tajuk 4_ teori pembelajaran2

166
TAJUK : 4 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN (Kognitif, Konstruktivisme, Humanisme, Pendidikan Dari Perspektif Islam Dan Impilkasi Teori Pembelajaran) Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Upload: dp-ae

Post on 20-Oct-2015

49 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

teori

TRANSCRIPT

  • TAJUK : 4 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

    (Kognitif, Konstruktivisme, Humanisme, Pendidikan Dari Perspektif Islam Dan Impilkasi Teori

    Pembelajaran) Nordin Tahir

    IPG Kampus Ipoh

  • 1/7/2012 Nordin Bin Tahir, IPIP 2

    Teori Pembelajaran Unsur Berkaitan Tokoh Psikologi

    Behavioris Tingakahlaku, Pelaziman klasik (emosi) ,(tabiat)

    Pelaziman Operan, cuba-ralat dan peneguhan

    Ivan Pavlov

    Edward Thorndike

    B.F. Skinner

    Watson, Guthrie

    Kognitif

    Pemikiran, Celik akal, Penemuan, Kategori pembelajaran, Resepsi

    Jean Piaget

    Gagne, Bruner

    Ausuble, Kohler

    Sosial

    (neo behavioris)

    Prestasi

    Permodelan

    Bandura

    Humanis Kemanusiaan ,Sempurna kendiri, Keperluan asas

    Carl Rogers

    Abraham Maslow

    Pelbagai Teori Pembelajaran

  • Tokoh-Tokoh

    Jean Piaget

    Cognitive Development Stages

    Jerome Bruner

    Discovery Learning

    Richard Suchman

    Inquiry Method

    David Ausubel

    Expository Teaching

    TEORI KOGNITIF

  • Psikologi Gestalt

    Max Wetheimer (1880 1943) persepsi dan penyelesaian masalah

    Kurt Koffka (1886 1941) hukum persepsi

    Wolfgang Kohler (1887 1959) celik akal

    Kurt Lewin (1892 1947) psikologi kognitif-lapangan

    Celik Akal (insights), the sudden perception of the relationships among elements in a problem situation.

    TEORI KOGNITIF

  • Psikologi kognitif-lapangan

    Konsep life space or psychological world in which the individual lives. It encompasses both himself and everything that psychologically influences him.

    Views learning behavior as a reorganization or restructuring

    TEORI KOGNITIF

  • TEORI KOGNITIF

    Ahli-ahli kognitivis lebih menekankan kepada proses mental.

    Antara aspek-aspek proses ini termasuklah membuat keputusan, penyelesaian masalah, menganalisis,

    menilai, dan mengingat.

  • Teori Pembelajaran Kognitif

    Proses pembelajaran melibatkan pemprosesan maklumat: Proses ini bersifat aktif dan dipengaruhi oleh pengetahuan sedia ada murid-murid.

    Pembelajaran kini berasakan pembelajaran sebelumnya: Murid-murid kita berbeza antara satu sama lain dari segi lataar belakang dan tahap motivasi masing-masing. Oleh itu, mereka biasanya akan membina makna yang berlainan walaupun pengalaman mereka adalah sama.

    Andaian:

  • Pembelajaran yang bermakna melibatkan hubungan: Makna yang dibina berasaskan pengalaman menunjukkan hubungan antara pembelajaran lalu dan pembelajaran baru.

    Pengajaran dan pembelajaran perlu menegaskan hubungan dan strategi: Penekanan lebih diberikan kepada pembelajaran bermakna berbanding dengan hafalan. Oleh itu, pengajaran dan pembeljaran bertujuan membantu murid-murid belajara cara belajar, dan bukannya memperoleh maklumat yang terasing.

  • Wolf Kohler

    Seorang ahli psikologi yang merupakan salah seorang pengasas psikologi Gestalt bersama Kurt Koffka.

    Hasil daripada kajian Kohler dalam bidang pemerosesan kognitif, khususnya proses penyelesaian masalah, beliau telah mengemukakan jenis pembelajaran celik akal.

    Antara cimpanzi yang digunakan sebagai subjek kajian Kohler termasuk Chica, Grande, Konsul, Rana dan Sultan.

  • Pada tahun 1924, Kohler telah menerbitkan dapatan-dapatan kajian beliau dalam buku berjudul The Mentality of Apes.

    Antara dapatan beliau yang menarik ialah haiwan akan berusaha untuk mencari perkaitan yang menuju ke arah penyelesaian apabila berdepan dengan situasi yang bermasalah.

    Oleh itu, boleh dikatakan bahawa sama seperti manusia, haiwan juga berupaya memperoleh pembelajaran celik akal, iaitu penyelesaian aha! terhadap masalah yang mereka hadapi.

  • Kohler dan Pembelajaran Celik Akal

    Dalam satu eksperimen, Kohler telah meletakkan pisang di luar bersama dua batang buluh di dalam sangkar cimpanzi yang bernama Sultan.

    Tetapi, tiada satu daripada dua batang buluh mempunyai panjang yang mencukupi untuk membolehkan Sultan mencapai pisang tersebut.

    Tidak lama kemudian, Sultan pun menyambungkan kedua-dua buluh tersebut, lalu berjaya menjadikannya sebatang buluh untuk mencapai pisang yang terletak di luar sangkarnya.

  • Sultan telah berjaya mencari

    satu hubungan yang kritikal serta

    penting apabila ia berjaya untuk

    menyambungkan kedua-dua

    batang buluh yang dibekalkan

    menjadi buluh yang cukup

    panjang untuk mencapai pisang

    yang terletak di luar sangkarnya.

  • Berdasarkan Eksperimen Di Atas, Terbukti Tiga Perkara Yang Berikut:

    Pembelajaran celik akal banyak bergantung kepada persepsi cimpanzi berkenaan terhadap penyelesaian yang sesuai.

    Pembelajaran celik akal tidak bergantung kepada ganjaran semata-mata.

    Setelah satu-satu masalah berjaya diselesaikan, maka ada lebih mudah untuk menyelesaikan masalah yang serupa di masa depan.

  • Prinsip Pembelajaran Celik Akal Kohler

    Kita sering memperoleh penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi melalui cara yang agak mendadak, iaitu apabila kita kurang menumpukan pemikiran terhadap masalah tersebut.

    Konsep berfikir ditakrifkan sebagai usaha mencari, dan seterusnya berpegang kepada hubungan antara dua perkara.

  • Teori pembelajaran Bruner.

    Konsep pembelajaran ialah proses pengkategorian.

    Merupakan kebalikan kepada pandangan Ausubel yang berpusatkan pembelajaran atau pelajar dan

    berbentuk induktif.

    Berpendapat pembelajaran konsep, pengamatan dan penanggapan berlaku melalui proses kategori, dan

    proses membuat keputusan yang melibatkan

    pengkategorian.

    Berpendapat manusia melihat persekitaran dunia daripada sudut ciri ciri persamaan dan perbezaan.

  • 3 kategori konsep ialah :

    i. Enaktif (perlakuan)

    ii. Ikonik (imejan)

    iii. Simbolik (bahasa)

    Pembelajaran konsep hendaklah mengikut peringkat iaitu daripada enaktif, iklonik dan ke simbolik.

    Berpendapat setiap individu walaupun masih kecil berkeupayaan untuk belajar sekiranya penyampaian

    disusun atur dengan cara yang sesuai.

  • Pembelajaran Konsep Melalui Penemuan

    Pembelajaran konsep ialah membezakan dan mengkategori benda atau perkara yang mempunyai

    ciri ciri tertentu dan melibatkan proses mengingat semula, membuat perkaitan dengan maklumat baru

    dengan yang lama dan membuat subkategori.

    Pembelajaran konsep ialah proses pembinaan pengetahuan.

  • Membentuk teori pembelajaran konsep melibatkan proses kognitif iaitu proses membuat

    hipotesis dan melihat ciri-ciri yang perlu ada

    untuk menentukan konsep.

    Konsep dibentuk melalui pengkategorian yang dibuat dengan mengelompokkan mengikut ciri ciri sama yang dimiliki.

  • Ciri-Ciri Sama Yang Dimiliki

    Pembelajaran konsep secara induktif dan mengkategori melibatkan langkah langkah seperti :

    i. Sediakan data benda/maklumat berupa contoh positif.

    ii. Sediakan data benda/maklumat mewakili contoh negatif.

    iii. Buat perbandingan contoh positif dan negatif.

    iv. Berdasarkan ciri persamaan buat pengelompokan / kategori.

    v. Buat rumusan mengikut kategori yang dibentuk.

    vi. Bina definisi konsep.

    vii. Kukuhkan dengan contoh tambahan untuk menguji pemahaman.

  • Pembelajaran Penemuan.

    Merupakan pembelajaran berbentuk inkuiri.

    Proses inkuiri melibatkan situasi penyelesaian masalah yang dilalui sendiri oleh pelajar.

    Proses penyelesaian masalah mengaitkan pengalaman lepas dengan pengetahuan semasa untuk menemukan

    maklumat baharu yang sedang dipelajari.

    Maklumat yang ditemukan sendiri/jawapan penyelesaian yang dicari sendiri membolehkan maklumat baharu

    mudah diingati.

  • Manusia berinteraksi dengan alam sekeliling melalui penerokaan objek, penyelesaian

    masalah dan membuat uji kaji.

    Proses inkuiri dalam pembelajaran penemuan memerlukan pelajar meninjau

    masalah/fenomena, meneliti pelbagai alternatif

    dan data, membuat hipotesis dan menguji

    hipotesis sebelum membuat rumusan.

    Maka, pembelajaran aktif berlaku.

  • Model Pembelajaran Penemuan

    i. Model inkuiri

    ii. Inkuiri berpandu

    iii. Inkuiri Suchman

    iv. Penyelesaian masalah

    v. Pembelajaran berasaskan kajian kes.

  • R.M. Gagne

    Mengkategorikan pembelajaran ke dalam lima kelompok utama iaitu:

    Kemahiran kecerdasan

    Strategi kognitif

    Maklumat berbahasa

    Kemahiran motor dan

    sikap

    Terdapat susunan urutan pelbagai kemahiran kecerdasan dan tiap-tiap satunya adalah syarat mutlak untuk menguasai sesuatu kemahiran sebelumnya.

  • KEMAHIRAN

    KECERDASAN

    PERTAMA

    DISKRIMINASI KONSEP

    HUKUM

  • Strategi Kognitif - Kebolehan memproses maklumat yang membolehkan pelajar:

    Memikir

    Menumpukan perhatian

    Memilih

    Mengingat

    Menggunakan maklumat

  • Kemahiran Motor

    Melakukan pergerakan koordinasi dalam aktiviti fizikal.

    Memerlukan pemikiran dan penguasaan kemahiran kognitif.

    Berkait secara langsung dengan perasaan, tingkahlaku, minat dan kesediaan pembelajaran seseorang pelajar

  • Teori Pembelajaran Penerimaan Ausubel

    Mengambil kira pembelajaran individu dalam konteks sekolah atau kelas.

    Pembelajaran bermakna boleh berlaku melalui bahan bermakna.

    Pembelajaran bergantung pada pengetahuan asas sama ada dalam bentuk pengetahuan sedia ada atau pun persembahan maklumat umum atau gabungan kedua-duanya.

    Pembelajaran akan berlaku apabila maklumat baru mempunyai kaitan dengan maklumat atau pengalaman sedia ada dalam struktur kognitif.

    Teori ini memberi penekanan kepada penyampaian pelajaran secara terancang oleh guru.

  • Advance Organiser (Pengurusan/ Pendedahan Awal)

    Konsep ini bukan merupakan rumusan atau maklumat umum pembelajaran.

    Menurut Ausubel, AO perlu diberikan lebih awal agar pelajar dapat maklumat atau pengetahuan yang perlu untuk membolehkan pelajar mengetahui sesuatu yang berkaitan dengannya.

  • Jenis Pengurusan Awal (AO)

    Pengurusan Awal Perbandingan/Komparatif:

    Merujuk kepada pengetahuan sedia ada berkaitan dengan isi pelajaran yang akan dipelajari.

    Pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif akan digunakan untuk mempelajari maklumat baru.

    Penyusunan semula maklumat awal akan berlaku dalam struktur kognitif sebagai persediaan menerima maklumat

    baru.

  • Pengurusan Awal Ekspositori:

    Sekiranya pelajar belum mengetahui pengetahuan sedia ada yang berkait dengan isi pelajaran yang akan dipelajari, guru boleh memberikan maklumat awal dalam bentuk gambaran, teks dan lain-lain.

    Maklumat atau gambaran berperanan sebagai jambatan kepada maklumat baru yang bakal dipelajari.

    Maklumat awal itu dedahkan lebih awal agar pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada untuk mempelajari maklumat baru.

    Maklumat yang didedahkan akan menjadi asas kepada pembelajaran baru.

    Jenis Pengurusan Awal (AO)

  • Pembelajan Konsep Melalui Penerimaan

    Menekankan penyampaian pengajaran guru dibuat secara terancang bermula dengan mengaitkan

    pengetahuan sedia ada dan disusun secara

    berperingkat.

    Faktor yang paling penting ialah penyampaian guru berasaskan laras bahasa yang sesuai dengan

    penerimaan pelajar.

    Guru menyusun maklumat secara ansur maju iaitu umum kepada khusus (secara deduktif).

  • AO akan membantu pelajar menggarap maklumat dengan lebih cepat dan efektif.

    Langkah pengajaran atau penyampaian guru hendaklah disusun secara sistematis apabila mengajar sesuatu

    konsep.

    Pembelajaran konsep merujuk kepada keupayaan melihat ciri-ciri persamaan sesuatu kategori objek atau

    peristiwa.

    Konsep ialah kategori mental tentang objek, peristiwa atau satu set idea yang memiliki ciri-ciri yang sama.

  • Pembelajaran Konsep Secara Penyusunan Umum Kepada Khusus Menggunakan AO

    1. Persembahan AO

    2. Kemukakan contoh positif

    3. Kemukakan contoh negatif

    4. Lihat ciri-ciri persamaan dan

    perbezaan

    5. Buat rumusan dan bina konsep

    6. Minta pelajar memberikan

    contoh tambahan

  • Implikasi Teori Pembelajaran Penerimaan Ausubel

    Persembahkan maklumat umum tentang sesuatu topik sebelum memberikan contoh khusus dan

    membincangkan perincian topik berkenaan.

    Menggunakan bahan-bahan penyampaian pengajaran yang ada kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar

    atau pembelajaran lepas.

  • Bantu pelajar membuat perbandingan maklumat baharu dengan maklumat atau pengetahuan sEdia ada pelajar.

    Beri maklumat dalam bentuk yang sesuai dengan keupayaan pelajar untuk membolehkan pelajar memahami pembelajaran baharu, jika pelajar tidak ada pengetahuan terdahulu yang berkait dengan pembelajaran baharu.

    Susun atur penyampaian p&p secara teratur, langkah demi langkah serta gunakan bahan serta laras bahasa yang sesuai dengan peringkat umur pelajar.

    Implikasi Teori Pembelajaran Penerimaan Ausubel

  • Sediakan dan gunakan ABM yang konkrit sesuai dengan tahap pemikiran pelajar untuk membantu pemahaman

    pelajar serta penyampaian guru.

    Implikasi Teori Pembelajaran Penerimaan Ausubel

  • TEORI KONSTRUKTIVISME

  • Apakah Konstruktivisme

    Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana

    manusia belajar.

    Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima

    pengetahuan dari orang lain.

    ( McBrien&Brandt,1997)

  • Konstruktivisme

    Berasal dari perkataan construct yang bermaksud membina.

    Konstruktivisme ialah satu fahaman bahawa murid

    membina sendiri secara aktif pengetahuan atau

    konsep berdasarkan kepada pengetahuan atau

    pengalaman yang sedia ada dan tidak menerima

    pengetahuan secara pasif dari persekitaran.

    Pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda pelajar

    tetapi harus dibina dalam minda berdasarkan

    pengalaman sebenar pelajar.

  • Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif

    berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

    Melalui pengalaman yang ada, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang dibina dengan

    pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan

    baru.

  • Prinsip Asas

    Pengetahuan di bina oleh pelajar-pelajar bukan tin kosong sebaliknya organisma yang sering berusaha

    mencari pengertian kepada perkara yang ditemuinya.

    Setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas- pelajar membina pengetahuan baru berdasarkan

    pengetahuan sedia ada pada dirinya.

  • Prinsip Asas

    Proses membina pengetahuan melibatkan aspek sosial- ini bermakna seseorang pelajar akan berinteraksi dan

    bertukar tukar pendapat dgn pelajar dan individu lain ketika membina pengetahuan.

    Komunikasi antara guru dengan pelajar mungkin menimbulkan konflik / perselisihan faham- jawapan yang

    diberikan pelajar merupakan pendirian pelajar (mungkin

    berbeza daripada guru)

  • Guru sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pengetahuan pelajar- hanya membimbing pelajar dalam

    proses pembinaan pengetahuan dan bukan

    memindahkan ilmu pengetahuan terus ke dalam otak

    pelajar.

    Prinsip Asas

  • Syarat-syarat Pembelajaran Konstruktivisme

    Persekitaran pembelajaran mesti bersifat kompleks dan mencabar.

    Persekitaran pembelajaran seharusnya menggalakkan perbincangan dan interaksi dalam kalangan pelajar.

    Pelbagai bahan pembelajaran perlu disediakan untuk memudahkan pembinaan pembinaan pengetahuan.

  • Refleksi perlu dilakukan oleh para pelajar. Mereka digalakkan membuat peninjauan semula terhadap apa

    yang telah dilakukan.

    Pengajaran berpusatkan pelajar.

    Pemikiran lateral pelajar-pelajar perlu diutamakan.

    Beberapa jawapan boleh diterima dalam penyelesaian masalah asalkan sebab-sebab munasabah diberikan.

    Kemahiran KBKK dititikberatkan.

    Syarat-syarat Pembelajaran Konstruktivisme

  • Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme

    1. Pembelajaran berpusatkan murid.

    2. Pelajar cari dan bina maklumat baru.

    3. Fokus kepada pembelajaran bukan pengajaran.

    4. Pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran.

    5. Guru sebagai fasilitator.

    6. Objektif tidak boleh ditentukan atau diramalkan.

    7. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid.

  • 8. Pembinaan pengetahuan baru menjadi objektif utama.

    9. Bebas tidak berstruktur, fleksibel

    10. Penilaian oleh pelajar

    11. Penggunaan pelbagai media dan kaedah.

    12. Pengetahuan dibina melalui pengalaman.

    13. Interaksi dua hala

    14. Kaedah koperatif, kolaboratif, pembelajaran anchor, pembelajaran dalam situasi,penyelesaian masalah, penemuan dan inkuri.

  • 15. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui

    penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar.

    16. Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru.

    17. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen

  • 18. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.

    19. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.

    20. Menggalakkan soalan / idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan

    merancang pengajaran.

  • Peranan Murid

    Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka.

    Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka.

    Jika murid berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut

    dapat asas pengetahuan yang mereka bina.

  • Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalak berbincang untuk membuat ramalan.

    Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan.

    Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.

    Peranan Murid

  • Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-

    soalan dan isu kemudian dengan sendiri membuat

    analisis dan menjawab soalan-soalan itu.

    Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran

    mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.

    Peranan Murid

  • Peranan Guru

    Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta

    menghargai pandangan mereka.

    Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid.

    Menggalakkan murid membuat tugasan yang

    berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal,

    meneroka dan membuat hipotesis.

  • Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka.

    Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal

    murid yang lain.

    Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan dikemukakan.

    Peranan Guru

  • Kelebihan Pembelajaran

    Secara Konstruktivisme

    Lebih Seronok

    Lebih Faham

    Lebih Berfikir Lebih Ingat

    Lebih Yakin

    Lebih Berkemahiran

    Sosial

  • 1. Guru merasa mereka tidak mengajar.

    2. Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme tidak realistik.

    3. Guru merasa bahawa penerangan mereka tidak penting lagi.

    4. Kawalan kelas agak merosot.

    5. Cabaran utama ialah bagaimana proses p&p berkonsepkan konstruktivisme ini dapat diperkembangkan.

    6. Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan ini memerlukan sokongan serta pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah.

    Cabaran Guru Kontruktivis

  • Jean Piaget

    - Teorinya berasaskan kepada premis bahawa kanak-

    kanak yang sedang membesar sering membina struktur

    kognitif, iaitu peta mental, skema atau jaringan konsep

    yang bertujuan untuk memahami dan memberi respon

    yang sesuai.

    - Struktur kognitif kanak-kanak akan bertambah kompleks

    selaras dengan perkembangan yang mereka lalui.

  • Teori Piaget berasaskan anggapan bahawa perkembangan kognitif manusia berlaku dalam peringkat urutan yang ketara.

    Menurut Jean Piaget, perkembangan pemikiran kanak-kanak dapat dibahagikan kepada empat peringkat seperti berikut:

    1. Sensori motor 2. Operasi logik/abstrak

    3. Operasi konkrit 4. Operasi formal

    Jean Piaget

  • Prinsip asas teori pembelajaran

    konstruktivis kognitif Piaget merangkumi

    dua aspek.

    Proses yang kita lalui untuk mengetahui

    sesuatu

    Peringkat yang dilalui sambil kita

    memperoleh kebolehan tersebut.

  • Teori Konstruktivisme Teori Konstruktivisme

    Psikologi/ individu/ kognitif Sosial

    Jean Piaget ( 1896- 1980) Lev Vygotsky

    (1896- 1934),

    Teori Pembelajaran Konstruktivisme

  • Teori

    Konstruktivisme

    Psikologi/ Individu/

    Kognitif

    Proses membina

    pengetahuan

    berlaku mengikut

    peringkat.

    Struktur asas

    dalam organisasi

    mental ini

    dinamakan

    skema.

    Keupayaan

    mengurus

    maklumat secara

    berperingkat. Dikemukakan

    oleh Jean Piaget

    (1986- 1980)

    Piaget

    membahagikan

    adaptasi kepada 2

    proses iaitu

    asimilasi dan

    akomodasi Maklumat baru diserap

    masuk atau disesuaikan

    dalam struktur kongnitif

    melalui proses adaptasi

  • Asimilasi

    Apabila maklumat baharu mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat sedia ada dalam skema, maklumat tersebut akan dapat diserap dengan mudah ke dalam struktur kognitif.

    keseimbangan ( equilibrasi) berlaku.

  • Apabila maklumat baharu tidak mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat dalam skema, akan

    berlaku ganguan atau ketidakseimbangan dalam struktur

    kongnitif.

    Proses ini dinamakan disequilibrasi.

    Maklumat baru tidak dapat diserap masuk.

    Maklumat akan terawang-awang sehingga skema berubah.

    Apabila skema berubah, melalui pembacaan, perbincangan atau seumpamanya, maklumat baharu

    akan diserap masuk.

    Struktur Kognitif akan mencapai equilibrasi.

    Akomodasi

  • Skema Prinsip Sedia Ada

    Adaptasi Proses Penyesuaian

    Disequilibrasi

    Akomodasi Ubah Suai Skema Sebelum Maklumat Baharu Dapat

    Diserap

    Asimilasi Serap Masuk

    Maklumat Serupa Skema

    Equilibrasi

  • Melalui proses adaptasi, iaitu asimilasi dan akomodasi, maklumat dalam struktur kognitif diorganisasi untuk disimpan dan digunakan.

    Proses ini membolehkan pembinaan pengetahuan dibuat sepanjang hayat individu.

    Proses Equilibrasi

  • Teori Konstruktivisme Sosial

    Dipelopori oleh Lev Vygotsky ( 1896- 1934), seorang ahli psikologi Belarus, Rusia.

    Vygotsky terlibat dalam mengkaji perkembangan kognitif di Institute of Psychology di Moscow.

    Menurut Vygotsky, kanak-kanak berkembang secara sistematik, logik dan rasional.

  • Teori Konstruktivisme Sosial

    Dalam konteks sosio budaya, individu berkongsi dan saling membina pengetahuan baru.

    Interaksi dengan orang lain membolehkan pelajar menilai dan meningkatkan pengetahuan diri dan dapat berkongsi pemikiran dan membina pemahaman.

    Vygotsky beranggapan pembelajaran berlaku secara bermain, penyampaian secara formal atau kerjasama antara pelajar dan pelajar yang berpengalaman.

  • PANDANGAN KONSTRUKTIVISME

    Pelajar ialah individu unik, berlainan latar

    belakang dan keperluan. Latar belakang,

    pengalaman, interaksi dan budaya masyarakat

    mempengaruhi pelajar.

    Pelajar bertanggungjawab kepada pembinaan pengetahuan dan

    pemahaman sendiri.

    Pengalaman berjaya dan

    keyakinan diri memberi motivasi.

    Guru sebagai

    fasilitator

    Pembelajaran berlaku dalam situasi sosial

    aktif.

    Kolaborasi dan

    interaksi guru,

    bahan dan pelajar

    penting.

    Pembelajaran berasaskan

    konteks penting untuk memudahkan pembelajaran.

  • Suasana P&P yang sesuai untuk pembinaan pengetahuan pelajar.

    P&P mengalakkan uji kaji, penerokaan, penyelesaian masalah supaya pembinaan pengetahuan dapat berlaku.

    Interaksi dan pertukaran idea antara pelajar memudahkan pembinaan pengetahuan mereka.

    Implikasi Teori Konstruktivis Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

  • Prosedur penilaian perlu diubah daripada penekanan terhadap ingatan kembali fakta-fakta kepada penumpuan terhadap pemahaman.

    Penggunaan bahan bantu mengajar seperti komputer dan perisiannya.

    Penyesuaian terhadap iklim bilik darjah yang menggalakkan pergerakan pelajar dan tahap kebisingan tertentu.

    Implikasi Teori Konstruktivisme Dlm P&P

  • Bilik darjah perlu disediakan dengan pelbagai bahan dan media pembelajaran yang boleh menggalak dan

    meransang pembelajaran.

    Bahan-bahan pembelajaran yang mencukupi dan mencabar akan memudahkan pelajar membina

    pengetahuan.

    Implikasi Teori Konstruktivisme Dlm P&P

  • Teori Pembelajaran Sosial Bandura

  • Lahir 4 Disember

    1925 di Kanada

    Seorang profesor

    psikologi Universiti

    Stanford, 1953

    Ijazah Sarjana Muda

    Psikologi,Universiti

    British,Columbia 1949

    Menerima PHD di

    Universiti Lowa 1952

    Buku Adolescent

    Aggression, 1959

    Menjadi Presiden APA 1973

    & menerima anugerah APA

    Distinguished Scientific

    Contributions 1980.

  • Pembelajaran Sosialis Proses Permodelan

    Proses

    Pemerhatian/ Peniruan

  • Teori pembelajaran sosial menekankan kepentingan peranan pengalaman (orang lain), simbol

  • Proses Pemerhatian /Peniruan

    Pembentukan asas tingkah laku manusia

    Menggabungkan teori peneguhan behavorius

    dengan psikologi kognitif tetapi menekankan

    faktor sosial.

    Manusia berfikir dan bertingkah laku melalui

    pemerhatian dan peniruan yang memberi

    manfaat.

  • EKSPERIMEN

    BANDURA

  • Ini berikutan daripada kajiannya

    1963 membuktikan kanak-kanak

    agresif setelah menonton model

    yang agresif menerusi televisyen.

  • Kajian I:

    Kanak-Kanak Meniru Tingkahlaku Agresif

    Subjek terdiri daripada kanak-kanak pra sekolah.

    Subjek dalam kumpulan eksperimental didedahkan kepada model manusia sebenar,

    katun atau model dalam filem yang terlibat

    dengan tingkah laku agresif terhadap patung

    (doll) plastik yang besar.

  • Subjek-subjek itu mungkin memukul dengan kayu, menendang atau menumbuk patung plasktik itu.

    Manakala dalam kumpulan kawalan, subjek melihat model-model yang sama tidak melakukan apa-apa pun terhadap patung plastik.

  • Kanak-kanak dalam kumpulan

    Eksperimental mempamerkan

    tingakahlaku agresif apabila dibiarkan

    bersama patung plastik berkenaan.

    Hasil Kajian

  • Kajian II:

    Individu Meniru Tingkahlaku Agresif Yang Diberi Ganjaran oleh Bandura (1963)

    kanak-kanak dalam kumpulan eksperimental melihat model yang berkelakuan agresif

    diberi ganjaran

    kumpulan kawalan melihat tidak mempamerkan tingkah laku agresif.

  • Hasil Kajian

    Kanak- kanak dalam

    kumpulan eksperime memiliki

    sifat-sifat agresif yang lebih

    ketara berbanding kanak-

    kanak dalam kumpulan

    kawalan

  • Graf Eksperimen Bandura

  • Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.

    Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan

    akan menguasai kemahiran itu jika dia

    memperoleh kepuasan dan peneguhan yang

    berpatutan.

    Ciri-ciri Teori Permodelan Bandura

  • Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa , misalan dan teladan.

    Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan akan menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.

    Ciri-ciri Teori Permodelan Bandura

  • Dua Jenis Pembelajaran Pemerhatian

    Peneguhan Meniru Tingkah

    Laku Model

  • Ganjaran Denda

    Peneguhan

  • Prinsip Pembelajaran Melalui Pemerhatian/ Permodelan

    Pemerhatian

    Mengingat

    Peneguhan/

    Motivasi

    Reproduksi

    1

    4

    3

    2

  • Belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian.

    Kanak- kanak kecil mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru.

    Pemerhatian

  • Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan.

    Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian.

    Pemerhatian

  • Pemerhatian harus mengekalkan tingkah laku yang diperhatikan dalam ingatan.

    Butir- butir tingkah laku boleh dikekalkan dalam ingatan dengan menggunakan bahasa dan imaginasi.

    Mengingat

  • Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya.

    Kecekapan mengulangi tingkah laku org lain bergantung-keupayaan fizikal, kemahiran tiruan, motor, pemerhatian & mengingat dgn tepat.

    Reproduksi

  • Meniru tingkah laku yg diperhatikan jika mendatangkan kepuasan, peneguhan positif @ ganjaran.

    Tidak akan mengulangi jika di denda.

    Lima jenis peneguhan : secara langsung, tidak langsung, proses elisitasi, sekat lakuan dan tak sekat lakuan.

    Peneguhan/Motivasi

  • Peniruan

    Secara

    Tak Langsung

    Peniruan Melalui

    Proses Elistasi.

    Peniruan Sekat

    Lakuan.

    Peniruan

    Secara Langsung

    Peniruan Tak

    Sekat Lakuan

  • Aplikasi Model

    Pembelajaran

    Sosial Bandura

    Di Dalam

    Bilik Darjah

  • Implikasi Dalam P&P

    1.Guru menunjukan pengajaran dengan baik.

    2.Guru menjadi model yang boleh dicontohi.

    3.Penerangan guru mesti jelas.

    4.Memastikan tayangan filem atau video tiada unsur

    ganas.

    5.Memuji atau memberi ganjaran kepada tingkah-laku

    yang diingini

    6.Melakukan simulasi/lakonan.

  • Implikasi P&p Untuk Kanak-kanak

    Berkeperluan Khas

    Memberi Lebih Tumpuan

    Tidak Mengambil Hati

    Tunjukkan Kepercayaan

    Berikan Penghargaan

    Biarkan Kesalahan Pelajar Jika Patut

    Tidak Mengaibkan Pelajar

    Memberi Teguran Secara Umum

  • Guru sebagai

    role model

    dan model simbolik

    Contoh dan hasil

    kerja yang baik

    Rakan sebaya

    sebagai model

    Peniruan tidak

    lansung

    Modifikasi

    tingkah laku

    Permainan dan

    simulasi

    1

    4

    6 5

    3

    2

  • Pendekatan Humanis

  • Teori Pembelajaran Humanistik

    Teori Pembelajaran

    Carl Rogers

    Teori Pembelajaran

    Maslow

  • Pengenalan

    menekankan keunikan dan individualiti seorang murid.

    Setiap individu unik dan mempunyai emosi, cita-cita peribadi serta perhubungan yang khusus dengan orang lain.

    memfokus kepada kehendak afektif dan perbezaan individu dalam pembelajaran.

  • pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya.

    strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza.

    Guru - menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan.

  • Objektif Teori Humanis

    Meningkatkan arah kendiri dan kebebasan pelajar.

    Membantu pelajar agar lebih bertanggungjawab dalam keinginan untuk belajar.

    Meningkatkan daya cipta kanak-kanak.

    Memperkembangkan minat dalam bidang seni.

    Meningkatkah naluri ingin tahu kanak-kanak.

  • Carl Rogers Dilahirkan pada 8 Januari di Oak Park,

    Ilinois 1902 dan meninggal dunia pada 4 Febuari 1987 di California

    Menerima BA Sejarah dari University of Wisconsin

    MA dari Columbia University Teachers College

    Psychotherapy and Personality Change diterbitkan bersama rakan-rakan.

    Menerima anugerah pertama APA Distinguished Contribution

  • Terkenal sebagai pengasas teori kaunseling terapi berpusatkan klien.

    Belajar teologi kemudian beralih kepada psikologi klinikal serta psikologi pendidikan.

    Beliau beranggapan bahawa manusia pada dasarnya adalah baik dan mempunyai motivasi

    yang tinggi untuk mencapai potensi diri.

  • Berfikiran terbuka terhadap pengalaman dunia. Dapat membuat tanggapan yang betul tentang

    pengalamannya.

    Menerima hidup seadanya. Mengutamakan perkara yang ada pada hari ini, bukan semalam atau esok.

    Mempercayai pemikiran dan perasaan sendiri sebagai sesuatu yang tepat.

    Menurut Rogers, seorang insan yang sempurna memiliki kualiti berikut:

  • Menghargai kebebasan diri dan bertanggungjawab ke atas tindakan sendiri.

    Kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial serta menyumbang khidmat kepada masyarakat

    mengikut kemahiran masing-masing.

  • Pada Rogers, semua insan mempunyai daya dan keinginan yang tinggi untuk belajar.

    Jika seseorang itu gagal belajar, puncanya ialah suasana pembelajaran yang kurang sesuai, bukan

    ketidakupayaan pelajar berkenaan.

    Mengkategorikan pembelajaran kepada dua, iaitu pembelajaran kognitif yang dianggapnya tidak bermakna

    dan pembelajaran pengalaman.

    Dalam Bidang Pendidikan, Rogers Terkenal Dengan Teori Pembelajaran Pengalaman

  • Melibatkan aplikasi pengetahuan, mengambil kira keperluan dan kehendak pelajar, melibatkan

    perkembangan personal, motivasi, daya usaha,

    penilaian kendiri dan mempunyai kesan jangka panjang.

    Belajar melalui proses membuat. Pelajar akan terlibat secara aktif dalam pembelajaran , merancang, membuat

    kajian, menghasilkan sesuatu yang pasti akan ada hasil

    dan kesan yang merangsangkan.

    Pelajar meneroka, mencari jalan penyelesaian, membuat uji kaji, kajian dan sebagainya .

    Pembelajaran Pengalaman

  • Pelajar akan belajar bekerjasama , berfikir , merancang, menghayati nilai dan memupuk sikap yang baik. Belajar

    mengambil tanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri

    Rogers memberikan penekanan kepada hubungan personal antara guru sebagai fasilitator dengan pelajar.

    Teori humanisme mengutamakan pembelajaran berpusatkan pelajar dan penerimaan tanpa syarat.

  • Kita tidak boleh mengajar seseorang secara langsung, tetapi kita hanya dapat membimbing pembelajarannya.

    Struktur dan organisasi diri seseorang menjadi lebih rigid jika dia merasakan dirinya terancam . Dia akan menjadi tenang jika tiada ancaman.

    Pembelajaran berkesan akan terhasil jika pelajar berasa tenang dan bebas daripada ancaman serta perbezaan individu dan pengalaman pelajar diambil kira dalam menentukan tahap layanan yang sewajarnya.

    Rogers menyarankan penerimaan semua pelajar sebagai individu yang ada potensi dan yang sedang berkembang.

    Prinsip Umum Yang Dikemukakan Rogers

  • ada kecenderungan dan hasrat sendiri

    - mencapai kesempurnaan kendiri.

    Pengalaman = fenomena- logikal

    membentuk konsep kendiri yang unik

    - sistem nilai dan kepercayaan diri

    yang berbeza.

    Tingkah laku selaras dengan konsep

    kendiri dan kepercayaannya.

    Kefahaman tingkah laku diperolehi -

    proses komunikasi.

    Ciri Teori Pembelajaran

    Carl Rogers

  • Mengutamakan

    pendidikan

    berpusatkan

    pelajar

    ( Learner- Centered

    Education )

    Prinsip

    pembelajaran

    yang

    berasaskan

    kebebasan

    ( freedom to learn )

    Prinsip- Prinsip Pembelajaran

    Carl Rogers

  • Pembelajaran-

    jenis naluri ingin tahu

    (curiosity)

    Bahan pelajaran

    Pendidikan yang kurang

    kondusif.

    Keberkesanan

    pembelajaran

    Membimbing pelajar Aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran

    Prinsip pembelajaran yang

    berasaskan

    kebebasan ( freedom to learn )

  • Implikasi Prinsip

    Carl Rogers

    Di Dalam Bilik Darjah

  • Membentuk suasana bilik darjah yang kondusif

    Memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar

    Merancang aktiviti pengajaran mengikut

    kebolehan pelajar

    Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan

    Membantu pelajar mengambil bahagian dalam

    pembelajaran koperatif

    Mengimbangkan komponen intelek dan emosi

  • Abraham Maslow

  • 1 April 1908 di Brooklyn, New York. Menuntut di City College of New York (CCNY) dalam

    jurusan undang-undang Bertukar ke University of Wisconsin dan lebih

    berminat dalam jurusan psikologi Menerima MA pada 1931, and his PhD pada 1934,

    dalam bidang psikologi, dari University of Wisconsin Menjadi The chair of the psychology department di

    Brandeis dari 1951 hingga 1969 Menulis buku The Organism (1934).

  • ** Keperluan-keperluan itu adalah mengikut hierarki, bermakna

    keperluan penting mesti dipatuhi sebelum keperluan di peringkat

    bawah dapat dipenuhi.

    Penghar gaan

    kendiri

    Keperluan kasih sayang

    Keperluan keselamatan

    Keperluan fisiologi

    Sempurna kendiri

  • Estetika

    Penghormatan Diri

    Kesempurnaan Diri

    Kasih Sayang

    Keselamatan

    Fiziologikal

    Hierarki keperluan Maslow

    Keperluan

    Asas

    Keperluan

    Sekunder

  • Estetika

    Keperluan untuk mengetahui

    Keperluan untuk kesedaran diri

    Keperluan untuk harga diri

    Keperluan untuk kasih sayang dan rasa

    kepunyaan

    Keperluan untuk keselamatan

    Keperluan fisiologi

  • Pendekatan Humanis Abraham Maslow

    Hieraki keperluan Maslow. Maslow menggunakan teori untuk menerangkan motivasi manusia.

    Beliau berkata bahawa jika kita mengalami keperluan yang belum memuaskan, maka kita akan terasa

    tegang.

    Rasa tegang ini akan menyebabkan kita mencapai matlamat kita supaya kita dapat mengurangkan

    ketegangan kita.

    Berdasarkan kepercayaan ini, Maslow mengembangkan suatu hieraki tujuh keperluan.

  • Empat Keperluan Pertama

    Fisiologi

    Keselamatan

    Kasih sayang

    Harga diri

  • Empat Keperluan Pertama

    Setiap manusia

    mengalami

    keperluan

    tersebut.

    Jika tidak

    dipenuhi-

    motivasi

    boleh

    dihad

    secara

    besar.

    Kesukaran

    memenuhi

    keperluan

    pengetahuan,

    estetik dan

    penyempurnaan

    kendiri.

  • Tiga Keperluan Terakhir

    Kesedaran

    diri

    Mengetahui

    sesuatu

    Estetika

  • Tiga Keperluan Terakhir

    Klasifikasi

    sebagai

    hidup atau

    keperluan

    pertumbuhan

    Motivasi

    bertambah untuk

    memuaskan

    keperluan hidup.

    Keperluan

    hidup tidak

    boleh

    dipuaskan

    sepenuhnya.

  • Pendekatan Humanis

    ABRAHAM MASLOW Estetika

    keperluan untuk mengalami dan memahami keindahan

    Keperluan untuk mengetahui

    Rasa ingin tahu, keperluan untuk diambil perhatian

  • Keperluan untuk kesedaran

    diri

    Keperluan untuk harga diri

    Berusaha untuk menggunakan secara penuh dan

    mengeksploitasikan bakat dan keupayaan

    Hormat diri, rasa kecukupan kecekapan

    Pendekatan Humanis

    ABRAHAM MASLOW

  • Keperluan untuk kasih sayang

    dan rasa kepunyaan

    Keperluan untuk keselamatan

    Kasih sayang dan rasa diperlukan.

    Keinginan untuk keselamatan

    Pendekatan Humanis

    ABRAHAM MASLOW

  • Keperluan Fisiologi

    Makanan, minuman, tidur, seks dan perlindungan.

    Pendekatan Humanis

    ABRAHAM MASLOW

  • Keperluan Fisiologi

    perlindungan, makanan

    dan

    minuman, udara,

    keselesaan dan lain-lain.

    Keperluan keselamatan

    mengelakkan individu

    daripada perkara-perkara

    yang menjejaskan masa

    depan seperti kesihatan,

    keamanan

    penerimaan kumpulan atau

    masyarakat terhadap

    seseorang individu seperti

    persahabatan, kasih sayang

    Keperluan kasih

    sayang

  • Keperluan Penghormatan

    Diri

    ketiga-tiga keperluan di atas

    Dipenuhi mewujudkan

    penghargaan diri,

    penghormatan.

    Keperluan kesempurnaan

    Diri

    pencapaian seseorang individu

    seperti potensi diri, bebas,

    kreativiti dan lain-lain.

    Keperluan estetik Keperluan untuk kecantikan, Kebaikan, dan kebenaran

  • Implikasi Pendekatan Humanis Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

    Guru-guru harus sentiasa mewujudkan suasana

    pembelajaran yang selesa, selamat, dan terjamin.

    Guru-guru harus berpegang pada kepercayaan bahawa

    setiap orang kanak-kanak boleh belajar dengan baik di sekolah

    Guru-guru tidak harus terlalu menekan motivasi luaran

  • Guru-guru harus sentiasa menggunakan

    motivasi dalaman dalam pengajaran mereka

    Aktiviti pembelajaran haruslah distruktrukan dengan

    cara mudah supaya murid dapat mengikutinya

    Guru-guru harus juga selalu melayani keperluan murid

    Implikasi Pendekatan Humanis Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

  • Pandangan Islam Terhadap

    Teori Pembelajaran

  • Aspek Pendidikan Rasulullah s.a.w

    Rasulullah s.a.w bersabda:

    Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka sekiranya tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka tempat tidur (Riwayat Al-Hakim dan Abu Daud).

    Berdasarkan daripada hadis ini, maka kita sepatutnya membiasakan anak-anak dengan amal ibadat wajib sedari kecil lagi.

    Hal ini adalah wajar bagi menanamkan rasa cinta akan Allah, mensyukuri nikmat-Nya, menyucikan jiwa anak, kesihatan fizikal dan akhlak, iaitu perbuatan dan perkataannya.

  • Pandangan Saidina Omar

    Kata-kata Saidina Umar Al-Khattab yang masyhur tentang mendidik anak iaitu bermainlah dengan anak kamu selama 7 tahun, umur 7 ke 14 tahun masa untuk mendisiplinkan anak dan apabila berusia 14 ke 21 tahun, berkawanlah dengan mereka.

    Didik anak ikut zamannya.

  • Saidina Ali juga berpesan supaya kita mendidik anak mengikut tahap kecerdikannya. Pesannya:

    Pada tujuh tahun yang pertama, bermain dengan anak kamu, didik anak kamu pada tujuh tahun berikutnya serta berkawan dengannya pada tujuh tahun selepas itu.

    Hal ini bermakna kita hendaklah bermesra, bermain dan bergurau dengan anak yang berusia di bawah tujuh tahun. Selepas usianya tujuh tahun, kita wajar mendidik dan mendisiplinkan mereka serta diajarkan cara beribadah secara betul. Ketika ini juga hendaklah diajarkan menghormati hak orang lain dan menunaikan suruhan orang yang lebih tua.

    Selepas usianya 14 tahun, kita perlu menjadi kawan mereka supaya mereka dapat merujuk masalah dan mengadu kepada kita jika berhadapan dengan masalah. Kebiasaannya pada usia ini, mereka akan mencari kawan lain sekiranya kita tidak menjadi kawan kepada mereka. Sekali mereka mencari kawan di luar, agak susah untuk kita menasihati mereka.

    Pandangan Saidina Ali

  • Imam Al-Ghazali

    Dilahirkan pada

    Tahun 1058 Masihi

    Pernah mengajar

    di Universiti Nizemi

    Hasilkan 70 buah

    kitab dan antara

    yang terkenal ialah

    Al-Ihya Ulumudin

    Murid kepada

    Imam al-Kharmin Abu

    Maali al-Juini,

    Imam Mazhab Syafii

  • Pandangan Iman Al-Ghazali:

    Bayi jangan diberi kepada orang lain untuk menjaganya kecuali orang-orang tertentu. Kanak-kanak hendaklah diajar al-Quran, al-Hadis dan ulama-ulama besar agar kanak-kanak mengenal dan mengasihi mereka. Kanak-kanak hendaklah dijauhkan daripada pergaulan kawan-kawan yang nakal.

  • Kanak-kanak hendaklah diberi peluang untuk bermain dan bersukan.

    Kanak-kanak hendaklah dibiasakan yang baik dan budi pekerti yang mulia.

    Sekiranya kanak-kanak tersebut melakukan kesalahan jangan dirotan atau dipukul.

    Tahap umur mereka mula mengerti tentang sesuatu perkara, mereka hendaklah diajar tentang kewajipan mereka tentang kewajipan sebagai umat

  • Dalam Mendidik Kanak-kanak:

    Pengasuh : wanita, kuat pegangan agama.

    Kanak-kanak jangan dibiarkan tidur pada waktu siang (malas).

    Ajar adab-adab makan.

    Ajar supaya kikis sikap angkuh.

    Jangan galakkan mengadu jika dimarahi guru.

  • Implikasi Terhadap Guru

    Menunjukkan kasih sayang terhadap pelajar

    Menjauhi diri daripada mengharapkan ganjaran

    Memperbaiki akhlak pelajar secara lembut

    Mengajar mengikut aras kebolehan

    Mengamalkan apa yang diajarinya

  • Implikasi Teori-teori

    Pembelajaran

    Terhadap Pembelajaran

    Murid-murid

    Berkeperluan Khas

  • Masalah penglihatan

    Berikan gambaran yang jelas tentang bilik darjah dan sekolah

    Gunakan tulisan yang kasar-kasar apabila menulis di papan tulis

    Biarkanlah kanak-kanak itu menggunakan caranya

    untuk belajar tetapi guru perlulah mengawasinya

    Apabila guru bersama kanak-kanak ini, bercakaplah

    dengannya tidak sedar orang-orang yang berhampiran

    dengannya

  • Masalah Pendengaran

    guru perlulah mengajar mereka cara-cara untuk

    menyampaikan buah fikiran, menyatakan keperluan,

    dan melepaskan perasaan

    Mereka patut diajar mendengar dan bercakap dengan baik

    Mereka sukar menumpukan perhatian pada sesuatu perkara.

    Guru perlulah kreatif - mewujudkan suasana pembelajaran

    yang menyeronokkan.

    Guru perlu mengajar murid bacaan bibir supaya

    mereka mudah membaca pertuturan bibir.

  • Masalah Pembelajaran

    bahan-bahan, teknik, kaedah, teknologi pengajaran dan

    Pembelajaran perlu disedia dan diubahsuai mengikut

    keperluan individu.

    Setiap aktiviti perlu digred berpadanan dengan keupayaan

    individu dengan merujuk kepada Rancangan

    Pengajaran Individu (R.P.I).

    Mewujudkan kerjasama dan interaksi yang baik antara

    guru dan murid tingkatkan usaha-usaha pemulihan.

    Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran

    biasanya memerlukan aktiviti berstruktur

  • 5E

    ENGAGE

    EXPLORE

    EXPLAIN

    ELABORATE

    EVALUATE

  • ENGAGE

    Stimulate learners curiosity

    assign a task / topic / concept

    create interest

    generate curiosity

    raise questions

    1

  • EXPLORE

    To satisfy curiosity :

    Use inquiry to explore and investigate

    Do experiment

    Encourage students to work tegether

    Ask probing questions

    2

  • EXPLAIN

    The concept and define the terms:

    define and explain the concept

    question others explanation

    ask for justification (evidence) and

    clarification

    3

  • ELABORATE

    Extend the concept into other content areas:

    make connections and see relationships

    of the concept / topic in other content areas

    Make connections of concept / topic

    to real world situation

    4

  • EVALUATE

    Examine the learners understanding

    demonstrate understanding or knowledge

    of the concept or skill

    assess students knowledge and skills

    ask open-ended questions :

    - why do you think?

    - what evidence do have?

    - what do you know about?

    5

  • Aplikasi Konsep 5E Dalam

    Pengajaran & Pembelajaran

  • Guru mempamerkan dua pakaian seragam sekolah

    (sepasang pakaian berlengan pendek & sepasang

    baju kurung).

    Guru bersoal jawab dengan pelajar berkaitan gambar

    tersebut.

  • Soalan yang boleh dikemukakan :

    Pakaian ini untuk siapa?

    Dimanakah ia sesuai untuk dipakai?

    Manakah pilihan kamu antara kedua-duanya?

    Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk

    pelajaran yang akan diajar

  • Boleh dijadikan sebagai langkah 1 dalam P&P

    Guru boleh menggunakan kaedah perbincangan.

    Guru memberikan pelajar kepada beberapa kumpulan.

  • Guru memberikan soalan / tajuk perbincamgan kepada

    pelajar (Guru meminta murid menyenaraikan adab-adab

    dan tujuan menjaga adab berpakaian).

    Guru membimbing sesi perbincangan (fasilitator).

  • Murid membentangkan hasil

    perbincangan.

    Guru membuat ulasan daripada

    pembentangan pelajar (Hasil

    perbincangan).

  • Guru membuat kesimpulan / rumusan.

    Guru menerangkan tentang ciri-ciri berpakaian

    yang betul kepada pelajar serta tujuan menjaga

    adab berpakaian.

  • Guru memaparkan gambar berbagai-bagai

    jenis pakaian yang menutup aurat.

    Guru mengaitkan jenis-jenis pakaian dengan

    tempat dan aktiviti yang sesuai.

  • Guru menerangkan faedah menjaga adab

    berpakaian serta kesan tidak menjaga adab

    berpakaian.

  • Merupakan aktiviti peneguhan untuk pelajar.

    Guru dapat menilai hasil pembelajar-an yang

    dapat dicapai oleh pelajar.

  • Guru bertanyakan soalan kepada pelajar seperti:

    Mengapa kamu memakai pakaian yang sopan?

    Apa perasaan kamu apabila memakai pakaian yang sopan?

    Siapa yang menyuruh kamu berpakaian sopan?