system pendidikan di malaysia sejak awal 1900 hingga penyata razak

8
8/9/2019 System Pendidikan Di Malaysia Sejak Awal 1900 Hingga Penyata Razak http://slidepdf.com/reader/full/system-pendidikan-di-malaysia-sejak-awal-1900-hingga-penyata-razak 1/8

Upload: leeanyu7

Post on 30-May-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: System Pendidikan Di Malaysia Sejak Awal 1900 Hingga Penyata Razak

8/9/2019 System Pendidikan Di Malaysia Sejak Awal 1900 Hingga Penyata Razak

http://slidepdf.com/reader/full/system-pendidikan-di-malaysia-sejak-awal-1900-hingga-penyata-razak 1/8

Page 2: System Pendidikan Di Malaysia Sejak Awal 1900 Hingga Penyata Razak

8/9/2019 System Pendidikan Di Malaysia Sejak Awal 1900 Hingga Penyata Razak

http://slidepdf.com/reader/full/system-pendidikan-di-malaysia-sejak-awal-1900-hingga-penyata-razak 2/8

pelajaran yang berlebihan, kedua mengekalkan s tatu s quo dengan memastikan orang

Melayu tinggal terus di kampung-kampung sebagai penanam padi, ketiga ialah

menghasilkan pekerja-pekerja rendah seperti pemandu kereta lembu, penanam padi,

nelayan, pekedai-pekedai kecil dan kerani-kerani rendah dan yang keempat ialah

menghapuskan buta huruf supaya orang Melayu tidak tertipu dalam masyarakat

berbilang bangsa. Pada hakikatnya, pendidikan bahasa Melayu sebelum tahun 1942

kurang member peluang kepada orang Melayu mencapai kemajuan dalam bidang

sosial dan ekonomi. Pendidikan Melayu hanya bertujuan untuk memelihara cara hidup

trasional orang Melayu.

Pada amnya, pendidikan Melayu hanyalah untuk empat tahun. Sekolah-sekolah Melayu

yang lebih besar menyediakan pelajaran pelajaran hingga ke Darjah Enam. Taraf

pengajaran umumnya adalah rendah. Sebelum tahun 1917 pengajaran utama yang

diberi di sekolah-sekolah Melayu ialah membaca, menulis, mengira dan ilmu alam serta

kerangan. Sejak tahun 1917, tumpuan juga diberi kepada perkebunan dan pertukangan

tangan. Bangunan dan alat kelengkapan sangatlah rendah mutunya berbanding dengan

sekolah-sekolah bahasa Inggeris. Kebanyakan sekolah tidak mempunyai bilik darjah

yangsesuai.

Perkembangan pendidikan Melayu (terutamanya bagi kanak-kanak perempuan) pada

peringkat awal adalah lembap oleh kerana sebab-sebab berikut iaitu pertama ialah ibu

bapa cemburukan kehilangan tenaga anak-anak mereka yang diperlukan bagi kerja di

rumah, keduanya ialah syak wasangka terhadap pendidikan secular yang tidak

menitikberatkan pelajaran Quran dan ketiga ialah ibu bapa lebih suka anak-anak

perempuan duduk di rumah sehingga mereka dikahwinkan. Mulai abad kedua puluh

pendidikan Melayu mula erkembang maju. Antara tahun-tahun 1900-23, Kerajaan

British di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan

beberapa enakmen yang mewajibkan kanak-kanak lelaki Melayu yang berumur antara

7-14 tahun bersekolah sekurang-kurangnya selama setengah tahun jika mereka tinggal

dalam lingkungan dua batu dari sekolah. Enakmen-enakmen tersebut telah

menggalakkan perkembangan pendidikan secular Melayu di Negeri-negeri Selat dan

Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Berbagai-bagai usaha diambil untuk memperbaiki nilai

Page 3: System Pendidikan Di Malaysia Sejak Awal 1900 Hingga Penyata Razak

8/9/2019 System Pendidikan Di Malaysia Sejak Awal 1900 Hingga Penyata Razak

http://slidepdf.com/reader/full/system-pendidikan-di-malaysia-sejak-awal-1900-hingga-penyata-razak 3/8

Page 4: System Pendidikan Di Malaysia Sejak Awal 1900 Hingga Penyata Razak

8/9/2019 System Pendidikan Di Malaysia Sejak Awal 1900 Hingga Penyata Razak

http://slidepdf.com/reader/full/system-pendidikan-di-malaysia-sejak-awal-1900-hingga-penyata-razak 4/8

1911-19 lebih daripada 50 buah sekolah Cina telah dibuka di Tanah Melayu. Guru-guru

dan buku teks dibawa dari Negara China. Di setengah-setengah sekolah,

perkembangan politik di Negara China dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran.

Mulai tahun 1920 bahasa Mandarin ( k uo-yu ) digunakan sebagai bahasa pengantar dikebanyakan sekolah Cina. Ini adalah selaras dengan perkembangan di Negara China di

mana Mandarin dijadikan bahasa kebangsaan. Pada tahap awal Kerajaan British

membenarkan sekolah-sekolah Cina berkembang dengan bebas. British tidak

membantu atau mengawal sekolah-sekolah Cina. Namun demikian pada tahun 1920

Kerajaan British telah meluluskan Enakmen Pendaftaran Sekolah untuk mengawasi

sekolah-sekolah Cina. Ini adalah kerana sekolah-sekolah Cina telah mula dipengaruhi

oleh politik Negara Cina. Di bawah Enakmen Pendaftaran Sekolah, semua guru dan

sekolah dikehendaki mendaftar dengan kerajaan . Kerajaan British mula member

bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah Cina pada tahun 1923. Kerajaan British

telah melantik seorang Nazir Sekolah-sekolah Cina untuk mengawasi sekolah-sekolah

Cina. Sekolah Cina memp[unyai pelajaran rendah selama 6 tahun, menengah rendah

selama 3 tahun dan menengah atas selama 3 tahun. Sekolah0sekolah menengah

menyediakan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke university-universiti di

Negara China. Mutu pelajaran sekolah Cina lebih tinggi daripada mutu pelajaran

sekolah-sekolah Melayu kerajaan dan sekolah-sekolah Tamil. Menurut Abu Zahari,

peruntukan persekutuan bagi sekolah Cina telah bertambah berlipat ganda menjelang

tahun 1938.

3.3 Pendidikan Tamil

Pada tahun 1821 sebuah sekolah Tamil dibuka di perkarangan Penang Free School.

Pada tahun 1850 terdapat sebuah sekolah Anglo-Tamil yang dibantu oleh Kerajaan di

mana Inggeris dan juga Tamil diajar. Namun demikian seperti dinyatakan oleh PaulChang, Ming Phang, sejarah sebenar pendidikan Tamil di Tanah Melayu bermula

dengan perkembangan lading kopi, gula, kelapa dan akhirnya getah. Mulai tahun 1870

sekolah-sekolah kecil tyelah dibuka di lading-ladang di mana penduduk India

memerlukan pendidikan bagi anak-anak mereka. Kebanyakan sekolah ini merupakan

hasil usaha persendirian. Kerajaan British pada masa itu tidak menganggapnya peru

Page 5: System Pendidikan Di Malaysia Sejak Awal 1900 Hingga Penyata Razak

8/9/2019 System Pendidikan Di Malaysia Sejak Awal 1900 Hingga Penyata Razak

http://slidepdf.com/reader/full/system-pendidikan-di-malaysia-sejak-awal-1900-hingga-penyata-razak 5/8

bagi member pendidikan kepada anak-anak buruh Tamil yang berhijrah masuk. Pada

tahun 1905 terdapat 13buah sekolah Tamil (kerajaan) dan 4 buah sekolah Tamil

persendirian di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Menjelang tahun 1920 jumlah murid

sekolah Tamil di negeri-negeri tersebut ialah lebih kurang 4000 orang. Pada tahun 1923

Kerajaan British memperkenalkan Kanun Buruh yang memaksa pihak pengurusan

ladang untuk mendirikan sebuah sekolah sekiranya terdapat lebih daripada 10 oarang

anak buruh yang berumur di antara 7-14 tahun. Sekolah-sekolah ini hendaklah dibiayai

oleh pihak pengurusan ladang. Satu masalah utama yang dihadapi oleh sekolah-

sekolah Tamil ialh kekurangan guru-guru yang terlatih. Mutu pelajaran Tamil adalah

rendah. Sekolah-sekolah Tamil di lading hanya memberikan pelajaran rendah selama 4

tahun. Buku-buku dibawa dari India. Persatuan-persatuan oaring India ada

menubuhkan beberapa sekolah Tamil di Bandar. Mutu sekolah-sekolah Tamil ini lebihtinggi dari sekolah-sekolah di lading. Pada tahun 1920-an Kerajaan British mula

mengawal sekolah-sekolah Tamil. Seorang Nazir Sekolah-sekolah Tamil berbangsa

Eropah telah dilantik pada tahun 1930. Pada tahun 1932 Kerajaan British mula member

bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah Tamil.

3.4 Pendidikan Inggeris

Kebanyakan sekolah bahasa Inggeris dibuka oleh mubaligh-mubaligh Kristian dan

badan-badan awam. Kerajaan British pada mulanya tidak berminat untuk

mengembangkan pendidikan Inggeris bagi faedah rakyat Tanah Melayu. Sekolah-

sekolah Inggeris boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu Sekolah-sekolah Free dab

Sekolah Inggeris Separa Bantuan (Grant-in-Aid English Schools). Sekolah-sekolah Free

dibuka dengan sumbangan wang dari orang ramai dan Kerajaan. Sekolah-sekolah ini

seterusnya telah diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaan. Sekolah0sekolah Inggeris

Separa Bantuan dibuka dan dibiayai oleh persatuan-persatuan mubaligh. Apabila telah

berkembang, sekolah-sekolah ini telah mendapat bantuan kewangan daripada

kerajaan.

Sekolah-sekolah Inggeris yang awal ditubuhkan di Negeri-negeri Selat oleh mubaligh-

mubaligh. Sekolah-sekolah ini dinamakan Sekolah-sekolah Free kerana ia menerima

murud-murid berbagai bangsa dan agama. Sekolah Free yang pertama (dan juga di

Page 6: System Pendidikan Di Malaysia Sejak Awal 1900 Hingga Penyata Razak

8/9/2019 System Pendidikan Di Malaysia Sejak Awal 1900 Hingga Penyata Razak

http://slidepdf.com/reader/full/system-pendidikan-di-malaysia-sejak-awal-1900-hingga-penyata-razak 6/8

Tanah Melayu) ialh Penang Free School yang diasaskan oleh Rev. R.S. hutchings

pada tahun 1816. Sekolah-sekolah Free yang lain ialah Singapore Free School (1834)

dan Malacca Free School (1826). Semenjak ditubuhkan sekolah-sekolah Free berada di

bawah naungan Kerajaan. Terdapat wakil kerajaan dalam Jawatankuasa Pengurusan

sekolah-sekolah tersebut. Sekolah-sekolah Free telah diambil alih oleh Kerajaan

sepenuhnya akibat kegagalan Jawatankuasa Pengurusan untuk membiayai

penyelenggaraannya. Sekolah pertama yang diambil alih oleh Kerajaan ialah Malacca

Free School. Penang Free School telah diambil alih kuasanya oleh Kerajaan pada

tahun 1920. Mulai tahun 1928 sekolah tersebut menjadi sekolah menengah pada

keseluruhannya.

Kebanyakan dari sekolah mubaligh (mission schools) telah ditubuhkan dan dibiayai oleh

Persatuan Mubaligh London, Kumpulan Mubaligh Roman Katholik, Kumpulan Mubaligh

Methodist dan Gereja England (Church of England). Sekolah-seolah mubaligh terbuka

kepada kanak-kanak yang terdiri daripada semua bangsa dan agama. Tujuan sekolah-

sekolah tersebut ialah untuk member pendidikan am serta memperbaiki akhlak

berdasarkan agama Kristian. Sebelum Perang Dunia Pertama, lebih daripada 75%

murid-murid lelaki yang memasuki sekolah-sekolah Inggeris di Tanah Melayu dan

Singapura adalah di sekolah-sekolah mubaligh. Persatuan-persatuan mubaligh telah

membuka sekolah-sekolah bagi murid-murid lelaki dan perempuan. Mubaligh-mubaligh

Kristian adalah bertanggungjawab bagi perkembangan dan kepopularan pendidikan

Inggeris di kalangan murid perempuan. Antara sekolah-sekolah perempuan yang

ditubuhkan ialah Sekolah Perempuan Bukit Bintang, Kuala Lumpur-1893, Sekolah

Convent, Kuala Lumpur-1899, Sekolah Perempuan Pudu, Kuala Lumpur-1914, dan

Sekolah Perempuan St. George, Pulau Pinang. Menjelang tahun 1947 terdapat 33 buah

sekolah perempuan yang ditubuhkan oleh persatuan-persatuan mubaligh di Tanah

Melayu. Pada tahun yang sama hanya terdapat 6 buah sekolah perempuan yangditubuhksn oleh Kerajaan. Antara sekolah-sekolah mubaligh yang ditubuhkan bagi

murid-murid lelaki ialah Sekolah Anglo-Chinese, Pulau Pinang-1891, Sekolah Lelaki

Methodist, Kuala Lumpur-1897, dan Sekolah St. John-1904.

Page 7: System Pendidikan Di Malaysia Sejak Awal 1900 Hingga Penyata Razak

8/9/2019 System Pendidikan Di Malaysia Sejak Awal 1900 Hingga Penyata Razak

http://slidepdf.com/reader/full/system-pendidikan-di-malaysia-sejak-awal-1900-hingga-penyata-razak 7/8

Sekolah Inggeris Kerajaan yang pertama di Perak ialah Government Central School

yang ditubuhkan pada tahun 1883. Namanya telah ditukar kepada Sekolah King

Edward VII pada tahun 1901. Victoria Institution telah diasaskan pada tahun 1893 di

Kuala Lumpur. Pada tahun 1905 Kerajaan British telah menubuhkan Maktab Melayu di

Kuala Kangsar yang pada mulanya dibuka hanya kepada anak raja-raja dan pembesar-

pembesar Melayu.tujuan utama Maktab Melayu adalah untuk member pendidikan

kepada golongan atasan melayu bagi membolehkan mereka menjadi pegawai-pegawai

tadbir dalam perkhidmatan Awam British di Tanah Melayu. Pada tahun 1919 terdapat

17 buah sekolah inggeris Kerajaan di Tanah Melayu.Sekolah-sekolah ini bertujuan

mendidik anak-anak kelas pertengahan untuk menjadi guru-guru dan kerani.

Kebanyakan murid sekolah ±sekolah tersebut terdiri daripada bangsa cina dan india.

Pada peringkat awal tiada terdapat sukatan pelajaran yang seragam bagi sekolah-

sekolah Inggeris. Sukatan pelajaran yang seragam hanya wujud selepas adanya

peperiksaan-peperiksaan bagi memperolehi biasiswa Queen (1885) dan sijil Cambridge

(1891). Sekolah-sekolah Inggeris dapat dibahagikan kepada sekolah-sekolah rendah

dan sekolah-sekolah menengah. Sekolah-sekolah rendah meliputi pendidikan selama

tujuh tahun, iaitu sampai darjah lima. Sekolah-sekolah menengah pula meliputi

pendidikan selama empat tahun iaitu sehingga murid mencapai Sijil Persekolahan

Cambridge. Mata pelajaran utama yang diajar ialah Bahasa Inggeris, Sejarah, ilmu

alam,matematik asas, ilmu kesihatan,dan latihan Jasmani. Kelas-kelas sains hanya

terdapat di sekolah-sekolah menengah yang besar di kawasan-kawasan Bandar.

Sukatan pelajaran sekolah-sekolah Inggeris di Tanah Melayu adalah berasaskan

kepada sekolah-sekolah menengah di Britain. Justeru itu,murid-murid sekolah inggeris

telah mempelajari ilmu alam dan sejarah Britain.

Satu sistem yang dinamakan normal class telah dimulakn pada tahun 1905 di Kuala

Lumpur untuk melatih guru-guru sekolah inggeris. Guru-guru yang diberi latihan adlah

mereka yang sedang berkhidmat. Latihan diadakan 5 jam seminggu di luar waktu

pengajaran selama dua tahun. Tempoh latihan telah dilanjutkan kepada 3tahun mulai

tahun 1925. Selepas perang dunia kedua, Sistem Normal Class telah digantikan

dengan Maktab-maktab perguruan berasrama. Maktab perguruan Kirby telah

Page 8: System Pendidikan Di Malaysia Sejak Awal 1900 Hingga Penyata Razak

8/9/2019 System Pendidikan Di Malaysia Sejak Awal 1900 Hingga Penyata Razak

http://slidepdf.com/reader/full/system-pendidikan-di-malaysia-sejak-awal-1900-hingga-penyata-razak 8/8

ditubuhkan pada tahun 1951 berhampiran dengan Liverpool. Maktab Perguruan

Brinsford Lodge di wolverhampton telah ditubuhkan pada tahun 1955.

Maktab Perguruan King Edward VII telah diasaskan di singapura pada tahun 1905.

Maktab ini menjadi sebuah university pada tahun1947. Maktab Raffles telah dibukapada tahun 1929 di Singapura bagi memenuhi keperluan pendidikan tinggi dalam aliran

sains dan sastera. Institusi-instusi yang lain ialah Maktab Pertanian Serdang (1931) dan

Maktab Teknik. Maktab pertanian Serdang ke taraf Unversiti pada tahun 1972. Pada

tahun1949 Universiti Malaya (gabungan maktab Raffles dan King Edward VII) telah

dibuka di singapura. Pada tahun 1959 cawangan university Malaya telah dibuka di

Kuala Lumpur. Cawangan tersebut merupakan nucleus Universiti Malaya yang

ditubuhkan 1962. University asal di singapura mula dikenali dengan Universiti

Singapura.