tahun 4 (lukisan - final)

8
BIDANG 1 : MENGGAMBAR TEKNIK LUKISAN

Upload: sitizanariah

Post on 15-Jun-2015

2.152 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tahun 4 (lukisan - final)

BIDANG 1 : MENGGAMBARTEKNIK LUKISAN

Page 2: Tahun 4 (lukisan - final)
Page 3: Tahun 4 (lukisan - final)

lukisanLukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus.

Lukisan menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang.

Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya. Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis secara teliti.

Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia.

Page 4: Tahun 4 (lukisan - final)

SEJARAH LUKISANLukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba.

Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan.

Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak.

Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama,iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisanringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.

Page 5: Tahun 4 (lukisan - final)

Media lukisanMedia dominan ialah media kering seperti pensel, pen dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.

Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan media basah. Contohnya, warna pensel dan warna air.

Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi penggunaannya adalah secara terhad dan minimum.

Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan

Page 6: Tahun 4 (lukisan - final)

Contoh-contoh lukisanpemandangan

Page 7: Tahun 4 (lukisan - final)

Contoh-contoh lukisan objek

Page 8: Tahun 4 (lukisan - final)