info terkini - sabah electricity...kota kinabalu: gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala...

2
GEMPA BUMI GONCANG WISMA SESB Bil. 38/2015 EDARAN DALAMAN SAHAJA 8 Jun 2015 INFO Terkini ® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Perhubungan Strategik & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat KOTA KINABALU: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada pukul 7.15 pagi Jumaat lalu. Gempa yang dikesan berpusat 16 km Barat Laut Ranau turut dirasai di seki- tar Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Be- lud. Beberapa premis perniagaan termasuk bank dan pejabat kerajaan mengalami keretakan serta cermin pecah berikutan gegaran kuat berkenaan. Di Kota Kinabalu, penduduk di apartmen serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta. Kakitangan yang berada di bangunan Wisma SESB ketika kejadian turut diarahkan untuk mengosongkan bangunan sebagai tindakan keselamatan. Warga kerja yang berada di dalam bangunan ketika kejadian bertindak berkumpul di tempat perhimpunan kecemasan kawasan perkarangan tempat letak kereta di hadapan bangunan Wisma SESB. Kira- kira pada pukul 7.30 pagi Jawatankuasa Kecemasan syarikat diaktifkan bagi mengawal serta mengurus seluruh warga kerja syarikat yang berada di perkarangan wisma SESB. Timbalan pengurus besar (Pembahagian) En. Ridwan Saham yang mengepalai Jawantankuasa bertindak mengumpul serta memberi taklimat keselamatan berkaitan gempa yang melanda pada hari tersebut. Susulan kejadian kakitangan dilarang daripada memasuki bangunan pejabat sebelum pasukan daripada Jabatan kejuruteraan dan Sengaraan Bangunan menjalankan siasatan serta penilaian terhadap tahap kerosakan serta keutuhan integriti struktur bangunan yang telah berusia lebih daripada 30 tahun itu. Kira-kira pada pukul10.00 pagi warga kerja dibenarkan masuk setelah pasukan penilai mengisytiharkan bahawa bangunan selamat untuk diduduki. Walaubagaimana pun Jawatankuasa Kecemasan menasihatkan agar kakitangan syarikat sentiasa berwaspada dan kekal berjaga-jaga dengan perkembangan serta laporan terkini berkaitan gempa bumi yang melanda. Jawatankuasa juga meningatkan warga kerja untuk melaporkan sebarang gegaran atau kerosakan ketara pada mana-mana bahagian bangunan.

Upload: others

Post on 09-Feb-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: INFO Terkini - Sabah Electricity...KOTA KINABALU: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada pukul 7.15 pagi Jumaat lalu. Gempa yang dikesan

GEMPA BUMI GONCANG WISMA SESB

Bil. 38/2015 EDARAN DALAMAN SAHAJA 8 Jun 2015

INFO Terkini

® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Perhubungan Strategik & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat

KOTA KINABALU: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah

pada pukul 7.15 pagi Jumaat lalu. Gempa yang dikesan berpusat 16 km Barat Laut Ranau turut dirasai di seki-

tar Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Be-

lud. Beberapa premis perniagaan termasuk bank dan pejabat kerajaan mengalami keretakan serta cermin pecah

berikutan gegaran kuat berkenaan. Di Kota Kinabalu, penduduk di apartmen serta kakitangan awam dan

swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta. Kakitangan yang berada di bangunan

Wisma SESB ketika kejadian turut diarahkan untuk mengosongkan bangunan sebagai tindakan keselamatan.

Warga kerja yang berada di dalam bangunan ketika kejadian bertindak berkumpul di tempat

perhimpunan kecemasan kawasan perkarangan tempat letak kereta di hadapan bangunan Wisma SESB. Kira-

kira pada pukul 7.30 pagi Jawatankuasa Kecemasan syarikat diaktifkan bagi mengawal serta mengurus seluruh

warga kerja syarikat yang berada di perkarangan wisma SESB. Timbalan pengurus besar (Pembahagian) En.

Ridwan Saham yang mengepalai Jawantankuasa bertindak mengumpul serta memberi taklimat keselamatan

berkaitan gempa yang melanda pada hari tersebut. Susulan kejadian kakitangan dilarang daripada memasuki

bangunan pejabat sebelum pasukan daripada Jabatan kejuruteraan dan Sengaraan Bangunan menjalankan

siasatan serta penilaian terhadap tahap kerosakan serta keutuhan integriti struktur bangunan yang telah berusia

lebih daripada 30 tahun itu.

Kira-kira pada pukul10.00 pagi warga kerja dibenarkan masuk setelah pasukan penilai mengisytiharkan

bahawa bangunan selamat untuk diduduki. Walaubagaimana pun Jawatankuasa Kecemasan menasihatkan agar

kakitangan syarikat sentiasa berwaspada dan kekal berjaga-jaga dengan perkembangan serta laporan terkini

berkaitan gempa bumi yang melanda. Jawatankuasa juga meningatkan warga kerja untuk melaporkan

sebarang gegaran atau kerosakan ketara pada mana-mana bahagian bangunan.

Page 2: INFO Terkini - Sabah Electricity...KOTA KINABALU: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada pukul 7.15 pagi Jumaat lalu. Gempa yang dikesan

Bil. 38 2015 EDARAN DALAMAN SAHAJA 8 Jun 2015

Ucapan ringkas daripada Puan Wan Maria Othman Lee, selaku Pengerusi Program CSR SESB.

Jawatankuasa Kecemasan syarikat berkumpul susulan kejadian

Perkarangan tempat letak kenderaan jadi pusat himpunan kakitangan syarikat

Timbalan pengurus besar (Pembahagian) En. Ridwan Saham menyampaikan taklimat keselamatan kepada kakitangan

Salah seorang warga kerja menceritakan detik cemas kejadian kepada wakil media

Kakitangan mematuhi prosedur kecemasan bangunan dengan berhimpun di tempat yang telah ditetapkan Sebahagian daripada warga kerja kekal tenang ketika kejadian

® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Perhubungan Strategik & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat

INFO Terkini