tajuk 3 konsep kekayaan & harta

11
ZT2373 ISU-ISU EKONOMI TAJUK 3: KONSEP KEKAYAAN DAN HARTA MENURUT MAQASID AL- SYARI’AH

Upload: shazwan-mokhtar

Post on 05-Sep-2015

248 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Power point

TRANSCRIPT

ZT2373 ISU-ISU EKONOMI

ZT2373 ISU-ISU EKONOMI

TAJUK 3:

KONSEP KEKAYAAN DAN HARTA MENURUT MAQASID AL-SYARIAH

1

HARTA DAN KEKAYAAN MENURUT ISLAM

Kekayaan didefinisikan sebagai sesuatu yang berkaitan dengan harta benda yang dimiliki oleh seseorang atau sesuatu pihak yang boleh diwariskan.

Konsep kekayaan dalam Islam berbeza dengan Barat. Kekayaan dalam Islam lebih menyeluruh bukan sekadar ekonomi dan material berbanding dengan Barat yang berlegar di sekitar paksi gelagat manusia dengan sumber-sumber kekayaan yang terhad.

2

Menurut Robbins:

Ekonomi adalah sains yang mengkaji gelagat manusia sebagai satu perhubungan antara matlamat-matlamat dan sumber-sumber yang terhad tetapi mempunyai pelbagai kegunaan

3

DIMENSI EKONOMI ISLAM

Kekayaan adalah milik mutlak Allah s.w.t. di mana manusia sebagai khalifah Allah s.w.t. mesti mematuhi hak dan tanggungjawabnya.

Kekayaan yang dimiliki adalah sebagai suatu pinjaman semata-mata.

Kekayaan dalam Islam terserlah apabila berlaku sistem keluar masuk (output & input).

Contoh Laut Mati dan Tasik Galilea di Palestin.

4

KEKAYAAN MENURUT WAHYU

Surah al-Qasas ayat 77:

Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia

5

KEIMANAN ADALAH KEKAYAAN HAKIKI

Surah al-Saf ayat 10-11:

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)

6

KEPENTINGAN ILMU

Sebagai anugerah tertinggi Allah s.w.t. kepada manusia.

Bukan sekadar maklumat.

Kekuatan yang menyampaikan realiti kebenaran

Ibarat lampu yang menerangi

7

AQIDAH SEBAGAI PENCETUS

Aqidah adalah paksi.

Keyakinan kepada Allah s.w.t. hadir menerusi ibadat khusus dan umum.

Konsep pemberian menurut Islam dan Barat

8

PENGORBANAN DEMI UNTUK KEKAYAAN

Kekayaan memerlukan usaha yang besar.

Perjuangan suatu jihad.

Allah s.w.t. menyediakan pelbagai kemudahan untuk diusahakan oleh manusia

9

MAQASID AL-SYARIAH

Maqasid al-Syariah ialah objektif-objektif syariah untuk menolak keburukan (mafsadah) dan menarik kebaikan (maslahah).

Terdapat tiga jenis tahap susunan: Daruriyyat, Hajiyyah dan Tahsiniyyah.

Bagi menjaga agama, keturunan, jiwa, akal dan harta.

10

KESIMPULAN

Harta adalah salah satu daripada keperluan yang lima dalam konteks maqasid al-syariah.

Sekalipun harta kedudukan pada tahap paling bawah, namun ia adalah satu wasilah/cara yang amat penting untuk mencapai tahap yang di atas iaitu menjaga akal,menjaga keturunan, menjaga nyawa dan menjaga agama (addin).

11