t1a2

4
ADAT RESAM PERKAHWINAN MASYARAKAT IBAN Masyarakat Iban merupakan suatu kaum etnik di Sarawak yang sangat kaya dengan adat resam lama yang sehingga kini masih diamalkan. Antara peristiwa yang masih lagi mengikut adat resam lama adalah perkahwinan. Namun demikian, zaman sudah semakin berubah ke era teknologi yang lebih moden. Masyarakat Iban kini jarang sekali meraikan majlis perkahwinan mereka di rumah panjang atau di kawasan- kawasan terpencil. Kini ramai di antara mereka sudah mula berubah kepada cara moden iaitu melangsungkan perkahwinan di hotel-hotel. Bagi yang berkemampuan, mereka akan melangsungkan perkahwinan di hotel-hotel mewah manakala bagi yang kurang mampu, mereka akan menempah hotel kos rendah atau menyewa di dewan-dewan serbaguna sahaja. Oleh demikian, saya tidak dapat merakam peristiwa perkahwinan di rumah panjang. Berikut merupakan gambar-gambar perkahwinan kaum Iban yang saya dapatkan daripada rakan di facebook.: Hidangan untuk pengantin dan tetamu.

Upload: dinct1978

Post on 14-Dec-2015

244 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

epic asignment

TRANSCRIPT

Page 1: T1A2

ADAT RESAM PERKAHWINAN MASYARAKAT IBAN

Masyarakat Iban merupakan suatu kaum etnik di Sarawak yang sangat kaya dengan adat resam lama yang sehingga kini masih diamalkan. Antara peristiwa yang masih lagi mengikut adat resam lama adalah perkahwinan.

Namun demikian, zaman sudah semakin berubah ke era teknologi yang lebih moden. Masyarakat Iban kini jarang sekali meraikan majlis perkahwinan mereka di rumah panjang atau di kawasan-kawasan terpencil. Kini ramai di antara mereka sudah mula berubah kepada cara moden iaitu melangsungkan perkahwinan di hotel-hotel. Bagi yang berkemampuan, mereka akan melangsungkan perkahwinan di hotel-hotel mewah manakala bagi yang kurang mampu, mereka akan menempah hotel kos rendah atau menyewa di dewan-dewan serbaguna sahaja. Oleh demikian, saya tidak dapat merakam peristiwa perkahwinan di rumah panjang.

Berikut merupakan gambar-gambar perkahwinan kaum Iban yang saya dapatkan daripada rakan di facebook.:

Hidangan untuk pengantin dan tetamu.

Kebiasaannya, perkahwinan masyarakat Iban yang dilangsungkan di hotel, akan menjemput semua rakan dan sahabat handai dari pelbagai kaum sama ada melayu maupun cina. Oleh itu, makanan yang disediakan adalah halal dimakan oleh semua. Namun begitu, masyarakat Iban tidak akan meninggalkan jenis makanan tradisional mereka kerana ia merupakan adat turun-temurun yang mesti diikuti.

Antara makanan masyarakat Iban yang sangat digemari adalah ‘ayam pansuh’. Ia dimasak di dalam sebatang buluh besar seperti buluh lemang. Bahan-bahan yang digunakan amat ringkas tetapi aroma dan rasanya sangat menyelerakan.

Page 2: T1A2

Persandingan

Majlis persandingan pengantin ini diapit oleh dua orang kanak-kanak perempuan yang berpakaian tradisional Iban. Pakaian yang digunakan oleh pengantin juga pakaian tradisional. Jika di rumah panjang kebiasaannya pengantin hanya duduk di atas lantai beralaskan tikar dan sudah dihias dengan cantik.

Pengantin masing-masing memakaikan barang kemas seperti rantai dan gelang sebagai tanda ikatan yang utuh.

Page 3: T1A2

Salah satu aktiviti semasa perkahwinan itu adalah membaling duit syiling. Namun tidak diketahui tujuan sebenarnya.

Pengantin nampak cantik dengan memperagakan pakaian tradisional lengkap turun-temurun masyarakat Iban.

Page 4: T1A2

Persembahan tarian daripada ratu kumang gawai rumah panjang bagi menyerikan majlis dan meraikan pengantin semasa di atas pelamin.