tabung bantuan gempa bumi sabah.docx

Upload: zulzahrin

Post on 07-Mar-2016

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PAHANGd/a PKNP AgroTech Sdn. Bhd., Tingkat 5, Bangunan PKNP, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur.Tel : 09-5159169, 09-5159214 Fax : 09-5159285E-mail : [email protected]

Ketua Pesuruhjaya Negeri Chief State Commissioner1 Julai 2015

Semua Ahli Majlis Pengakap NegeriSemua Penolong Ketua Pesuruhjaya NegeriSemua Pesuruhjaya Daerah

Tuan / Puan,

PELANCARAN TABUNG BANTUAN BENCANA GEMPA BUMI SABAH

Dimaklumkan PPM Negeri Pahang akan melancarkan TABUNG seperti tersebut di atas pada hari ini sempena Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Jambori Pahang 2015 di Kuantan.

Saya menyeru kepada semua pihak dapat kiranya menghulurkan derma ke dalam TABUNG ini bagi membantu meringankan beban mereka yang terlibat dalam bencana gempa bumi di negeri Sabah. Kepada Pemimpin-Pemimpin Pengakap saya berharap dapat mengusahakan sumbangan berdasarkan RM1.00 seorang Ahli. Dengan cara ini PPM Negeri dijangka dapat mengumpulkan sekurang-kurangnya RM10,000.00.

Bagi mereka yang ingin menderma lebih daripada itu, sangat-sangatlah dialukan dan sekiranya menggunakan cek, sila tulis bayaran atas nama MAJLIS PENGAKAP NEGERI PAHANG. Kutipan di peringkat Daerah disarankan supaya menyediakan tabung bagi membolehkan sumbangan dibuat terus ke dalam tabung yang diedarkan itu.

Sukacita saya dapat kiranya semua pihak mengambil tindakan sewajarnya. Kutipan bagi TABUNG ini hendaklah berakhir pada 31 Julai 2015 dan diserahkan terus melalui Pesuruhjaya Daerah masing-masing sebelum dihantar ke PPM Negeri.

Di atas segala kerjasama baik semua pihak saya mendahului dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih jua. Semoga Allah jualah yang akan memberkati usaha murni ini.

Wassallam.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN

Saya yang menjalankan tugas,

DATO HAJI LIAS MOHD NOORKetua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

s.k.Yang Berbahagia Tan Sri Dato Sri Pengerusi, MPN