tajuk

Upload: mesut-ozil

Post on 06-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jsj

TRANSCRIPT

TAJUK: PUISI MENCERITAKAN LATAR BELAKANG MASYARAKATFAKULTI BAHASA dan KOMUNIKASIBSS3063-PUISI MELAYUKAMPULAN CTUGASAAN INDIVIDU

NAMA: VIANI ANAK INTAINO MATRIK: D20141066392NO IC: 940417136377NAMA PENSYARAH: Profesor Madya Dr. Mohd Rosli bin Saludin

PUISI MENCERITAKAN LATAR BELAKANG MASYARAKATPENGENALAN:Puisi merujuk kepada susunan atau ayat yang menyampaikan maksud dalam bentuk atau bahasa yang indah. Puisi juga merupakan satu cabang kesenian manusia yang telah ada sejak zaman dahulu. Bentuk-bentuk puisi yang telah dihasilkan sentiasa berubah mengikut zaman, di mana kita lihat setiap puisi yang telah dihasilkan oleh penulis adalah berbeza ciri pemikiran dan gaya penyampaian juga turut berbeza mengikut peralihan zaman dan amalan masyarakat pada zaman tersebut. Puisi boleh berdiri secara sendiri dan boleh juga dihasilkan dalam seni lain seperti drama, lirik dan sebagainya. Karya-karya puisi amat memainkan peranan dalam masyarakat terutamanya dalam menaikkan semangat nasionalisme, pemujaan pada masa lalu dan sebagainya dalam kehidupan masyarakat terutamanya dalam masyarakat Melayu. kebanyakan Puisi-Puisi yang dihasilkan Pada masyarakat pada masa dahulu adalah terdiri dari pantun, gurindam, seloka, teromba, talibun, mantera, peribahasa berangkap, syair dan sebagainya. Pada masa ini Puisi juga masih memainkan peranan dalam kehidupan masyarakat terutamanya dari sudut pendidikan, perkara ini dapat kita lihat melalui dengan adanya pengajaran terhadap kesusasteraan Melayu di sekolah, ipta dan sebagainya. Selain itu puisi jaga dihasilkan untuk menaikkan semangat cinta akan negara dan ada juga puisi dihasilkan untuk menyedarkan masyarakat pada masa kini tentang keruntuhan akhlak masyarakat, kemusnahan hutan dan sebagainya. Dengan ini kita dapat mengenal pasti latar belakang masyarakat pada sesuatu zaman tersebut dan banyak lagi yang kita boleh kaji melalui penghasilan puisi pada setiap zaman, mengikut gaya pemikiran penulis terhadap masyarakat dan pemikiran penulis tersebut melalui penghasilan karya puisinya. Dalam tugasan ini saya akan menceritakan serba sedikit latar belakang Masyarakat melalui penghasilan Beberapa puisi Melayu tradisional oleh tokoh-tokoh.

SKOP KAJIAN:1. Latar masyarakat dalam pantun tradisional2. Latar Masyarakat dalam Syiar

GAMBARAN MASYARAKAT TERDAHULU DALAM PANTUNPantun menurut Muhammad Haji Salleh adalah benang yang menghubungkan nilai-nilai kebersamaan masyarakat Melayu di rantau Nusantara. Daripada pantun yang dihasilkan pada masa lalu masyarakat pada masa kini dapat mengenal hati budi, gaya hidup, sistem nilai, pemikiran, sistem sosial masyarakat Melayu terdahulu. Bukanlah sedikit pantun yang telah dihasilkan pada masa dahulu, oleh pengarang, penulis dan sebagainya. Dari pantun yang telah dihasilkan banyak gambaran masyarakat terdahulu yang dapat di tafsir dan diambil kebaikan untuk generasi Melayu pada masa ini. Di sini saya akan memberi beberapa gambaran masyarakat yang diceritakan dalam beberapa buah pantun terpilih.

a. Masyarakat Melayu yang Kuat Berpegang pada Adat.Adat merupakan set aturan yang mengawal dan memandu perjalanan hidup masyarakat berasaskan pemahaman masyarakat terhadap sesuatu perkara. Dalam masyarakat Melayu, adat dapat mengawal dan memandu perjalanan hidup bangsa Melayu dan membawa atau memandu sistem masyarakat yang mempunyai nilai dalam hidup.Berdasarkan maksud ini, adat merupakan elemen yang sangat penting dalam menyusun atur semua kaedah bagaimana anggota masyarakat bertingkah laku dan bersosial. Kepatuhan dan keyakinan pada adat menunjukkan adat itu memiliki nilai keabsahan dan keesahannya. Kerana itu, masyarakat Melayu terdahulu menunjukkan sikap yang kuat berpegang pada adat dan memelihara dengan baik hingga ke hari ini. Syed Alwi Sheikh Al Hadi (1986) menyebut apa yang dikatakan adat dan istiadat itu iaitu cara-cara dan aturan-aturan hidup yang dipusakai dari datuk nenek yang diturunkan dari bapa kepada anak atau dari yang tua kepada yang muda.Orang Melayu sanggup mempertahan kewujudan dan keberadaan adat itu dalam sistem sosial masyarakat Melayu hari ini, sekalipun sebilangan besar masyarakat Melayu moden masa kini kurang memberi pertimbangan pada adat untuk membuat suatu tindakan. Perkara ini juga sama dengan mana-mana bangsa yang mengagung-agungkan adat resam serta kebudayaan mereka (Engku Mohd. Zaman Tahir 1986:48-49).Resam kehidupan yang dipegang zaman berzaman amat kukuh sehingga seluruh hidup orang-orang Melayu terdahulu menampakkan diri mereka dilingkungi budaya dan cara hidup yang berasal daripada adat ini sendiri.

Anak Cina menghisap madat, Madat ditaruh dalam cembul, Hidup manusia dikandung adat, Adat manusia dilengkung bendul.(Za,ba 1984:49)

Jiwa orang Melayu mengatur budaya hidup mereka dalam keadaan yang luhur dan unggul. Keluhuran itu lahir dalam rutin hidup mereka dan menyerap lunas tatacara adat dengan normanya. Di sini, mereka meletakan ciri-ciri keluhuran itu dalam keseluruhan budaya hidup yang dipegang kepada adat. Kekuatan hubungan orang Melayu dengan adat disifatkan hidup mereka bagaikan dikandung. Perkataan dikandung selalunya dikaitkan dengan seorang wanita yang mengandung, yang membawa erti seluruh kehidupan mereka diberi gambaran bahawa kehidupan mereka dilingkungi oleh adat sebagai yang dapat dikesan dalam pantun di atas.

b. Masyarakat Melayu yang Mementingkan Budi

Pisang emas dibawa belayar,Masak sebiji di atas peti;Hutang emas boleh dibayar,Hutang budi dibawa mati.

Gunung daik jauh ke tengah,Di balik awan Pulau Angsa Dua;Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.Sikap orang Melayu yang suka dan sangat menghargai budi dalam masyarakat Melayu tergambar sebagai satu norma hidup yang amat penting. ketinggian budi mempunyai nilai kehidupan yang abadi, kerana budi manusia yang berbudi diumpamakan sebagai hutang yang mungkin dapat dibayar oleh manusia yang hidup setelah kematiannya, gambaran ini dapat dilihat dalam rangkap pantun pertamaBandingan budi yang dikiaskan dengan emas masih tidak sepadan, kerana berhutang benda-benda seperti emas dan sebagainya masih tidak sukar untuk dibayar oleh si penghutang. Sebaliknya sesuatu budi ataupun budi yang ditinggalkan akan diingat dan dikenang sehingga ke hujung nyawa ataupun selama-lamanya. Dalam rangkap pertama juga menunjukkan gambaran masyarakat Melayu meletak nilai kebendaan jauh lebih rendah nilainya berbanding dengan nilai budi seseorang.Pantun pada rangkap satu menunjukkan pemikiran Melayu yang tidak bersifat materialistik itu dikuatkan lagi dengan pantun pada rangkap dua yang turut menunjukkan sikap suka mengenang budi seseorang, sekalipun tuan yang berbudi sudah meninggal dunia. Budi dalam rangkap duai dipadankan dengan badan. Dalam konotasi yang lain, rupa paras dan fizikal manusia tidak penting dalam kehidupan orang Melayu, sebaliknya budilah yang lebih diutamakan lebih diutamakan dan diingat dalam ingatan selama-lamanya ataupun diingat secara berkekalan. Badan yang hancur dimakan tanah adalah sebuah perlambangan tentang kerendahan nilai sifat luaran yang tidak dipandang tinggi oleh masyarakat Melayu berbanding nilai sesebuah budi.

GAMBARAN MASYARAKAT DALAM SYAIR.

Keseluruhanpengkaji sependapat bahawa istilah syair berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud puisi secara umum. Dalam bahasa Melayu, istilah syair sudah menjadi satu istilah yang khusus. Syair Melayu tidak beracuankan syair daripada tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab tetapi dalam bentuk dan acuan asli masyarakat Melayu (Harun Mat Piah, 1989). Namun, terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa syair Melayu juga dipengaruhi oleh syair atau puisi Arab (Islam). Manakala Menurut pandangan bangsa Arab, Syair merupakan puncak keindahan dalam sastera, sebab syair itu adalah suatu bentuk gubahan yang dihasilkan dari kehalusan perasaan dan keindahan daya khayal, karena itu bangsa Arab lebih menyenangi syair dibandingkan dengan hasil sastera lainnya.Apabila dibandingkan antara karangan-karangan ataupun kuliah dan khutbah, maka yang dapat berpengaruh lebih dahulu di hati seseorang adalah gubahan syair, karena gubahan syair itu dapat langsung dirasakan dalam hati walaupun tidak di fikirkan terlebih dahulu. Dalam masyarakat Melayu Penghasilan.Syair merupakan jenis puisi tradisional Melayu warisan Islam yang paling popular . Kemunculan syair di alam Melayu mempunyai kaitan rapat dengan Pengaruh agama Islam Yang berkembang di Nusantara. Menjadi kelaziman kepada para ulama dan cendekiawan Melayu Islam menggunakan puisi sebagai uslub dalam penyampaian ajaran dan nasihat-nasihat agama kepada masyarakat. kaedah ini amat penting kerana masyarakat Melayu pada masa itu masih akrab dengan cerita-cerita lipur lara, dongeng dan cerita-ceri rakyat

a. Latar Belakang Dalam Syair Panji

Menurut liew yock fang, sebahagian daripada syair panji diolah dalam bentuk prosa. Contoh-contoh syair panji ialah Syair Panji Semerang, Syair Panji tambuhan, Syair Panji Undakan Agung Udaya dan Syair Agreni. Syair ini disebut syair panji kerana jalan ceritanya atau isinya diambil dari cerita-cerita panji dengan pengolahannya lebih sederhana berbanding dengan cerita panji. Syair semerang misalnya diambil dari hikayat panji semerang, syair Agreni diambil isinya dari panji Agreni.

Contoh Syair Panji Syair ken tambuhan.

Serta terpandang hatinya berdebarLakunya tidak lagi tersabar Arwah melayang berahi terkibar Bagai penyakit tiada tertambar.

Latar masyarakat dalam rangkap ini adalah mengesahkan golongan kerabat diraja yang ingin mengambil hasil burunya lalu ternampak seorang gadis di dalam kurungan.Rangkap syair ini mengesahkan cerita pertemuan kerabat diraja dengan gadis yang menarik hatinya. Raden Inu kertapati yang bertamu dengan ken Tambuhan, tatkala berusaha mendapatkan burung serindit panahananya yang terjatuh dalam kota tempat Ken Tambuhan dikurung. Di situlah Raden terpandang Ken Tambuhan.

Raden pun duduk bersuka Di dalam istana Ken Tambuhan Bertambah kasih dengan kasih Pangku dan belai di atas riba.

Dalam rangkap ini menceritakan daripada pandangan dan pertemuan itu, raden Ini Kertapati memujuk Ken Tambuhan sehinggakan Ken Tabuhan bersetuju untuk menjadi isterinya. Kesah ini menceritakan latar belakang masyarakat Melayu pada masa itu masih menggunakan syair dalam bentuk pujian kepada wanita dan golongan diraja yang dianggap tinggi darjatnya. Selain itu juga syair ini telah diolah kepada kesesuaian masyarakat pada masa itu.

Kesimpulan

Puisi bukan sahaja alat penghibur atau warisan malah puisi boleh dianggap sebagai mesej atau tulisan sejarah yang ditinggalkan oleh masyarakat Melayu pada masa lalu untuk masyarakat Melayu pada masa kini sebagai pengajaran atau warisan sejarah. Kegemaran masyarakat pada masa lalu berpuisi dan sebagainya mendorong dan memberi ilham kepada mereka untuk menulis tentang kehidupan mereka dalam bentuk puisi. Secara tidak langsung masyarakat pada masa ini dapat mengkaji latar belakang masyarakat pada masa lalu mengikut umur sesuatu puisi itu ditulis. Pada zaman dahulu masyarakat lebih suka berpuisi dalam menyampaikan sesuatu maksud, mahupun dalam percakapan seharian mereka.Dari puisi-puisi yang dihasilkan kita juga dapat mempelajari betapa tingginya nilai-nilai yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada masa lalu. Tambahan lagi kita juga dapat mempelajari gaya pemikiran masyarakat Melayu pada masa lalu dengan corak puisi yang dihasilkan oleh mereka. Pemikiran masyarakat yang amat mencintai seni dan bahasa yang tinggi pada masa itu haruslah menjadi teladan kepada masyarakat pada masa kini untuk diamalkan dalam kehidupan seharian setiap individu.