syarat uni perlis

2
SYARAT-SYARAT UMUM A. PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN : Calon-calon yang menduduki dan memiliki sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi : a. lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; ATAU b. lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; DAN c. memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada Kepujian atau Lulus (termasuk Ujian Lisan) dan subjek-subjek tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan. B. TARAF JAWATAN a. Semua jawatan akan dilantik secara TETAP. b. UniMAP berhak melantik warganegara Malaysia secara KONTRAK bagi mana-mana jawatan di atas berdasarkan peraturan dalam pekeliling berkaitan. C. KEWARGANEGARAAN DAN UMUR Calon-calon lantikan terus hendaklah warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan, manakala bagi bekas tentera/polis hendaklah tidak melebihi 45 tahun. D. TEMPOH PERCUBAAN Calon-calon lantikan terus adalah dikehendaki melalui tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun. E. PEPERIKSAAN/KURSUS INDUKSI Peperiksaan/Kursus Induksi adalah mengikut skim perkhidmatan. F. PERMOHONAN OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/Pihak Berkuasa Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan/Majikan dengan melampirkan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan lengkap. G. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Upload: manastha

Post on 02-Jul-2015

30 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SYARAT UNI PERLIS

SYARAT-SYARAT UMUM

A. PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN :

Calon-calon yang menduduki dan memiliki sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi :

a.       lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; ATAU

b.       lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; DAN

c.        memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada Kepujian atau Lulus (termasuk Ujian Lisan) dan subjek-subjek tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

B. TARAF JAWATAN

a.       Semua jawatan akan dilantik secara TETAP.

b.       UniMAP berhak melantik warganegara Malaysia secara KONTRAK bagi mana-mana jawatan di atas berdasarkan peraturan dalam pekeliling berkaitan.

C. KEWARGANEGARAAN DAN UMUR

Calon-calon lantikan terus hendaklah warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan, manakala bagi bekas tentera/polis hendaklah tidak melebihi 45 tahun.

D. TEMPOH PERCUBAAN

Calon-calon lantikan terus adalah dikehendaki melalui tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

E. PEPERIKSAAN/KURSUS INDUKSI

Peperiksaan/Kursus Induksi adalah mengikut skim perkhidmatan.

F. PERMOHONAN OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT

Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/Pihak Berkuasa Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan/Majikan dengan melampirkan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan lengkap.

G. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

BORANG PERMOHONAN :

Klik untuk Borang Permohonan >>     Borang.pdf     Borang.doc

CARA-CARA MEMOHON:

Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dialamatkan kepada:-  

Page 2: SYARAT UNI PERLIS

PENDAFTAR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)TINGKAT 1, BANGUNAN KWSP JALAN BUKIT LAGI 01000 KANGAR PERLIS

(Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sudut kiri sampul surat)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

Jawatan Akademik : TERBUKA Jawatan Bukan Akademik : Tarikh Tutup Permohonan 31 Julai 2011 

KEPUTUSAN :

Calon-calon yang berjaya ditapis sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan daripada pihak Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.