t1a2

4
HBEF2803 AMALAN PROFESIONALISME KEGURUAN LAWATAN KE RUMAH ANAK YATIM ASPEK GOTONG-ROYONG SEKOLAH 1. Projek ini berhasrat mendedahkan pelajar kepada pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah. Selain memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara ia juga bertujuan melahirkan warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. MATLAMAT 1. Matlamat gotong-royong ini adalah untuk memberi pendedahan yang sebenar kepada warga sekolah mengenai amalan keceriaan serta menyemai sifat cintakan kebersihan dan keceriaan sekolah. Memandangkan amalan ini kurang mendapat pendedahan yang sebenar dan murid kerap kali kurang mengambil perhatian dan mengabaikan amalan kebersihan di persekitaran sekolah berbanding di rumah. 2. Melalui aktiviti gotong-royong ini, warga sekolah juga boleh meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap kebersihan di mana mereka melibatkan diri dengan aktiviti membersihkan persekitaran sekolah tersebut. Matlamat penting program ini adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan

Upload: fizree-aries

Post on 01-Oct-2015

9 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

T1A2

TRANSCRIPT

HBEF2803 AMALAN PROFESIONALISME KEGURUAN

HBEF2803 AMALAN PROFESIONALISME KEGURUAN

LAWATAN KE RUMAH ANAK YATIMASPEKGOTONG-ROYONG SEKOLAH

1. Projek ini berhasrat mendedahkan pelajar kepada pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah. Selain memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara ia juga bertujuan melahirkan warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

MATLAMAT1. Matlamatgotong-royongini adalah untuk memberi pendedahan yang sebenar kepada warga sekolah mengenai amalan keceriaan serta menyemai sifat cintakan kebersihan dan keceriaan sekolah. Memandangkan amalan ini kurang mendapat pendedahan yang sebenar dan murid kerap kali kurang mengambil perhatian dan mengabaikan amalan kebersihan di persekitaran sekolah berbanding di rumah.2. Melalui aktiviti gotong-royong ini, warga sekolah juga boleh meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap kebersihan di mana mereka melibatkan diri dengan aktiviti membersihkan persekitaran sekolah tersebut. Matlamat penting program ini adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kebersihan dan keceriaan serta melahirkan warga sekolah yang peka terhadap persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.3. Selain itu, memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan harmoni untukanak-anakbelajar. Ibubapa dapat bekerjasama dengan kakitangan sekolah iaitu guru-gurudan pekerja serta wakil PIBG untuk menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah. Kawasan yang menjadi tumpuan ialah tempat rehat wakaf dan kawasan belakang sekolah yang terbiar agar boleh dijadikan sebagai tempat untuk murid membaca, berbincang dan mengulangkaji.

1. Para peserta akan menjalankan aktiviti aktiviti seperti suaikenal bertujuan untuk mengenali dengan lebih dekat golongan ini dan seterusnya menjalinkan ikatan ukhuwah. Malah, aktiviti ini juga mampu meningkatkan kesedaran kepada peserta tentang nilai-nilai kehidupan.2. Selain itu, peserta juga menjalankan aktiviti sukaneka bertujuan untuk menaikkan semangat anak-anak yatim dan mengembalikan kegembiraan kepada mereka.

PENDEKATAN1. Mewujudkan kawasan tempat rehat wakaf dan taman sekolah yang lebih ceria dan harmonis. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan dan menjadikan iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting untuk mencapai visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan.2. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria.

1. Setiap aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan bertujuan untuk memastikan penglibatan daripada semua pihak dan mewujudkan kolaborasi antara satu sama lain.

KAEDAH1. Setiap kawasan telah dipecahkan mengikut kumpulan. Oleh itu, ketua kumpulan berperanan untuk memberikan arahan kepada ahli kumpulan untuk menjalankan tugasan masing-masing.2. Selain itu, semangat kerjasama dapat dilihat melalui sumbangan yang diberikan oleh ahli dalam kumpulan.