t1a2

17
HBEF2703 NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF2703 KO-KURIKULUM JANUARI 2014 TAJUK TUGASAN 1 AKTIVITI 2 PERSEDIAAN SEBELUM PERTANDINGAN Sebelum melaksanakan sesuatu pertandingan, perancangan yang rapi amat perlu. Oleh itu, anda perlu: (i) membentuk satu Jawatankuasa Pengelola Pertandingan. Ahli Jawatankuasa ini boleh terdiri daripada rakan guru sama sekolah atau murid-murid anda sendiri. Contoh murid Tahun Enam. Antara aktiviti Jawatankuasa Pengelola adalah: merangka jadual kerja (contoh Carta Gantt) mempromosi pertandingan menyediakan tempat pertandingan menyediakan peralatan yang diperlukan merangka carta pertandingan melantik pengadil pertandingan menyediakan syarat-syarat pertandingan surat menyurat panggilan lantikan ahli jawatankuasa; mesyuarat Jawatankuasa; pinjaman peralatan lain-lain perkara berkaitan. Name : Noor Rulhuda Binti Mohd Samjis Matric number : 840726135564001 NRIC : 840726-13-5564 Telephone number : 013- 3992617 E-mail address : [email protected] 1

Upload: noor-rulhuda-mohd-samjis

Post on 05-Nov-2015

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EPIC2

TRANSCRIPT

HBEF2703NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF2703KO-KURIKULUMJANUARI 2014

TAJUK TUGASAN 1 AKTIVITI 2PERSEDIAAN SEBELUM PERTANDINGANSebelum melaksanakan sesuatu pertandingan, perancangan yang rapi amat perlu. Oleh itu, anda perlu:(i) membentuk satu Jawatankuasa Pengelola Pertandingan. Ahli Jawatankuasa ini boleh terdiri daripada rakan guru sama sekolah atau murid-murid anda sendiri. Contoh murid Tahun Enam. Antara aktiviti Jawatankuasa Pengelola adalah: merangka jadual kerja (contoh Carta Gantt) mempromosi pertandingan menyediakan tempat pertandingan menyediakan peralatan yang diperlukan merangka carta pertandingan melantik pengadil pertandingan menyediakan syarat-syarat pertandingan surat menyurat panggilan lantikan ahli jawatankuasa; mesyuarat Jawatankuasa; pinjaman peralatan lain-lain perkara berkaitan.

Name : Noor Rulhuda Binti Mohd Samjis Matric number : 840726135564001 NRIC : 840726-13-5564 Telephone number : 013-3992617 E-mail address : [email protected]

Nama Tutor: En. Mohamad Arif bin Abdul RaniLearning Centre: OUM Mentakab

September 2013 Semester

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN

1.1 Pembentukan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

2.0 MERANGKA JADUAL KERJA (CONTOH CARTA GANTT)

3.0 MEMPROMOSI PERTANDINGAN

3.0MENYEDIAKAN TEMPAT PERTANDINGAN

4.0MENYEDIAKAN PERALATAN YANG DIPERLUKAN

5.0MERANGKA CARTA PERTANDINGAN

6.0MELANTIK PENGADIL PERTANDINGAN7.0MENYEDIAKAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN8.0SURAT MENYURAT PANGGILAN LANTIKAN AHLI JAWATANKUASA; MESYUARAT JAWATANKUASA;PINJAMAN PERALATAN

9.0KESIMPULAN

10.0RUJUKAN

1.0 PENGENALAN

Sebelum sesuatu pertandingan dilaksanakan, Ahli Jawatankuasa Pengelola perlu mengatahui peraturan am pertandingan dan syarat-syarat pertandingan permainan tradisional ini. Syarat-syarat dan peraturan am pertandingan yang dilaksanakan ini merupakan hak mutlak pengelola kejohanan.

1.1Pembentukan Jawatankuasa Pengelola PertandinganDi dalam pelaksanaan sesuatu pertandingan, pengelola sukan hendaklah membnetuk Jawatankuasa Pengelola Pertandingan. Kebiasaannya, sistem giliran digunakan bagi penganjuran pengelolaan ini. Senarai tugas Jawatankuasa Pengelola ialah seperti menentukan tempat, masa dan arikh pertandingan setelah berbincang di dalam mesyuarat induk, melantik pegawai yang bertauliah, menyediakan peralatan, tempat, makanan/minuman dan kelengkapan lain sebulan sebelum kejonan. Selain itu, Jawatankuasa ini perlu menjemput ahlijawatankuasa yang lain mengikut senarai jawatankuasa yang telah dipersetujui bersama, mengedarkan notis mesyuarat jawatankuasa pengelola serta semua perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan am akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dengan rasminya dan muktamad. Ahli-ahli jawatankuasa pengelola perlu dibentuk seperti berikut Ahli Jawatankuasa Induk dan Ahli Jawatankuasa Kerja.

1.1.1 Ahli Jawatankuasa Induk

Pengerusi :En. Khairuddin bin YaakobTimbalan pengerusi:En. Wan Saiful Adli bin Wan MohamadSetiausaha:Pn.Noor Rulhuda bt Mohd SamjisPenolong Setiausaha:Cik Nafisah bt AzemyBendahari:Pn. Noriza bt Mohamad Nasir

1.1.2 Ahli Jawatankuasa Kerja

AJK Pertandingan:Pn. Nor faezah bt Zakaria AJK Teknikal:En. Mohd Sahran bin IsmailAJK Publisiti:Pn. Noor Rulhuda bt Mohd SamjisAJK Keselamatan:En. Syahirman bin Abd SukorAJK Persiapan tempat:En. Faizuddin SabunarAJK Minuman/Makanan:Pn. Julina bt TarikatAJK Protokol dan Jemputan:Pn. Jasimah bt JabarAJK Statistik dan Keputusan:Pn. Mohaiza bt MohamadAJK Hadiah dan Cenderamata:Pn. Rohaida bt MudaAJK Serantau:Pn. Enieza bt MohamadAJK Kewangan:Pn. Norlizan bt Borhan

2.0MERANGKA JADUAL KERJA (CONTOH CARTA GANTT)

Carta Gantt di bawah ini adalah merupakan aktiviti-aktiviti yang dilakukan ahli jawatankuasa Pengelola sepanjang pelaksanaan pertandingan yang diadakan nanti. Dengan adanya jadual kerja berikut, semua ahli jawatankuasa akan berkerjasama untuk menjayakan dan melancarkan pertandingan permainan tradisional yang akan di lakukan nanti. Contoh carta gantt yang dibuat adalah seperti berikut:

CARTA GANTT PERTANDINGAN BATU SEREMBANSEKOLAH RENDAH AGAMA AT-TAQWA TEMERLOH

BILAKTIVITIJANFEBMACAPRMEIJUNJULOGSSEPOKT

PELAKSANAAN

1MESYUARAT AJK INDUKX

2PERLANTIKAN AJK KERJAX

3MESYUARAT AJK XX

4MEMPROMOSI PERTANDINGANX

5PENDAFTARAN PESERTAX

6MENYEDIAKAN TEMPATX

7MENYEDIAKAN PERALATANX

8MERANGKA CARTA PERTANDINGANX

9MELANTIK PENGADILX

10MENYEDIAKAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGANX

11LATIHAN MURIDXXX

12SURAT MESYURAT PANGGILANX

13PERTANDINGANX

Jadual 1.1 Carta Gantt Pertandingan Batu Seremban3.0MEMPROMOSI PERTANDINGANSetelah membina carta gantt yang dipersetujui oleh semua Ahli Jawatankuasa, pengelola perlu membuat promosi pertandingan untuk kemukakan kepada semua pelajar sasaran yang telah dibincangkan. Promosi ini bertujuan untuk menarik minat pelajar yakni peserta agar berminat dan cintakan permainan tradisional ini. Setiap peserta dikehendaki mendaftar nama kepada guru yang menganjurkan dan menghantar borang senarai nama peserta pertandingan yang akan diedarkan kepda pelajar. pertandingan permainan tradisional ini dilakukan seramai 8 orang secara individu yang mana kumpulan sasaran adalah pelajar perempuan tahap 2. Contoh borang peserta ialah seperti di bawah:

BORANG SENARAI NAMA PESERTA PERTANDINGAN

BILNAMA PESERTAKUMPULANNO. KAD PENGENALAN

1

2

3

4

5

6

7

8

Jadual 1.2 Borang Senarai Nama Peserta Pertandingan

PROMOSI PERTANDINGAN

Rajah 1.1 Promosi Pertandingan3.0MENYEDIAKAN TEMPAT PERTANDINGAN

Para peserta yang telah dipilih untuk dipertandingkan, mereka akan membuat latihan bagi persediaan hari bertanding yang telah ditetapkan. Jawatankuasa pengelola akan menyediakan persiapan tempat untuk peserta bertanding. Tempat yang diadakan adalah di Dewan Sekolah Rendah Agama At-Taqwa seperti dalam rajah berikut:

DEWAN SRA AT-TAQWA TEMERLOH

KEDUDUKAN PESERTA

KEDUDUKAN HAKIM

KEDUDUKAN PENONTON

Rajah 1.2 Dewan SRA At-Taqwa

4.0MENYEDIAKAN PERALATAN YANG DIPERLUKANSetelah persiapan tempat sudah dirancang, pengelola perlu memikirkan dan bertindak untuk penediaan peralatan yang diperlukan semasa pertandingan diadakan. Peralatan yang biasa digunakan ialah seperti meja dan kerusi untuk para hakim dan penonton, P.A sistem untuk juruacara dan pengerusi majlis untuk membuat pengumuman dan sebagainya semasa hari bertanding. Untuk menepati prosedur pertandingan, pengelola hendaklah membuat satu surat pinjaman peralatan kepada pihak sekolah. Contoh surat tersebut akan di lampirkan pada bilangan 8.0 di bawah.

5.0MERANGKA CARTA PERTANDINGANBerikut adalah merupakan carta pertandingan semasa hari pertandingan permainan tradisional tersebut diadakan. Pemenang yang merangkul tempat Johan, Naib Johan dan ketiga akan mendapat hadiah sebuah hamper istimewa.A

B

C

D

JOHAN

E

F

G

H

Rajah 1.3 Carta Pertandingan6.0MELANTIK PENGADIL PERTANDINGANSemasa pertandingan permainan tradisional ini dilaksanakan, pihak pengelola perlu melantik pengadil pertandingan untuk mengadili sesuatu pertandingan yang diadakan. Peserta perlu mematuhi arahan dan peraturan serta syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan. Pihak pengelola perlu menyediakan surat perlantikan pengadil untuk pertandingan yang dilancarkan. Kemudian, surat tersebut hendaklah diberi kepada pihak yang ingin dilantik sebagai pengadil dalam pertandingan itu. Berikut adalah contoh surat perlantikan pengadil pertandingan: SEKOLAH RENDAH AGAMA AT- TAQWA (SABK)KM 4,JALAN TANJONG LALANG,JALAN MENTAKAB,28000 TEMERLOH PAHANG DARUL MAKMUR TEL:092901648 FAKS:092901647

______________________________________________________________________________ Ruj. Kami : Tarikh : 15 APRIL 2014

Kepada : Tn. Hj. Busah bin Abu BakarMelalui dan SalinanPengetua/Guru Besar

SMK TEMERLOH JAYA,TEMERLOH

Tuan PELANTIKAN SEBAGAI PENGADIL PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL BATU SEREMBAN SRA AT-TAQWA 2014

Adalah dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk .

2.Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Permainan Batu Seremban Peringkat Sekolah akan diadakan seperti berikut:-

Hari : RABUTarikh : 14 Mei 2014Masa : 2.00 5.00 ptgTempat : Dewan SRA At-Taqwa Temerloh

3.Sehubungan dengan itu, tuan /puan dilantik sebagai pengadil dalam pertandingan tersebut.

4.Dipohon kerjasama tuan pengetua/guru besar agar dapat memberi pelepasan kepada pegawai berkenaan pada tarikh yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARAPENDIDIKAN CEMERLANG KAEDAH TERBILANG

Saya menurut perintah, ..(EN. WAN SAIFUL ADLI BIN WAN MUHAMMAD)GPK KOKURIKULUMSRA AT-TAQWA Rajah 1.4 Surat Pelantikan Pengadil Pertandingan

7.0MENYEDIAKAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGANBerikut merupakan syarat-syarat pertandinagan permainan tradisional batu serembanyang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BATU SEREMBANSEK. REN. AGAMA AT-TAQWA

1.0 PERATURAN PERTANDINGAN1.1 PENGENALANPertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN BATU SEREMBAN SEK. REN. AGAMA AT-TAQWA 2014 anjuran Unit Kokurikulum Sek. Ren. Agama At-Taqwa Temerloh.

1.2 TARIKH DAN TEMPAT1.2.1 Pertandingan akan diadakan seperti ketetapan berikut:Hari : RABUTarikh : 14 Mei 2014Masa : 2.00 5.00 ptgTempat : Dewan SRA At-Taqwa Temerloh

2.0 SISTEM PERTANDINGAN2.1 lapan orang peserta bagi satu pasukan (perempuan sahaja). Sistem pertandingan akan diadakan secara kalah mati.

3.0 PERATURAN PERMAINAN3.1 Pada masa mengambil buah-buah itu, pemain tidak boleh menyentu mana-mana buah yang berhampiran.3.2 Pemain hendaklah menyambut buah yang dilambung sebelum buah yang dilambung jatuh kelantai.3.3 Tiap kali satu-satu peringkat, semua buah dikumpulkan dan disertakan untuk peringkat yang lain.3.4 Pemain lain akan mengambil giliran mereka bermain apabila sesuatu kesilapan yang telah dilakukan.3.5 Dalam pusingan lepas itu, seorang pemain menyambung pemain-pemainnya diperingkat ia telah melakukan kesalahan.

4.0 CARA BERMAINBuah Satu Serakkan buah dilantai, ambil satu dan lambung. Sebelum buah yang dilambung jatuh, pungut satu buah dan terus sambut buah yang dilambung tadi dengan tangan yang sama. Letakkan ke tangan kiri. Ulang semula hingga habis buah dilantai dan dengan sekali lambing masukkan buah yang terkumpul dikiri ke tangan kanan.Buah Dua Sama seperti buah satu, Cuma pungut dua buah setiap kali dilambung.Buah Tiga Sama juga seperti buah satu dan buah dua, bezanya sekali lambung pungut satu dan lambung kedua pungut tiga.Buah Empat Sama, Cuma pungut keempat-empat buah dengan sekali lambung.Buah Lima Serakkan biasa, ambil tiga buah ditangan kanan dan dua buah ditangan kiri. Lambung satu buah yang ditangan kanan, sambil meletakkan kelantai buah-buah yang ada dikedua-dua tangan dan segera sambut buah yang dilambung. Sekali lagi lambung dan terus pungut semula buah di lantai dengan kedua-dua tangan (dua buah ditangan kiri dan dua buah ditangan kanan). Sambut buah yang dilambung. Dan sekali lambung kumpulkan buah ketangan kanan.Buah Sentuh Seperti buah satu, Cuma sentuh sahaja setiap buah dilantai dengan sekali lambung pungut kesemua buah.Buah Pungut Sama, Cuma setiap kali lambung, pungut satu buah dan masukkan ketangan kiri hingga habis dan sekali lambung kumpulkan ketangan kanan semuala.Buah Tukar Serakkan buah, ambil satu dan lambung, pungut satu buah. Sekali lagi lambung sambil menukar buah ditangan dengan satu buah dilantai. Ulang hingga kesemua buah ditukar. Akhir sekali, sambil lambung letakkan buah ditangn kelantai dan sekali lambung pungut kesemua buah.Buah Lambung Sama seprti buah tukar, bezanya kedua-dua biji buah dilambung dan cepat-cepat tangan kiri menyambut satu buah dan tangan kanan pungut satu buah dilantai terus sambut buah yang dilambung kumpulkan ketangn kanan.Buah Timbang Untuk menentukan mata timbang buah kebelakang tapak tangan sekiranya dapat lima, disambut semula ketapak tangan dengan angka lima juga dan mata dikira lima.

5.0 CARA MENENTUKAN KEMENANGANMana-mana peserta yang dapat memungut mata yang terbanyak dikira pemenang.6.0 HUKUMAN DAN LARANGAN6.1 MATIa) Jika pemain tidak layak dapat menyambut buah yang dilambung.b) Ketika memungut buah dilantai, tersentuh buah lain.c) Pada langkah timbang, ketika menyambut semula ketapak tangan, jumlahnya tidak sama.d) Pemain terlupa tahap dia berada ketika menyambung semula.6.2 Berbuat diluar permainan dia akan dibuang gelanggang.

7.0 YURAN PENYERTAANSetiap individu akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM 5 per individu.

8.0 HADIAH PERTANDINGANHadiah berupa hamper istimewa akan diberikan kepada pemenang Johan, Naib Johan dan tempat ke tiga sahaja setelah bertanding ke peringkat akhir.

9.0 TARIKH TUTUP PERMOHONANSemua borang penyertaanyang telah lengkap diisi hendaklah serahkan ke urusetia pertandingan pada atau sebelum 31 Mac 2014 (Isnin).__________________________________________________________________________8.0SURAT MENYURAT PANGGILAN LANTIKAN AHLI JAWATANKUASA; MESYUARAT JAWATANKUASA; PINJAMAN PERALATAN.Sebelum memulakan pertandingan, Jawatankuasa Pngelola mestilah menghantar Surat Panggilan Lantikan Ahli Jawatankuasa, Surat Panggilan Mesyuarat Jawatankuasa Dan Surat Pinjaman Peralatan. Di bawah adalah contoh bagi ketiga-tiga jenis surat tersebut.

SEKOLAH RENDAH AGAMA AT- TAQWA (SABK)KM 4,JALAN TANJONG LALANG,JALAN MENTAKAB,28000 TEMERLOH PAHANG DARUL MAKMUR TEL:092901648 FAKS:092901647

______________________________________________________________________________ Ruj. Kami : Tarikh : 15 APRIL 2014 En. Mohd Idzuwan bin Abu Kuasim.Melalui; Guru BesarSRA At-Taqwa,Temerloh

Tuan, MESYUARAT PELANTIKAN AHLI JAWATANKUADA PENGELOLA PERTANDINGAN BATU SEREMBAN SRA AT-TAQWA 2014

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti berikut:-

Hari : RABUTarikh : 17 April 2014Masa : 2.00 4.00 ptgTempat : Bilik Mesyuarat SRA At-Taqwa TemerlohPengerusi : Guru Besar SRA At-Taqwa Temerloh

3.Agenda Mesyuarat3.1 Ucapan Pengerusi3.2 Ucapan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Catur3.3 Lantikan Ahli Jawatankuasa Pengelola3.4 Maklumat Pertandingan Peringkat Sekolah3.5 Syarat-syarat dan Peraturan Pertandingan3.6 Kewangan3.7 Hal-hal lain.

4.Sehubungan dengan itu, tuan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut. Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya menurut perintah, ..(EN. WAN SAIFUL ADLI BIN WAN MUHAMMAD)GPK KOKURIKULUMSRA AT-TAQWA______________________________________________________________________

Unit Kokurikulum,Sek. Ren. Agama At-Taqwa,KM 4 Tanjong Lalang,Jln Mentakab, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Tuan Guru Besar,Sek. Ren. Agama At-Taqwa,KM 4 Tanjong Lalang,Jln Mentakab, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.17 APRIL 2014Tuan. MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN PERALATAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL 2014Sukacita dimaklumkan perkar di atas dirujuk.2.Unit Kokurikulum sekolah ini akan mengadakan pertandingan permainan tradisional batu seremban peringkat sekolah pada 14 Mei 2014. Pelbagai aturcara yang telah dirancang di dalam pertandingan tersebut. Sehubungan itu, pihak kami memohon meminjampelbagai peralatan yang diperlukan sempena pertandingan yang akan dilancarkan.

3.Berikut adalah senarai peralatan yang kami perlukan:a) 5 buah mejab) 5 buah kerusic) 4 buah jam randixd) 4 buah loceng masae) 1 buah papan putih4.Pihak kami akan memastikan semua peralatan yang digunakan akan dijaga dengan baik. Kami juga akan memulangkannya selepas aktiviti tersebut berlangsung.5.Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh pihak tuan untuk menjayakan pertandingan tersebut.

Sekian, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang menjalankan tugas, ..(PN. NOOR RULHUDA BINTI MOHD SAMJIS)Setiausaha,Unit Kokurikulum,SRA AT-TAQWA___________________________________________________________________________

9.0 KESIMPULANBetapa pentingnya mewujudkan pertandingan-pertandingan permainan tradisional di sekolah ini kerana pelajar dapat pengetahuan dan pengalaman mengenai cara bermain permainan tersebut. Untuk tidak mengabaikan tradisi permainan ini sejak diwarisi dari nenek moyang kita, pihak sekolah hendaklah menyelitkan ia di dalam program kokurikulum untuk diadakan pertandingan. Oleh yang demikian, semua guru perlu berkecimpung bersama-sama untuk menjayakan program ini dengan melibatkan diri menjadi Ahli Jawatankuasa Pengelola Sekolah. ( 2076 patah perkataan)10.0 RUJUKAN:1.) http://pssskstfrancis.blogspot.com/2012/08/surat-rasmi-memohon-kebenaran.html2.) http://www.mpob.gov.my/mpic/img/pdf/peraturan/peraturanBatuSeremban.pdf3.) http://www.slideshare.net/nurhafizahajlan/asgnmnt-koku-final 4.) www.epic.oum.edu.com.my

2