tajuk 1_done.doc

Upload: nazri-hussein

Post on 16-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Tajuk 1_done.doc

    1/14

    Tajuk 1 :Konsep Mengajar Sebagai Satu Profesion

    Hasil Pembelajaran

    1. Menjelaskan konsep profesion dan profesionalisme.

    2. Menghuraikan ciri ciri sebagai seorang profesional.

    1.0 Pengenalan

    Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki

    satu lagi era baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagaipenyampai ilmu. Berbanding sistem pendidikan kini, guru lebih banyak

    berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih

    bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasisituasi

    pembelajaran secara cekap dan berkesan. !elaras dengan perubahan peranan

    pendidik, guru harus lebih ino"atif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya

    serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan

    mereka dengan kehendak pelajar sebagai'knowledge worker'dalam era re"olusi

    maklumat abad ke21.

    #uru dalam alaf baharu seharusnya profesional dan profesionalismenya ialah

    kunci kepada peningkatan kualiti $%emaah &a'ir, 2((1). *ualiti yang

    dimaksudkan merujuk kepada kualiti proses dan yang lebih penting lagi ialah

    kualiti produk (ou tput ). +engan ini, sumber manusia $modal insan) perlu

    dibangunkan secara bersepadu melalui latihanlatihan bagi memastikan setiap

    indi"idu dapat mengembangkan potensi ke tahap yang optimum. Program

    program pembangunan profesional sudah tentu dapat mengupayakan guru demi

    meningkatkan kualiti pendidikan negara. ntuk mendalami peranan guru dalam

    profesionnya, bab ini akan membincangkan konsep profesion, profesionalisme

    dan ciriciri yang dimiliki guru yang profesional.

  • 7/23/2019 Tajuk 1_done.doc

    2/14

    1.1 Konsep Profesion dan Profesionalisme

    Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial

    yang penting. ntuk mencapai fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan

    suatu pengalaman pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegang oleh

    seseorang indi"idu diperlukan. Pendek kata, suatu profesion ialah suatu bidang

    yang mempunyai ciriciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas

    yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi

    indi"idu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai

    tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri

    untuk menguruskan halhal yang berkaitan dengan pendidikan$-ieberman,1/0). Menurut *amus +ean $2((/), profesion ialah suatu bidang

    pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta

    kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. $3ontohnya4 perundangan,

    perubatan, perguruan dan lainlain.) &ilaitara nilaitara suatu profesion

    merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli

    profesional akan mematuhinya demi mengaal kualiti dan nilaitara perkhidmatan

    tersebut. !ecara umumnya, kita boleh menganggap bidang keguruan sebagai

    suatu profesion manakala guruguru merupakan ahliahli profesional dalam

    profesion tersebut.

    *onsep profesional pula merujuk kepada ciriciri atau atribut yang terdapat dalam

    kalangan ahli dalam suatu profesion. Mengikut 5rnstein dan -e"ine $16),

    terdapat empat atribut dalam suatu profesion, iaitu ahli perlu menguasai ilmu

    pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu,

    adanya kod etika untuk menga1al tingkah laku ahliahli serta

    kebenaran7persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk

    beroperasi.

  • 7/23/2019 Tajuk 1_done.doc

    3/14

    Berdasarkan atribut di atas, seorang profesional perlu menguasai pengetahuan

    yang mendalam seperti mana guru melalui pendidikan formal hingga ke tahap

    sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah. !atustandardyang ditetapkan untuk

    seseorang guru memperolehi latihan keguruan dalam subjek pengkhususan

    sebelum diiktiraf sebagai seorang profesional. 8ambahan pula, profesion

    keguruan mempunyai kod etika untuk mengaal tingkah laku mereka dan kod

    etika ini merupakan pegangan dan panduan seseorang guru semasa berkhidmat

    dalam profesion keguruan. Manakala Hoyle $19() menghuraikan

    profesionalisme sebagai sikap dan tindakan yang menyentuh aspekaspek yang

    berkaitan dengan pekerjaan seperti halhal tentang syaratsyarat kerja, soal gaji

    dan upah, jadual tugas dan halhal lain yang berkaitan dengannya. !emuanya

    ialah halhal yang selalu dihubungkaitkan dengan perjuangan kesatuan sekerja.

    !elama ini, telah timbul suatu persoalan, iaitu :dakah guru seorang

    profesional; :nggapan umum bahaa guru adalah profesional termasuklah

    latihan perguruan telah membekal mereka dengan pengetahuan yang mendalam

    tentang subjek, pedagogi dan pelajar serta kedudukan mereka sebagai guru

    memberikan suatu autonomi kepada mereka. Persoalan sama ada guru seorang

    profesional atau tidak telah lama dibangkitkan. !ecara tradisinya, seorangprofesional berbe'a daripada orang lain kerana beliau mempunyai $a) asas

    pengetahuan mendalam, $b) komitmen untuk memenuhi keperluan klien, $c)

    identiti kuat secara kolektif $komitmen profesional) dan $d) autonomi profesional

    $8albert < Mc -aughlin, 1=). Mengikut >t'ioni $10), jika guru tidak

    mempunyai kaalan terhadap standard profesional mereka, maka guru adakala

    dianggap sebagai separa profesional. Hal ini kerana, guru tidak mempunyai

    kuasa penuh dalam membuat keputusan untuk pelbagai aspek dalam profesion.

    Mengikut -ilia dan &orlena $19), penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas

    secara profesional menyebabkan imej profesion keguruan menurun di kaca mata

    masyarakat. ?alau bagaimanapun, guru kini dapat menggunakan autonomi

    dalam membuat keputusan di dalam bilik darjah. !eperkara lagi, pengambilan

  • 7/23/2019 Tajuk 1_done.doc

    4/14

    #uru !andaran 8idak 8erlatih $#!88) ke dalam profesion sebelum dilatih dan

    ditauliahkan juga merupakan satu lagi isu.

    &amum begitu, aspek keguruan dianggap sebagai satu profesion apabila guru

    memperoleh pengetahuan atau kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh

    masa yang panjang, meningkatkan profesionalisme, komited kepada klien dan

    mempunyai kuasa autonomi dalam membuat keputusan.

    $a) Pengetahuan mengenai mata pelajaran yang diajar

    !ebelum seseorang menjadi guru yang bertauliah, beliau perlu menerima latihan

    keguruan dari segi pengetahuan mendalam tentang mata pelajaran,

    pengetahuan kandungan pedagogi, kaedah dan teknik penyampaian pelajaran

    serta mempunyai sahsiah yang baik hasil daripada latihan untuk

    membolehkannya melaksanakan pengajaran dengan berkesan. Mengikut

    !hulman $19@), pengetahuan yang perlu dikuasai termasuk4

    Pengetahuan isi kandungan mata pelajaran.

    Pengetahuan mengenai pedagogi asas seperti prinsip dan strategi pengurusan

    bilik darjah. Pengetahuan mengenai kurikulum, iaitu sukatan pelajaran, buku

    teks, panduan pembelajaran dan bahan pengajaran untuk mata pelajaran.Memperoleh pengetahuan kandungan pedagogi $pedagogical content knowledge), iaitu

    gabungan pengetahuan kandungan mata pelajaran dan pengetahuan tentang

    pedagogi asas pengajaran bagi satusatu mata pelajaran. +i samping itu juga,

    pengetahuan ini membolehkan guru mengajarkan topik yang spesifik dengan

    tujuan menggalakkan pemahaman konseptual pelajar. Pengetahuan ini

    dikatakan unik bagi profesion keguruan dan merupakan satu kefahaman yang

    profesional $-ilia < :bdullah, 1). Pengetahuan mengenai pentadbiran

    sekolah, budaya sekolah dan cara bekerja sebagai satu pasukan dalam

    organisasi. Pengetahuan mengenai tujuan, nilai, falsafah dan sejarah

    pendidikan.

  • 7/23/2019 Tajuk 1_done.doc

    5/14

    $b) Pengetahuan mengenai pelajar

    Pengajaran yang efektif memerlukan guru mempunyai pengetahuan tentang

    perkembangan kanakkanak dan remaja dari perspektif kognitif, sosial, fi'ikal

    dan emosi. Pemahaman tentang kepelbagaian kecerdasan pelajar, perbe'aan

    indi"idu dari segi kognitif, budaya dan emosi dapat membantu guru

    memperkembang potensi pelajar ke peringkat optimum. +i samping itu juga,

    guru perlu mempunyai pengetahuan tentang cara pelajar belajar dan keperluan

    pelajar agar guru dapat memberikan pendekatan pengajaran dan tugasan yang

    sesuai serta cara memoti"asikan pelajar setelah mengenal pasti kekuatan dan

    kelemahan pelajar. +alam proses menilai pelajar, guru harus berkebolehan

    menganalisis dan membuat keputusan yang terbaik untuk pelajar. #uru perlu

    menilai pemahaman pelajar, membuat refleksi amalan pengajaran serta

    menambahbaik perancangan dan proses pengajaran.

    $c )Peningkatan profesionalisme guru

    !ebagai guru yang profesional, kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah

    dan teknik pengajaran perlu diperkemas dari semasa ke semasa. #uru perlu

    melengkapkan diri dengan pembaharuan dan perubahan kurikulum agar tidak

    ketinggalan terhadap perkembangan pesat yang berlaku dalam duniapendidikan. Maka profesion keguruan diharapkan dapat membuat anjakan

    paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran $Aohani :bdul

    Hamid,19). +i samping itu juga, guru harus berupaya membuat keputusan

    dalam hal hal bilik darjah dalam profesion keguruan. Profesion keguruan

    sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak

    bangsa, malah pentadbir dan guru harus boleh membuat sesuatu keputusan

    dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara

    yang dijalankan. *ini pentadbir bersama dengan guru telah berupaya membuat

    keputusan secara kritis dan kreatif di dalam dan di luar bilik darjah demi

    meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dalam pengurusan sekolah.

  • 7/23/2019 Tajuk 1_done.doc

    6/14

    &amum begitu, seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk

    mempertingkatkan kualiti pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan

    dan kebajikan muridmuridnya dikatakan mempunyai profesionalisme yang

    tinggi. +engan perkataan lain, guru itu melihat perguruan dan tugasnya bukan

    sematamata sebagai satu pekerjaan tetapi sebagai satu profesion $5mar

    Hashim,16).

    1.1 Ciri-ciri uru !ang Profesional

    Berdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, kita dapat merumuskan

    bahaa guru yang profesional perlu berilmu, berkemahiran dan berketerampilan

    dalam pengetahuan pedagogi serta pengetahuan kandungan pedagogi dalampengajaran < pembelajaran. +i samping itu, guru yang profesional perlu

    mempunyai sahsiah yang baik dan boleh diteladani pelajar. Mengikut Mohamad

    !ani $19), guru yang profesional mempunyai atribut seperti mana sebagai guru

    yang beribaa 4

    !ahsiah *etrampilan lmu

    BertaCa

    Berakhlak

    Berperibadi mulia

    Mempunyai komitmen

    Bersopan santun

    Bersikap positif

    Berkebolehan memimpin

    Mengamalkan budaya

    ilmu

    Merancang P

  • 7/23/2019 Tajuk 1_done.doc

    7/14

    *aya dengan ilmu.

    Bertindak atas landasan etika dan tatasusila kerja.

    Bermoral teguh.

    !entiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

    Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

    Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan muridmurid.

    Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

    Menampilkan atak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan beraasan sebagai

    pendidik unggul pada setiap masa.

    Memastikan situasi guru mengajar murid belajar ujud di dalam kelas.

    Berupaya melahirkan persekolahan beratak supaya pelajar mempunyai

    kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

    Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.

    Berupaya membentuk peratakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri

    $bermoral, berakhlak mulia, berketerampilan dan pandai menyesuaikan diri

    dengan situasi tertentu).

    8aat dan setia terhadap perkhidmatannya serta mempertahankan martabat

    profesionnya.

    Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian dan tidak berbelahbahagi.

    Profesional dan menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran

    $Pan $2((2) menyatakan, terdapat sepuluh tret guru yang amat

    berkesan. Hal ini termasuklah dorongan misi dan passionate, positif dan benar,

    guru sebagai pemimpin, with-it-ness, gaya, kepakaran dalam moti"asi,

    keberkesanan pengajaran, budaya membacaD street smarts $pintar) dan

    kehidupan mental,

    $a) +orongan oleh misi danpassionate.

  • 7/23/2019 Tajuk 1_done.doc

    8/14

    #uru yang berkesan didorong oleh misi, seolaholah suatu panggilan untuk

    mengajar di samping mempunyai passion untuk membantu pelajar belajar dan

    berkembang. Mereka mempunyai komitmen dan kerelaan yang tinggi untuk

    menerima tugas tambahan. !etelah menentukan misi, guru harus berusaha

    untuk mencapai matlamat tersebut seperti yang digariskan dalam *od >tika

    *eguruan.

    $b) Positif dan benar

    #uru sebegini menampilkan kualitikualiti seperti hormat, menyayangi, empati

    dan adil dalam hubungannya dengan pelajar, ibu bapa dan rakan sekerja.

    Mereka lebih demokratik, mudah berhubung dengan pelajar, lebih terbuka dan

    mudah menyesuaikan diri terhadap perubahan. Merekalah yang membentuk

    pelajar, memperkukuh kekuatan pelajar dan mengenal pasti masalah pelajar.

    #uru sentiasa berpandangan positif dalam segala cabaran yang dihadapi dan

    ikhlas dalam membina modal insan yang berpersonaliti terunggul.

    $c ) #uru sebagai pemimpin

    #uru merupakan pemimpin yang dapat mempengaruhi pelajar untuk berubah,

    belajar, berkembang melakukan sesuatu secara berbe'a, berdikari,bertanggungjaab dan mencapai matlamat. !ebagai pemimpin, guru menjadi

    teladan kepada pelajar, memimpin ibu bapa melalui pakatan aktif dan memimpin

    rakan sekerja melalui pementoran, kolaborasi serta perkongsian idea baharu

    dalam pengajaran. #uru yang berkesan mempunyai kemahiran moral, intelek

    dan sosial untuk menggunakan kepimpinan demi kebaikan pelajar, rakan sekerja

    dan ibu bapa.

    $d) With-it-ness

    #uru berkesan melengkapkan diri dengan pengetahuan untuk mempunyai

    kaalan penuh terhadap pengurusan bilik darjah, penglibatan pelajar dan

    pengurusan masa. Mereka boleh mengajar, bergerak di sekitar bilik darjah dan

    mengambil tahu tentang segala yang berlaku di dalam bilik darjah. #uru

  • 7/23/2019 Tajuk 1_done.doc

    9/14

    berkesan dapat melaksanakan tugasnya di dalam bilik darjah dengan sempurna

    dan bertindak secara bijak dalam menyelesaikan apa jua masalah yang ujud

    semasa beliau mengajar. #uru dapat membuat refleksi semasa mengajar demi

    mengambil tindakan spontan tanpa berlaku gangguan dalam proses pengajaran.

    $e) #aya

    #uru berkesan menampilkan gaya tersendiri yang unik, penuh minat,

    bersemangat, karisma, kecindan, kreatif dan membaa pembaharuan dalam

    pengajarannya. !etiap guru tidak dapat meniru atau diajar sesuatu gaya tetapi

    beliau harus membentuk gayanya yang sendiri dan boleh diterima serta dicontohi

    oleh pelajar.

    $f) *epakaran dalam moti"asi

    #uru berkesan merupakan seorang yang bermoti"asi dan percaya dirinya

    berupaya untuk mengubah kehidupan pelajarnya serta memoti"asikan mereka

    untuk menguasai standard akademik dan tingkah laku tertinggi. #uru dapat

    memoti"asikan pelajar melalui efikasi pengajaran peribadi yakni dengan

    pernyataan misi semua pelajar boleh belajar, kepercayaan bahaa mereka

    dapat memperoleh hasil kerana mereka mengajar dengan set minda yangberlainan dan tenaga fi'ikal7mental berserta a'am yang kuat. !elain guru

    berkesan sebagai moti"ator tingkah laku, beliau juga bertindak sebagai pengurus

    instruksional bukan pendisiplin.

    $g) *eberkesanan pengajaran $Instructional effectiveness)

    #uru berkesan tidak mengajar mengikut satu cara sahaja tetapi mereka

    mempunyai pelbagai teknik, tingkah laku mengajar dan kemahiran mengajar

    yang bergantung kepada keperluan pelajar, bentuk mata pelajaran dan

    kompleksiti hasil pembelajaran. :ntara komponen dalam keberkesanan

    pengajaran termasuklah kebolehan berkomunikasi dan kemahiran mengajar

    yang perlu seperti kemahiran merancang dan menyediakan pelajaran,

    menerangkan dengan jelas, meujudkan persekitaran kondusif, mengurus bilik

  • 7/23/2019 Tajuk 1_done.doc

    10/14

    darjah dengan menggunakan masa secara optimum, menangani konflik dan

    menilai prestasi mengajar sendiri.

    Manakala Model !la"in $19) menyarankan bahaa terdapat empat unsur

    utama mempengaruhi pengajaran yang berkesan, iaitu kualiti pengajaran

    $pelbagai kaedah pengajaran dan pelbagai bahan bantuan mengajar),

    kesesuaian aras pengajaran $pengemas kinian kandungan dan sistem penilaian

    serta mengikut aras kebolehan pelajar), insentif $perancangan isi pengajaran

    serta memberikan moti"asi sama ada ganjaran atau dendaan) dan masa

    $engaged time dan time on task).

    $h) Pembelajaran kandungan $Book learning)

    #uru berkesan perlu mempunyai pengetahuan yang lengkap tentang kandungan

    dan sentiasa belajar sepanjang hayat.

    +alam konteks ini guru berdepan dengan dua isi utama setiap hari, iaitu

    apakah yang hendak diajar; dan bagaimanakah hendak mengajar;.

    +alam hal ini, guru perlu mempunyai pengetahuan mendalam tentang

    cara penyampaian kandungan, prinsipprinsip pengurusan bilik darjah,

    bahan kurikulum, pelajar dan matlamat serta nilai pendidikan.

    $i) Pintar(Street smarts)

    #uru berkesan mempunyai pengetahuan tentang pelajar, sekolah dan

    komuniti, iaitu guru mengajar dan menggunakan pengetahuan ini untuk

    menyelesaikan masalah pengajaran di dalam bilik darjah. #uru sentiasa

    menyiasat dan mengumpulkan maklumat tentang sebabsebab pelajar

    bertingkah laku sedemikian untuk merancang strategi P

  • 7/23/2019 Tajuk 1_done.doc

    11/14

    serta berupaya menerangkan pelbagai idea, isu dan nilai mengenai

    pengajaran kepada orang lain serta proaktif terhadap perubahan dan

    kehendak profesion.

    !ecara keseluruhannya, guru yang berkesan menampilkan ciriciri guru

    yang profesional. !ejauh manakah masyarakat menganggap guru sebagai

    seorang profesional; 8idak dapat dinafikan bahaa peranan guru amat

    penting dalam membaa pelbagai perubahan dan ino"asi dalam sistem

    pendidikan negara akibat daripada era perkembangan teknologi yang kian

    pesat.

    1."#umusan

    !istem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju

    ke hadapan. Perubahanperubahan dan transformasi dalam kurikulum

    pendidikan bertujuan memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah

    negara maju pada masa hadapan. !etiap perubahan dan transformasi kurikulum

    pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion

    keguruan. 5leh itu, adalah mustahak bagi setiap indi"idu yang berkecimpung

    dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan

    prestasi dan keterampilan dari semasa ke semasa agar dapat bertanding dalam

    era perkembangan teknologi pesat. %ika hal ini ujud, barulah tuntutantuntutan

    dalam transformasi kurikulum itu dapat ditangani. ?alau bagaimanapun, sejauh

    mana kita mengiktiraf dan memartabatkan keguruan sebagai satu profesion

    bergantung pada tanggapan masyarakat. :dakah peranan guru semakin hilang

    keibaaannya kerana masyarakat telah mengalihkan pandangan kepada

    kerjaya yang diiktiraf sebagai profesional oleh pihak kerajaan seperti doktor,

    peguam dan arkitek;

  • 7/23/2019 Tajuk 1_done.doc

    12/14

    +alam konteks ini, pihak *ementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha

    dengan bersungguhsungguh untuk menjadikan profesion keguruan sebagai

    profesion yang unggul dan disegani ramai. Hal ini termaktub dalam teras

    strategik kelima Pelan nduk Pembangunan Pendidikan $PPP), iaitu

    memartabatkan profesion keguruan. Para guru sebenarnya mempunyai

    tanggungjaab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya

    dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan

    kemahiran selaras dengan kehendak teras PPP.

    $kti%iti bersama

    :dakah guru adalah seorang yang professional; Bincangkan dengan

    rakan anda.

  • 7/23/2019 Tajuk 1_done.doc

    13/14

    #ujukan

    :bdul !hukor :bdullah $19), capan Hari #uruhttp477.ppdkmy .net7el(@Eplugins7content7content.php;content.9. +icapai pada 1

    :pril2(1=.

    Burden, P. A. $190), 8eacher +e"elopment4 mplications for 8eacher>ducation, dalam %. Aaths < -. *at' $eds.), :d"ances in 8eacher>ducation, Fol. 2, Hal. 19/ 22(, &orood, &f%4 :bleG Publishers.

    >laine *. Mc>an:dkins $2((2),Ten Traits of ighl! "ffective Teachers#ow to ire$ %oach and &entor Successful Teachers$ 8housand

    5aks,3alifornia4 3orin Press.

    >t'ioni, :. $10), 8he !emi Professionals and 8heir 5rgani'ation, &e ork4Iree

    Press.

    Hoyle, >. $19(), Professionali'ation and +eProfessionalisation in >ducation,dalam Hoyle, >. < Megarry, %.$eds.), World earook of "ducat ion

    *+,#The rofessional evelopment of Teachers$ -ondon4 *ogan Page.

    %emaah &a'ir $2((1), Penyataan +asar !tandard 8inggi *ualiti Pendidikan,

    %emaah&a'ir !ekolah Persekutuan, *uala -umpur4 *ementerian PendidikanMalaysia.

    /amus ewan $2((2), *uala -umpur4 +ean Bahasa dan Pustaka.

    -ieberman, M. $1/0), "ducat ion as a rofession$ &e %ersey4 PrenticeHall.

    -ilia Halim < :bdullah Mohd &oor $1), Pengetahuan si *andungan Pedagogidan Peranannya dalam Mempelajari 3ara Mengajar, dalamrosiding

    Semi na r 0%$ **+# endi di kan 1uru untuk Sekol ahBerkesan$20

    29 5ktober 19, Iakulti Pendidikan llni"ersiti Malaya, Hal. 6=(9.

    Mc -aughlin, M. ?. < 8albert, %. >. $16), 3onteGts 8hat Matter for 8eachingand

    -earning,Stanford %2# %enter for 3esearch on The %onte4t ofSecondar! Scho ol Teaching$ !tanford ni"ersity.

    http://www.ppdkmy/http://www.ppdkmy/http://www.ppdkmy/
  • 7/23/2019 Tajuk 1_done.doc

    14/14

    Mohamad !ani brahim $2((2), Perkembangan Profesionalisme #uru4 !atu8untutan dan !atu *emestian,5SIT"% 6,,6# The Inaugural 5SIInterna tional Teacher "duca tion %onfe rence$ 09 Mei,

    AenaissancePalm #arden, Putrajaya.

    5mar Mohd Hashim $16),endidikan# ersoalan$ en!elesaian danarapan$*uala -umpur4 +ean Bahasa dan Pustaka.

    5rnstein, :. 3. < -e"ine, +. F. $16),7oundations of "ducation$ Boston4Houghton Miflin 3ompany.

    Aohani :bdul Hamid $19), *eperluan Pendidikan :bad *e214 Projek !ekolahBestari,roseding Seminar Isu-isu endidikan 8egara$ 202@&o"ember, ni"ersiti *ebangsaan Malaysia.

    !hulman, -. !. $190), 8hose ?ho nderstand4 *noledge #roth in 8eaching,"ducational 3esearcher$ 1/$2), Hal. =1=.

    !la"in, A.$19), : 8heory of !chool and 3lassroom 5rgani'ation, dalam!la"in, A. $ed.), School and %lassroom 9rgani:at ion$ Hillsdale, &e%ersey4

    >rlbaum.

    8albert, %., < Mc-aughlin, M. $1=), 8eacher Professionalism in -ocal !chool3onteGts,2merican 0ournal of "ducation$ 1(2$2), Hal.1261/6.