tadau kaamatan

5
8/8/2019 Tadau Kaamatan http://slidepdf.com/reader/full/tadau-kaamatan 1/5 Tadau Kaamatan Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintar Pesta Kaamatan (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini  biasanya diadakan selepas selesai menuai padi . Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama. Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai  pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan. Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau " Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini. Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi ) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh. [sunting] Asal usul Magavau Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ia tetap membawa maksud yang sama. Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak  perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah

Upload: onett

Post on 09-Apr-2018

283 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tadau Kaamatan

8/8/2019 Tadau Kaamatan

http://slidepdf.com/reader/full/tadau-kaamatan 1/5

Tadau Kaamatan

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar  

Pesta Kaamatan (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan

upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalahamalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini

 biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telahdiluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960

lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau.

Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai

 pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong. Tarian iniditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpamakipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.

Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil

Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahansegala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga

menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.

Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenisarak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras 

(nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selamaseminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur 

dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut.

Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air 

tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapaiyang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan

"Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

[sunting] Asal usul Magavau

Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaumKadazandusun. Walau bagaimanapun ia tetap membawa maksud yang sama.

Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak  perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun

daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoinganterpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan

mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah

Page 2: Tadau Kaamatan

8/8/2019 Tadau Kaamatan

http://slidepdf.com/reader/full/tadau-kaamatan 2/5

mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kitasekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat

Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itumempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".

Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan (Pesta Menuai ) seperti yang dirayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap

semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalamketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini

 juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat KaumKadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak 

kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran. http://ms.wikipedia.org/wiki/Tadau_Kaamatan

Lagenda Pesta Kaamatan

Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara

perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan iniadalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman. Perayaan"Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yangkita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagaiCuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang bertanggungjawab untuk mengusulkanagar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB TunHaji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM. SPDK, PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah

yang pertama. (http://sabah.edu.my/skm015.wcdd/Kaamatan.htm) 

Laman Mikro

Pesta Kaamatan Wadah Perpaduan Nasional

y  Oleh Newmond Tibin 

TUARAN, 4 Jun (Bernama) -- Cuaca begitu cerah pada pagi 31 Mei lepas, tarikh keramat yang amatbermakna bagi masyarakat Kadazandusun merayakan Pesta Kaamatan atau pesat menuai mereka diSabah.

Seorang wanita warga emas, Mundahoi Sompong, duduk melamun di tangga rumah papannya diKampung Mantob, Kiulu, dekat sini sambil mendengar lagu "Tadau Kaamatan" yang berkumandangdi radio Vfm Kota Kinabalu.

Wanita yang kini menjangkau usia 83 tahun itu berada jauh dari Bangunan KDCA di Penampangyang menjadi pentas perayaan Pesta Kaamatan tahun ini.

Sejak lebih dua dekad yang lampau, beliau tidak lagi berkesempatan untuk menyaksikan sendiripelbagai acara tradisi perayaan Pesta Kaamatan termasuk acara kemuncak pertandingan UndukNgadau (Ratu Cantik) kerana faktor usia.

Page 3: Tadau Kaamatan

8/8/2019 Tadau Kaamatan

http://slidepdf.com/reader/full/tadau-kaamatan 3/5

 "Saya teringin sangat nak lihat acara tradisi Pesta Kaamatan (di KDCA) tapi apakan daya saya taklarat lagi berjalan jauh dan lagi pun Pesta Kaamatan sudah selesai," katanya kepada Bernama di sini.

Wajah muramnya menunjukkan riak terkejut apabila diberitahu bahawa ada lagi sambutan PestaKaamatan, kali ini lebih besar di peringkat kebangsaan di Kota Kinabalu pada Ahad 7 Jun.

"Atukoi haro po di kagu karamaian tagayo" (Ada lagi Pesta Kaamatan besar-besaran kah?), tanyaMundahoi dalam loghat Kadazandusun.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual merasmikan Pesta Kaamatan peringkatkebangsaan itu, yang juga dikenali sebagai Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2009.

Majlis itu, anjuran bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan kerajaanSabah, akan diadakan di Padang Merdeka.

"Tidak terlintas dalam fikiran saya akan ada perayaan Pesta Kaamatan peringkat kebangsaan pula.Sejak dulu perayaan besar begini ini tidak pernah ada," kata wanita itu yang sekali sekala masihkeluar menuai padi meskipun sudah lanjut usia.

Mundahoi yang hidup sebatang kara selepas pemergian suami tercintanya sekitar 30 tahun yang

lepas berkata penduduk Sabah patut bangga dengan perkembangan ini, kerana ia satu pengiktirafanyang tinggi.

"Puji Tuhan kerana pemimpin kita tidak ketepikan kami," kata Mundahoi yang menganut fahamanSeventh-Day Adventist (SDA).

SABAH CONTOH KEJAYAAN SATU MALAYSIA 

Sesungguhnya pesta ini meletakkan agenda perpaduan dan pembangunan sebagai keutamaan.

Tadau Kaamatan Malaysia tahun ini cukup menarik jika dikaitkan dengan konsep 1Malaysia "RakyatDidahulukan, Pencapaian Diutamakan" kerana Sabah mempunyai lebih 30 suku kaum yang selamaini hidup bersatu dan menjadi satu daripada contoh kejayaan 1Malaysia.

Di Sabah, semangat toleransi dan hormat menghormati antara penduduk pelbagai kaum begituterserlah dan dikagumi pelancong asing dan tempatan.

Mundahoi, yang pernah menjejaki bumi Amerika Syarikat untuk lawatan muhibbah pada awal 70-an,tidak keseorangan menyokong penganjuran Pesta Kaamatan peringkat kebangsaan ini kerana rata-rata rakyat Sabah menyambut baik sambutan perayaan ini.

Bagi mereka, Rumah Terbuka Tadau Kaamatan ini satu manifestasi kesungguhan kerajaanmenyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Walaupun Pesta Kaamatan disambut dalam keadaan ekonomi negara tidak menentu namun jangandianggap kita boros berbelanja tetapi yang lebih dipentingkan ialah matlamatnya untuk mengeratkanhubungan kaum," kata wartawan bebas, Sunar Tumiran.

Selain memantapkan perpaduan nasional, Pesta Kaamatan ini boleh digunakan untuk mempromosiproduk pertanian dan hasil kraftangan tempatan, katanya.

"Jadi marilah kita bersatu untuk menjadikan Perayaan Pesta Kaamatan ini sebagai satu daripadaresepi dalam aduan dan ramuan konsep 1Malaysia," kata Sunar.

Warga bandar raya Kota Kinabalu Chong Ken Yin yang turut mengalu-alukan pesta itu berkataperpaduan merupakan kunci kejayaan.

"Pesta Kaamatan yang menitik beratkan perpaduan nasional wajar disokong oleh semua pihak.

Page 4: Tadau Kaamatan

8/8/2019 Tadau Kaamatan

http://slidepdf.com/reader/full/tadau-kaamatan 4/5

Dengan perpaduan kita dapat bersatu tenaga dan fikiran untuk melaksanakan sesuatu untukkebajikan bersama.

"Jelas sekali tenaga seseorang individu dengan sendirinya tidak mampu mengatasi pelrbagai tugashidup. Sebaliknya tenaga ramai yang disatupadukan boleh menghasilkan kejayaan yang luar biasa,"katanya.

PESTA KAAMATAN JANA EKONOMI 

Chong berkata Pesta Kaamatan ini juga mampu menjana aktiviti ekonomi sampingan termasukmemberi peluang kepada penjaja kecil-kecilan berniaga dan merancakkan pembangunan industripelancongan.

"Tentu sekali ada pengunjung Pesta Kaamatan yang datang dari luar negara, Semenanjung, Sarawakatau dari daerah lain di Sabah seperti Tawau, Sandakan dan Keningau yang menginap di hotel. Inibaik untuk industri perhotelan," katanya.

Melihat perkembangan yang baik ini, Naib presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) CyrilYansalang mencadangkan agar perayaan Pesta Kaamatan peringkat negeri dan kebangsaan diadakanserentak tahun depan.

Mengikut sejarah, katanya, pesta itu mula disambut pada peringkat negeri pada tahun 1960 selepaskerajaan British Borneo Utara ketika itu mewartakannya sebagai satu daripada perayaan rakyat dansekaligus sebagai hari cuti umum.

"Oleh kerana pesta Kaamatan ini dirayakan pada bulan Mei iaitu 30 dan 31 Mei, maka amat cantikdan sesuai kalau pesta Kaamatan ini diadakan serentak.

"Saya percaya dengan adanya perayaan yang serentak, banyak masa, tenaga dan kewangan dapatdijimatkan," katanya.

Selain itu, Cyril berkata ia juga memudahkan pelancong dalam dan luar negara mengatur programlawatan mereka ke negeri ini.

"Sekiranya ia diadakan serentak, kami berharap Pelancongan Malaysia dapat membantu

mempromosi perayaan Pesta Kaamatan di luar negara dengan lebih agresif," katanya.

LEGENDA PESTA KAAMATAN DI SABAH 

Pesta Kaamatan penuh dengan cerita legenda, dan menurut Presiden Persatuan KebudayaanKadazandusun (KDCA) Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, maksud sambutan perayaan PestaKaamatan membawa pengertian yang cukup besar dan mendalam kepada masyarakatKadazandusun Murut.

"Masyarakat Kadazandusun Murut adalah kaum yang cukup sinonim sebagai petani yang manakegiatan ekonomi utama mereka adalah bercucuk tanam, selain turut menjalankan kegiatan sepertimenternak dan memburu binatang," katanya.

Tanaman utama yang menjadi makanan ruji bagi masyarakat Kadazandusun Murut ialah padi dan

 jenis padi yang ditanam ialah padi huma atau lebih dikenali masyarakat setempat sebagai 'padibukit' dan padi yang ditanam di sawah.

Menurut legenda Huminodun yang diceritakan secara lisan turun temurun oleh nenek moyangmasayarakat ini, terjadi suatu bencana alam yang cukup hebat iaitu berlaku kemarau yang teruksehingga menyebabkan tiada lagi tumbuhan yang yang menjadi makanan manusia pada masa itu.

Menyedari hal ini, 'Kinoingan' kasihan melihat keturunan Kadazandusun Murut yang menderita akibatketiadaan makanan, katanya.

Page 5: Tadau Kaamatan

8/8/2019 Tadau Kaamatan

http://slidepdf.com/reader/full/tadau-kaamatan 5/5

Lantas, bagi mengatasi masalah ini, Kinoingan mengambil keputusan untuk mengorbankan anakperempuannya yang bernama Huminodun dan melalui tubuh yang dikorbankan itu tumbuh pelbagaitumbuhan yang menjadi makanan seperti padi, jagung dan sebagainya.

Justeru, Pesta Kaamatan yang disambut selepas selesai menuai padi ini adalah tanda ucapan syukurkepada Kinoingan dan Huminodun yang menjadi semangat padi yang dikenali sebagai`bambarayon'.

Pairin berkata antara pengisian dalam perayaan Pesta Kaamatan ialah mengadakan upacara'Magavau' untuk memuja semangat padi dan turut diadakan pemilihan Unduk Ngadau Kaamatan(Ratu Cantik Kaamatan) sebagai memperingati pengorbanan dan nilai-nilai murni yang diteladanimelalui legenda Huminodun.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail berkata pemilihantema "1Malaysia" sempena Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan tahun ini bertepatan kerana iaselaras dengan semangat yang ada dalam perayaan itu.

"Tadau Kaamatan bukan sekadar acara kebudayaan dan hiburan tetapi ia mempunyai mesej tersiratlagi penting bagi mengeratkan hubungan dalam kalangan rakyat Malaysia dan Sabah khususnya.

"Semangat yang wujud menerusi sambutan perayaan ini wajar difahami dengan teliti kerana ia

mempunyai nilai positif yang boleh menyumbang ke arah perpaduan dan pembangunan negarasecara keseluruhannya," katanya.

Abdul Rahim berkata tanpa wujudnya integrasi kaum yang padu dan jitu, suasana kehidupan rakyat"tidak akan aman dan sedamai yang kita kecapi hari ini".

-- BERNAMAPautan

y  http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsfeatures.php?id=415730

Kembali  Ke Atas 

y  | 

Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan