Perlesenan ini, termasuk tanpa had, Bahagian 4.5, 4.6, and 7.

4.6 Pengubahsuaian yang dibenarkan. Jika Anda membuat sebarang pengubahsuaian di bawah Terma-terma Perlesenan ini, anda bersetuju: (a) bahawa pengubahsuaian berkenaan hanya akan digunakan untuk kegunaan latihan persendirian anda; (b) untuk secara jelas menyatakan bahawa pengubahsuaian berkenaan anda lakukan sendiri, dan tidak menyatakan atau membayangkan bahawa Microsoft telah melakukan ataupun menyokong pengubahsuaian berkenaan, (c) tidak melakukan pengubahsuaian berbentuk kerja-kerja lucah atau skandal, (d) untuk mempertahankan, melindungi, dan memastikan Microsoft selamat daripada mana-mana dan semua tuntutan, tuntutan mahkamah, kerosakan, kerugian, penalti, denda, kos, dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman yang munasabah, disebabkan oleh pengubahsuaian berkenaan; dan (e) tidak akan memindahkan atau memberiakan sebarang hak kepada mana-mana pengubahsuaian berkenaan dan/atau versi Kandungan Dilesenkan yang telah diubahsuai kepada mana-mana pihak ketiga (selain daripada yang jelas dibenarkan untuk Pengajar-pengajar dalam bahagian (b) di bawah) tanpa kebenaran bertulis secara jelas Microsoft.

Jika Anda seorang Pengajar, sebagai tambahan kepada yang sebelum ini, Anda juga bersetuju: (a) bahawa pengubahsuaian sedemikian tidak akan digunakan untuk menyediakan latihan selain daripada di Sesi Latihan Dibenarkan atau untuk latihan persendirian Anda sendiri; (b) Anda hanya boleh mengedarkan versi-versi diubahsuai Kandungan Dilesenkan kepada Pelajar-pelajar yang berdaftar dalam sesuatu Sesi Latihan Dibenarkan, atau kepada Pengajar-pengajar lain dalam Program Literasi Digital yang (i) memberikan latihan mengenai kandungan Kursus yang merupakan kandungan pengubahsuaian berkenaan dan (ii) yang diambil sebagai Pengajar di Pusat Latihan Dibenarkan yang anda berikan latihan, dan (c) bahawa Microsoft berhak untuk mengkaji semula dan/atau meluluskan mana-mana pengubahsuaian yang anda lakukan kepada Kandungan Dilesenkan.

4.7 Pengeluaran Semulai/Pengedaran Semula Kandungan Dilesenkan. Kecuali dinyatakan secara jelas di dalam Terma-terma Perlesenan ini, Anda tidak boleh mengeluarkan semula atau mengedarkan semula Kandungan Dilesenkan atau mana-mana bahagian selepasnya (termasuk mana-mana pengubahsuaian yang dibenarkan) kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis secara jelas Microsoft.

5. PEMILIKAN. Terma-terma Perlesenan ini hanya memberi Anda beberapa hak terhadap Kandungan Dilesenkan. Kecuali dibenarkan oleh undang-undang yang digunakan, Anda boleh menggunakan Kandungan Dilesenkan hanya seperti

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.5

Page 6: Asas Komputer

dibenarkan secara jelas di bawah Terma-terma Perlesenan. Microsoft mempunyai semua hak lain. Kandungan Dilesenkan ini dilindungi oleh undang-undang dan perjanjian-perjanjian hak cipta dan harta intelek. Microsoft atau pembekalnya memiliki tajuk, hak cipta, dan lain-lain hak harta intelek di dalam Kandungan Dilesenkan. Anda tidak boleh mengeluarkan atau menyembunyikan mana-mana hak cipta, tanda dagang atau notis-notis lain yang ada pada Kandungan Dilesenkan, atau mana-mana komponen selepas itu, sepertimana yang dihantar kepada Anda. Kandungan Dilesenkan adalah dilesenkan, bukan dijual.

6. BATASAN TERHADAP KEJURUTERAAN SONGSANG, PENYAHKOMPOLASI, DAN PENYAHHIMPUNAN. Anda tidak boleh melakukan kejuruteraan songsang, menyahsusun, atau menyahhimpun Kandungan Dilesenkan, kecuali dan hanya jika aktiviti tersebut dibenarkan secara jelas oleh undang-undang yang digunakan walaupun terdapat batasan ini.

7. BATASAN MENGENAI PENJUALAN, PENYEWAAN, DLL DAN TUGASAN TERTENTU. Anda tidak boleh menyediakan perkhidmatan hos komersil yang, menjual, menyewa, memajak, meminjamkan, memberi lesen semula, atau menetapkan salinan-salinan Kandungan Dilesenkan atau mana-mana bahagian selepas itu (termasuk sebarang pengubahsuaian dibenarkan selepas itu) secara tersendiri atau sebagai sebahagian daripada mana-mana koleksi, produk atau perkhidmatan.

8. KEBENARAN BAGI PENGGUNAAN DATA. Anda bersetuju bahawa Microsoft dan gabungannya boleh mengumpulkan dan Menggunakan maklumat teknikal yang dikumpulkan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan sokongan produk yang disediakan untuk Anda, jika ada, yang berkaitan dengan Kandungan Dilesenkan. Microsoft boleh Menggunakan maklumat ini hanya untuk memperbaiki produk-produk kami atau untuk menyediakan perkhidmatan atau pun teknologi yang disesuaikan untuk Anda dan tidak akan mendedahkan maklumat ini dalam bentuk yang mengenal pasti Anda secara peribadi.

9. PAUTAN KEPADA LAMAN PIHAK KETIGA. Anda boleh membuat pautan kepada laman pihak ketiga melalui Penggunaan Kandungan Dilesenkan ini. Laman pihak ketiga bukan di bawah kawalan Microsoft, dan Microsoft tidak bertanggungjawab ke atas kandungan mana-mana laman pihak ketiga, mana-mana pautan yang terdapat di laman pihak ketiga, atau sebarang perubahan atau pengemaskinian kepada laman pihak ketiga. Microsoft tidak bertanggungjawab untuk siaran web atau sebarang bentuk penyiaran lain yang diterima dari laman pihak ketiga. Microsoft menyediakan pautan-pautan ke laman pihak ketiga ini untuk Anda hanya sebagai satu kemudahan, dan pemasukan mana-mana pautan tidak bermaksud sokongan Microsoft kepada laman pihak ketiga.

10. KANDUNGAN DILESENKAN/PERKHIDMATAN TAMBAHAN. Terma-terma Perlesenan ini digunakan kepada Komponen-komponen yang mungkin diberikan oleh Microsoft kepada Anda atau disediakan untuk Anda selepas tarikh Anda mendapatkan salinan pertama Kandungan Dilesenkan Anda, kecuali kami menyediakan Terma-terma Perlesenan Komponen atau terma-terma Penggunaan lain bagi Komponen-komponen berkenaan. Microsoft berhak untuk menghentikan sebarang perkhidmatan berasaskan Internet yang diberikan kepada Anda atau disediakan kepada Anda melalui Penggunaan Kandungan Dilesenkan.

11. PENAMATAN. Tanpa prejudis kepada mana-mana hak lain, Microsoft boleh menamatkan TErma-terma Perlesenan ini jika Anda gagal mematuhi terma-terma dan syarat-syarat dalam Terma-Terma Perlesenan ini. Sekiranya status Anda sebagai Pengajar a) luput, b) ditamatkan secara sukarela oleh Anda sendiri, dan/atau c) ditamatkan oleh Pusat Latihan Dibenarkan, Terma-terma Perlesenan ini akan tamat secara automatik. Sebaik sahaja mana-mana penamatan Terma-terma Perlesenan ini, Anda mesti memusnahkan semua salinan Kandungan Dilesenkan dan semua bahagian komponennya.

12. PENAFIAN. MICROSOFT MENYEDIAKAN KANDUNGAN DILESENKAN DAN SEBARANG PERKHIDMATAN SOKONGAN “SEPERTI ADANYA”, “SEPERTI TERSEDIA” DAN “DENGAN SEMUA KEROSAKAN”, DAN MENAFIKAN SEMUA JAMINAN LAIN DAN SYARAT-SYARAT, SAMA ADA JELAS, TERSIRAT ATAU MENGIKUT UNDANG-UNDANG, TERMASUK, SEBARANG JAMINAN TERSIRAT, TANGGUNGJAWAB ATAU KEADAAN-KEADAAN KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, KEBOLEHPERCAYAAN ATAU KETERSEDIAAN, KETEPATAN ATAU KELENGKAPAN JAWAPAN, KEPUTUSAN, TAJUK, KETIDAKLANGGARAN, USAHA YANG BAIK, KETIADAAN VIRUS, DAN KETIADAAN KECUAIAN, KESEMUANYA BERKAITAN KANDUNGAN DILESENKAN, DAN PERUNTUKAN UNTUK ATAU KEGAGALAN UNTUK MENYEDIAKAN SOKONGAN ATAU PERKHIDMATAN LAIN. KESELURUHAN RISIKO YANG TIMBUL DARIPADA PENGGUNAAN ATAU PRESTASI KANDUNGAN DILESENKAN, DAN SEBARANG PERKHIDMATAN SOKONGAN, KEKAL BERSAMA ANDA.

13. PENGECUALIAN KEROSAKAN TERTENTU. TIDAK ADA DALAM MANA-MANA KEADAAN MICROSOFT AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEROSAKAN KHAS, SAMPINGAN, PUNITIF, TIDAK LANGSUNG, ATAU AKIBAT DARIPADANYA (TERMASUK KEROSAKAN KE ATAS KEHILANGAN KEUNTUNGAN ATAU MAKLUMAT RAHSIA ATAU MAKLUMAT LAIN, BAGI GANGGUAN PERNIAGAAN, BAGI KECEDERAAN PERIBADI, BAGI KEHILANGAN PRIVASI, BAGI KEGAGALAN MEMENUHI TANGGUNGJAWAB TERMASUK KEJUJURAN ATAU PENJAGAAN MUNASABAH, BAGI KECUAIAN, DAN BAGI SEBARANG KEHILANGAN LAIN) YANG TIMBUL AKIBAT PENGGUNAAN ATAU PUN KETIDAKBOLEHAN MENGGUNAKAN KANDUNGAN DILESENKAN, PENYEDIAAN ATAU KEGAGALAN UNTUK MENYEDIAKAN SOKONGAN ATAU PERKHIDMATAN

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.6

Page 7: Asas Komputer

LAIN, MAKLUMAT, PERISIAN, DAN KANDUNGAN BERKAITAN MELALUI KANDUNGAN DILESENKAN, ATAU SEBALIKNYA BERKAITAN DENGAN KANDUNGAN DILESENKAN ATAU TERMA-TERMA PERLESENAN INI, WALAUPUN DALAM KEADAAN KEROSAKAN, UNDANG-UNDANG TORT (TERMASUK KECUAIAN), LIABILITI KETAT, PELANGGARAN KONTRAK ATAU PELANGGARAN JAMINAN MICROSOFT, DAN WALAUPUN MICROSOFT TELAH DIBERI NASIHAT TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN SEUMPAMANYA. OLEH KERANA BEBERAPA NEGERI/BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU BATASAN LIABILITI BAGI KEROSAKAN SAMPINGAN ATAU AKIBAT DARIPADANYA, BATASAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK DIGUNAKAN KEPADA ANDA.

14. BATASAN LIABILITI. WALAUPUN TERDAPAT MANA-MANA KEROSAKAN YANG MUNGKIN ANDA ALAMI BAGI SEBARANG SEBAB (TERMASUK, TANPA BATASAN, SEMUA KEROSAKAN YANG DIRUJUK DI SINI DAN SEMUA KEROSAKAN LANGSUNG ATAU UMUM DI DALAM KONTRAK ATAU APA SAHAJA), KESELURUHAN LIABILITI MICROSOFT DI BAWAH TERMA-TERMA PERLESENAN INI DAN REMEDI EKSLUSIF ANDA DI BAWAH INI AKAN DIHADKAN KEPADA LEBIHAN KOS SEBENAR KEROSAKAN YANG ANDA ALAMI AKIBAT BERGANTUNG SECARA MUNASABAH KEPADA KANDUNGAN DILESENKAN HINGGA JUMLAH ANDA BAYAR BAGI KANDUNGAN DILESENKAN INI ATAU US$5.00. BATASAN-BATASAN SEBELUM INI, PENGECUALIAN DAN PENAFIAN DALAM SEKSYEN INI DAN SEKSYEN-SEKSYEN 12 DAN 13 DI ATAS AKAN DIGUNAKAN SEHINGGA TAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAKAN, WALAUPUN MANA-MANA REMEDI TIDAK MEMENUHI TUJUAN ASASNYA.

15. UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAKAN. Jika Anda memperoleh Kandungan Dilesenkan ini di Amerika Syarikat, Terma-terma Perlesenan ini dikawal oleh undang-undang Negeri Washington, dan, jika terdapat sebarang pertikaian yang mungkin timbul di bawah ini, Anda bersetuju dengan bidang kuasa mahkamah persekutuan dan negeri yang terletak di King County, Washington. Jika Anda memperoleh Kandungan Dilesenkan ini di Kanada, kecuali dilarang secara jelas oleh undang-undang tempatan, Terma-terma Perlesenan ini dikawal oleh undang-undang yang digunakan di Daerah Ontario, Kanada; dan, jika terdapat sebarang pertikaian yang mungkin timbul di bawah ini, Anda bersetuju dengan bidang kuasa mahkamah persekutuan dan daerah yang terdapat di Toronto, Ontario. Jika Anda memperoleh Kandungan Dilesenkan ini di Kesatuan Europah, Iceland, Norway, atau Switzerland, maka undang-undang tempatan bagi bidang kuasa seumpamanya digunakan. Jika Anda memperoleh Kandungan Dilesenkan ini di mana-mana negara lain, maka undang-undang tempatan boleh digunakan.

16. KESELURUHAN PERJANJIAN; KEBOLEHASINGAN. Terma-terma Perlesenan ini (termasuk mana-mana tambahan atau pembetulan terhadap Terma-terma Perlesenan ini yang dimasukkan dalam Kandungan Dilesenkan) adalah perjanjian keseluruhan antara Anda dan Microsoft berkaitan Kandungan Dilesenkan dan perkhidmatan sokongan (jika ada) dan menggantikan semua komunikasi lisan atau bertulis semasa atau sebelumnya, cadangan dan representasi berkaitan Kandungan Dilesenkan atau mana-mana perkara yang diliputi oleh Terma-terma Perlesenan ini. Jika mana-mana peruntukan Terma-terma Perlesenan ini dianggap terbatal, tidak sah, tidak dapat dikuatkuasakan atau salah di sisi undang-undang, peruntukan-peruntukan lain akan terus berkuatkuasa sepenuhnya.

Jika Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Terma-terma Perlesenan ini, atau jika Anda ingin menghubungi Microsoft bagi sebarang sebab, sila gunakan maklumat alamat yang disertakan dalam Kandungan Dilesenkan ini untuk berhubung dengan subsidiari Microsoft yang memberikan perkhidmatan di negara Anda atau layari Microsoft di World Wide Web di http://www.microsoft.com.

Maklumat dalam dokumen ini, termasuk URL dan rujukan laman Web Internet lain, adalah tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis. Kecuali dinyatakan sebaliknya, contoh syarikat, organisasi, produk, nama domain, alamat e-mel, logo, orang perseorangan, tempat, dan peristiwa yang dinyatakan di sini adalah rekaan, dan kaitan dengan mana-mana syarikat, organisasi, produk, nama domain, alamat e-mel, logo, orang perseorangan, tempat atau acara sebenar yang diniatkan atau boleh dibuat keseimpulan mengenainya. Pematuhan semua undang-undang hak cipta yang digunakan adalah tanggungjawab pengguna. Kecuali seperti dinyatakan sebaliknya di atas, tanpa membataskan hak-hak di bawah hak cipta, tiada bahagian dalam dokumen ini boleh dikeluarkan semula, disimpan dalam atau dimasukkan ke dalam sistem yang boleh mendapatkan kembali, atau dikeluarkan dalam sebarang bentuk atau melalui sebarang kaedah (elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, atau seumpamanya), atau bagi sebarang penggunaan, tanpa kebenaran bertulis secara jelas Microsoft Corporation.

Nama-nama pengeluar, produk, atau URL diberikan bagi tujuan maklumat sahaja dan Microsoft tidak membuat representasi dan jaminan, sama ada secara jelas, tersirat, atau mengikut undang-undang, mengenai pengeluar-pengeluar ini atau penggunaan produk-produk berkenaan dengan mana-mana teknologi Microsoft. Penyertaan sesuatu pengeluar atau produk tidak bermaksud sokongan Microsoft kepada pengeluar atau produk tersebut. Pautan diberikan kepada laman pihak ketiga. Laman-laman seumpama ini bukan di bawah kawalan Microsoft dan Microsoft tidak bertanggungjawab bagi kandungan bagi sebarang pautan laman atau mana-mana pautan yang terdapat di dalam laman pautan, atau sebarang perubahan atau pengemaskinian pada laman-laman berkenaan. Microsoft tidak bertanggungjawab bagi siaran web atau sebarang bentuk penyiaran yang diterima dari mana-mana laman pautan. Microsoft menyediakan pautan-pautan ini untuk anda hanya

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.7

Page 8: Asas Komputer

sebagai kemudahan, dan rangkuman mana-mana pautan tidak bermaksud sokongan Microsoft terhadap laman berkenaan atau kandungan produk di situ.

Microsoft mungkin mempunyai paten, permohonan paten, tanda dagang, hak cipta, atau hak harta intelek lain yang merangkumi kandungan dalam dokumen ini. Kecuali seperti dinyatakan secara jelas dan bertulis dalam mana-mana perjanjian perlesenan Microsoft, melengkapkan dokumen ini tidak memberi anda sebarang lesen untuk paten, tanda dagang, hak cipta ini, atau harta intelek lain.

© 2009 Microsoft Corporation. Semua hak cipta terpelihara.

Microsoft, Encarta, FrontPage, Hotmail, MSN, Outlook, Windows Media, dan Windows adalah tanda dagang berdaftar atau tanda dagang Microsoft Corporation di Amerika Syarikat dan/atau negara lain.

Semua tanda dagang lain adalah milik pemilik masing-masing.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.8

Page 9: Asas Komputer

Daftar Kandungan

Gambaran Keseluruhan Kursus

Maklumat Kursus

Modul 1: Asas Komputer

Pengenalan kepada Komputer

Terminologi Komputer Lazim

Prestasi dan Ciri Komputer

Sistem Pengendalian Komputer

Peluang Pekerjaan

Ringkasan Modul

Glosari

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.9

Page 10: Asas Komputer

Gambaran Keseluruhan Kursus

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.10

Page 11: Asas Komputer

Maklumat Kursus

Kursus ini menerangkan peranan komputer dan terminologi asas komputer. Ia membiasakan anda dengan pelbagai atur cara yang tersedia untuk menjalankan tugas yang berlainan. Kursus ini juga memperkenalkan anda kepada bidang berbeza yang mana komputer digunakan dan peluang kerjaya yang berlainan telah diwujudkan oleh komputer.

Butiran Kursus Perihalan

Perihalan Penonton

Kursus ini dirancang untuk sesiapa yang ingin mendapatkan kemahiran celik digital.

Prasyarat Pelajar perlu mempunyai kemahiran asas kefahaman dan membaca pada tahap yang diperlukan untuk membaca akhbar tempatan.

Pelajar seharusnya mempunyai akses kepada komputer di rumah, sekolah, atau institusi.

Objektif Kursus

Setelah melengkapkan kursus ini, anda akan mampu mentafsirkan apa itu komputer dan apa yang boleh dilakukannya. Anda juga dapat menjalankan pengendalian asas komputer.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.11

Page 12: Asas Komputer

Modul Kandungan

Pengenalan kepada Komputer

Terminologi Komputer Lazim

Prestasi dan Ciri Komputer

Sistem Pengendalian Komputer

Peluang Pekerjaan

Ringkasan Modul

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.12

Modul 1

Asas Komputer

Page 13: Asas Komputer

Pengenalan Modul

Komputer membantu organisasi dan individu untuk menjalankan transaksi perniagaan secara efisien dan cepat. Dalam dunia hari ini, salah satu kemahiran asas yang diperlukan untuk berjaya di tempat kerja adalah pengetahuan menggunakan komputer. Komputer digunakan dalam semua bidang. Untuk membolehkan mendapat kerja yang lebih baik, anda perlu tahu untuk menggunakan komputer.

Modul ini menerangkan peranan komputer dan konsep asas mengenai bahagian-bahagian komputer. Modul ini juga menerangkan bagaimana untuk menggunakan komputer dalam aspek kehidupan yang berbeza.

Objektif Modul

Selepas melengkapkan modul ini, anda akan dapat:

· Memerihalkan peranan komputer, bahagian utamanya, dan bagaimana untuk bekerja dengan komputer.

· Takrifkan terminologi komputer lazim.

· Terangkan jenis komputer, atur cara, dan isu prestasi.

· Takrfikan konsep teras berkaitan dengan sistem pengendalian komputer.

· Kenal pasti peluang kerjaya dalam bidang yang mana komputer boleh digunakan.

Komputer telah mengubah cara manusia mengendalikan transaksi perniagaan mereka dan menjalankan tugas harian mereka. Dengan komputer, anda boleh menyelenggarakan belanjawan bulanan anda, mencipta laporan perniagaan, membuat kerja projek anda, mendengar muzik, menonton filem, malahan mencipta lukisan sama seperti yang anda lakukan di atas kertas.

Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan teknikal yang banyak untuk bekerja dengan komputer. Sesiapa pun mampu mempelajari untuk menggunakannya. Terdapat hanya dua keperluan iaitu mempunyai kesabaran dan keazaman.

Modul ini menerangkan konsep asas berkaitan dengan komputer dan juga membiasakan anda dengan komponen yang membentuk komputer. Tambahan kepada ini, modul ini membiasakan anda dengan pelbagai alatan yang akan membantu anda menjalankan tugas harian anda.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.13

Page 14: Asas Komputer

Kandungan Pelajaran

Peranan Komputer

Bahagian-bahagian Komputer

Menggunakan Komputer

Gambaran keseluruhan Papan kekunci

Menggunakan Tetikus

Peranti Input, Output, dan Penyimpanan

Swauji

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.14

Pelajaran 1

Pengenalan kepada Komputer

Page 15: Asas Komputer

Pengenalan Pelajaran

Komputer adalah peranti elektronik yang anda boleh gunakan untuk menyimpan dan memproses maklumat. Komputer membantu anda menjalankan pelbagai tugas seperti menerima dan menghantar mesej kepada keluarga dan rakan, membuat persembahan dan menyelenggarakan rekod. Komputer juga boleh digunakan dalam pendidikan, penyelidikan, penyiaran berita, membuat ramalan cuaca, dan untuk pelbagai aktiviti perniagaan dan bersantai yang lain. Anda boleh menjimatkan masa, usaha, dan wang dengan menggunakan komputer.

Objektif Pelajaran

Selepas melengkapkan pelajaran ini, anda akan dapat:

· Memerihalkan kepentingan komputer dalam dunia hari ini.

· Mengenal pasti komponen utama komputer.

· Mengenal pasti langkah untuk memulakan dan mematikan komputer.

· Mengenal pasti kumpulan kekunci yang berlainan pada papan kekunci.

· Menjalankan tugas berlainan dengan menggunakan tetikus.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.15

Page 16: Asas Komputer

Topik: Peranan Komputer

Komputer memainkan peranan utama dalam kehidupan seharian kita. Ia digunakan di pelbagai tempat seperti industri, sekolah, pejabat kerajaan dan kedai. Jadual berikut memerihalkan penggunaan komputer dalam pelbagai bidang.

Bidang Perihalan

Pendidikan Dalam bidang pendidikan, pelatih boleh menggunakan komputer untuk menjalankan pelbagai tugas seperti menyampaikan latihan menerusi alat bantuan pembelajaran audio visual, selenggara rekod pelajar untuk mengesan prestasi, mencari maklumat bagi topik yang berbeza, dan mencipta tugasan.

Perniagaan dan kewangan peribadi

Dalam bidang perniagaan, anda boleh menggunakan komputer untuk menyelenggarakan akaun, mencipta rekod kakitangan, mengesan inventori, menyediakan persembahan dan laporan, menguruskan projek, dan berkomunikasi melalui e-mel. Anda boleh menggunakan teknologi komputer untuk melihat butiran akaun bank anda, mendapatkan maklumat segera mengenai pasaran saham, berdagang saham, dan menguruskan pelaburan.

Penjagaan kesihatan

Dalam bidang penjagaan kesihatan, komputer boleh digunakan untuk menjalankan pelbagai tugas seperti mengkaji semula rekod perubatan pesakit. Menggunakan komputer, doktor dengan mudah boleh mencari maklumat mengenai ubat terbaru yang tersedia untuk merawat penyakit. Selain itu, doktor juga boleh menggunakan teknologi komputer untuk berbincang dan berkongsi maklumat mengenai pelbagai penyakit.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.16

Page 17: Asas Komputer

Penyelidikan saintifik

Saintis menggunakan komputer untuk penyelidikan. Contohnya, saintis menggunakan komputer untuk melihat imej dari angkasa dan bagi menerbitkan maklumat mengenai penyelidikan terbaru mereka.

Urusan kerajaan

Dalam organisasi kerajaan, anda boleh menggunakan komputer untuk menyusun maklumat dengan menyimpan dan menyenggara rekod. Komputer juga digunakan untuk menyediakan perkhidmatan kepada rakyat. Contohnya, anda boleh melihat maklumat mengenai dasar semasa dan isu kerajaan pada komputer.

Seni dan hiburan

Anda boleh menggunakan komputer untuk mencipta lakaran dan lukisan. Jurugambar menggunakan komputer untuk mengedit dan menambah baik gambar. Penulis menggunakan komputer untuk menulis kandungan buku mereka dan mencipta ilustrasi. Menggunakan komputer, penulis boleh membuat perubahan dalam kandungan dengan mudah dan menjimatkan masa.

Anda juga boleh menggunakan komputer untuk hiburan. Anda boleh mendengar muzik, menonton filem, menyimpan dan mencetak gambar, menghantar ucapan, dan bermain permainan dengan menggunakan komputer.

Penerbitan Anda boleh menggunakan komputer untuk mereka sebarang jenis penerbitan daripada surat berita mudah kepada majalah fesyen, bahan pemasaran, buku, atau surat khabar.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.17

Page 18: Asas Komputer

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.18

Page 19: Asas Komputer

Topik: Bahagian-bahagian Komputer

Komputer mempunyai pelbagai bahagian dan setiap bahagian menjalankan fungsi yang khusus. Jadual berikut memerihalkan komponen komputer.

Bahagian Perihalan

Peranti Input Anda menggunakan peranti input untuk memberikan maklumat kepada komputer , seperti menaip surat atau memberikan arahan kepada komputer bagi menjalankan tugas. Beberapa contoh peranti input diperihalkan dalam senarai yang berikut.

· Tetikus: Peranti yang anda gunakan untuk berinteraksi dengan item yang dipaparkan pada skrin komputer. Tetikus biasa mempunyai butang kiri dan kanan. Anda gunakan butang kiri untuk memilih item dan memberi arahan dengan mengklik kawasan aktif pada skrin. Anda gunakan butang kanan untuk memaparkan item menu yang biasa digunakan pada skrin.

· Papan kekunci: Set kekunci yang serupa dengan papan kekunci mesin taip. Anda menggunakan papan kekunci untuk menaip teks, seperti surat atau nombor ke dalam komputer.

· Mikrofon: Peranti yang anda boleh gunakan untuk bercakap dengan orang di tempat berlainan dalam dunia. Anda boleh merakam bunyi ke dalam komputer dengan menggunakan mikrofon. Anda juga boleh merakam ucapan anda dan biarkan komputer menukarnya ke dalam bentuk teks.

· Pengimbas: Peranti yang serupa dengan mesin fotokopi. Anda boleh menggunakan peranti ini untuk memindahkan salinan sebenar foto atau dokumen ke dalam komputer. Pengimbas membaca halaman dan menterjemahkannya ke dalam format digital yang boleh dibaca oleh komputer. Contohnya, anda boleh imbas foto keluarga anda menggunakan pengimbas.

· Kamera web: Peranti yang serupa dengan kamera video. Ia membolehkan anda menangkap dan menghantar gambar langsung kepada pengguna lain. Contohnya, kamera web membolehkan rakan dan keluarga anda melihat anda semasa anda berkomunikasi dengan mereka.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.19

Page 20: Asas Komputer

· Stilus: Peranti penunjuk, serupa dengan pen, yang digunakan untuk membuat pilihan dan memasukkan maklumat dengan mengetuk pada permukaan sensitif kepada sentuhan. Contohnya, untuk memasukkan maklumat pada pembantu digital peribadi (PDA), anda gunakan stilus. PDA adalah komputer atas tangan yang ringan.

· Bebola kesan: Peranti penunjuk yang merupakan alternatif kepada tetikus. Bebola kesan terdiri daripada bola untuk mengerakkan penunjuk pada skrin komputer. Anda boleh menggunakan bebola kesan apabila anda mempunyai ruang meja yang terhad.

Peranti Output Anda menggunakan peranti output untuk mendapatkan maklum balas daripada komputer selepas ia menjalankan tugas. Beberapa contoh peranti output diperihalkan dalam senarai yang berikut.

· Monitor: Peranti yang serupa dengan televisyen. Ia digunakan untuk memaparkan maklumat dalam bentuk visual dengan menggunakan teks dan grafik.

· Pencetak: Peranti yang anda gunakan untuk memindahkan teks dan imej daripada komputer kepada kertas atau medium yang lain, seperti filem transparensi. Anda boleh gunakan pencetak untuk mencipta salinan kertas daripada apa sahaja yang anda lihat pada monitor anda.

· Pembesar suara/Alat dengar: Peranti yang membolehkan anda mendengar bunyi. Pembesar suara mungkin sama ada luaran atau terbina dalam komputer.

Unit pemprosesan pusat dan memori

Unit pemprosesan pusat (central processing unit atau CPU) adalah peranti yang mentafsir dan menjalankan arahan yang anda berikan kepada komputer. Ia adalah unit kawalan komputer. CPU juga dirujuk sebagai pemproses.

Memori adalah di mana maklumat disimpan dan diambil semula oleh CPU. Terdapat tiga jenis utama memori.

· Memori capaian rawak (RAM): Merupakan

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.20

Page 21: Asas Komputer

memori utama yang membolehkan anda menyimpan arahan dan data secara sementara. CPU membaca data dan arahan daripada RAM untuk menjalankan tugas khusus. RAM ialah mudah berubah-ubah, yang bermakna ia hanya tersedia apabila komputer dihidupkan. Kandungan RAM mesti disalin kepada peranti penyimpanan jika anda mahu menyimpan data dalam RAM.

· Memori baca sahaja (ROM): Ia adalah memori yang mengekalkan kandungannya walaupun selepas komputer dimatikan. ROM tidak mudah berubah-ubah, ia adalah tetap, memori yang biasanya digunakan untuk menyimpan arahan seperti arahan yang menyemak sama ada semuanya berjalan dengan sempurna.

· Memori flash: Ia adalah memori yang tidak mudah berubah-ubah yang mengekalkan data walaupun selepas komputer dimatikan. Tidak seperti ROM, anda boleh memadam atau mengubah suai maklumat yang disimpan.

Papan induk Papan induk ialah papan litar utama di dalam komputer. Ia mempunyai litar elektronik kecil dan komponen lain padanya. Papan induk menyambung peranti input, output, dan pemprosesan bersama-sama dan memberitahu CPU bagaimana untuk berfungsi. Komponen lain pada papan induk termasuklah kad video, kad bunyi, dan litar yang membolehkan komputer untuk berkomunikasi dengan peranti seperti pencetak. Papan induk kadang kala disebut sebagai papan sistem.

Kad pengembangan

Kad pengembangan ialah papan litar yang boleh dipasang pada papan induk untuk menambah ciri seperti paparan video dan kebolehan audio pada komputer anda. Kad pengembangan mempertingkatkan prestasi komputer anda dan menambah baik ciri-cirinya. Kad pengembangan juga dipanggil sebagai papan pengembangan. Beberapa jenis kad pengembangan diperihalkan dalam senarai yang berikut.

· Kad video: Ia disambungkan kepada monitor komputer dan digunakan untuk

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.21

Page 22: Asas Komputer

memaparkan maklumat pada monitor.

· Kad antara muka rangkaian (NIC): Ia membolehkan komputer disambung kepada komputer lain supaya maklumat boleh ditukar antara mereka.

· Kad bunyi: Ia menukar isyarat audio daripada mikrofon, pita audio, atau sumber lain kepada isyarat digital, yang boleh disimpan sebagai fail audio komputer. Kad bunyi juga menukarkan fail audio komputer kepada isyarat elektrik, yang anda boleh mainkan menerusi pembesar suara atau alat dengar. Anda sambungkan mikrofon dan pembesar suara kepada kad bunyi.

Peranti penyimpanan

Anda menggunakan peranti penyimpanan untuk menyimpan maklumat komputer. Peranti penyimpanan hadir dalam pelbagai bentuk. Beberapa contoh adalah pemacu keras atau cakera, CD-ROM, cakera liut, dan DVD-ROM. Peranti penyimpanan boleh dibahagikan kepada dua jenis, peranti penyimpanan dalaman dan peranti penyimpanan luaran.

Sesetengah peranti penyimpanan yang lazim diperihalkan dalam senarai yang berikut.

· Cakera keras: Cakera magnetik yang selalunya merupakan peranti penyimpanan utama dalam kebanyakan komputer. Ia boleh menjadi peranti luaran ataupun dalaman.

· Cakera liut: Peranti penyimpanan mudah alih yang membolehkan anda menyimpan jumlah kecil data. Kekurangan cakera ini adalah ia sangat mudah dirosakkan oleh haba, habuk, atau medan magnetik.

· CD-ROM: Medium penyimpanan mudah alih yang membolehkan anda menyimpan 400 kali ganda lebih data berbanding cakera liut. Ia kurang terdedah kepada kerosakan berbanding cakera liut.

· DVD-ROM: Medium penyimpanan mudah alih yang serupa dengan CD-ROM; walau bagaimanapun, ia boleh menyimpan jumlah data yang lebih banyak berbanding cakera liut atau CD-ROM. DVD-ROM biasanya digunakan untuk menyimpan filem dan video.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.22

Page 23: Asas Komputer

Port dan sambungan

Port adalah saluran pemindahan data antara peranti input/output dan pemproses. Terdapat beberapa jenis port yang boleh anda gunakan untuk menyambung komputer kepada peranti luaran dan rangkaian. Beberapa jenis port diperihalkan dalam senarai yang berikut.

· Port Universal serial bus (USB): Anda menggunakannya untuk menyambung peranti persisian seperti tetikus, modem, papan kekunci, atau pencetak kepada komputer.

· FireWire: Anda menggunakannya untuk menyambung peranti seperti kamera digital. Ia lebih pantas daripada USB.

· Port rangkaian: Anda menggunakannya untuk menyambung komputer kepada komputer lain untuk bertukar maklumat antara komputer.

· Port selari dan port bersiri: Anda menggunakan port ini untuk menyambung pencetak dan peranti lain kepada komputer peribadi. Walau bagaimanapun, kini USB merupakan kaedah yang lebih diutamakan untuk menyambung peranti persisian kerana ia lebih pantas dan mudah digunakan.

· Penyesuai paparan: Anda menyambung monitor kepada penyesuai paparan pada komputer anda. Penyesuai paparan menjana isyarat video yang diterima daripada komputer, dan menghantarnya kepada monitor menerusi kabel. Penyesuai paparan mungkin berada pada papan induk atau pada kad pengembangan.

· Kuasa: Papan induk dan komponen lain di dalam komputer menggunakan arus terus (DC). Bekalan kuasa mengambil arus ulang-alik (AC) daripada alur keluar dinding dan menukarnya kepada kuasa DC.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.23

Page 24: Asas Komputer

Topik: Menggunakan Komputer

Jadual yang berikut mengandungi transkrip animasi dalam talian.

Untuk menghidupkan komputer, tekan butang kuasa pada unit sistem. Apabila anda menghidupkan komputer, lampu pada papan kekunci akan berkelip sebentar dan anda juga mungkin akan mendengar bunyi bip. Ini menunjukkan bahawa ujian kendiri kuasa hidup (power-on self test atau POST) telah dimulakan. Komputer menjalankan jujukan ujian pantas untuk memeriksa sama ada papan induk, memori, pemacu keras, dan lain-lain komponen berfungsi. Jika anda mendengar bunyi bip beberapa kali, monitor mungkin memaparkan mesej yang menunjukkan bahawa sesuatu komponen tidak berfungsi. Contohnya, jika kabel papan kekunci tidak dipasang, mesej ralat akan melaporkan bahawa tiada papan kekunci dikesan.

Selepas POST, komputer memulakan sistem pengendalian. Sistem pengendalian mengawal perkakasan komputer dan juga menguruskan operasi berlainan komputer, seperti melog masuk, melog keluar, dan mematikannya.

Apabila komputer memulakan sistem pengendalian Windows Vista, skrin Selamat Datang terpapar. Skrin ini memaparkan pautan ke akaun pengguna sedia ada. Untuk melog masuk ke Windows Vista, anda perlu mengklik pautan ke akaun pengguna anda, taipkan kata laluan anda dalam kotak, dan kemudian klik butang bersebelahan kotak.

Selepas anda melog masuk ke komputer anda, Windows Vista menyediakan desktop dalam masa beberapa saat. Desktop terpapar dan Pusat Selamat Datang terbuka. Bar sisi Microsoft Windows terpapar pada bahagian kanan skrin. Pusat Selamat Datang mengandung maklumat mengenai komputer anda dan mengenai cara menggunakan Windows Vista.

Selepas anda melog masuk, anda boleh menjalankan pelbagai tugasan, seperti mencipta fail baru atau mengubah suai fail yang telah wujud. Sebelum anda menutup fail, anda perlu menyimpan perubahan yang anda buat pada fail. Anda kemudiannya boleh log keluar daripada Windows Vista. Melog keluar adalah berguna jika anda berkongsi komputer anda dengan orang lain. Anda boleh menamatkan sesi Windows Vista anda tanpa mengganggu sesi pengguna lain jika mereka tidak melog keluar daripada sesi mereka.

Anda boleh juga tamatkan sesi komputer anda dengan menggunakan arahan Tutup. Jika anda menutup komputer apabila pengguna lain telah log masuk, mereka mungkin hilang data yang tidak disimpan.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.24

Page 25: Asas Komputer

Jika anda menemui masalah semasa menggunakan komputer, anda boleh menggunakan opsyen Mula Semula untuk mulakan semula komputer. Pada kebanyakan komputer, anda tidak sepatutnya menggunakan butang kuasa sebenar di depan unit sistem untuk mematikan komputer melainkan ia berhenti bertindak balas.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.25

Page 26: Asas Komputer

Topik: Gambaran keseluruhan Papan kekunci

Papan kekunci adalah peranti input yang anda boleh gunakan untuk menaip arahan atau teks ke dalam komputer. Papan kekunci yang berbeza mempunyai susun atur kekunci yang berbeza. Tambahan pada itu, fungsi sesetengah kekunci seperti DELETE, BACKSPACE, PAGE UP, dan PAGE DOWN mungkin berbeza dari satu atur cara ke atur cara yang lain.

Ilustrasi ini memerihalkan kumpulan kekunci yang berlainan pada papan kekunci standard.

1.

Kekunci yang dilabelkan daripada F1 hingga F12 adalah kekunci fungsi. Anda menggunakannya untuk menjalankan fungsi yang tertentu. Fungsinya adalah berbeza mengikut satu atur cara kepada atur cara yang lain. Fungsi kekunci F1 dalam kebanyakan atur cara adalah untuk mengakses fail bantuan yang dikaitkan dengan sesuatu atur cara. Sesetengah papan kekunci mungkin mempunyai kurang kekunci fungsi.

2.

Kekunci, seperti Control (CTRL), SHIFT, SPACEBAR, ALT, CAPS LOCK, dan TAB, merupakan kekunci khas. Kekunci khas menjalankan fungsi khas bergantung pada bila dan di mana ia digunakan. Kebanyakan papan kekunci menyertakan kekunci khas yang dinamakan kekunci logo Windows. Kekunci ini terletak di antara kekunci CTRL dan kekunci ALT. Kekunci ini digunakan untuk membuka menu Mula, atau ia digunakan dalam kombinasi dengan kekunci kedua untuk menjalankan tugasan lazim Windows.

3. Kekunci ini digunakan untuk memasukkan huruf dan nombor.

4. Kekunci tanda baca termasuk kekunci untuk tanda baca seperti titik bertindih (:), koma bernoktah (;), tanda soal (?), tanda petikan tunggal (‘ ’), dan tanda dwi petikan (“ ”).

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.26

Page 27: Asas Komputer

5.

Label pada kekunci ini boleh jadi sama ada ENTER atau RETURN, bergantung pada jenama komputer yang anda gunakan. Anda boleh menggunakan kekunci ENTER atau RETURN untuk mengerakkan kursor ke permulaan baris yang baru. Dalam sesetengah atur cara, ia digunakan untuk menghantar arahan dan untuk mengesahkan tugasan pada komputer.

6.

Kekunci seperti INSERT (INS), DELETE (DEL), dan BACKSPACE merupakan kekunci arahan. Apabila kekunci INSERT di HIDUPKAN, ia membantu anda menulis ganti aksara di sebelah kanan kursor. Apabila kekunci INSERT di MATIKAN, ia membantu anda memasukkan teks atau aksara di sebelah kanan kursor tanpa menulis ganti teks atau aksara ini. Kekunci DELETE dan kekunci BACKSPACE digunakan untuk mengeluarkan teks yang ditaip, aksara atau objek lain masing-masing pada sebelah kanan dan kiri kursor.

7.

Kekunci seperti kekunci anak panah, HOME, END, PAGE UP, dan PAGE DOWN, adalah kekunci navigasi. Anda menggunakan kekunci anak panah untuk menggerakkan kursor ke atas, ke bawah, ke kanan dan ke kiri. Kekunci HOME menggerakkan kursor ke hujung kiri satu baris teks. Kekunci END mengerakkan kursor ke hujung baris. Kekunci PAGE UP digunakan untuk bergerak satu halaman ke atas dan kekunci PAGE DOWN digunakan untuk bergerak satu halaman ke bawah semasa melihat dokumen.

8.

Tidak semua papan kekunci mempunyai papan kekunci angka. Jika tersedia, ia adalah set kekunci berasingan dengan nombor daripada 0 hingga 9, titik perpuluhan, aksara khas, dan simbol navigasi. Kekunci NUM LOCK pada papan kekunci ini membolehkan anda menukar antara kekunci angka dan navigasi.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.27

Page 28: Asas Komputer

Topik: Menggunakan Tetikus

Jadual yang berikut mengandungi transkrip animasi dalam talian.

Tetikus adalah peranti kecil yang anda boleh gunakan untuk menggerakkan, memilih, dan membuka item pada skrin komputer anda.

Tetikus biasanya diletakkan di atas meja, di sebelah papan kekunci. Kebanyakan tetikus mempunyai sekurang-kurangnya dua butang, kiri dan kanan. Kebanyakan tindakan dijalankan dengan mengklik butang sebelah kiri. Butang kanan digunakan untuk fungsi yang tertentu. Sesetengah jenis peranti tetikus yang maju menyediakan butang tambahan untuk mempercepatkan tugasan yang paling lazim seperti menskrol teks.

Apabila anda menggerakkan tetikus di atas permukaan meja anda, penunjuk bergerak secara sepadan pada skrin anda. Tetikus membolehkan anda untuk memilih item pada skrin.

Apabila anda gerakkan penunjuk ke kawasan skrin yang berlainan, item atau penunjuk akan berubah. Perubahan ini menunjukkan bahawa anda boleh mengklik sesuatu item untuk membukanya, atau melihat lebih banyak opsyennya.

Anda boleh membuka item dengan mengerakkan penunjuk kepadanya, dan klik butang tetikus kiri dua kali.

Dalam dokumen, anda boleh menggunakan tetikus bagi memilih kedudukan untuk mula menaip.

Anda perlu menempatkan penunjuk dalam dokumen itu, klik di mana anda ingin memasukkan teks, kemudian gunakan papan kekunci anda untuk mula menaip.

Untuk mengerakkan item, anda perlu klik item itu, kemudian dengan menahan butang tetikus, gerakkan item ke lokasi berbeza. Selepas anda pindahkan item ke lokasi yang baru, lepaskan butang tetikus.

Butang kanan tetikus digunakan untuk memaparkan menu.

Opsyen pada menu ini termasuklah kebanyakan tugas yang paling lazim, seperti menyalin teks daripada satu lokasi dan menampalnya pada lokasi lain. Ini dipanggil menu peka konteks.

Menu ini membantu anda menyelesaikan tugas dengan pantas.

Kebanyakan peranti tetikus juga mempunyai roda yang membantu anda untuk skrol menerusi dokumen atau halaman.

Untuk skrol, letakkan jari anda pada roda dan golekkannya ke depan dan ke belakang. Ini

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.28

Page 29: Asas Komputer

menggerakkan dokumen ke atas dan ke bawah.

Terdapat pelbagai jenis peranti tetikus yang berlainan tersedia dalam pasaran. Tetikus biasa mempunyai bebola getah atau logam di bahagian bawahnya.

Pergerakan mekanikal peranti tetikus mengerakkan bebola itu. Pergerakan ini kemudiannya mengerakkan penunjuk pada skrin.

Tetikus optik boleh digunakan dalam cara yang sama seperti tetikus biasa. Walau bagaimanapun, ia tidak mempunyai bebola. Ia menggunakan laser untuk mengesan pergerakan.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.29

Page 30: Asas Komputer

Topik: Peranti Input, Output, dan Penyimpanan

Susun jenis peranti ke dalam kategorinya yang berkaitan dengan menulis nombor penyataan dalam kotak opsyen yang bersamaan.

Penyata

1 Tetikus

2 Papan Kekunci

3 DVD-ROM

4 Pembesar Suara

5 Monitor

6 Cakera Keras

7 Pencetak

8 Stilus

9 Pengimbas

10 CD-ROM

11 Alat Dengar

12 Mikrofon

13 Cakera Liut

Opsyen 1 Opsyen 2 Opsyen 3

Peranti Input Peranti Output Peranti Penyimpanan

Nota: Jawapan yang betul ditunjukkan di halaman berikutnya.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.30

Page 31: Asas Komputer

Opsyen 1 Opsyen 2 Opsyen 3

Peranti Input Peranti Output Peranti Penyimpanan

12, 9, 8, 2, 1 11, 7, 5, 4 13, 10, 6, 3

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.31

Page 32: Asas Komputer

Topik: Swauji untuk Pelajaran: Pengenalan kepada Komputer

Setiap pasangan penyata mengandungi penyata yang benar dan penyata yang tidak benar. Bagi setiap pasangan penyata, nyatakan penyata manakah yang benar dengan meletakkan tanda dalam lajur Benar di sebelah kanan.

Penyata BenarTidak benar

1 Gunakan BUTANG KUASA untuk menghidupkan komputer.

2 Gunakan KUNCI PAPAN KEKUNCI untuk menghidupkan komputer.

3 Lampu papan kekunci berkelip apabila komputer MENUTUP.

4 Lampu papan kekunci berkelip apabila komputer BERMULA.

5 RAM mengekalkan kandungannya walaupun selepas komputer dimatikan.

6 ROM mengekalkan kandungannya walaupun selepas komputer dimatikan.

7 Gunakan FIREWIRE untuk menyambung kamera digital ke komputer.

8Gunakan PORT RANGKAIAN untuk menyambung kamera digital ke komputer.

9 Gunakan KEKUNCI TAB untuk membuka menu Mula.

10 Gunakan KEKUNCI WINDOWS untuk membuka menu Mula.

11 Gunakan BUTANG KUASA apabila komputer berhenti bertindak balas.

12Gunakan ARAHAN LOG KELUAR apabila komputer berhenti bertindak balas.

13 Butang KIRI tetikus digunakan untuk memaparkan menu.

14 Butang KANAN tetikus digunakan untuk memaparkan menu.

15Anda boleh menghapuskan maklumat yang disimpan dalam MEMORI FLASH.

16 Anda boleh menghapuskan maklumat yang disimpan dalam RAM.

17 Gunakan KEKUNCI FUNGSI untuk mengakses fail BANTUAN.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.32

Page 33: Asas Komputer

18 Gunakan KEKUNCI ANGKA untuk mengakses fail BANTUAN.

Nota: Jawapan yang betul ditunjukkan di halaman berikutnya.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.33

Page 34: Asas Komputer

Penyata BenarTidak benar

1 Gunakan BUTANG KUASA untuk menghidupkan komputer.

2 Gunakan KUNCI PAPAN KEKUNCI untuk menghidupkan komputer.

3 Lampu papan kekunci berkelip apabila komputer MENUTUP.

4 Lampu papan kekunci berkelip apabila komputer BERMULA.

5 RAM mengekalkan kandungannya walaupun selepas komputer dimatikan.

6 ROM mengekalkan kandungannya walaupun selepas komputer dimatikan.

7 Gunakan FIREWIRE untuk menyambung kamera digital ke komputer.

8Gunakan PORT RANGKAIAN untuk menyambung kamera digital ke komputer.

9 Gunakan KEKUNCI TAB untuk membuka menu Mula.

10 Gunakan KEKUNCI WINDOWS untuk membuka menu Mula.

11 Gunakan BUTANG KUASA apabila komputer berhenti bertindak balas.

12Gunakan ARAHAN LOG KELUAR apabila komputer berhenti bertindak balas.

13 Butang KIRI tetikus digunakan untuk memaparkan menu.

14 Butang KANAN tetikus digunakan untuk memaparkan menu.

15Anda boleh menghapuskan maklumat yang disimpan dalam MEMORI FLASH.

16 Anda boleh menghapuskan maklumat yang disimpan dalam RAM.

17 Gunakan KEKUNCI FUNGSI untuk mengakses fail BANTUAN.

18 Gunakan KEKUNCI ANGKA untuk mengakses fail BANTUAN.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.34

Page 35: Asas Komputer

Kandungan Pelajaran

Pengenalan kepada Perkakasan

Apakah Itu Sistem Pengendalian?

Gambaran Keseluruhan Atur cara dan Data

Pengenalan kepada Rangkaian

Menggunakan Internet

Swauji

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.35

Pelajaran 2

Terminologi Komputer Lazim

Page 36: Asas Komputer

Pengenalan Pelajaran

Kenderaan seperti kereta atau van tersedia dalam model dan warna yang berbeza, tetapi komponen pentingnya tetap kekal sama. Semua kenderaan mempunyai enjin, badan dan roda. Begitu juga dengan komputer yang tersedia dalam pelbagai saiz dan bentuk, tetapi semuanya mempunyai komponen lazim dan berfungsi dalam cara yang sama.

Komponen penting komputer adalah perkakasan dan perisian. Dalam pelajaran ini, anda akan pelajari mengenai terminologi komputer lazim, seperti perkakasan, perisian, data dan rangkaian.

Objektif Pelajaran

Selepas melengkapkan pelajaran ini, anda akan dapat:

· Mengenal pasti komponen perkakasan utama komputer.

· Menerangkan sistem pengendalian.

· Menerangkan atur cara dan data.

· Memerihalkan rangkaian dan jenis rangkaian.

· Menerangkan istilah Internet, World Wide Web, dan intranet.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.36

Page 37: Asas Komputer

Topik: Pengenalan kepada Perkakasan

Perkakasan merujuk kepada semua komponen fizikal komputer. Ia termasuklah semua peranti input, peranti pemprosesan, peranti penyimpanan, dan peranti output. Papan kekunci, tetikus, papan ibu, monitor, cakera keras, kabel, dan pencetak, semuanya adalah contoh perkakasan.

Anda menggunakan perkakasan untuk memberikan input kepada komputer dan juga mendapatkan output yang diingini. Contohnya, apabila anda memainkan alat muzik seperti piano, anda memberikan input dengan menekan kekunci dan mendapat output yang diingini dalam bentuk muzik. Begitu juga dengan komputer yang memerlukan peranti input dan output untuk menjalankan tugas.

Selain daripada peranti input dan output, komputer menggunakan peranti pemprosesan untuk bekerja dengan data input dan menjana output yang diingini. Peranti pemprosesan yang paling penting adalah CPU. CPU adalah otak bagi komputer. Ia memproses input untuk menjalankan pengiraan dan menghasilkan output.

Papan induk adalah papan litar besar yang menyambung peranti input, output, dan pemprosesan. Litar papan induk menyediakan laluan yang membolehkan data untuk lalu menerusi pelbagai komponen ini. Ia juga mengandungi cip yang menentukan bagaimana, bila dan di mana data boleh dialirkan menerusi komputer.

Bergantung pada tugas yang anda mahu komputer anda jalankan, anda boleh memilih perkakasan yang bersesuaian. Contohnya, anda boleh menggunakan NIC untuk menyambung komputer anda kepada komputer lain. Anda juga boleh menggunakan kad pengembangan seperti kad video, untuk menambah ciri baru atau mempertingkatkan prestasi komputer anda. Semua peranti ini dipalam ke dalam papan induk.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.37

Page 38: Asas Komputer

Topik: Apakah Itu Sistem Pengendalian?

Selain daripada perkakasan, komputer memerlukan perisian untuk berfungsi. Perisian menghantar arahan kepada perkakasan untuk menjalankan tugasan yang diperlukan.

Perisian yang paling penting pada komputer adalah sistem pengendalian yang mengawal dan menguruskan perkakasan yang disambungkan kepada komputer anda. Sistem pengendalian menyediakan antara muka yang membantu anda berinteraksi dengan komputer. Contoh sistem pengendalian yang terbaru adalah Windows Vista.

Antara muka pengguna boleh menjadi sama ada berdasarkan teks ataupun grafik. Kebanyakan sistem pengendalian menyediakan antara muka pengguna grafik (GUI), yang memaparkan imej dan gambar yang membolehkan anda berinteraksi dengan komputer dengan mudah.

Sistem pengendalian dengan GUI menyediakan antara muka yang mudah digunakan untuk membantu anda memasang perkakasan atau perisian. Contohnya, Windows Vista menyediakan wizard persediaan, yang membimbing pengguna menerusi setiap langkah tugas tertentu seperti memasang perkakasan atau perisian.

Sistem pengendalian memastikan komputer anda berfungsi dengan sempurna. Anda perlu mengemas kini sistem pengendalian anda secara kerap untuk memastikannya serasi dengan sebarang perkakasan baru yang anda pasang.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.38

Page 39: Asas Komputer

Topik: Gambaran Keseluruhan Atur cara dan Data

Perkakasan dan sistem pengendalian bersama-sama dirujuk sebagai platform. Atur cara, turut dipanggil aplikasi, menggunakan platform untuk menjalankan tugas. Terdapat pelbagai jenis atur cara. Sesetengah atur cara membolehkan anda menjalankan tugasan seperti menulis surat, membuat pengiraan, atau menghantar mesej e-mel. Contohnya, pemproses perkataan seperti Microsoft Office Word 2007, merupakan atur cara yang membantu anda mencipta surat. Atur cara lain membolehkan anda mencipta ilustrasi, bermain permainan, menonton filem, atau berkomunikasi dengan pengguna komputer yang lain.

Atur cara memproses data yang anda sediakan sebagai input kepada komputer anda. Data ini boleh dalam bentuk teks, grafik, audio, atau video bergantung pada jenis atur cara. Contohnya, Kalkulator adalah atur cara yang memerlukan input dalam bentuk nombor. Begitu juga, Perakam Bunyi merupakan atur cara yang memerlukan input dalam bentuk audio.

Apabila atur cara menerima data, ia memproses data dan memaparkan output pada skrin. Anda boleh menyimpan output ini di dalam fail. Bergantung pada jenis data yang terkandung dalam fail, fail tersebut dikelaskan sebagai fail audio, fail teks, fail grafik, atau fail video.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.39

Page 40: Asas Komputer

Topik: Pengenalan kepada Rangkaian

Pertimbangkan senario yang mana sebuah organisasi mempunyai 10 orang pekerja. Pekerja ini menggunakan komputer untuk menjalankan tugas harian. Mereka juga perlu mencetak data dengan kerap. Daripada memberikan pencetak kepada setiap orang pekerja yang mungkin menjadi mahal, semua komputer disambungkan dengan satu pencetak sahaja.

Anda boleh menyambungkan komputer anda dengan komputer lain untuk berkongsi maklumat dan komponen perkakasan. Sekumpulan komputer dan peranti yang berkaitan yang dipautkan bersama untuk memudahkan perkongsian maklumat dikenali sebagai rangkaian. Rangkaian juga boleh digunakan untuk berkongsi data dan peranti seperti pencetak. Anda juga boleh berkomunikasi dengan pengguna komputer lain pada rangkaian. Rangkaian biasanya mempunyai tiga komponen yang berikut:

Pelayan. Komputer utama pada rangkaian yang menyediakan perkhidmatan kepada komputer lain melalui rangkaian. Pelayan menentukan komputer yang mana dibenarkan mengakses perkakasan dan perisian pada rangkaian.

Stesen kerja. Komputer yang disambungkan kepada rangkaian. Anda perlu menggunakan stesen kerja untuk mengakses perkakasan dan perisian pada rangkaian.

Saluran Komunikasi. Laluan atau pautan yang menyambung komputer atau peranti persisian seperti pencetak dan pemacu cakera untuk memindahkan maklumat. Kabel biasanya digunakan sebagai saluran komunikasi dalam rangkaian, tetapi rangkaian juga boleh memindahkan maklumat menerusi sambungan wayarles.

Bergantung pada kawasan yang diliputi, rangkaian boleh dikategorikan sebagai rangkaian kawasan tempatan (LAN) atau rangkaian kawasan luas (WAN).

Jenis Rangkaian

Ciri

LAN LAN menyambungkan peranti di dalam kawasan yang terhad, seperti rumah atau kumpulan kecil pejabat. Ia biasanya termasuklah komputer dan sumber yang dikongsi seperti pencetak dan pengimbas.

WAN WAN adalah rangkaian yang menyambungkan peranti dalam kawasan geografi berasingan. Anda boleh menggunakan sumber WAN untuk menyambungkan dua atau lebih LAN dengan menggunakan wayar panjang, kabel optik dan satelit. Banyak organisasi menggunakan WAN untuk menyambungkan rangkaian mereka merentasi negara berlainan. Internet adalah salah satu contoh WAN.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.40

Page 41: Asas Komputer

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.41

Page 42: Asas Komputer

Topik: Menggunakan Internet

Jadual yang berikut mengandungi transkrip animasi dalam talian.

Internet adalah koleksi rangkaian awam seluruh dunia yang berpautan antara satu sama lain bagi pertukaran maklumat. Internet bermula sebagai rangkaian untuk memudahkan komunikasi antara kerajaan dengan jabatan pendidikan di Amerika Syarikat.

Apabila rangkaian lain disambungkan kepada rangkaian ini, ia menjadi medium yang luas untuk bertukar maklumat dan idea.

Pada hari ini, Internet menyambungkan banyak rangkaian komersial, kerajaan, dan pendidikan, dan juga komputer individu yang berkongsi data.

Internet menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada penggunanya, seperti pemindahan fail antara pengguna Internet dan mel elektronik untuk menghantar mesej. World Wide Web (atau WWW), atau Web, adalah perkhidmatan lain yang menyediakan Internet. WWW termasuklah dokumen yang diformatkan secara khas yang bersambung dan disimpan pada pelayan di seluruh dunia.

Anda boleh menggunakan Internet dan perkhidmatannya untuk menghantar mesej kepada pengguna Internet lain, mencari dan memohon kerja, menonton filem, serta membeli serta menjual produk.

Banyak organisasi menggunakan jenis rangkaian khas untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat di dalam organisasi. Rangkaian ini dikenali sebagai intranet.

Intranet adalah sama dengan WWW tetapi ia hanya boleh diakses oleh pengguna yang diberi izin oleh organisasi.

Intranet adalah lebih kecil daripada Internet dan boleh menyediakan perkhidmatan seperti pengagihan dokumen, pengagihan perisian, akses kepada pangkalan data, dan latihan.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.42

Page 43: Asas Komputer

Topik: Swauji untuk Pelajaran: Terminologi Komputer Lazim

Susun item ke dalam kategorinya yang berkaitan dengan menulis nombor penyataan dalam kotak opsyen yang bersamaan.

Penyata

1 Termasuk peranti komputer

2 Membantu mengawal komponen fizikal

3 Membolehkan anda bermain permainan atau menonton filem

4 Membantu menyediakan input kepada komputer

5 Memastikan operasi komputer yang boleh diharap

6 Menggunakan platform untuk menjalankan tugas

7 Membantu anda memaparkan output komputer

Opsyen 1 Opsyen 2 Opsyen 3

Perkakasan Sistem Pengendalian Aplikasi

Nota: Jawapan yang betul ditunjukkan di halaman berikutnya.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.43

Page 44: Asas Komputer

Opsyen 1 Opsyen 2 Opsyen 3

Perkakasan Sistem Pengendalian Aplikasi

1, 4, 7 2, 5 3, 6

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.44

Page 45: Asas Komputer

Kandungan Pelajaran

Jenis Komputer

Peranan Memori

Prestasi Komputer

Atur cara Produktiviti

Atur cara Komunikasi

Atur cara Pendidikan dan Hiburan

Swauji

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.45

Pelajaran 3

Prestasi dan Ciri Komputer

Page 46: Asas Komputer

Pengenalan Pelajaran

Pertimbangkan situasi yang mana anda ingin membeli televisyen. Terdapat pelbagai jenama dan model yang tersedia dalam pasaran. Anda perlu membuat keputusan berdasarkan ciri yang anda mahu dan harga produk tersebut. Begitu juga, terdapat pelbagai jenis komputer peribadi yang tersedia dalam pasaran. Ia berbeza pada asas ciri seperti harga, saiz dan kelajuan. Selain itu, faktor-faktor ini mempengaruhi prestasi keseluruhan komputer.

Selepas anda membeli televisyen, anda perlu memilih daripada jenis saluran berlainan yang tersedia. Saluran ini mungkin menawarkan hiburan, sukan atau berita. Anda boleh memilih untuk melihat saluran berdasarkan keutamaan anda. Dalam cara yang sama, selepas anda mula menggunakan komputer, terdapat jenis atur cara yang berlainan yang tersedia untuk membantu anda menjalankan tugas yang berlainan. Anda boleh menggunakan pemproses perkataan untuk mencipta dokumen atau hamparan untuk menjalankan pengiraan matematik. Atur cara komunikasi boleh membantu anda bercakap dengan orang yang berada di lokasi jauh. Dengan atur cara hiburan, anda boleh menonton filem, mendengar muzik, atau bermain permainan.

Objektif Pelajaran

Selepas melengkapkan pelajaran ini, anda akan dapat:

· Membandingkan ciri-ciri jenis komputer yang berlainan.

· Menerangkan peranan memori.

· Menerangkan asas prestasi komputer.

· Memerihalkan jenis atur cara produktiviti dan kegunaannya.

· Memerihalkan jenis atur cara komunikasi dan kegunaannya.

· Memerihalkan kegunaan atur cara pendidikan dan hiburan.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.46

Page 47: Asas Komputer

Topik: Jenis Komputer

Pelbagai jenis komputer terdapat di pasaran pada hari ini. Komputer yang paling lazim ialah Komputer Peribadi (PC), yang kebiasaannya digunakan oleh individu dan perniagaan kecil. Komputer peribadi merupakan komputer yang direka untuk digunakan oleh seorang pengguna pada satu masa. Komputer peribadi digunakan di tempat kerja untuk mencipta dokumen, menguruskan rekod perniagaan dan berkomunikasi dengan orang lain. Ia digunakan di sekolah untuk mengajar pelajaran, membuat kajian melalui Internet dan membuat tugasan. Anda juga boleh menggunakan komputer peribadi untuk bermain permainan, menonton video dan mendengar muzik. Bergantung pada saiz dan tujuan komputer peribadi, ia boleh dikategorikan kepada empat jenis yang berbeza: desktop, komputer bimbit, pegangan tangan atau tablet.

Anda memilih komputer bergantung pada tugas yang anda ingin ia lakukan. Contohnya, jika anda ingin menggunakan komputer untuk mengedit foto atau bermain permainan yang rumit, anda memerlukan komputer yang mempunyai CPU yang laju dan penyesuai paparan yang bagus. Jadual berikut memerihalkan jenis komputer yang berbeza dengan terperinci:

Jenis Komputer

Ciri

Komputer desktop

Komputer desktop diperbuat daripada komponen individu seperti monitor, papan kekunci, unit sistem dan pencetak. Komputer desktop bukan mudah alih dan pada kebiasaannya diletakkan pada permukaan meja tulis atau meja biasa. Komponen komputer desktop boleh digantikan atau dinaik taraf dengan mudah.

Komputer desktop pada kebiasaannya mempunyai memori yang lebih besar, pemacu keras yang lebih besar, lebih banyak port dan paparan lebih besar berbanding dengan komputer riba dan komputer mudah alih lain. Komputer desktop boleh berjalan dengan berterusan untuk tempoh masa yang panjang.

Komputer riba

Komputer riba adalah komputer peribadi yang ringan. Komputer riba bersaiz lebih kecil jika dibandingkan dengan komputer desktop dan direka untuk perjalanan. Komputer riba juga dikenali sebagai komputer notebook.

Ciri utama komputer riba adalah ia kecil dan mudah alih. Seperti namanya, ia boleh diletakkan di atas riba pengguna dengan mudah. Komputer desktop hanya berfungsi dengan elektrik, manakala komputer riba berfungsi dengan elektrik atau bateri yang boleh dicas semula. Walau bagaimanapun, komputer riba menggunakan lebih banyak kuasa berbanding dengan komputer desktop yang mempunyai persediaan perkakasan yang sama. Komputer riba menjalankan tugas yang sama seperti komputer desktop, tetapi pada kebiasaannya komputer riba lebih mahal berbanding dengan komputer desktop.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.47

Page 48: Asas Komputer

Komputer pegangan tangan

Komputer pegangan tangan merupakan peranti yang digunakan untuk tugas harian tertentu seperti menguruskan data peribadi. Ia lebih kecil daripada komputer riba dan menyediakan kurang ciri berbanding dengan komputer desktop atau komputer riba. Ia juga boleh melakukan aktiviti pemprosesan perkataan asas dan membantu anda mengakses Internet. Anda juga boleh menghantar dan menerima mesej e-mel dengan menggunakan komputer pegangan tangan. Beberapa komputer pegangan tangan juga boleh berfungsi sebagai telefon selular atau kamera digital.

Komputer Tablet

Komputer tablet adalah komputer yang berfungsi penuh yang membolehkan anda menulis secara terus pada skrinnya dengan menggunakan pen tablet. Anda juga boleh menggunakan pen tablet untuk menjalankan fungsi tetikus. Dengan itu, komputer tablet tidak memerlukan papan kekunci dan tetikus.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.48

Page 49: Asas Komputer

Topik: Peranan Memori

Apabila komputer menjalankan tugas, ia menyimpan data dalam memori. Data yang disimpan dalam memori diwakili secara dalaman dalam bentuk 0 dan 1. Setiap 0 atau 1 dipanggil bit. Kombinasi lapan bit dipanggil sebagai bait. Jadual yang berikut menerangkan pelbagai istilah yang digunakan untuk mengukur kapasiti simpanan atau memori.

Istilah Perihalan

Bit Bit adalah unit maklumat paling kecil yang dikendalikan oleh komputer. Bit tunggal boleh menyimpan hanya satu daripada dua nilai, 0 atau 1. Salah satu daripada dua nilai ini sentiasa hadir. Bit tunggal membawa sedikit maklumat yang berguna. Walau bagaimanapun, anda boleh memperoleh lebih banyak maklumat berguna dengan menggabungkan bit berturutan kepada unit yang lebih besar.

Bait Biat adalah kombinasi lapan bit yang diatur dalam jujukan tertentu. Setiap jujukan mewakili aksara, simbol, digit, atau huruf tunggal. Bait membentuk unit asas yang digunakan untuk mengukur kapasiti simpanan peranti penyimpanan.

Kilobait Satu kilobait (KB) bersamaan 1,024 bait. Kebanyakan data pengguna disimpan dalam komputer, seperti mesej e-mel yang mudah atau fail teks, memenuhi ruang simpanan dengan hanya beberapa kilobait.

Megabait Satu megabait (MB) bersamaan 1,024 KB. Jumlah maklumat yang terkandung dalam 1 MB bersamaan lebih kurang satu buku teks lengkap.

Gigabait Satu gigabait (GB) bersamaan 1,024 MB, lebih kurang satu bilion bait. Kebanyakan komputer pada hari ini mempunyai cakera keras dengan kapasiti yang besar yang diukur dalam gigabait. Gigabait menandakan kapasiti simpanan yang sangat besar. Contohnya, filem video yang disimpan dalam komputer boleh memenuhi ruang lebih daripada 1 GB.

Terabait Satu terabait bersamaan 1,024 GB, lebih kurang satu trilion bait. Peranti penyimpanan mempunyai kapasiti dalam terabait secara umumnya digunakan oleh organisasi yang perlu menyimpan jumlah data yang besar. Terabait adalah sangat besar sehinggakan beberapa terabait ruang memori boleh mengandungi teks lengkap jumlah buku yang banyak.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.49

Page 50: Asas Komputer

Topik: Prestasi Komputer

Sama ada anda menggunakan komputer anda untuk tujuan perniagaan atau peribadi, amatlah penting bagi komputer anda untuk berfungsi dengan efisien. Walau bagaimanapun, prestasi tidak bergantung pada satu faktor sahaja. Jadual yang berikut menyenaraikan faktor-faktor penting yang mempengaruhi prestasi keseluruhan komputer.

Faktor Perihalan

Kelajuan CPU

CPU adalah otak bagi komputer dan kelajuannya adalah faktor penting yang mempengaruhi prestasi keseluruhan komputer. Kelajuan CPU adalah kadar yang mana CPU boleh jalankan tugas seperti memindahkan data kepada atau daripada RAM, atau menjalankan pengiraan berangka. Jika anda mempunyai dua komputer yang sama kecuali kelajuan CPU, komputer yang mempunyai CPU yang lebih laju dapat menyelesaikan tugas dengan lebih cepat.

Faktor Cakera keras

Cakera keras berbeza dalam kapasiti simpanan begitu juga dengan kelajuan penyimpanan dan ambil semula datanya. Jika kelajuan ambil semula data adalah cepat, komputer mengambil kurang masa untuk memulakan dan memuat atur cara. Selain itu, kelajuan dan saiz cakera keras memainkan peranan penting apabila atur cara perlu memproses jumlah data yang besar.

RAM Kelajuan mengambil semula data yang disimpan pada RAM adalah sangat laju dan atas sebab ini komputer menggunakannya untuk menyimpan maklumat yang sedang digunakan. Sekiranya jumlah RAM cukup besar untuk menyimpan semua maklumat yang sedang digunakan, ini akan memberikan prestasi komputer yang lebih pantas. Kelajuan RAM dan jumlah RAM adalah faktor penting dalam prestasi komputer peribadi. Sekiranya jumlah RAM tidak mencukupi dalam komputer, komputer akan menjadi perlahan atau gagal untuk berfungsi dengan betul.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.50

Page 51: Asas Komputer

Topik: Atur cara Produktiviti

Anda boleh menggunakan atur cara komputer yang berlainan untuk menjalankan pelbagai jenis tugas. Anda boleh menggunakan atur cara komputer untuk menyusun nombor, menulis surat atau usul, selenggara rekod, mencipta dan mengubah suai imej, menukar teks ke dalam bentuk visual, serta mencipta majalah dan brosur.

Jadual yang berikut menyenaraikan jenis atur cara yang berlainan dan memerihalkan kegunaannya.

Atur cara Perihalan

Atur cara pemprosesan perkataan dan penerbitan

Anda menggunakan atur cara pemprosesan perkataan untuk mencipta dan mengubah suai dokumen berasaskan teks. Anda boleh menaip dan mengubah suai teks, menggunakan penyemak ejaan dan tesaurus terbina dalam, serta formatkan dokumen. Dengan menggunakan atur cara ini, anda juga boleh mencipta dokumen peribadi dan profesional.

Microsoft Office Word 2007 adalah atur cara pemprosesan perkataan yang lazim digunakan.

Atur cara penerbitan digunakan untuk menggabungkan teks dan grafik untuk mencipta dokumen seperti brosur, kad ucapan, laporan tahunan, buku, atau majalah. Atur cara ini juga menyertakan ciri pemprosesan perkataan dan grafik yang membolehkan anda memperhalusi bahagian dokumen.

Atur cara persembahan

Anda menggunakan atur cara persembahan untuk persembahkan maklumat anda dalam bentuk slaid. Anda boleh menambah bunyi dan gambar pada slaid ini untuk menjadikannya lebih menarik dan bermaklumat.

Microsoft Office PowerPoint 2007 adalah atur cara persembahan yang lazim digunakan.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.51

Page 52: Asas Komputer

Atur cara hamparan

Anda menggunakan atur cara hamparan untuk mencipta belanjawan, menguruskan akaun, menjalankan pengiraan matematik, dan menukar data berangka kepada carta dan graf. Hamparan menyimpan maklumat dalam jadual, dengan nilai disebarkan pada baris melintang dan lajur menegak. Setiap nilai disimpan di dalam sel. Sel adalah persilangan baris dan lajur.

Microsoft Office Excel 2007 adalah contoh atur cara hamparan.

Atur cara pangkalan data

Anda menggunakan atur cara pangkalan data untuk menyimpan dan menguruskan data secara tersusun. Dengan menggunakan atur cara ini, anda juga boleh mengisih atau mencari maklumat yang disimpan dalam pangkalan data. Selain itu, anda boleh mencipta laporan mudah daripada data yang telah anda simpan. Contohnya, anda boleh menggunakan atur cara pangkalan data untuk menyimpan butiran pelanggan, mencipta dan menguruskan inventori dan mengesan jualan. Anda kemudiannya boleh mencipta laporan sasaran jualan atau merancang perkhidmatan pelanggan.

Satu contoh atur cara pangkalan data adalah Microsoft Office Access 2007.

Atur cara grafik Anda menggunakan atur cara grafik untuk mencipta dan mengedit lukisan. Anda juga boleh menggunakan atur cara ini untuk menambah baik foto.

Atur cara Paint dalam Windows Vista adalah contoh atur cara grafik yang membenarkan anda mencipta lukisan.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.52

Page 53: Asas Komputer

Topik: Atur cara Komunikasi

Seperti mana anda menggunakan telefon atau mel pos untuk berkomunikasi dengan rakan dan keluarga, anda juga boleh menggunakan komputer untuk berkomunikasi dengan orang. Komputer menggunakan atur cara khas yang dipanggil atur cara komunikasi yang membolehkan anda menghantar dan menerima mesej daripada orang lain dalam format digital.

Jadual di bawah memerihalkan jenis atur cara komunikasi yang berbeza dan kegunaannya.

Jadual yang berikut mengandungi transkrip animasi dalam talian.

Atur cara yang digunakan untuk menghantar mesej e-mel

Menghantar e-mel adalah pertukaran mesej daripada seorang pengguna komputer kepada pengguna komputer yang lain. Pertukaran ini boleh berlaku di dalam kawasan tempatan atau daripada satu bahagian negara kepada bahagian lain. Anda boleh menghantar atau menerima mesej e-mel daripada seorang atau beberapa individu pada bila-bila masa.

Untuk menghantar mesej e-mel anda mesti mempunyai sambungan Internet dan akaun e-mel. Sambungan Internet ini disediakan oleh pembekal perkhidmatan Internet (Internet service provider atau ISP). Anda boleh menggunakan beberapa atur cara, seperti Windows Mail, untuk mencipta akaun e-mel.

Jika anda mempunyai akaun e-mel, ia adalah sama seperti [email protected], iaitu nama pengguna adalah nama anda. Tanda @ adalah tanda di dan contoh.com adalah nama domain. Nama domain mengenal pasti nama dan jenis organisasi yang mana anda mempunyai akaun e-mel.

Setelah anda mempunyai akaun e-mel, anda perlu mengetahui akaun e-mel orang yang ingin anda menghantar e-mel.

Anda boleh menghantar teks dan juga gambar menerusi e-mel; walau bagaimanapun, ia bergantung kepada pelbagai faktor, seperti jenis perkhidmatan yang anda ada atau jenis gambar yang ingin anda hantar.

Menghantar dan menerima mesej e-mel adalah cara segera berkomunikasi dengan sesiapa sahaja. Ia hanya mengambil masa beberapa saat untuk menghantar dan menerima e-mel. Ia juga bergantung pada kelajuan sambungan Internet anda.

Jadual yang berikut mengandungi transkrip animasi dalam talian.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.53

Page 54: Asas Komputer

Atur cara yang digunakan untuk berbual

Satu jenis komunikasi yang lain adalah menerusi atur cara bual, yang membenarkan anda menghantar dan menerima mesej dengan serta-merta. Anda boleh menggunakan atur cara bual untuk berkomunikasi dengan beberapa orang pada masa yang sama. Atur cara komunikasi yang lazim digunakan adalah Windows Live Messenger.

Semasa anda sedang berbual dengan seseorang, orang tersebut akan menerima mesej anda dengan serta-merta.

Melalui bual anda juga boleh bercakap dengan orang yang anda sedang berbual. Ini dipanggil bual bersuara.

Bentuk berbual yang lain juga membolehkan anda melihat orang yang sedang bercakap dengan anda. Anda menggunakan peranti yang dipanggil kamera web untuk melakukan perkara ini.

Anda juga boleh berkongsi gambar dan fail lain menerusi Windows Live Messenger.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.54

Page 55: Asas Komputer

Topik: Atur cara Pendidikan dan Hiburan

Pertimbangkan senario yang mana anda mahu mempelajari bahasa baru. Walau bagaimanapun, tiada sekolah di kawasan anda yang mengajar bahasa itu. Dengan atur cara perisian pendidikan, komputer dapat membantu anda mempelajari bahasa baru. Atur cara perisian pendidikan selalunya menggunakan klip audio-visual dan permainan untuk menjadikan pembelajaran lebih berkesan.

Perisian pendidikan digunakan dalam kelas, pejabat dan rumah. Perisian pendidikan tersedia dalam pelbagai topik yang boleh digunakan bagi kumpulan umur yang berbeza.

Anda juga boleh menggunakan komputer sebagai sumber hiburan. Anda boleh menggunakan perisian hiburan untuk bermain permainan, mendengar muzik, merakam muzik, melukis gambar dan menonton filem pada komputer. Video CD dan DVD yang membolehkan anda menonton filem dan video muzik serta mendengar muzik adalah contoh perisian hiburan yang digunakan untuk bersantai.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.55

Page 56: Asas Komputer

Topik: Swauji untuk Pelajaran: Prestasi dan Ciri Komputer

Soalan 1

Antara ciri-ciri yang berikut, manakah yang benar mengenai komputer riba berbanding dengan komputer desktop?

Pilih semua jawapan yang berkaitan.

Secara umumnya ia berkos lebih tinggi untuk perkakasan yang serupa.

Ia menggunakan kurang kuasa.

Ia adalah teman perjalanan yang baik.

Ia lebih mudah untuk dinaik taraf.

Soalan 2

Pernyataan berikut yang manakah benar mengenai RAM?

Pilih semua jawapan yang berkaitan.

Jumlahnya mempengaruhi prestasi komputer.

Kandungannya adalah tetap.

Ia mempunyai kelajuan ambil semula data yang lebih rendah berbanding dengan memori penyimpanan.

Ia menyimpan data dan atur cara aktif.

Soalan 3

Atur cara berikut yang manakah yang harus anda gunakan untuk mencipta dokumen peribadi dan profesional?

Pilih satu jawapan yang terbaik.

Word 2007

Paint

PowerPoint 2007

Excel 2007

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.56

Page 57: Asas Komputer

Nota: Jawapan yang betul ditunjukkan di halaman berikutnya.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.57

Page 58: Asas Komputer

Jawapan 1

Antara ciri-ciri yang berikut, manakah yang benar mengenai komputer riba berbanding dengan komputer desktop?

Pilih semua jawapan yang berkaitan.

Secara umumnya ia berkos lebih tinggi untuk perkakasan yang serupa.

Ia menggunakan kurang kuasa.

Ia adalah teman perjalanan yang baik.

Ia lebih mudah untuk dinaik taraf.

Jawapan 2

Pernyataan berikut yang manakah benar mengenai RAM?

Pilih semua jawapan yang berkaitan.

Jumlahnya mempengaruhi prestasi komputer.

Kandungannya adalah tetap.

Ia mempunyai kelajuan ambil semula data yang lebih rendah berbanding dengan memori penyimpanan.

Ia menyimpan data dan atur cara aktif.

Jawapan 3

Atur cara berikut yang manakah yang harus anda gunakan untuk mencipta dokumen peribadi dan profesional?

Pilih satu jawapan yang terbaik.

Word 2007

Paint

PowerPoint 2007

Excel 2007

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.58

Page 59: Asas Komputer

Kandungan Pelajaran

Fungsi Sistem Pengendalian

Pengenalan kepada GUI Windows Vista

Opsyen Menu Mula

Bekerja dengan Atur cara Berasaskan Windows

Menguruskan Fail dan Folder

Menjalankan Pengendalian Asas Fail

Swauji

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.59

Pelajaran 4

Sistem Pengendalian Komputer

Page 60: Asas Komputer

Pengenalan Pelajaran

Sistem Pengendalian menjalankan empat fungsi utama. Ia menguruskan dan mengawal perkakasan yang disambung kepada komputer. Ia membantu atur cara lain yang berjalan pada komputer untuk menggunakan perkakasan ini. Ia juga membantu anda menyusun dan menguruskan fail serta folder pada komputer. Ia memberikan antara muka pengguna yang membolehkan anda berinteraksi dengan perkakasan, sistem pengendalian itu sendiri dan juga atur cara lain.

Objektif Pelajaran

Selepas melengkapkan pelajaran ini, anda akan dapat:

· Menerangkan fungsi yang biasa didapati pada sistem pengendalian.

· Mengenal pasti komponen GUI Windows Vista.

· Menerangkan opsyen yang tersedia dalam Menu Mula Windows Vista.

· Bekerja dengan GUI Windows Vista di dalam atur cara.

· Menguruskan fail dan folder dalam Windows Explorer.

· Menjalankan pengendalian asas fail.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.60

Page 61: Asas Komputer

Topik: Fungsi Sistem Pengendalian

Sistem pengendalian mengawal bagaimana atur cara bekerja antara satu sama lain dan bagaimana ia berinteraksi dengan perkakasan komputer. Ia juga mencipta sistem fail yang menentukan bagaimana data anda disimpan dalam peranti penyimpanan.

Prestasi sistem pengendalian bergantung pada bilangan bit yang boleh pindahkannya pada satu-satu masa. Sistem pengendalian awal boleh memindahkan hanya 8 bit data pada satu masa dan ia dipanggil sistem pengendalian 8-bit. Walau bagaimanapun, dengan pengenalan antara muka GUI, sistem pengendalian 16-bit telah dibangunkan. Sistem pengendalian, seperti Windows Vista, boleh memindahkan data sehingga 32 bit atau 64 bit pada satu masa, bergantung pada perkakasan sistem tersebut.

Sistem pengendalian seperti Windows Vista menyediakan GUI yang membolehkan anda memberikan arahan kepada komputer dengan lebih mudah. Jadual yang berikut memerihalkan fungsi sistem pengendalian.

Fungsi Perihalan

Menyediakan antara muka pengguna

Banyak sistem pengendalian menyediakan elemen visual seperti ikon dan menu untuk membantu anda berinteraksi dengan komputer. Anda boleh menggunakan tetikus untuk memilih ikon dan keluarkan arahan. Contohnya, anda boleh klik dua kali pada fail untuk membukanya dengan atur cara yang sesuai.

Menyediakan kemudahan untuk mengkonfigurasi sistem anda

Sistem pengendalian berdasarkan GUI menyediakan utiliti yang mudah digunakan untuk membantu anda mengkonfigurasi komputer anda. Utiliti ini adalah atur cara kecil yang membantu anda menjalankan fungsi tertentu seperti menyambungkan kepada rangkaian, menguruskan sumber, dan menambah atur cara baru pada komputer anda. Contohnya, Windows Vista menyediakan atur cara sandaran untuk menyimpan data penting anda.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.61

Page 62: Asas Komputer

Membantu menguruskan sumber komputer

Sistem pengendalian membantu menguruskan perkakasan. Atur cara berkomunikasi dengan sistem pengendalian untuk bekerja dengan perkakasan yang diperlukan seperti CPU untuk menyelesaikan tugas yang diperlukan.

Membantu menjamin data dengan mengawal akses pengguna kepada komputer

Sistem pengendalian membenarkan anda menjamin data anda. Ia membantu anda tentukan pengesahan dan hak keizinan untuk mengawal akses kepada komputer anda dan sumbernya.

Pengesahan adalah proses yang mana sistem komputer mengesahkan maklumat log masuk pengguna. Sistem pengendalian boleh membantu anda mencipta nama pengguna dan kata laluan supaya hanya pengguna yang tahu nama pengguna dan kata laluan sahaja boleh mengakses sumber pada komputer anda.

Selain itu, anda boleh mengaitkan kebenaran tertentu dengan setiap nama pengguna. Ini dipanggil keizinan. Contohnya, anda boleh menghalang pengguna daripada mencetak dokumen dari komputer anda.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.62

Page 63: Asas Komputer

Topik: Pengenalan kepada GUI Windows Vista

Windows Vista menyediakan GUI yang mempunyai beberapa komponen untuk membantu anda berinteraksi dengan komputer. Komponen GUI termasuk desktop, bar tugas, kawasan pemberitahuan, butang Mula, dan Bar sisi.

Ilustrasi ini memerihalkan komponen berlainan GUI Windows Vista.

1.

Desktop adalah kawasan skrin yang anda boleh lihat semasa anda melog masuk ke Windows Vista. Apabila anda membuka atur cara atau folder, ia muncul pada desktop. Anda boleh juga menyimpan ikon pada desktop untuk akses mudah ke atur cara, fail, dan folder. Ikon adalah gambar kecil yang mewakili atur cara, folder, atau fail. Ikon Tong Kitar Semula dapat dilihat pada desktop apabila anda melog masuk ke Windows Vista. Apabila anda menghapuskan fail atau folder, Windows Vista menempatkan fail atau folder buat sementara waktu dalam Tong Kitar Semula. Anda boleh menukar gambar atau corak latar belakang, yang dipanggil Kertas Hias Dinding, pada desktop. Kertas hias dinding adalah suatu hiasan dan tidak menukar fungsi Windows Vista.

2. Dalam Windows Vista, butang Mula membuka menu Mula. Anda boleh menggunakan arahan pada menu Mula untuk memulakan atur cara, atau memulakan semula atau mematikan komputer.

3. Bar tugas adalah bar segi empat tepat yang biasanya terletak di bahagian bawah skrin. Anda boleh menggunakan bas tugas untuk memilih atur cara yang sedang berjalan pada komputer anda. Bar

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.63

Page 64: Asas Komputer

tugas memaparkan atur cara dalam bentuk butang bar tugas. Atur cara yang dipaparkan pada bar tugas dalam grafik adalah Word 2007.

4. Kawasan pemberitahuan memaparkan masa, ikon kelantangan, dan beberapa ikon atur cara yang sedang berjalan pada komputer. Contohnya, ikon pintasan pencetak muncul selepas dokumen telah dihantar ke pencetak dan akan hilang apabila pencetakan selesai.

5. Bar Sisi Windows memaparkan alat —yang turut dipanggil alat—yang memberikan maklumat dikemas kini mengenai cuaca, masa, atau janji temu anda. Bar Sisi berbeza secara visual apabila anda menunjuk padanya.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.64

Page 65: Asas Komputer

Topik: Opsyen Menu Mula

Menu Mula adalah pautan utama kepada semua atur cara yang dipasang pada komputer anda. Anda menggunakan menu Mula untuk menjalankan atur cara ini, membuka folder dan melaraskan seting komputer. Menu Mula dibahagikan ke dalam tiga bahagian:

· Anak tetingkap kiri yang besar memaparkan senarai ringkas atur cara yang dipasang pada komputer anda. Anda boleh mengklik Semua atur cara untuk melihat senarai semua atur cara yang dipasang pada komputer anda. Sebarang atur cara baru yang anda pasang ditambah pada senarai Semua atur cara secara automatik.

· Kotak Mula Gelintar berada pada sudut bawah kiri. Anda boleh menggunakan kotak carian ini untuk mencari fail atau atur cara yang terbuka dengan menaip istilah carian yang bersesuaian. Kotak Mula Gelintar mencari istilah tersebut dalam semua atur cara, fail, dan folder pada komputer anda termasuk mesej e-mel, mesej segera yang disimpan, janji temu, dan kenalan.

· Anda boleh menggunakan pelbagai pautan pada anak tetingkap kanan untuk mengakses folder, fail, seting, ciri, dan untuk mengunci, log keluar, atau mematikan komputer anda. Contohnya, anda boleh menggunakan pautan Dokumen untuk membuka folder Dokumen, di mana anda boleh menyimpan dan berkongsi dokumen anda. Gunakan pautan Panel Kawalan untuk mengawal pelbagai aspek sistem pengendalian dan perkakasan seperti mengeset tarikh dan masa sistem, menambah dan mengeluarkan atur cara, dan menyelesaikan masalah perkakasan dan perisian. Anda boleh menggunakan pautan Bantuan dan Sokongan bila-bila masa anda mempunyai soalan mengenai sistem pengendalian.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.65

Page 66: Asas Komputer

Topik: Bekerja dengan Atur cara Berasaskan Windows

Dalam Windows Vista, tetingkap adalah kawasan segi empat tepat pada monitor yang memaparkan atur cara. Setiap atur cara mempunyai tetingkapnya sendiri.

Dalam demonstrasi ini, anda akan melihat bagaimana untuk bekerja dengan atur cara dalam Windows Vista.

Jadual yang berikut mengandungi langkah dan transkrip demonstrasi dalam talian.

Senarai Langkah

1 Bekerja dengan Program Berasaskan Windows

2Untuk memulakan Paint, klik butang Mula, klik Semua atur cara, klik Aksesori, dan kemudian klik Paint.

3 Dalam tetingkap Paint, perhatikan bar tajuk.

4 Untuk memindahkan tetingkap Paint, seretkan bar tajuk.

5 Dalam tetingkap Paint, perhatikan bar menu.

6 Dalam tetingkap Paint, perhatikan bar alat Kotak Alat dan Kotak Warna.

7Untuk mengerakkan tetingkap Paint, seret bar skrol melintang ke kanan, dan kemudian seret bar skrol menegak ke bawah.

8 Untuk minimumkan tetingkap Paint, klik butang Minimumkan.

9 Untuk mengambil semula tetingkap Paint, pada bar tugas, klik butang Tidak Bertajuk - Paint.

10 Untuk maksimumkan tetingkap Paint, klik butang Maksimumkan.

11 Untuk kembalikan tetingkap kepada saiz asalnya, klik butangKembalikan ke Bawah.

12Untuk saizkan semula tetingkap, gerakkan penunjuk ke sudut tetingkap sehingga bentuk penunjuk bertukar ke anak panah dua kepala, dan kemudian seret tetingkap.

13 Untuk menutup tetingkap Paint, klik butang Tutup.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.66

Page 67: Asas Komputer

Transkrip

Antara muka pengguna Windows Vista memberikan gabungan bar tugas, menu, dan ikon yang membantu anda mengurus komputer anda. Anda boleh menggunakan penunjuk tetikus untuk membuat pilihan dan memberi arahan, seperti membuka atur cara Paint. Atur cara Paint akan dipaparkan pada tetingkap.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.67

Page 68: Asas Komputer

Tetingkap mempunyai beberapa bahagian yang anda boleh gunakan untuk mengawal penampilan dan operasi atur cara. Bar tajuk mengandungi nama tetingkap.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.68

Page 69: Asas Komputer

Anda boleh menggunakan penunjuk untuk menyeret bar tajuk dan memindahkan tetingkap ke sebarang lokasi pada skrin.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.69

Page 70: Asas Komputer

Bar menu adalah bar segi empat tempat, lazimnya terletak pada atas tetingkap atur cara. Menu mengandungi banyak arahan yang menjalankan pelbagai fungsi dalam atur cara. Contohnya, anda boleh mengklik arahan pada menu Fail untuk menyimpan atau membuka fail.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.70

Page 71: Asas Komputer

Bar alat adalah blok butang yang melintang atau menegak. Anda boleh mengklik butang ini untuk memberikan arahan kepada atur cara.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.71

Page 72: Asas Komputer

Anda boleh menggunakan bar skrol untuk bergerak secara melintang atau menegak dalam tetingkap atur cara.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.72

Page 73: Asas Komputer

Anda boleh mengklik butang Minimumkan untuk mengurangkan saiz tetingkap. Tetingkap yang dikurangkan muncul sebagai butang pada bar tugas.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.73

Page 74: Asas Komputer

Untuk melihat tetingkap Paint dalam saiz sebelumnya, klik butang Paint pada bar tugas.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.74

Page 75: Asas Komputer

Anda boleh klik butang Minimumkan untuk mengembangkan tetingkap atur cara supaya tetingkap memenuhi keseluruhan skrin.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.75

Page 76: Asas Komputer

Selepas anda memaksimumkan tetingkap, butang Maksimumkan akan menjadi butang Kembalikan ke Bawah. Anda boleh mengklik butang Kembalikan ke Bawah untuk kembalikan tetingkap kepada saiz asalnya.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.76

Page 77: Asas Komputer

Anda boleh mengubah saiz tetingkap dengan menggerakkan penunjuk ke sudut tetingkap itu. Penunjuk bertukar bentuk menjadi anak panah dua kepala. Anda kemudiannya boleh saizkan semula tetingkap dengan menyeret tetingkap tersebut. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengetahui bahawa anda tidak boleh saizkan semula tetingkap yang sudah pun dimaksimumkan.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.77

Page 78: Asas Komputer

Anda boleh keluar daripada atur cara dengan mengklik butang Tutup.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.78

Page 79: Asas Komputer

Topik: Menguruskan Fail dan Folder

Andaikan anda memiliki sebuah kedai buku. Untuk menguruskannya secara berkesan, anda perlu mengkategorikan buku berdasarkan subjeknya terlebih dahulu, seperti pengurusan atau fiksyen. Kemudiannya anda boleh menyusun buku ini dalam bahagian kabinet yang berasingan. Anda perlu menyediakan nama yang sesuai bagi setiap bahagian supaya lebih mudah untuk mencari buku. Samalah juga, dalam sistem pengendalian Windows, anda gunakan Windows Explorer untuk menyusun fail dalam folder yang bersesuaian. Windows Explorer adalah atur cara yang membantu anda mencari dan membuka fail dan folder.

Tetingkap Windows Explorer dalam Windows Vista dibahagikan kepada dua bahagian, yang dipanggil anak tetingkap. Anak tetingkap pada sebelah kiri yang dipanggil anak tetingkap navigasi, memaparkan struktur pemacu dan folder pada komputer anda. Folder adalah bekas untuk atur cara dan fail dalam antara muka GUI. Ia diwakili oleh ikon folder fail pada skrin. Ia boleh menyimpan fail dan folder tambahan. Anak tetingkap pada sebelah kanan dipanggil anak tetingkap kandungan. Ia memaparkan kandungan pemacu atau folder. Anda boleh memilih folder daripada senarai yang dipaparkan dalam anak tetingkap navigasi untuk memaparkan kandungannya dalam anak tetingkap kandungan.

Dalam makmal yang disimulasikan ini, anda akan menggunakan Windows Explorer untuk mengembangkan folder, mencipta folder baru, dan menamakan semula folder. Anda juga akan menggunakan Windows Explorer untuk menyalin fail, memindahkan fail, dan menghapuskan fail daripada folder.

Jadual yang berikut mengandungi langkah stimulasi dalam talian.

Senario

Langkah 1

Untuk melihat folder Aktiviti, klik butang Mula, dan kemudian klik Dokumen.

Langkah 2

Untuk papar kandungan folder Percutian, dalam anak tetingkap navigasi, di bawah folder Aktiviti, klik folder Percutian.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.79

Page 80: Asas Komputer

Langkah 3

Untuk melihat kandungan folder Percutian sebagai satu senarai ringkas, klik anak panah Paparan, dan kemudian klik Senarai.

Langkah 4

Untuk mencipta folder baru dalam folder Percutian, klikSusun, dan kemudian klik Folder Baru.

Langkah 5

Untuk menamakan folder baru, untuk tujuan latihan ini, tekan SPACEBAR supaya nama ditaipkan untuk anda, dan kemudian tekan ENTER.

Langkah 6

Untuk menamakan semula folder Aktiviti, dalam anak tetingkap navigasi, klik Aktiviti, dan kemudian, untuk tujuan latihan ini, tekan SPACEBAR supaya folder diklik kanan untuk anda.

Langkah 7

Pada menu pintasan, klik Namakan semula, untuk tujuan latihan ini, tekan SPACEBAR supaya nama folder ditaipkan untuk anda, dan kemudian tekan ENTER.

Langkah 8

Untuk memindahkan fail ke lokasi baru, dalam anak tetingkap kandungan, klik fail Agensi Insurans, klik Susun, dan kemudian klik Potong.

Langkah 9

Untuk menampak fail ke dalam folder Sah, dalam anak tetingkap navigasi, klik folder Sah, klik Susun, dan kemudian klik Tampal.

Langkah 10

Untuk menentusahkan fail Agensi Insurans telah dikeluarkan, dalam anak tetingkap navigasi, klik folder Aktiviti Sukarela.

Langkah 11

Untuk menyalin fail, dalam anak tetingkap kandungan, klik fail Nota, klik Susun, dan kemudian klik Salin.

Langkah 12

Untuk menampal fail, dalam anak tetingkap navigasi, tunjukkan ke folder Percutian, klik anak panah yang terletak ke kiri folder Percutian, dan kemudian klik folder Memo.

Langkah 13

Klik Susun, dan kemudian klik Tampal.

Langkah 14

Untuk menghapuskan fail Laporan Garden Draf, dalam anak tetingkap navigasi, klik folderAktiviti Sukarela.

Langkah 15

Dalam anak tetingkap kandungan, klik fail Laporan Garden Draf, klik Susun, dan kemudian klik Hapus.

Langkah 16

Untuk mengesahkan bahawa anda mahu menghantar fail ke Tong Kitar Semula, dalam kotak mesej Hapuskan Fail, klik Ya.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.80

Page 81: Asas Komputer

Topik: Menjalankan Pengendalian Asas Fail

Setiap fail mempunyai format yang berkaitan yang menentukan cara data disimpan dalam fail. Format fail dikenal pasti oleh noktah (juga dipanggil titik) yang ditambahkan pada nama fail, diikuti oleh tiga atau empat huruf. Berikut adalah beberapa format fail yang serupa:

· Dokument Word (.docx)

· Imej (.gif dan .jpg)

· Atur cara boleh dijalankan (.exe)

· Fail multimedia (.wma dan lain-lain)

Apabila anda membuka fail, sistem pengendalian memilih atur cara yang sesuai untuk memaparkan kandungan fail berdasarkan pada format fail. Contohnya, apabila anda membuka dokumen Word, sistem pengendalian akan membuka pemproses perkataan seperti Word 2007 untuk memaparkan kandungan dokumen.

Dalam makmal yang disimulasi ini, anda akan mencipta dan menyimpan fail, menyemak imbas fail, menghapuskan fail, dan mengambil semula fail.

Jadual yang berikut mengandungi langkah stimulasi dalam talian.

Langkah 1

Untuk melihat atur cara yang dipasang pada komputer, klik butang Mula, dan kemudian klik Semua atur cara.

Langkah 2

Untuk membuka WordPad, klik Aksesori, dan kemudian klik WordPad.

Langkah 3

Untuk menambah teks dalam dokumen, dalam tetingkap Dokumen - WordPad, untuk tujuan latihan ini, tekan SPACEBAR supaya teks ditaipkan untuk anda.

Langkah 4

Untuk menyimpan dokumen, klik menu Fail, dan kemudian klik Simpan Sebagai.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.81

Page 82: Asas Komputer

Langkah 5

Untuk menamakan dokumen, dalam kotak dialog Simpan Sebagai, dalam kotak Nama fail, untuk tujuan latihan ini, tekan SPACEBAR supaya nama ditaipkan untuk anda, dan kemudian klik Simpan.

Langkah 6

Untuk menutup fail Sampel, klik butang Tutup.

Langkah 7

Untuk melihat atur cara yang lain, klik butang Mula, dan kemudian klik Semua atur cara.

Langkah 8

Untuk membuka Windows Explorer, klik Aksesori, dan kemudian klik Windows Explorer.

Langkah 9

Untuk membuka fail Sampel, dwi klikSampel.

Langkah 10

Untuk menutup fail tersebut, klik butang Tutup.

Langkah 11

Untuk menghapuskan fail Sampel, pastikan bahawa fail Sampel dipilih, klik Susun, dan kemudian klik Hapus.

Langkah 12

Untuk mengesahkan bahawa anda mahu menghantar fail ke Tong Kitar Semula, dalam kotak mesej Hapuskan Fail, klik Ya.

Langkah 13

Untuk menutup Windows Explorer, klik butang Tutup.

Langkah 14

Untuk mengambil semula fail Sampel ke lokasi asalnya, dwi klikTong Kitar Semula.

Langkah 15

Dalam tetingkap Tong Kitar Semula, klik fail Sampel, dan kemudian klik Ambil semula item ini.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.82

Page 83: Asas Komputer

Topik: Swauji untuk Pelajaran: Sistem Pengendalian Komputer

Setiap pasangan penyata mengandungi penyata yang benar dan penyata yang tidak benar. Bagi setiap pasangan penyata, nyatakan penyata manakah yang benar dengan meletakkan tanda dalam lajur Benar di sebelah kanan.

Penyata BenarTidak benar

1BAR SISI memaparkan butang yang mewakili tetingkap bagi atur cara yang terbuka.

2BAR TUGAS memaparkan butang yang mewakili tetingkap bagi atur cara yang terbuka.

3PENGESAHAN adalah perwakilan keizinan khusus dengan setiap nama pengguna.

4PEMBERIAN KEIZINAN adalah perwakilan keizinan khusus dengan setiap nama pengguna.

5MENU MULA memaparkan alat yang memberikan maklumat yang dikemas kini.

6 BAR SISI memaparkan alat yang memberikan maklumat yang dikemas kini.

7 Hierarki folder boleh dilihat dalam ANAK TETINGKAP KANDUNGAN.

8 Hierarki folder boleh dilihat dalam ANAK TETINGKAP NAVIGASI.

9 Gunakan PANEL KAWALAN untuk menyahpasang atur cara.

10 Gunakan BAR TUGAS untuk menyahpasang atur cara.

11 Kandungan cakera liut anda muncul dalam tetingkap DOKUMEN.

12 Kandungan cakera liut anda muncul dalam tetingkap KOMPUTER.

13 Gunakan folder DOKUMEN untuk berkongsi dokumen anda.

14 Gunakan folder RANGKAIAN untuk berkongsi dokumen anda.

15 Folder boleh menyimpan FAIL DAN FOLDER TAMBAHAN.

16 Folder boleh menyimpan FAIL SAHAJA.

17 Anda BOLEH saizkan semula tetingkap yang sudah pun dimaksimumkan.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.83

Page 84: Asas Komputer

18Anda TIDAK BOLEH saizkan semula tetingkap yang sudah pun dimaksimumkan.

Nota: Jawapan yang betul ditunjukkan di halaman berikutnya.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.84

Page 85: Asas Komputer

Penyata BenarTidak benar

1BAR SISI memaparkan butang yang mewakili tetingkap bagi atur cara yang terbuka.

2BAR TUGAS memaparkan butang yang mewakili tetingkap bagi atur cara yang terbuka.

3PENGESAHAN adalah perwakilan keizinan khusus dengan setiap nama pengguna.

4PEMBERIAN KEIZINAN adalah perwakilan keizinan khusus dengan setiap nama pengguna.

5MENU MULA memaparkan alat yang memberikan maklumat yang dikemas kini.

6 BAR SISI memaparkan alat yang memberikan maklumat yang dikemas kini.

7 Hierarki folder boleh dilihat dalam ANAK TETINGKAP KANDUNGAN.

8 Hierarki folder boleh dilihat dalam ANAK TETINGKAP NAVIGASI.

9 Gunakan PANEL KAWALAN untuk menyahpasang atur cara.

10 Gunakan BAR TUGAS untuk menyahpasang atur cara.

11 Kandungan cakera liut anda muncul dalam tetingkap DOKUMEN.

12 Kandungan cakera liut anda muncul dalam tetingkap KOMPUTER.

13 Gunakan folder DOKUMEN untuk berkongsi dokumen anda.

14 Gunakan folder RANGKAIAN untuk berkongsi dokumen anda.

15 Folder boleh menyimpan FAIL DAN FOLDER TAMBAHAN.

16 Folder boleh menyimpan FAIL SAHAJA.

17 Anda BOLEH saizkan semula tetingkap yang sudah pun dimaksimumkan.

18Anda TIDAK BOLEH saizkan semula tetingkap yang sudah pun dimaksimumkan.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.85

Page 86: Asas Komputer

Kandungan Pelajaran

Memahami Pencapaian Komputer yang Meluas

Gambaran Keseluruhan Peluang Kerjaya

Swauji

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.86

Pelajaran 5

Peluang Pekerjaan

Page 87: Asas Komputer

Pengenalan Pelajaran

Menggunakan komputer bukan lagi terhad kepada bidang pekerjaan tertentu sahaja. Ia digunakan secara meluas di mana-mana sahaja daripada penggunaan rumah kepada perniagaan besar. Penggunaan komputer yang semakin meluas ini telah mencipta banyak peluang kerjaya. Bergantung pada bidang minat anda dan darjah pengetahuan mengenai komputer, anda boleh memilih kerja yang sepadan dengan kemahiran anda.

Objektif Pelajaran

Selepas melengkapkan pelajaran ini, anda akan dapat:

· Memerihalkan bagaimana komputer telah menjadi bahagian utama kehidupan harian.

· Mengenal pasti peluang pekerjaan yang tersedia untuk seseorang yang celik komputer.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.87

Page 88: Asas Komputer

Topik: Memahami Pencapaian Komputer yang Meluas

Jadual yang berikut mengandungi transkrip animasi dalam talian.

Kini komputer digunakan secara meluas dalam perniagaan. Anda boleh menggunakan komputer untuk menyelenggarakan rekod, bertukar maklumat dengan orang yang berada di lokasi yang jauh, dan menganalisis transaksi harian untuk menjana laporan. Anda juga boleh menggunakan komputer untuk membeli dan menjual produk menerusi Internet.

Komputer boleh menganalisis jualan anda setiap hari untuk menentukan produk yang paling banyak telah dijual. Hasilnya, anda tidak perlu menjalankan pengiraan yang panjang untuk menganalisis data jualan anda secara manual.

Dengan kemajuan dalam teknologi, peranti elektronik seperti pengimbas kod bar kini digunakan di dalam kedai. Kod bar adalah bar berwarna hitam dan putih yang dicetak yang mengandungi maklumat mengenai produk, seperti harganya dan ID produk. Pengimbas kod bar yang disambungkan dengan komputer, membaca kod bar dan menghantar maklumat kepada komputer.

Komputer mentafsirkan maklumat dalam kod dan menjana invois untuk pelanggan. Anda tidak perlu memasukkan maklumat ke dalam komputer secara manual untuk menyimpan maklumat jualan dan menjana invois. Di penghujung hari, komputer boleh menganalisis data jualan anda secara automatik.

Komputer juga boleh digunakan untuk transaksi dalam talian, seperti menjual produk menerusi Internet. Pelanggan boleh melawati laman Web kedai-kedai yang berlainan untuk membeli produk. Mereka boleh membayar untuk produk ini di Internet, dan produk itu akan dihantar terus ke rumah mereka. Pedagang juga boleh menggunakan komputer untuk menyemak harga saham di Internet. Ini membantu mereka mengatur dan menguruskan pelaburan.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.88

Page 89: Asas Komputer

Topik: Gambaran Keseluruhan Peluang Kerjaya

Anda boleh mencari pelbagai peluang pekerjaan dalam bidang komputer sekiranya anda mempunyai pengetahuan komputer yang relevan. Bergantung pada kemahiran anda, anda boleh bekerja sebagai pekerja maklumat, profesional IT, atau pembangun perisian. Jadual berikut memerihalkan setiap opsyen kerjaya ini dengan terperinci:

Opsyen Perihalan

Pekerja maklumat

Pekerja maklumat (turut dipanggil pengguna rumah dan pejabat), seperti operator entri data, pengurus gudang, atau ejen pelancongan, menggunakan komputer untuk memasukkan dan menyelenggarakan rekod. Contohnya, operator entri data boleh menggunakan komputer untuk mencipta dokumen dan menyelenggarakan rekod. Rekod ini boleh dianalisis oleh komputer untuk menjana laporan.

Pengurus gudang menyimpan kiraan stok gudang. Dengan bantuan komputer, pengurus gudang juga merancang jadual bagi orang yang bekerja dalam gudang itu.

Ejen pelancongan menggunakan komputer untuk menyediakan pelanggan mereka dengan maklumat pelbagai destinasi percutian, jadual penerbangan, dan butiran mengenai lokasi tertentu. Butiran ini mungkin merupakan maklumat cuaca hingga kepada penginapan hotel.

Kerani bank menggunakan komputer untuk memproses transaksi pelanggan mereka. Menggunakan komputer, kerani bank memberikan maklumat, seperti baki akaun dan kadar faedah, kepada pelanggan mereka.

Profesional IT

Anda juga boleh menggunakan pengetahuan komputer anda untuk bekerja sebagai profesional IT. Pentadbir rangkaian, pereka grafik, dan pentadbir pangkalan data adalah beberapa contoh profesional IT. Pentadbir rangkaian bertanggungjawab untuk menguruskan rangkaian dan memasang peranti baru pada rangkaian. Mereka juga menambah dan mengeluarkan individu daripada senarai pengguna yang diberi izin. Mereka mengarkibkan fail pada komputer dan mentadbir hak mengakses.

Pereka grafik menggunakan komputer untuk mencipta grafik dan animasi untuk tujuan komersial.

Pentadbir pangkalan data bekerja dengan pangkalan data untuk menyelenggarakan dan menyusun maklumat yang disimpan dalam komputer. Pangkalan data adalah koleksi maklumat yang disusun pada komputer.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.89

Page 90: Asas Komputer

Pembangun perisian

Pembangun perisian mencipta perisian bagi tujuan komersial, seperti menguruskan inventori untuk perniagaan kecil atau mengedit fail media. Sama seperti pembangun perisian, pereka permainan komputer mencipta permainan yang boleh dimainkan pada komputer.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.90

Page 91: Asas Komputer

Topik: Swauji untuk Pelajaran: Peluang Pekerjaan

Setiap pasangan penyata mengandungi penyata yang benar dan penyata yang tidak benar. Bagi setiap pasangan penyata, nyatakan penyata manakah yang benar dengan meletakkan tanda dalam lajur Benar di sebelah kanan.

Penyata BenarTidak benar

1 Pentadbir pangkalan data adalah PROFESIONAL IT.

2 Pentadbir pangkalan data adalah PEKERJA MAKLUMAT.

3 Ejen pelancongan adalah PEKERJA MAKLUMAT.

4 Ejen pelancongan adalah PROFESIONAL IT.

5 Pereka grafik adalah PROFESIONAL IT.

6 Pereka grafik adalah PEMBANGUN PERISIAN.

7 Kod bar mengandungi maklumat PRODUK.

8 Kod bar mengandungi hanya HARGA produk.

9 PENGIMBAS KOD BAR menghantar data kepada KOMPUTER.

10 KOMPUTER menghantar data kepada PENGIMBAS KOD BAR.

11 PENTADBIR RANGKAIAN mengendalikan peralatan yang malfungsi.

12 PENTADBIR PANGKALAN DATA mengendalikan peralatan yang malfungsi.

13 Pelanggan TIDAK BOLEH membayar untuk produk menerusi Internet.

14 Pelanggan BOLEH membayar untuk produk menerusi Internet.

15Pangkalan data adalah koleksi ATUR CARA YANG LAZIM DIGUNAKAN yang tersusun.

16 Pangkalan data adalah koleksi DATA yang tersusun.

17 PEMBANGUN PERISIAN bertanggungjawab pada keselamatan.

18 PENTADBIR RANGKAIAN bertanggungjawab pada keselamatan.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.91

Page 92: Asas Komputer

Nota: Jawapan yang betul ditunjukkan di halaman berikutnya.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.92

Page 93: Asas Komputer

Penyata BenarTidak benar

1 Pentadbir pangkalan data adalah PROFESIONAL IT.

2 Pentadbir pangkalan data adalah PEKERJA MAKLUMAT.

3 Ejen pelancongan adalah PEKERJA MAKLUMAT.

4 Ejen pelancongan adalah PROFESIONAL IT.

5 Pereka grafik adalah PROFESIONAL IT.

6 Pereka grafik adalah PEMBANGUN PERISIAN.

7 Kod bar mengandungi maklumat PRODUK.

8 Kod bar mengandungi hanya HARGA produk.

9 PENGIMBAS KOD BAR menghantar data kepada KOMPUTER.

10 KOMPUTER menghantar data kepada PENGIMBAS KOD BAR.

11 PENTADBIR RANGKAIAN mengendalikan peralatan yang malfungsi.

12 PENTADBIR PANGKALAN DATA mengendalikan peralatan yang malfungsi.

13 Pelanggan TIDAK BOLEH membayar untuk produk menerusi Internet.

14 Pelanggan BOLEH membayar untuk produk menerusi Internet.

15Pangkalan data adalah koleksi ATUR CARA YANG LAZIM DIGUNAKAN yang tersusun.

16 Pangkalan data adalah koleksi DATA yang tersusun.

17 PEMBANGUN PERISIAN bertanggungjawab pada keselamatan.

18 PENTADBIR RANGKAIAN bertanggungjawab pada keselamatan.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.93

Page 94: Asas Komputer

Ringkasan Modul

Pelajaran

Pengenalan kepada Komputer

Komputer membantu anda untuk menjalankan tugas ini dengan cepat dan berkesan. Ia digunakan dalam hampir semua bidang seperti industri, sekolah, pejabat kerajaan, kedai dan institusi pendidikan.

Komputer dibina daripada pelbagai bahagian yang boleh dikategorikan secara umum ke dalam peranti input, peranti output, peranti pemprosesan, dan peranti penyimpanan.

Terminologi Komputer Lazim

Komponen penting komputer adalah perkakasan dan perisian. Perkakasan merujuk kepada semua komponen fizikal yang disambungkan kepada komputer dan perisian merujuk kepada arahan bagi perkakasan menjalankan tugasan yang diperlukan. Perisian yang paling penting pada komputer adalah sistem pengendalian yang mengawal dan menguruskan perkakasan yang disambungkan kepada komputer anda.

Anda boleh berkongsi komponen komputer anda dengan pengguna komputer lain dengan menyambungkan komputer anda kepada komputer lain. Sekumpulan komputer dan peranti yang berkaitan yang dipautkan bersama untuk memudahkan perkongsian maklumat dikenali sebagai rangkaian. Internet merupakan koleksi rangkaian ini yang disambungkan bersama.

Prestasi dan Ciri Komputer

Jenis berlainan komputer hadir dalam pilihan yang luas berdasarkan bentuk, saiz dan prestasi. Ini termasuklah komputer desktop, komputer riba, komputer pegangan tangan, dan komputer tablet. Semua komputer mempunyai memori, yang digunakan untuk menyimpan maklumat yang digunakan oleh sistem pengendalian dan atur cara. Maklumat yang digunakan oleh komputer diwakili dalam betuk 0 dan 1.

Atur cara komputer yang berbeza menjalankan tugas yang berbeza. Atur cara produktiviti membantu anda menyusun nombor, menulis surat atau usul, selenggara rekod, dan mencipta imej. Atur cara

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.94

Page 95: Asas Komputer

komunikasi membantu anda bercakap dengan pengguna komputer yang lain. Dengan atur cara hiburan, anda boleh menonton filem, mendengar muzik, atau bermain permainan.

Sistem Pengendalian Komputer

Sistem pengendalian adalah atur cara yang mengawal bagaimana perkakasan berfungsi dan membantu menguruskan fail dan folder pada komputer. Sesetengah sistem pengendalian, seperti Windows Vista, menyediakan GUI, yang menjadikannya mudah untuk anda memberi arahan kepada komputer. Windows Explorer adalah atur cara dalam sistem pengendalian Windows yang membantu anda mencari dan membuka fail dan folder. Setiap fail mempunyai format yang berkaitan. Bergantung pada format fail, sistem pengendalian memilih atur cara yang bersesuaian untuk membuka fail tersebut.

Peluang Pekerjaan

Komputer digunakan secara meluas di mana sahaja daripada penggunaan rumah kepada perniagaan yang besar. Komputer digunakan untuk menyelenggarakan rekod, bertukar maklumat, dan menganalisis transaksi harian untuk menjana laporan. Komputer juga digunakan untuk perdagangan dalam talian dan menyemak harga saham. Penggunaan komputer yang semakin meluas ini telah mencipta banyak peluang kerjaya. Dengan pengetahuan komputer yang relevan, anda boleh bekerja sebagai pekerja maklumat, profesional IT, atau pembangun perisian.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.95

Page 96: Asas Komputer

Glosari

Antara Muka Pengguna Grafik (Graphical User Interface atau GUI)

Antara muka pengguna grafik (GUI) memaparkan imej dan gambar yang membolehkan pengguna komputer berinteraksi dengan komputer dengan mudah.

Aplikasi

Aplikasi yang juga dipanggil sebagai atur cara menggunakan platform untuk menjalankan tugas.

Atur cara

Atur cara adalah jujukan arahan yang boleh dijalankan oleh komputer. Atur cara turut dikenali sebagai perisian.

Atur cara Bual

Atur cara bual membolehkan anda menghantar dan menerima mesej dengan segera . Anda boleh menggunakan atur cara bual untuk berkomunikasi dengan beberapa orang pada masa yang sama.

Atur cara Grafik

Atur cara grafik digunakan untuk mencipta dan mengedit lukisan. Anda juga boleh menggunakan atur cara ini untuk menambah baik foto.

Atur cara Hamparan

Atur cara hamparan digunakan untuk mencipta belanjawan, menguruskan akaun, menjalankan pengiraan matematik, dan menukar data berangka ke carta dan graf.

Atur cara Komunikasi

Atur cara komunikasi digunakan oleh komputer untuk bertukar mesej dan fail dengan orang lain dalam format digital.

Atur cara Pangkalan Data

Atur cara pangkalan data digunakan untuk menyimpan dan menguruskan data dalam cara yang tersusun. Anda juga boleh menggunakan atur cara ini untuk mengisih atau mencari maklumat yang disimpan dalam pangkalan data.

Atur cara Pemprosesan Perkataan

Atur cara pemprosesan perkataan digunakan untuk mencipta dan mengubah suai dokumen berasaskan teks.

Atur cara Penerbitan

Atur cara penerbitan digunakan untuk menggabungkan teks dan grafik untuk mencipta dokumen seperti brosur, kad ucapan, laporan tahunan, buku, atau majalah.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.96

Page 97: Asas Komputer

Atur cara Persembahan

Atur cara persembahan digunakan untuk mempersembahkan maklumat dalam bentuk slaid.

Bait

Bait adalah kombinasi lapan bit yang diatur dalam jujukan.

Bar tugas 

Bar tugas adalah bar segi empat tempat yang biasanya terletak di bahagian bawah skrin. Anda boleh menggunakan bar tugas untuk memilih atur cara yang sedang berjalan pada komputer anda.

Bit

Bit adalah unit maklumat paling kecil yang dikendalikan oleh komputer. Bit tunggal boleh menyimpan hanya satu daripada dua nilai, 0 atau 1.

Dalam Talian

Apabila komputer disambungkan kepada Internet, ia dikatakan berada dalam talian.

Data

Data adalah jamak bagi perkataan Latin iaitu datum, yang bermaksud item maklumat.

Desktop

Desktop adalah kawasan kerja atas skrin yang menggunakan kombinasi menu dan ikon.

E-mel

Mel elektronik (e-mel) adalah bentuk elektronik mel pos tradisional. E-mel membenarkan anda bertukar mesej dan fail menerusi rangkaian.

Folder

Folder adalah bekas untuk atur cara dan fail dalam antara muka GUI.

Gigabait

Satu gigabait (GB) bersamaan 1,024 MB, lebih kurang bersamaan dengan satu bilion bait.

Ikon

Ikon adalah imej kecil yang dipaparkan pada skrin untuk mewakili sesuatu objek.

Internet

Internet merupakan koleksi rangkaian awam seluruh dunia yang berpautan antara satu sama lain bagi pertukaran maklumat.

Intranet

Intranet adalah jenis rangkaian khas yang digunakan untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat di dalam organisasi.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.97

Page 98: Asas Komputer

Kawasan Pemberitahuan 

Kawasan pemberitahuan terletak di sebelah kanan bar tugas apabila bar tugas diletakkan di bahagian bawah skrin. Kawasan pemberitahuan memaparkan masa, ikon kelantangan, dan beberapa ikon atur cara yang sedang berjalan pada komputer.

Kelajuan CPU

Kelajuan CPU adalah kadar yang mana CPU boleh jalankan tugas seperti memindahkan data kepada atau daripada RAM, atau menjalankan pengiraan berangka.

Kertas hias dinding

Kertas hias dinding adalah corak atau gambar pada latar belakang skrin yang boleh anda pilih.

Kilobait

Satu kilobait (KB) bersamaan 1,024 bait.

Komputer Desktop

Komputer desktop diperbuat daripada komponen individu seperti monitor, papan kekunci, unit sistem dan pencetak.

Komputer Pegangan Tangan

Komputer pegangan tangan lebih kecil daripada komputer riba dan menyediakan ciri yang sedikit berbanding dengan komputer desktop atau komputer riba. Ia digunakan untuk tugas harian tertentu seperti menguruskan data peribadi.

Komputer Riba

Komputer riba komputer peribadi yang ringan dan mudah alih. Komputer riba juga dikenali sebagai komputer notebook.

Komputer Tablet

Komputer tablet adalah komputer yang membolehkan anda untuk menulis terus pada skrin menggunakan pen tablet.

Megabait

Satu megabait (MB) bersamaan 1,024 KB.

Menu

Menu adalah senarai opsyen daripada mana pengguna boleh memilih suatu opsyen untuk menjalankan tindakan yang diingini seperti memilih perintah atau menggunakan format tertentu pada sebahagian dokumen. Banyak atur cara terutamanya yang menawarkan antara muka grafik, menggunakan menu sebagai cara untuk menyediakan pengguna dengan alternatif yang mudah digunakan bagi mengingati perintah atur cara dan penggunaannya yang sesuai.

Pelayan

Pelayan adalah komputer utama pada rangkaian yang memberikan perkhidmatan kepada komputer lain pada rangkaian. Pelayan menentukan komputer yang mana dibenarkan mengakses perkakasan dan perisian pada rangkaian.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.98

Page 99: Asas Komputer

Pemacu Rangkaian

Pemacu rangkaian adalah pemacu cakera yang dikongsi bersama komputer lain pada rangkaian.

Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP)

ISP merupakan syarikat yang menyediakan kesambungan Internet kepada individu, perniagaan dan organisasi.

Pemberian Keizinan

Pemberian keizinan adalah proses yang mana pengguna boleh mengaitkan kebenaran tertentu dengan setiap nama pengguna.

Pengesahan

Pengesahan adalah proses yang mana sistem komputer mengesahkan maklumat log masuk pengguna.

Peranti Input

Peranti input digunakan untuk memberikan maklumat kepada komputer. Papan kekunci adalah contoh peranti input.

Peranti Pemprosesan

Peranti pemprosesan digunakan oleh komputer untuk memproses data input dan menjana output yang diingini.

Peranti Penyimpanan

Peranti penyimpanan digunakan untuk menyimpan data. Cakera keras adalah contoh peranti penyimpanan.

Perintah

Perintah adalah arahan yang anda berikan kepada komputer yang menyebabkan tindakan dijalankan. Perintah sama ada ditaip menggunakan papan kekunci atau dipilih daripada menu.

Perisian

Perisian adalah jujukan arahan yang boleh dijalankan oleh komputer. Ia juga merujuk kepada atur cara.

Perkakasan

Perkakasan merujuk kepada semua komponen fizikal komputer.

Platform

Perkakasan dan sistem pengendalian bersama-sama dirujuk sebagai platform.

Rangkaian

Rangkaian adalah sekumpulan komputer yang disambungkan bersama untuk berkongsi sumber dan bertukar maklumat.

Rangkaian Kawasan Luas (WAN)

WAN adalah rangkaian yang menyambungkan peranti dalam kawasan geografi berasingan.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.99

Page 100: Asas Komputer

Rangkaian Kawasan Tempatan (LAN)

LAN menyambungkan peranti di dalam kawasan yang terhad, seperti rumah atau kumpulan kecil pejabat.

Saluran Komunikasi

Saluran Komunikasi adalah laluan atau pautan yang menyambung komputer atau peranti persisian seperti pencetak dan pemacu cakera untuk memindahkan maklumat.

Sistem Pengendalian

Sistem pengendalian mengawal perkakasan komputer dan memberikan perkhidmatan serta akses untuk perkakasan kepada atur cara. Ia juga menguruskan pengendalian dan tugas komputer seperti melog keluar dan mematikan.

Stesen kerja

Stesen kerja merujuk kepada komputer yang disambungkan kepada rangkaian. Anda perlu menggunakan stesen kerja untuk mengakses perkakasan dan perisian pada rangkaian.

Terabait

Satu terabait bersamaan 1,024 GB, lebih kurang bersamaan satu trilion bait.

Tetingkap

Dalam Windows Vista, tetingkap adalah kawasan segi empat tepat pada monitor yang memaparkan atur cara. Setiap atur cara mempunyai tetingkapnya sendiri.

Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

Unit Pemprosesan Pusat (CPU) ialah peranti perkakasan utama yang mentafsir dan menjalankan arahan yang anda berikan kepada komputer.

Unit Sistem

Unit sistem merujuk kepada kotak yang menempatkan pemproses, papan induk, pemacu cakera, bekalan kuasa, dan bas pengembangan.

Web

Web, juga dikenali sebagai World Wide Web (WWW), adalah koleksi maklumat yang boleh diakses di Internet. Maklumat ini disusun secara logik dan disimpan pada komputer yang dikenali sebagai pelayan Web.

Wizard Persediaan

Wizard persediaan disediakan oleh Windows Vista. Ia memberi panduan kepada pengguna menerusi setiap langkah tugas tertentu seperti memasang perkakasan atau perisian.

Kursus: Asas Komputer

© 2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.100