documentta

2
Taoisme Taoisme berasaskan ajaran Lao Tze dan Chuang Tzu. Menurut lagenda, Lao Tze adalah seorang pegawai yang penting di istana Dinasti Chou. Beliau mula menyebarkan falsafahnya selepas meninggalkan jawatannya. Beliau mempunyai ramai pengikut. Lao Tze dianggap oleh pengikut- pengikutnya sebagai nabi bagi ajaran Taoisme. Ajaran Taoisme terkandung dalam bukunya yang berjudul Tao Te Ching. Ajaran yang terkandung dalam buku ini adalah reaksi terhadap ajaran Confucius. Ajaran Confucius menekankan kepada peraturan sosial seperti dalam keluarga dan negara tetapi ajaran Lao Tze lebih menekankan keharmonian alam semesta. Tao membawa maksud “cara” atau “jalan” bagi mencapai keharmonian alam semesta. Ajaran Taoisme adalah gabungan anarkisme dan kepercayaan bahawa kebenaran di luar fahaman manusia boleh diperolehi dengan cara bersemadi atau tasawuf. Lao Tze menyarankan supaya manusia menarik diri daripada duniawi dan mencari jalan bahagia secara mengasingkan diri daripada peraturan duniawi dan upacara yang merugikan. Perkara yang ideal bagi pengikut Taoisme ialah manusia harus bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Lao Tze menganggap bahawa seseorang tidak seharusnya mementingkan masyarakat pada keseluruhan. Beliau tidak bersetuju dengan konsep kerajaan kerana ia dianggap menghalang perjalanan alam. Menurutnya lagi, penyelesaian kepada masalah- masalah yang dihadapi oleh negara China adalah dengan kembali ke alam semesta dan menolak tamadun. Bagi penganut Taoisme, kerajaan yang paling berkesan ialah yang paling sedikit memerintah. Mereka menganggap bahawa lebih banyak undang-undang dikenakan keganasan akan timbul dengan lebih giat lagi. Falsafahnya yang mudah difahami dan diminati oleh kalangan penduduk di luar Bandar. Taoisme tidak mendapat sambutan baik daripada kalangan terpelajar dan pegawai- pegawai berfahaman confucianisme. Penganut-penganut Taoisme memandang hina terhadap perkara- perkara keduniaan. Ajaran Tao menyeru penganutnya supaya jangan mengubah benda-benda semula jadi. Menusia tidak boleh mengubah cara hidup melalui tindakan undang-undang kerana ia menjadikan kehidupan manusia lebih kompleks. Lao Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan nafsu seseorang mendorongnya bertindak dengan kurang bijak dan tidak rasional. Lao Tze mahu mempraktikkan cara penghidupannya di zaman Ho Hsu (zaman dahulu kala) kerana manusia dapat hidup dengan tenteram. Ketenteraman manusia terganggu disebabkan oleh mereka diajar ilmu pengetahuan dan diberi tanggungjawab. Kata-kata Lao Tze “tenangkan

Upload: tenalagi-ap-mmahandran

Post on 04-Oct-2015

239 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

fakta

TRANSCRIPT

TaoismeTaoisme berasaskan ajaran Lao Tze dan Chuang Tzu. Menurut lagenda, Lao Tze adalah seorang pegawai yang penting di istana Dinasti Chou. Beliau mula menyebarkan falsafahnya selepas meninggalkan jawatannya. Beliau mempunyai ramai pengikut. Lao Tze dianggap oleh pengikut-pengikutnya sebagai nabi bagi ajaran Taoisme.Ajaran Taoisme terkandung dalam bukunya yang berjudul Tao Te Ching. Ajaran yang terkandung dalam buku ini adalah reaksi terhadap ajaran Confucius. Ajaran Confucius menekankan kepada peraturan sosial seperti dalam keluarga dan negara tetapi ajaran Lao Tze lebih menekankan keharmonian alam semesta. Tao membawa maksud cara atau jalan bagi mencapai keharmonian alam semesta. Ajaran Taoisme adalah gabungan anarkisme dan kepercayaan bahawa kebenaran di luar fahaman manusia boleh diperolehi dengan cara bersemadi atau tasawuf.Lao Tze menyarankan supaya manusia menarik diri daripada duniawi dan mencari jalan bahagia secara mengasingkan diri daripada peraturan duniawi dan upacara yang merugikan. Perkara yang ideal bagi pengikut Taoisme ialah manusia harus bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Lao Tze menganggap bahawa seseorang tidak seharusnya mementingkan masyarakat pada keseluruhan. Beliau tidak bersetuju dengan konsep kerajaan kerana ia dianggap menghalang perjalanan alam. Menurutnya lagi, penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh negara China adalah dengan kembali ke alam semesta dan menolak tamadun. Bagi penganut Taoisme, kerajaan yang paling berkesan ialah yang paling sedikit memerintah. Mereka menganggap bahawa lebih banyak undang-undang dikenakan keganasan akan timbul dengan lebih giat lagi. Falsafahnya yang mudah difahami dan diminati oleh kalangan penduduk di luar Bandar. Taoisme tidak mendapat sambutan baik daripada kalangan terpelajar dan pegawai-pegawai berfahaman confucianisme.Penganut-penganut Taoisme memandang hina terhadap perkara-perkara keduniaan. Ajaran Tao menyeru penganutnya supaya jangan mengubah benda-benda semula jadi. Menusia tidak boleh mengubah cara hidup melalui tindakan undang-undang kerana ia menjadikan kehidupan manusia lebih kompleks. Lao Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan nafsu seseorang mendorongnya bertindak dengan kurang bijak dan tidak rasional. Lao Tze mahu mempraktikkan cara penghidupannya di zaman Ho Hsu (zaman dahulu kala) kerana manusia dapat hidup dengan tenteram. Ketenteraman manusia terganggu disebabkan oleh mereka diajar ilmu pengetahuan dan diberi tanggungjawab. Kata-kata Lao Tze tenangkan diri, kembalilah kepada zaman di mana raja-raja belum wujud lagi. Ajaran Lao Tze hanya sebuah negeri yang kecil penduduk. Di dalam negeri tersebut tidak ada sebarang bentuk pemerintahan. Penduduknya tidak pernah melawat antara satu sama lain tetapi boleh hidup dengan gembira.Sumbangan penting Taoisme ialah sami-sami telah membuat banyak perjumpaan dalam bidang perubatan tradisional. Mereka juga mencipta ubat bedil, jarum magnetic dan herba-herba asli.