t1a2

Upload: tasaka-ambotang

Post on 09-Oct-2015

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENDIDIKAN INKLUSIF BERKEPERLUAN KHAS.

Daftar Kandungan Halaman

Pendahluan1

Sinopsis1Kerangka Konsep Tajuk2Garis Panduan Pendidikan Inklusif3Saringan Kepada Kanak-kanak Berkeperluan Khas3

Instrumen yang berkaitan dalam program pendidikan Inklusif5Sebelum5Semasa6Selepas7Carta Aliran Pemilihan Murid Program Pendidikan Inkluisif10Panduan Pengesahan Murid Berkeperluan Khas11

Rumusan13

Rujukan14

Pendahuluan

Peluang diberikan kepada murid-murid yang berkeperluan khas di kelas aliran perdana juga mengalami perubahan positif. Ini selaras dengan konsep pendidikan untuk semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas seperti bermasalah penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran termasuk murid-murid austistik. Program Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka. Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. KPM telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan agar akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

Sinopsis.

Dalam topic ini kita akan membincangkan segala kretiria, ujian yang patut dilalui oleh kanak-kanak yang berkeperluan khas, aris panduan pendidikan khas, Saringan dan Penempatan kanak-kanak inklusif dan sebagainya yang lebih detil akan diperincikan didalam perbincangan ini.

Kerangka Konsep Tajuk

Peraturan Perlaksanaan Pendidikan Inklusif

Peraturan Perlaksanaan Pendidikan Inklusif

Peraturan Perlaksanaan Pendidikan InklusifPeraturan Perlaksanaan Pendidikan InklusifPeraturan Perlaksanaan Pendidikan InklusifPeraturan Perlaksanaan Pendidikan Inklusif

Pencalonan

Pencalonan dibuat berdasarkan kemampuan dan prestasi pelajar berkeperlan khas yang berada diProgram pendidikan Khas Integrasi Yang dikenal pasti boleh

i- Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran perdanaii- Bersosialisasiiii- Menduduki Peperiksaan Awam.

Garis Panduan Pendidikan Inklusif.

Keperluan cadangan garis panduan pelkasnaan Program Pendidikan Inklusif disekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi Bermaslah Pembelajaran di sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi.

Saringan:InstrumenSaringan kanak-kanak berkeperluan khas ini merangkumi beberapa peringkat iaitu Peringkat Pertama, Peringkat Kedua dan Peringkat Ketiga. Penulis juga akan menjelaskan instrumen-instrumen yang berkaitan iaitu sebelum program, semasa program dan selepas program inklusif dilaksanakan.

Saringan kanak-kanak berkeperluan khas1. Peringkat Pertamai. Semua murid pendidikan khas akan memulakan sesi persekolahan mengikut pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas integrasi (PPKI) bermula pada bulan Januariii. Ujian Pengesanan 1 akan diadakan bagi tujuan penempatan murid pendidikan khas ke PPKI atau Program Pendidikan Inklusif (PPI).iii. Senarai pendek murid pendidikan khas yang lulus dalam UPI akan dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Bagi murid pendidikan khas yang gagal dalam UPI akan ditempatkan ke PPKI.

2. Peringkat Keduai. Semua murid pendidikan khas yang lulus ini dalam UPI mengikuti pengajaran dan pembelajaran di PPI bermula pada minggu pertama bulan Februari sehingga ke akhir tahun.ii. Semua murid pendidikan khas ini akan menduduki peperiksaan yang sama di aliran perdana seperti Ujian Pengesanan 2, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.3. Peringkat Ketigai. Murid pendidikan khas yang gagal dalam UPI akan ditempatkan di PPKI

ii. Murid pendidikan khas akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran pada minggu pertama bulan Februari di PPKI

iii. Semua murid pendidikan khas ini akan menduduki peperiksaan yang sama di aliran perdana seperti Ujian Pengesanan 2, Peperiksaan pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.

iv. Bagi murid pendidikan khas yang lulus bagi setiap Ujian Pengesanan 2, atau Peperiksaan Pertengahan Tahun atau Peperiksaan akhir tahun akan di senarai pendekkan ke Mesyuarat Jawatankuasa untuk tujuan penempatan semula ke PPI.

v. Bagi murid pendidikan khas yang belum layak ke PPI, akan meneruskan pengajaran dan pembelajaran di PPKI.Instrumen-instrumen yang berkaitan dalam Program Inklusif:1. Sebelum Programi. Penubuhan Jawatankuasa Program pendidikan Inklusifii. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat pemilihan pelajar berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian sera ujian diagnostik yang dijalankan oleh guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan.iii. Mengumpul, menganalisis data dan maklumat pelajar khas yang akan mengikuti Program Inklusif.iv. Jawatanluasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru Pendidikan khas dan PPM.v. Penolong Kanan Pendidikan Khas mengadakan perbincangan dengan pentadbir dan guru-guru aliran perdana yang terlibat. Setiap guru telag mendapat taklimat yang jelas dan telah menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar pelajar Pendidikan Khas tersebut. vi. Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga. Ibu bapa dipanggil untuk diterangkan tujuan dan kepentingan program terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa yang bersetuju diminta menulis surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.vii. Membuat perjumpaan dengan semua pelajar yang berkenaan.viii. Menyediakan sebuah kelas persediaan iaitu di kelas pendidikan khas.ix. Menyediakan jadual kelas yang sama dengan aliran perdana.x. Penolong kanak PPKI memaklumkan pada semua pelajar aliran perdana dan warga sekolah pada perhimpunan rasmi sekolah. Penerangan dan taklimat telah diberikan secara formal dan tidak formal. Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa melalui PIBG mengenai implemantasi Program inklusif dijalankan.xi. Pelajar berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling sesuai. Tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar di buat ke atas kelas yang dipilih. Namun demikian, guru-guru PPKI serta PPM bertindak sebagai mentor kepada mereka.xii. Kedudukan pelajar berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-satu kelas. Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam dan memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru dan sebaliknya.xiii. Semua mata pelajaran wajib diinklusifkanxiv. Meninjau sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.xv. Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan pelajar khas semasa di dalam kelas inklusif atau kelas pendidikan khas.2. Semasa Programi. Membuat pemerhatian dari semasa ke semasaii. Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan perbincangan dengan guru-guru yang terlibat serta mengambil tindakan susulan.iii. Pelajar pendidikan khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan pelajar lain. Semua pelajar khas digalakkan terlibat secara aktif dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.iv. Guru mata pelajaran dan guru pendamping berkongsi bahan bantu mengajar yang sama dengan pelajar lain dan diberikan tugasan yang sama. Pelajar pendidikan khas yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang diberikan tanpa merujuk kepada mentor. Ini membuktikan pelajar pendidikan khas ini tidak bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping sahaja. Mereka telah berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru khas sekiranya diperlukan.v. Dari segi sosialisasi dan komunikasi, pelajar pendidikan khas ini sudah berkomunikasi dengan guru-guru dan pelajar lain dan boleh bersosialisasi dengan aktif. Komunikasi dua hala sentiasa berlaku di sekolah malah di luar sekolah.vi. Sikap toleransi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan impak positif kepada pembelajaran pelajar pendidikan khas.3. Selepas Programi. Guru pendamping dan guru mata pelajaran menilai kemajuan pelajar dan mencatatkan pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi.ii. Penilaian keberkesanan program terhadap pendidikankhas sentiasa dijalankan secara berperingkat-peringkat.iii. Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada pelajar.iv. Guru Pendamping memaklumkan perkembangan pelajar kepada ibu bapa atau penjaga.v. Keputusan peperiksaan pelajar pendidikan khas berkenaan dihantar ke Unit Pendidikan Khas PPD dan JPN.

Bahan-bahan Instrumen.Instrumen KajianInstrumen kajian kes ini adalah seperti berikut:SENARAI SEMAKSK. Sahabat II, Lahad Datu.Nama murid: __________________________________Umur: ________________ Bangsa: ____________________Status sosio-ekonomi keluarga: ____________________Masalah Kesihatan (Jika ada): _________________________________________Bilangan tahun belajar: _______________________Tempat belajar: ______________________________________________

Ciri-Ciri Berkaitan Dengan Penggunaan Bahasa Secara Lisan/PertuturanYATIDAK

1Lambat bertutur

2Salah membunyikan perkataan yang lebih panjang, salah menyebut

3Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad walaupun dalam bahasa pertuturan yang utama

4Masalah untuk mengikuti arahan-arahan yang terdiri daripada beberapa langkah. Contohnya arahan-arahan untuk membuat kraf tangan

5Keliru dengan perkataan yang menunjukkan arah, contohnya kiri/kanan, hadapan/belakang.

6Masalah mempelajari lagu, pantun berirama atau nursery rhymes

7Masalah untuk mengingat kembali nama/label untuk sesuatu objek yang biasa

8Sering menggantikan sesuatu perkataan dengan perkataan yang lain

9Frasa-frasa pertuturan sering berkecamuk

10Masalah untuk mengikuti rentak (rythm) secara bertepuk tangan

Jumlah

Ciri-ciri Berkaitan Dengan Kemahiran MembacaYATIIDAK

11Masalah mempelajari nama dan bunyi abjad ataupun bunyi suku kata

12Masalah mengingati bentuk dan nama abjad, contohnya b dan d, p dan q, m dan n

13Salah membaca perkataan ringkas yang biasa. Contohnya dia/dan

14Masalah untuk membunyikan/baca perkataan yang lebih panjang

15Suka mendengar cerita apabila dibaca oleh orang lain tetapi tidak berminat untuk membaca sendiri

16Lambat membaca

17Banyak kesilapan mengeja

Jumlah

Ciri-Ciri Berkaitan Dengan Kemahiran MengoranisasiYATIDAK

18Selalu kehilangan benda seperti kertas, pen

19Selalu lupa, contohnya membuat kerja rumah, membawa sesuatu ke kelas

20Meja selalu tidak kemas/tidak teratur

21Mengambil masa yang lama untuk mengemaskan/menyusun sesuatu

22Lambat melaksanakan sesuatu tugasan

Jumlah

Ciri-ciri Berkaitan Dengan Kemahiran MengingatYATIDAK

23Selalu lupa nama objek atau nama orang, selalu gantikan nama orang dengan ganti nama am

24Susah mengingati sesuatu dalam bentuk urutan, contohnya hari dalam seminggu

25Perlu banyak ulangan sebelum menangkap sesuatu konsep

Jumlah

Ciri-Ciri Berkaitan Dengan Kemahiran MenulisYATIDAK

26Teragak-agak untuk menggunakan sama ada tangan kanan ataupun kiri untuk menulis

27Tulisan tidak kemas, tidak teratur ataupun tidak dibentuk dengan sempurna

28Lambat menulis

29Masalah untuk menyalin

30Kemahiran motor halus yang lemah

Jumlah

Ciri-Ciri Berkaitan Dengan Perhatian Dan HiperaktivitiYATIDAK

31Masalah untuk menumpu perhatian, senang terganggu

32Tidak boleh duduk diam

33Perhatian senang dialihkan (distractibility)

34Impulsif, contohnya, bercakap sebelum habis ditanya

35Hiperaktif, contohnya selalu perlu bergerak

36Selalu berangan-angan

Jumlah

Ciri-ciri Berkaitan Dengan Pergerakan Motor Dan Koordinasi Badan YATIDAK

37Sering menghadapi masalah semasa memakai baju dan kasut bertali

38Sering terjatuh, melanggar benda

39Masalah untuk membaling dan menangkap bola

40Masalah merancang dan mengkoordinasikan pergerakan badan

Jumlah

Ciri-ciri Berkaitan Dengan Pengamatan Masa YATIDAK

41Pengamatan masa yang lemah, selalu lambat, tidak suka tengok jam

42Masalah mengamati tempoh masa

Jumlah

Jumlah Besar

Ciri-ciri ini hanya untuk menolong seseorang guru untuk mengesan murid-murid yang berkeperluan khas.Pengenalpastian perlu dilaksanakan oleh pakar perubatan, pakar psikologi ataupun pakar.Carta Aliran Pemilihan Murid Program Pendidikan Inkluisif.PENEMPATAN PROGRAM PPIRESPON GURU PK / MATAPELAJARANPRAPENEMPATAN (3 BULAN )PERJUMPAAN IBUBAPAPENILAIAN PENEMPATANPENILAIAN KEPUTUSANJK LULUSKAN SARINGAN PPIPROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI [ PPKI ]KAUNSELING / INTERVENSI

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI [ PPKI ]

Panduan Pengesahan Murid Berkeperluan Khas.

Pelaksanaan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS), NKRA telah dilaksanakan di semua sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan mulai bulan Januari tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun Satu (kohort 1) 2010.Murid yang tidak menguasai konstruk 1 dan 2 dalam saringan 3 disaring sekali lagi menggunakan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDM) dan Instrumen Saringan Disleksia (ISD) bagi mendapat pengesahan Pegawai Perubatan dan seterusnyamenempatkan murid berdasarkan keperluan pembelajaran.TUJUANPanduan ini dihasilkanuntuk membantu Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Guru besar melaksanakan proses pengesahan murid berkeperluan Khas oleh pegawai perubatan.PROSEDUR PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS OLEH PEGAWAI PERUBATANDalam melaksanakan pengesahan murid berkeperluan khas oleh Pegawai Perubatan, semua pihak yang terlibat perlu mematuhi prosedur seperti yang digariskan dibawah: i. Ibu bapa/penjaga perlu membawa bersama keputusan saringanIPMBDM dan ISD semasa temu janji dengan pegawai perubatan. ii. Ibu bapa/penjaga perlu menanda tangani borang BPKh01 dan membawa bersama semasa temu janji dengan pengesahan pegawaiperubatan. iii. Borang BPKh02 hendaklah diisi oleh pihak sekolah dan diserahkankepada ibu bapa/penjaga untuk dibawa bersama semasa temu janji dengan pengesahan pegawai perubatan.Carta Aliran berikut merupakan penjelasan tentang prosedur yang perlu diikut oleh PPD, Guru Besar dan ibubapa.

PROSEDUR KEMASUKAN MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN TAHUN PERTAMA.

RumusanOleh yang demikian, cadangan dan garis panduan ini adalah satu usaha untuk melihat pelaksanaan Program pendidikan Inkluis (PPI) murid berkeperluan khas. Di harap pelaksaan program yang telah dirancang ini dapat memberikan kejayaan yang sangat cemerlang kepada pihak sekolah terutamanya murid-murid berkeperluan khas ini. Penulis yakin dan percaya bahawa usaha yang berterusan ini pastinya membuahkan kejayaan yang sangat cemerlang. Murid-murid berkeperluan khas ini akan menjadi aset penting kepada negara dan bukannya suatu liabiliti seterusnya dapat menjadi insah yang bersahsiah suatu masa nanti.

Rujukan

Abdul Rahim Selamat. (1994). Strategi-strategi bagi Pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi.

Farrell, P. & Ainscow, M. (Ed). (2002). Making Special Education Inclusive. London: David Fulton Publisher.

Dyson, A & Millward, A. (2000) Schools and Special Need: Issues of Innovation and Inclusion.London:SAGE Publications Inc.

Garguilo.R.M.(2006). Special Education In Contemporary Society. (2nd Ed). USA Thomson Wadsworth.

Kamariah Jalil. (1995). Ke Arah Peluang Yang Sama dan Penyertaan Sepenuhnya. Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua.Primula Beach Resort, Terengganu.

Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran di Sebuah Sekolah di Kuala Lumpur.Tesis master yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Rujukan Dalam Talian

http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2013/01/garis-panduan-pelaksaan-inklusif.html

http://penselcikgu.blogspot.com/2011/12/garis-panduan-perlaksanaan-program.html

11