tajuk karangan spot

3
Bahagian B [ 100 markah ] ( Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit ) Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1. Sekolah anda akan mengajurkan minggu kebersihan dan keceriaan . Berikan pendapat anda tentang program-program yang perlu dijalankan sepanjang minggu tersebut. 2. Slogan membaca jambatan ilmu menunjukkan bahawa budaya membaca akan melahirkan masyarakat yang berilmu dan mendatangkan faedah yang besar kepada negara. Huraikan peranan yang dimainkan oleh ibu bapa untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan keluarga. 3. Malaysia berpotensi mejadi destinasi pelancongan utama di rantau ini. Bincangkan sumbangan sektor pelancongan kepada negara Malaysia. 4. Kejadian bencana alam sering melanda negara-negara di rantau ini. Sebagai tindakan berjaga-jaga, Malaysia telah mengambil langkah-langkah untuk bekerjasama dengan negara serantau bagi menghadapi pelbagai faedah kepada negara dan rakyat. Tulis sebuah rencana anda selengkapnya. 5. Ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sering menghadapi masalah untuk melanjutkan pelajaran kerana tidak mendapat pendedahan yang secukupnya tentang perkara tersebut. Bincangkan peluang-peluang melanjutkan pelajaran dalam kalangan pelajar lepasan SPM tersebut. 6. Keluarga bahagia merupakan salah satu teras menjamin kesejahteraan dan kemakmuran negara. Ulaskan pernyataan tersebut. 7. Dunia sekarang ini diancam pelbagai penyakit . Pada pandangan anda, apakah langkah- langkah yang perlu diambil oleh para pemimpin negara di dunia untuk menangani kes ini? 8. Kenaikan harga barangan keperluan harian telah menyebabkan ahli keluarga melakukan pelbagai usaha untuk menjimatkan perbelanjaan. Huraikan usaha-usaha tersebut. 9. Makanan segera dan makanan ringan seperti burger, mi segera dan kentang goreng telah menjadi pilihan masyarakat sekarang. Ulaskan pernyataan tersebut. 10. Kemasukan warganegara asing ke sesebuah negara telah meninggalkan pelbagai kesan. Jelaskan kesan-kesan kemasukan warganegara asing ke negara tersebut. 11. Amalan berjimat cermat amat dituntut dalam kehidupan seharian. Sebagai pelajar, bincangkan cara-cara anda mengamalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan seharian. 12. Kebelakangan ini, masyaraka serinng digemparkan oleh berita yang melibatkan kehilangan, penculikan dan pembunuhan kanak-kanak. Sehubungan denga itu, keluarga perlu memainkan peranan dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin. Huraikan peranan ahli keluarga dalam keselamatan anak-anak. 13. Krisis kekurangan makan yang berlaku di rantau ini dapat ditangani secara berkesan memalui kerjasama antara negara serantau. Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani krisis tersebut. 14. Dunia remaja sering terdedah dengan pelbagai gejala sosial. Bincangkan langkah- langkah yang dapat dilakukan oleh anda untuk menggelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial. 15. Ibu bapa berperanan membentuk akhlak dan merupakan menentu kejayaan akademik anak-anak. Berikan pendapat anda tentang pernyataan diatas.

Upload: mohammad-sufry-bin-kadir

Post on 17-Jul-2016

106 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ddd

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk Karangan Spot

Bahagian B [ 100 markah ]

( Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit ) Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1. Sekolah anda akan mengajurkan “minggu kebersihan dan keceriaan”. Berikan pendapat anda tentang program-program yang perlu dijalankan sepanjang minggu tersebut.

2. Slogan “membaca jambatan ilmu” menunjukkan bahawa budaya membaca akan melahirkan masyarakat yang berilmu dan mendatangkan faedah yang besar kepada negara. Huraikan peranan yang dimainkan oleh ibu bapa untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan keluarga.

3. Malaysia berpotensi mejadi destinasi pelancongan utama di rantau ini. Bincangkan sumbangan sektor pelancongan kepada negara Malaysia.

4. Kejadian bencana alam sering melanda negara-negara di rantau ini. Sebagai tindakan berjaga-jaga, Malaysia telah mengambil langkah-langkah untuk bekerjasama dengan negara serantau bagi menghadapi pelbagai faedah kepada negara dan rakyat. Tulis sebuah rencana anda selengkapnya.

5. Ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sering menghadapi masalah untuk melanjutkan pelajaran kerana tidak mendapat pendedahan yang secukupnya tentang perkara tersebut. Bincangkan peluang-peluang melanjutkan pelajaran dalam kalangan pelajar lepasan SPM tersebut.

6. Keluarga bahagia merupakan salah satu teras menjamin kesejahteraan dan kemakmuran negara. Ulaskan pernyataan tersebut.

7. Dunia sekarang ini diancam pelbagai penyakit . Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh para pemimpin negara di dunia untuk menangani kes ini?

8. Kenaikan harga barangan keperluan harian telah menyebabkan ahli keluarga melakukan pelbagai usaha untuk menjimatkan perbelanjaan. Huraikan usaha-usaha tersebut.

9. Makanan segera dan makanan ringan seperti burger, mi segera dan kentang goreng telah menjadi pilihan masyarakat sekarang. Ulaskan pernyataan tersebut.

10. Kemasukan warganegara asing ke sesebuah negara telah meninggalkan pelbagai kesan. Jelaskan kesan-kesan kemasukan warganegara asing ke negara tersebut.

11. Amalan berjimat cermat amat dituntut dalam kehidupan seharian. Sebagai pelajar, bincangkan cara-cara anda mengamalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan seharian.

12. Kebelakangan ini, masyaraka serinng digemparkan oleh berita yang melibatkan kehilangan, penculikan dan pembunuhan kanak-kanak. Sehubungan denga itu, keluarga perlu memainkan peranan dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin. Huraikan peranan ahli keluarga dalam keselamatan anak-anak.

13. Krisis kekurangan makan yang berlaku di rantau ini dapat ditangani secara berkesan memalui kerjasama antara negara serantau. Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani krisis tersebut.

14. Dunia remaja sering terdedah dengan pelbagai gejala sosial. Bincangkan langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh anda untuk menggelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial.

15. Ibu bapa berperanan membentuk akhlak dan merupakan menentu kejayaan akademik anak-anak. Berikan pendapat anda tentang pernyataan diatas.

16. Kenaikan paras air laut, kejadian banjir besar dan kemarau yang berpanjangan merupakan bencana alam yang berlaku hampir di seluruh dunia akibat perubahan iklim. Jelaskan tindakan masyarakat dunia dalam menghadapi bencana alam tersebut.

17. Guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi kegelapan orang lain. Begitulah ungkapan yang sering dilaung-laungkan oleh masyarakat kita pada hari ini. Huraikan peranan anda untuk membalas jasa guru.

Page 2: Tajuk Karangan Spot

18. Sebagai seorang pegawai di Jabatan Penerangan Daerah, anda telah diundang untuk menyampaikan ceramah kepada warga sekolah di daerah anda.Tajuk ceramah itu ialah “Semangat Kejiranan Pemangkin Rakyat Sejahtera.” Tulis ceramah anda itu selengkapnya.

19. Kebanyakan negara di dunia telah menjalankan pelbagai program pertukaran pelajar. Huraikan faedah-faedah menyertai program tersebut.

20. Rumah terbuka sudah menjadi satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia apabila menyambut sesuatu perayaan. Pada musim perayaan yang lalu, anda berkesempatan mengunjungi rumah terbuka jiran anda yang berlainan bangsa. Ceritakan pengalaman dan faedah yang anda peroleh ketika menghadiri rumah terbuka tersebut.

21. Kebanyakan anak remaja hari ini tidak suka membantu ibu bapa di rumah. Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk memperkasakan budaya tolong-menolong dalam kalangan ahli keluarga.

22. Anda ingin menyertai pertandingan menulis esei bersempena dengan Sambutan Hari Polis di tempat anda. Tajuk yang anda pilih ialah “Membanteras Jenayah Tanggungjawab Bersama”. Tulis esei anda selengkapnya.

23. Ketidakstabilan politik di sesebuah negara menimbulkan kesan negatif kepada masyarakat dunia. Bincangkan.

24. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum kaya dengan budaya warisan. Walau bagaimanapun generasi muda masa kini kurang menghargai budaya warisan bangsa mereka sendiri. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku.

25. Setiap murid perlu menghormati dan menghargai jasa guru di sekolah. Huraikan pendapat anda dalam usaha menghargai jasa guru di sekolah.

26. Andaikan anda seorang pemberita. Anda ditugaskan mewawancara seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tentang usaha menangani gejala rasuah dalam kalangan masyarakat. Tuliskan wawancara tersebut selengkapnya.

27. Malaysia sentiasa mengadakan hubungan antarabangsa dengan ngara-negara luar dalam pelbagai bidang. Usaha ini sememangnya mendatangkan impak yang baik ke arah pembangunan negara. Huraikan faedah yang diperoleh negara-negara di dunia melalui kerjasama ekonomi serantau.

28. Perbaduan yang mantap antara kaum merupakan kunci utama kejayaan Negara kita dalm pelbagai bidang. Menyedari hakikat itu, maka pelbagai usaha perlu dilakukan bagi merealisasikan perpaduan kaum di Negara kita. Sarankan uasaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.

29. Generasi remaja hari ini didapati kurang berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti serta program keagamaan dan kemasyarakatan. Fenomena ini dikaitkan dengan kewujudan teknologi komunikasi. Tuliskan satu rencana yang lengkap bertajuk ‘Mendekatkan Remaja dengan Program Keagamaan dan Kemasyarakatan melalui Teknologi Komunikasi’.

30. Akhir-akhir ini isu kebanjiran buruh asing yang datang bekerja tanpa permit semakin serius dibincangkan kerana telah mengundang banyak masalah terutama yang melibatkan kegiatan jenayah. Pelbagai langkah dilakukan oleh kerajaan untuk menyekat kebanjiran kumpulan ini, namun banyak kekangan yang dihadapi. Huraikan kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut serta langkah-langkah untuk mengatasinya.

31. Warga tua merupakan golongan yang perlu dihormati oleh generasi muda masa ini. Huraikan peranan ibu bapa untuk memupuk sikap menghormati warga tua dalam kalangan anak-anak.

32. Barangan buatan tempatan seperti makanan, pakaian dan perkakas rumah menjadi pilihan rakyat Malaysia. Tulis sebuah rencana tentang keistimewaan barangan buatan tempatan kepada pengguna.