ta bligh

22
1.0 PENGENALAN Jamaah Tabligh digerakkan oleh Mawlana Ilyas al-Kandahlawi di India pada 1926. Beliau telah menghidupkan kembali semula usaha yang diwariskan oleh Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat, tabi’in dan tabit tabi’in. Walaupun bermula di India pengaruh gerakan ini tersebar luas ke seluruh dunia khususnya di kawasan Asia Selatan. Gerakan ini dinamakan Jamaah Tabligh atas sebab pendekatan mereka yang selalu keluar bagi menyampaikan dakwah kepada masyarakat di tempat lain. Mawlana Ilyas sendiri walau bagaimanapun menamakan gerakan yang beliau pelopori sebagai gerakan iman (harakah al-iman) Dari segi kaedah, jamaah tabligh membawa pendekatan pembersihan jiwa (tazkiyah ruhiyyah). Mereka mengajak ke arah memperkuatkan iman dan mengamalkan amalan-amalan sunat . Dari segi fiqh, jamaah tabligh tidak terikat dengan satu- satu mazhab fiqh Sunni dan memberikan kebebasan kepada pengikut untuk mengikut mana-mana mazhab. Mereka berpegang dengan enam prinsip utama: 1. Yakin terhadap kalimah tayyibah (la ilaha illallah Muhammad Rasulullah) 2. Solat khusyu' dan khudu' (ketundukan) 3. Ilmu dan zikir 4. Ikram muslimin (Memuliakan muslim yang lain dengan khidmat)

Upload: mohamad-azizi

Post on 18-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dfbfdb

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANJamaah Tabligh digerakkan oleh Mawlana Ilyas al-Kandahlawi di India pada 1926. Beliau telah menghidupkan kembali semula usaha yang diwariskan oleh Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat, tabiin dan tabit tabiin. Walaupun bermula di India pengaruh gerakan ini tersebar luas ke seluruh dunia khususnya di kawasan Asia Selatan. Gerakan ini dinamakan Jamaah Tabligh atas sebab pendekatan mereka yang selalu keluar bagi menyampaikan dakwah kepada masyarakat di tempat lain. Mawlana Ilyas sendiri walau bagaimanapun menamakan gerakan yang beliau pelopori sebagai gerakan iman (harakah al-iman) Dari segi kaedah, jamaah tabligh membawa pendekatan pembersihan jiwa (tazkiyah ruhiyyah). Mereka mengajak ke arah memperkuatkan iman dan mengamalkan amalan-amalan sunat .Dari segi fiqh, jamaah tabligh tidak terikat dengan satu-satu mazhab fiqh Sunni dan memberikan kebebasan kepada pengikut untuk mengikut mana-mana mazhab. Mereka berpegang dengan enam prinsip utama:1. Yakin terhadap kalimah tayyibah (la ilaha illallah Muhammad Rasulullah)2. Solat khusyu' dan khudu' (ketundukan)3. Ilmu dan zikir4. Ikram muslimin (Memuliakan muslim yang lain dengan khidmat)5. Tashih al-niyyah (membetulkan dan mengikhlaskan niat)6. Dakwah dan tabligh (dengan cara keluar berdakwah[khuruj] dalam tempoh-tempoh tertentu seperti tiga atau empat puluh hari atau empat bulan. Berdasarkan keenam-enam prinsip ini, kesemuanya pada asasnya tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang dipegang oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Cuma penekanan yang diberikan oleh jamaah tabligh adalah lebih kepada aspek kerohanian dan kurang memberi penekanan kepada aspek lain. Adapun perbezaan pendekatan yang dibawa oleh jemaah tabligh seperti keluar dalam jumlah hari-hari tertentu termasuk dalam konteks ijtihadi.2.0 OBJEKTIF KAJIANI. Menyemai sifat cinta terhadap perjuangan dakwah Rasullulah S.A.W yang kita cintai.II. Memberi pandangan baru terhadap golongan tabligh bahawa mereka ialah golongan positif untuk didekati.III. Mengingati bahawa kita adalah khalifah di muka bumi Allah.

2.0 SEJARAH PENUBUHAN TABLIQHJemaah Tabligh digerakkan pada akhir dekad 1920-an oleh Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi di Mewat, sebuah wilayah di India. Ilham untuk mengabdikan hidupnya kepada dakwah Islam timbul ketika Maulana Ilyas mengerjakan ibadat Haji pada tahun 1926. Maulana Ilyas rah. telah melaungkan, Aye Musalmano! Musalman bano (dalam bahasa Urdu), yang beerti 'Wahai umat muslim! Jadilah muslim yang kaffah (menunaikan semua rukun dan syari'ah seperti yang disuruh Rasulullah)'. Tabligh bukan merupakan sebuah kelompok ikatan (persatuan), tetapi adalah gerakan dakwah untuk mengajak muslim untuk menjalani agamanya dalam kehidupan, dan hanya satu-satunya gerakan Islam yang tidak memandang asal-usul mazhab atau aliran pengikutnya. Gerakan tabligh juga merupakan kesinambungan dan penerus kerja dakwah Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda.Dalam waktu lebih kurang dua dekad, Jemaah Tabligh berjaya disebarkan di seluruh Asia Selatan. Dengan dipimpin oleh Maulana Yusuf, anak Maulana Ilyas sebagai amir (pemimpin) yang kedua, gerakan ini mula mengembangkan kegiatannya pada tahun 1946, dan dalam jangka masa 20 tahun, penyebarannya telah sampai ke Asia Barat Daya dan Asia Tenggara, Afrika, Eropah dan Amerika Utara. Setiap pembentukan dalam suatu negara, Jemaah Tabligh mula meresap dalam masyarakat tempatan. Meskipun negara barat pertama yang dipengaruhi Jemaah Tabligh ialah Amerika Syarikat, tetapi fokus utama mereka adalah di Britain, iaitu kepada populasi padat orang Asia Selatan disana yang tiba pada tahun 1960-an dan 1970-an.Jemaah Tabligh dikatakan tidak menerima sumbangan dan dana dari mana-mana pihak pun untuk menjalankan aktivitinya. Biayanya ditanggung sendiri oleh mereka yang menjalankan kerja dakwah Tabligh.Pada tahun 1978, Liga Muslim Dunia mendermakan pembangunan Masjid Markas Tabligh di Dewsbury, United Kingdom, yang kemudian menjadi markas utama Jemaah Tabligh di benua Eropah. Pemimpin mereka disebut Amir Sab, Faisala atau Zumindaar. keluarga pemimpin Jemaah Tabligh juga adalah nasab daripada keturunan sahabat Nabi iaitu Abu Bakar as-Siddiq di kalangan Khulafa al-Rasyidin.

3.0 AKTIVITI JEMAAH TABLIQH

i) KhurujBermaksud meluangkan waktu, harta dan masa untuk belajar tentang Islam dan belajar uslub dakwah yang biasanya dilakukan dari masjid ke masjid dan dipimpin oleh seorang Amir atau Ketua Jemaah. Orang yang khuruj tidak boleh meninggalkan masjid tanpa izin Amir khuruj. Tetapi para anggota Tabligh yang berkerjaya dibenarkan untuk tetap bekerja dan harus langsung mengikuti kegiatan berdakwah setelah pulang dari tempat kerja.ii) Majlis TalimBermaksud kegiatan ta'lim ialah (bacaan hadis atau kisah para sahabat), biasanya dari kitab Fadhail Amal karya Ulama Hadis, Sheikhul Hadis Sheikh Maulana Zakaria, Hayatus Sahaba dan Ahadis al-Muntakhab karya Maulana Yusuf.iii) JaulahAktiviti jaulah bermaksud mengunjungi rumah-rumah di sekitar masjid tempat khuruj dengan tujuan mengajak kembali kepada amalan Islam dan menekankan aspek silaturrahim.iv) Bayan atau TazkirahAktiviti yang menekan adab-adab dalam Islam, menekankan sirah-sirah Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat disamping memantapkan bacaan Al- Quran dan tajwidv) Malam IjtimaAktiviti perhimpunan, dimana dalam Ijtima' akan diisi dengan Bayan (ceramah agama) dan Tausiah oleh para alim ulama atau tetamu dari luar negara yang sedang khuruj disana, dan juga majlis ta'lim wa ta'alum.

4.0 ASAS ENAM SIFAT TABLIQH

1. Yakin terhadap kalimat Thoyyibah Laa ilaaha ilallah Muhammadur rasulullah.Ertinya: Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.Laa ilaaha ilallahMaksudnya: Mengeluarkan keyakinan pada makhluk dari dalam hati dan memasukkan keyakinan hanya kepada Allah di dalam hati.Maksudnya Muhammadar Rasulullah: Mengakui bahawa satu-satunya jalan hidup untuk mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat hanya dengan mengikuti cara hidup Rasulullah SAW.

2. Solat khusyu' dan khudu'.Ertinya: Solat dengan konsentrasi batin dan rendah diri dengan mengikuti cara yang dicontohkan Rasulullah.Maksudnya: Membawa sifat-sifat ketaatan kepada Allah dalam solat kedalam kehidupan sehari-hari.3. Ilmu ma'adz zikirErti ilmu: Semua petunjuk yang datang dari Allah melalui baginda Rasulullah.Erti zikir: Mengingati Allah sebagaimana Agungnya Allah.Maksudnya Ilmu ma'adz Zikir:Melaksanakan perintah Allah dalam setiap saat dan keadaan dengan menghadirkan ke-Agungan Allah mengikuti cara Rasulullah.4. Ikramul MusliminErtinya: Memuliakan sesama Muslim.Maksudnya: Menunaikan kewajiban pada sesama Muslim tanpa menuntut hak daripadanya.5. Tashihun NiyahErtinya:Membersihkan niat.Maksudnya:Membersihkan niat dalam beramal, semata-mata kerana Allah.

6. Dakwah dan tabligh khuruj fii sabiilillahErti dakwah: MengajakErti tabliq: MenyampaikanMaksudnya: Mengislah diri, iaitu menggunakan diri, harta, dan waktu seperti yang diperintahkan Allah. Menghidupkan amalan agama yang sempurna pada diri sendiri dan manusia di seluruh alam dengan menggunakan harta dan diri mereka.

5.0 ANTARA SELEBRITI YANG TERLIBAT DALAM TABLIQH Karim Benzema (pemain bola sepak Real Madrid & Perancis) Zinedine Zidane (bekas legenda pemain Perancis) Junaid Jamshed (penyanyi terkenal Pakistan) Pierre Andre (pelakon & pengarah filem Malaysia) Yassin Senario (pelawak & pelakon Malaysia) Radhi OAG (penyanyi Malaysia) Ahli anggota Peter Pan kecuali Ariel Y.A.B Dr Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir (ahli politik Malaysia)

6.0 PERMASALAHAN TABLIQH DI MATA MASYARAKAT

6.1 Dianggap SesatJika dilihat dari secara penampilan dan kata-kata seorang tabligh pasti akan muncul dari segelintir pemikiran masyarakat menyatakan mereka ini sesat. Pemikiran ini muncul khasnya dari golongan yang kurang ilmu dan tidak suka kepada ajaran agama. Bahkan ada yang telah memberi tanggapan negatif dengan menyatakan mereka ini lari dari ajaran agama Islam yang sebenar.

6.2 Dianggap Meninggalkan KeluargaSalah satu aktiviti tabligh ialah khuruj (keluar berdakwah untuk beberapa hari). Hasil daripada aktiviti tersebut, akan muncul tanggapan mereka ini keluar berdakwah dengan mengabaikan isteri dan keluarga. Segelintir masyarakat menganggap tabligh meninggalkan keluarga tanpa sebarang persediaan dari segi makanan dan kewangan.6.3 Pengganas Islamic State (IS)Salah satu perspektif yang terbaru mengenai golongan tabligh iaitu dikaitkan dengan puak pelampau keganasan Islam iaitu golongan IS. Tidak dinafikan sebilangan rakyat Malaysia yang menyertai golongan IS ini terdiri daripada goongan tabligh namun kita tidak boleh memberi kata putus bahawa tabligh ialah golongan pelampau IS. Masyarakat perlu lebih relevan dan celik dengan tidak menghukum seseorang dari segi pakaian, kata-kata mahupun sejarah. Kita tidak boleh menjadi seperti hanya setitik nila rosak susu sebelanga dengan hanya sebilangan kecil yang terpengaruh dengan IS.6.4 Menganggu MasyarakatSalah satu masyarakat melarikan diri apabila terserempak dengan tabligh ialah mahu mengelak dari ditazkirah dan kononnya mengganggu ketenteraman masyarakat. Apabila kita cuba menyentuh kembali misi dan visi tabligh ialah mahu berdakwah atau mengajak manusia berubah kearah yang lebih baik. Bertepatan dengan status bahawa Allah S.W.T menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi untuk saling mengingati akan keEsaan Allah.

7.0 PERMASALAHAN MASYARAKAT DI MATA TABLIQH

7.1 Dimaki dan DiherdikJika kita melihat sirah Nabi Muhammad S.A.W, Baginda berdakwah dengan teruknya sehingga dimaki, dipukul, dan dihina. Golongan tabligh ini juga kadang-kadang juga diperlakukan begitu daripada segolongan kecil masyarakat. Namun apa yang diperjuangkan ialah menegakkan syariat Islam dan menyambung perjuangan Nabi Muhammad dengan mengajak manusia kearah lebih baik.

7.2 Jemaah Masjid Tidak Menerima MerekaAdakah kita tahu golongan tabligh menggunakan masjid sebagai medium untuk berdakwah disamping menjadikan rumah penempatan sementara ketika keluar berdakwah. Namun, di sekeliling kita muncul golongan kecil masyarakat atau jemaah yang menolak golongan tabligh tinggal di masjid mereka. Alasan yang sering digunakan ialah menggangu urusan masjid disamping mengganggu mereka. Bahkan yang lebih teruk ada segelintir kecil individu memberi kata-kata makian dan seterusnya sehingga ke peringkat bertumbuk kerana tidak berpuas hati.Sesungguhnya Islam itu adalah bersaudara

7.3 DihalauKetika berdakwah akan pasti ada segelintir kecil individu yang menggunakan kekerasan untuk menghalau golongan tabligh ini. Bahkan ada yang lebih memilukan ada yang bertindak menghalau mengunakan objek seperti penyapu dan sebagainya. Mereka memprotes sekeras-kerasnya jika ada golongan tabligh yang datang kerumah mereka.

9.0 FAKTOR-FAKTOR MASYARAKAT MENENTANG TABLIGH

9.1 Kurang asas ilmu Agama IslamIlmu merupakan penyuluh kehidupan kita. Ilmu ini merupakan mutiara-mutiara kehidupan yang kita perlu cari dan amal. Kurangnya ilmu menjadikan diri kita terdedah kepada benda maksiat yang akan menimbulkan kemarahan Allah S.W.T. Salah satu faktor utama ialah penentangan kerana kurangnya ilmu agama disamping memandang rendah akan ilmu yang menyebabkan diri kita mudah dikawal oleh syaitan dan nafsu.9.2 Tidak mengaplikasikan cara hidup IslamIslam is the way of life yang membawa maksud Islam merupakan cara hidup pegangan kita. Namun adakah kita menggunakan cara Islam dalam konteks kehidupan kita seharian? Jika tidak kita perlu mhasabah diri kembali dengan kembali kepada agama sebenarnya. Agama memainkan peranan penting dalam memupuk diri kita kearah positif dan seterusnya menjana pemikiran yang sihat.Saya fikir kita harus kembali kepada agama tokoh Athies9.3 Terlampau mengejar hal dunia (harta)Harta merupakan salah satu nikmat dunia yang sangat dikejar oleh setiap individu. Dalam faktor ini tidak bermaksud kita individu tidak perlu bekerja namun apa yang ditekankan ialah mengehadkan masa kita kepada dunia tetapi lebihkan masa kearah mencari keredhaan Allah S.W.T. Obses pada dunia menyebabkan kita meninggalkan ajaran Islam yang sebetulnya dan akan mengelak terlibat untuk kearah keagamaan. 9.4 Sifat ego yang tinggiEgo adalah sifat syaitan yang kita perlu dihindari. Ego menyebabkan manusia menjadi takbur dan seterusnya melupakan ajaran Islam. Ego juga menyebabkan kita susah untuk berbicara dan berdakwah. Sifat ego juga boleh menyebabkan seorang itu menjadi sombong dan bongkak kepada keluarga, masyarakat dan agama.Banyakkan melakukan kerja amal seperti mencuci tandas atau kolah sekiranya ingin mengurangkan sifat ego dalam diriAllahyarham Tuan Guru Nik Mat Aziz Nik Mat

10.0 LANGKAH-LANGKAH POSITIF MENCINTAI GOLONGAN TABLIGH

11.0 KESIMPULANTabligh merupakan kesinambungan dakwah Nabi Muhammad S.A.W yang kita sangat cintai dan rindui. Tabligh hanya mahu mengajak kita menjalani kearah kehidupan yang lebih baik dan teratur berlandaskan syariat agama Islam. Oleh itu, marilah kita bersama-sama membuka pintu hati kita mencintai dakwah berlandaskan Islam. Dakwah adalah perjalanan ke syurga Allah.

12.0 RUJUKAN Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) www.haluan.org.my Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)

TABLIQ DI MATA MASYARAKAT