tadahan air hujan

6
1 TADAHAN AIR HUJAN (SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN) Pengenalan Air merupakan elemen yang penting kepada seluruh manusia di dalam dunia. Sebahagian besar tubuh badan manusia adalah terdiri daripada air. Manusia memerlukan air di dalam kehidupan seharian seperti untuk minum, memasak, mencuci, pertanian, dan untuk kegunaan industri. Namun manusia sering terlupa akan kepentingan menggunakan air dengan cermat, harga setitis air akan menjadi semakin bernilai apabila berlakunya bencana seperti kemarau. Walaupun telah dikurniakan dengan hujan yang banyak, namun manusia tidak pernah sedar akan bernilainya setiap titisan air hujan itu. Air hujan yang turun dari awan adalah sumber air paling lembut dan bersih di dunia ini. Kualiti air hujan adalah hampir sama dengan air di permukaan bumi malah lebih baik dari kualiti air di bumi kerana kerana ia tidak bercampur dengan pasir dan batu. Di samping itu, dengan hanya sedikit rawatan, air hujan boleh digunakan untuk minuman. Peningkatan populasi, taraf hidup dan kemajuan sesebuah bandar akan mengakibatkan berlakunya permintaan yang tinggi untuk air bersih. Oleh itu, penggunaan semula air hujan mungkin dapat mengurangkan kebergantungan terhadap sumber air bersih. Tujuan menyelitkan kaedah penuaian air hujan dalam projek ini adalah bagi menunjukkan kepentingan penggunaan sistem tadahan hujan bagi tujuan penjimatan penggunaan air bersih ataupun air paip. Selain itu, tujuan projek ini dijalankan

Upload: prabu-sanasi

Post on 13-Sep-2015

492 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Tadahan Air Hujan

TRANSCRIPT

1TADAHAN AIR HUJAN(SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN)

PengenalanAir merupakan elemen yang penting kepada seluruh manusia di dalam dunia. Sebahagian besar tubuh badan manusia adalah terdiri daripada air. Manusia memerlukan air di dalam kehidupan seharian seperti untuk minum, memasak, mencuci, pertanian, dan untuk kegunaan industri. Namun manusia sering terlupa akan kepentingan menggunakan air dengan cermat, harga setitis air akan menjadi semakin bernilai apabila berlakunya bencana seperti kemarau. Walaupun telah dikurniakan dengan hujan yang banyak, namun manusia tidak pernah sedar akan bernilainya setiap titisan air hujan itu. Air hujan yang turun dari awan adalah sumber air paling lembut dan bersih di dunia ini. Kualiti air hujan adalah hampir sama dengan air di permukaan bumi malah lebih baik dari kualiti air di bumi kerana kerana ia tidak bercampur dengan pasir dan batu. Di samping itu, dengan hanya sedikit rawatan, air hujan boleh digunakan untuk minuman. Peningkatan populasi, taraf hidup dan kemajuan sesebuah bandar akan mengakibatkan berlakunya permintaan yang tinggi untuk air bersih. Oleh itu, penggunaan semula air hujan mungkin dapat mengurangkan kebergantungan terhadap sumber air bersih.Tujuan menyelitkan kaedah penuaian air hujan dalam projek ini adalah bagi menunjukkan kepentingan penggunaan sistem tadahan hujan bagi tujuan penjimatan penggunaan air bersih ataupun air paip. Selain itu, tujuan projek ini dijalankan adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang alam semulajadi daripada itu terbentuk sebuah sistem tadahan air yang mampu menyimpan bekalan air hujan untuk kegunaan harian.

Kaedah Penuaian Air Hujan

Rajah 1.0

Kaedah penuaian air hujan mengambil konsep yang sama dengan sedia ada tetapi ia melibatkan satu kawasan tadahan yang kecil seperti tangki simpanan dan dikendalikan oleh satu komuniti yang lebih kecil.Pengumpulan air hujan ini dilakukan dengan cara seperti menyalurkan air hujan dari cucur atap melalui saluran cucur atap ke dalam satu tangki simpanan seperti di dalam Rajah 1.0.Penuaian air hujan merupakan satu teknologi yang telah lama digunapakai di luar negara seperti di Jerman, Jepun, Thailand, Sri Lanka dan lain-lain. Di negara maju seperti Australia, Amerika Syarikat, Jerman dan United Kingdom pula telah mempraktikkan sistem yang lebih kompleks dan canggih. Penuaian air hujan digunakan kegiatan-kegiatan atau aktiviti-aktiviti yang menggunakan sumber air hujan. Rajah 1.0 tersebut menunjukkan bahawa air hujan yang dikumpul di dalam tangki simpanan akan digunakan untuk mencuci lantai, menyiram tanaman dan mencuci kereta. Sebenarnya banyak kegunaan air hujan yang boleh kita gunakan dalam kehidupan seharian kita. Kegunaan-kegunaan tersebut merangkumi kegunaan-kegunaan rutin yang tidak melibatkan air minuman. Contohnya kegunaan mencuci peralatan di rumah, mencuci tempat tinggal haiwan peliharaan seperti sangkar kucing dan sebagainya.Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) merupakan satu sistem yang memberi manfaat dan faedah kepada pengguna. Namun begitu, SPAH masih mempunyai beberapa kelemahan yang harus diperbaiki untuk meningkatkan keberkesanannya. Antara cadangan untuk meningkatkan keberkesanannya ialah pemilihan bahan dan peralatan yang baik harus diambilkira. Tambahan lagi, penggunaan pam dan perlatan yang bersesuaian harus digunakan. Penyenggaraan berkala yang berterusan juga dapat membantu mengenalpasti masalah lebih awal dan mengurangkan potensi peralatan atau komponen untuk rosak. Gambarajah 1.1 menunjukkan satu Sistem Penuaian Air Hujan yang digunakan bagi tujuan menyiram pokok herba disekolah tersebut.

Rajah 1.1

KepentinganSistem ini boleh menjimatkan kos pengguna melalui bayaran bil air bulanan. Bagi jangka masa yang panjang ia amat berkesan dari segi kos sekiranya diaplikasikan dengan baik dan sempurna. Selain daripada itu, kos tenaga di loji rawatan juga dapat dikurangkan.Kebanyakan rakyat Malaysia masih mempunyai tahap kesedaran yang rendah tentang system ini. Ini mungkin disebabkan oleh SPAH masih belum meluas di Malaysia dan kurangnya promosi tentangnya. SPAH merupakan salah satu alternatif apabila berlaku krisis air tetapi SPAH hanya terhad untuk satu tempoh tertentu sahaja. Ini kerana SPAH tidak dapat menyelesaikan masalah krisis air yang besar dan berpanjangan. SPAH mendapatkan sumber daripada air hujan dan jika krisis air disebabkan oleh cuaca kering yang berpanjangan, SPAH hanya membantu untuk sesuatu tempoh sahaja. Apabila air hujan yang dikumpul kehabisan, alternatif lain perlu dicari. Namun begitu, SPAH sangat membantu sekiranya berlaku terputus bekalan air dan ini antara fungsi SPAH sebagai alternatif. Walaubagaimanapun, penggunaan SPAH harus bermula diperingkat sekolah bagi menyedarkan murid-murid tentang kegunaan alam semulajadi dengan kewujudan SPAH di bangunan-bangunan pejabat dan bangunan-bangunan kerajaan sebagai langkah permulaan mengembangkan sistem tersebut di Malaysia. Sehubungan dengan itu, pihak berkaitan harus meneliti semula pendekatan yang bersesuaian bagi mewajibkan pemasangan sistem penuaian air hujan di Malaysia.

KesimpulanBagi meluaskan penggunaan SPAH di Malaysia, promosi adalah cara terbaik untuk memperkenalkan aplikasi sistem ini. Semua pihak harus mengambil peranan masing-masing bagi mengembangkan SPAH di Malaysia dan penggunaannya dari sekarang dapat mendidik murid-murid dan juga masyarakat Malaysia berjimat cermat terhadap penggunaan air domestik sedia ada. Ianya akan menjadi sebagai rutin jika diaplikasikan secara berterusan dan ini dapat menjimatkan kos tenaga di loji rawatan air.Selain daripada itu, kajian terhadap kualiti air hujan juga perlu bagi meluaskan aplikasinya seperti menguji kualiti air bagi memastikan ianya boleh diminum. Malah ujikaji terhadap kekeruhan air hujan yang dikumpul juga dapat membantu mengurangkan tahap kekeruhan air hujan sekaligus meyakinkan pengguna terhadap kebersihannya. Keperluan rawatan air yang berpatutan juga perlu seperti menggunakan membran dan sebagainya. Disamping itu, komponen SPAH juga harus dikaji semula agar bersesuaian dengan kualiti air yang dikehendaki.

Disediakan Oleh :.(S.BERAPU A/L SANASI) MP131029